Friday, December 24, 2010

Kompilasi Tuit-tuit dari Garisan Masa : Anak Genius, Campak ke Mana pun Menjadi.

Akhir-akhir ini, aku sudah terlalu aktif ber-twitter. Dan seperti ramai blogger handalan lain, twitter menyebabkan produktiviti mereka menulis di blog sendiri menurun. Secara drastik.

Tapi, kalau dah nama genius tu, campak kat mana-mana pun tetap menjadi. Macam aku.

Macam aku. (-.-“)

So, ini adalah kompilasi sebahagian daripada tuit-tuit aku yang telah mencecah 7k lebih sekarang. Bahagian yang bernilai dan rasa sayang kalau hilang dalam aliran garisan masa.

Mahu follow aku? Silakan. @abuubaidah66. Tapi di sana, aku bukan seperti yang kamu kenal. Aku harus bagitahu, aku di sana, adalah aku yang lebih celaka. Paling celaka. Mungkin akan mengotorkan garisan masa kalian.

Follow atas risiko sendiri. Jika tak suka, butang un-follow ada disediakan. Gunakan sebaiknya.

Well, let’s rolling

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

1. aku ada pinjam buku library berapa bulan x antar. bacenye x penah habis. 11:42 PM Dec 20th

2. ade sebijik buku tajuknya "When the Clock Struck Zero". buku fizik. ya, cerita pasal falsafah sains ok. bukan rumus2 segala mcm tu. 11:43 PM Dec 20th via web

3. ok berenti mensyen kejap. nak berfalsampah. sambung pasal buku yg aku baca tu. buku pasal pencarian satu teori agung. 11:50 PM Dec 20th via web

4. teori agung yg memungkinkan semua fenomena fizik dlm dunia ini diterangkan oleh teori itu, dan jika mungkin, satu rumus matematik. 11:51 PM Dec 20th via web

5. ok sambung pasal falsampah aku. aku tanak hurai pasal teori agung yg dicari tu, pasai aku pun x faham. hao3.. 11:57 PM Dec 20th via web

6. cuma aku tertarik nk cerita pasal pandangan penulis ( john taylor kalo x silap) tentang dunia di masa akan datang. Monday, December 20, 2010 11:58:19 PM via web

7. ah byk sungguh gangguan. sambung falsampah. kat mana tadi? "ramalan" masa depan kan? Tuesday, December 21, 2010 12:03:59 AM via web

8. penulis meramalkan satu hari nanti, sains akan menjadi suatu anutan baru dunia, secara global.no more religions dgn supertitious yg x sntifk Tuesday, December 21, 2010 12:05:04 AM via web

9. dan perkara ini sdg berkembang skrg. contohnya byk kepercayaan dulu2 sudah digantikan dgn penerangan saintifik. Tuesday, December 21, 2010 12:05:38 AM via web

10. seperti kegilaan manusia yg meracau, merapu, jika dulu org pecaya itu adalah gangguan jin n shetan, skrg ia disebut pnyakit mental. Tuesday, December 21, 2010 12:06:49 AM via web

11. yg disebabkan kegagalan sistem tubuh dan otak berfungsi scara normal. Tuesday, December 21, 2010 12:07:44 AM via web

12. dikatakan satu hari nanti, perbuatan jenayah juga akan diklasifikasikan sbg satu jenis masalah mental. Tuesday, December 21, 2010 12:08:31 AM via web

13. maka org2 yg melakukan jenayah, tidak lagi dihantar ke penjara utk dikurung beberapa tahun, sblm dilepaskan kembali utk mengulang bnda sama. Tuesday, December 21, 2010 12:09:11 AM via web

14. sebaliknya mereka akan dihantar untuk menerima rawatan, terapi, kaunseling, cucuk ubat, bedah otak etc2 untuk membetulkan mental mereka. Tuesday, December 21, 2010 12:10:59 AM via web

15. dan kaitkan dgn diri aku, knapa aku suka dgn perkara ini? kerana aku rasa sikap aku yg abnormal ini bukanlah disebabkan SIKAP aku. Tuesday, December 21, 2010 12:11:53 AM via web

16. tetapi disebabkan kerosakan dlm fungsi otak aku. huh, suatu eskapisme yg kukuh bukan? jika berjaya dibuktikan, mmg aku akan lega. gila babi. Tuesday, December 21, 2010 12:13:07 AM via web

17. abnormal yg aku alami, contohnya adalah kemalasan yg melampau-lampau, serta sikap ignorance tahap dewa. Tuesday, December 21, 2010 12:14:17 AM via web

18. bygkan, jika dlm hidup korang, korang rasa semua benda x penting. korang xde matlamat, dan x mampu nk tetapkan matlamat. Tuesday, December 21, 2010 12:15:27 AM via web

19. sampai korang sanggup buang benda2 penting dalam hidup korang, bukan untuk mengejar impian atau cita2, tapi kerana korang x minat dan malas. Tuesday, December 21, 2010 12:16:12 AM via web

20. sehingga sampai tahap tukar kos pengajian. ponteng kelas, dan plg bullshit, ponteng exam. semua dilakukan tanpa rasa berdosa. no feeling. Tuesday, December 21, 2010 12:17:01 AM via web

21. bila ditanya, aku memberikan alasan kononnya aku x pecaya dgn sistem, aku x suke kapitalis, aku mengejar ilmu, bukan pointer, etc2. Tuesday, December 21, 2010 12:18:10 AM via web

22. tp dlm hati aku tau siapa aku. aku hanya seorang yg pemalas dan menggunakan segala idea2 itu untuk menjadi alasan aku melepaskan diri. Tuesday, December 21, 2010 12:18:53 AM via web

23. dan aku rasa masalah sebenarnya adalah otak aku yg membuat penilaian di luar rasional. ok, i hate myself. Tuesday, December 21, 2010 12:19:26 AM via web

24. sebab itu aku harap malas ini adalah satu penyakit dan aku xkan rasa babi lagi mengenangkan sikap aku yg malas mcm babi ini. Tuesday, December 21, 2010 12:20:17 AM via web

25. sekian kelas fasal-sampah. time tu respon to your respons. Tuesday, December 21, 2010 12:20:45 AM via web

Monday, December 20, 2010

The Dummy Pre-Kumuh-Syndrome Sangat Tidak Menarik.

DISCLAIMER #1: Ini bukan review filem atau buku. Ade ke filem tajuk macam tu baideway?

DISCLAIMER #2: Ini entri merapu. Aku dah tulis panjang, rasa sayang nak delete, post-kan je lah. Memang merapu. Aku dah bagitau. Jangan nak merungut di akhir ayat.

Sebut pasal berkumuh, semua orang pasti wajib melaluinya. Walopun sehensem atau sekacak mana pun anda, anda tetap berkumuh. Sehingga seorang kawan aku pernah berkata, “Kalau kau susah sangat nak lupakan awek yg lawa tu, ko bayangkan muka dia masa dia tengah berkumuh sebab sembelit.” Aku cadangkan ko cuba bayangkan bau sekali. Efektif tak untuk lupakan awek? (Jika ada testimoni boleh emel aku)

Kembali merujuk kepada tajuk. Pre-Kumuh-Sindrom (PKS) / Sindrom Prakumuh (SPK) itu apa? PKS adalah sindrom-sindrom ataupun petanda-petanda yang akan korang alami setiap kali korang ingin berkumuh. Antara sindrom utama adalah seperti rasa sakit di organ peranakan  perut dan sekitar pinggul. Kedua adalah keluar angin daripada lubang pinggul. Berbunyi, ada bau atau tidak itu bergantung kepada tahap PKS yang anda alami.

PKS juga ada tingkatan-tingkatan tertentu. Ada yang biasa-biasa, korang boleh kawal lagi sehingga berjam-jam lamanya, ada juga tahap luar kawalan di mana bahan kumuh sudah berada di ambang pengeluaran, sehingga kamu orang terpaksa berlari mencari toilet, dan kamu akan mencarut sehabis baik sekiranya ketika kamu sampai di depan pintu toilet, pintu berkunci, dan ada orang sedang berkumuh di dalamnya. Kamu pasti akan mencarut, hatta kamu adalah #serbanistas sekalipun. Percayalah.

PKS paling tak menarik adalah ketika kamu orang menghidap cherry-berry, kerana ia akan membuatkan kamu orang seperti cacing kepanasan. Nak aku detailkan? Bagai ketam mengajar anak mengepit pula. Semua orang pernah merasa PKS bukan?

Maka, apa aku nak kisahkan di sini sebenarnya adalah, hari ini aku menghidapi PKS.

Tapi sebelum itu, aku nak cuba menyelusuri kembali nutrisi aku semalam, untuk meng-kesan punca aku meng-alami PKS.

Bermula dengan pertemuan dengan kakak oked di PWTC sekitar jam 5.30 petang semalam, dia belanja aku makan “kentang spring menakjubkan 1Malaysia bercicah mayonis campur serbuk lada sulah dan sos”. Oh, sedikit perkongsian pasal pertemuan aku dengan kakak oked. Dia tak cun. Sekian.

(aku malas nak cerita panjang pasal apa aku buat dengan oked, nanti kamu cemburu pula)

Lepas tu balik rumah, housemate aku mengajak aku menggoreng nasi goreng berjemaah. Aku rasa aku tak niat jadi makmum masa goreng nasi tu. Sah tak agak-agak? Lepas siap goreng kita orang pun makan la berjemaah. Pun aku tak ingat niat sebagai makmum.

Habis makan aku landing buka tv dengan harapan dapat tengok bola Filipina vs Indonesia tapi ternyata RTM bukan sebuah saluran sukan. Hanya propaganda yang disiarkan melalui berita jam 8. Bosan. Aku terlelap.

Sedar-sedar kawan serumah mengejutkan aku, dan menghidangkan aku dengan hidangan yang di-tapau dari surau. Surau tempat kawasan rumah aku ada buat makan-makan rupanya.

Rezeki jangan ditolak. Aku bukak bungkusan polisterin, oh pulut kuning cicah gulai. Layan.

Habis makan, mandi, solat isyak, online, bertuit sehingga mengantuk dan tidur sehingga subuh.

Dan pagi ini aku menghidapi PKS.

PKS awal pagi adalah normal bagi aku. Dan seperti biasa, bila dah PKS, maka kita harus berkumuh. Selesai, dan setel. Keluar toilet, aku rasa sesuatu yang tidak kena pada tubuh aku. Yes, dat PKS is still there. Wadefaaa?

Aku buat bodo je, selalu PKS pasca kumuh ni dummy je, kejap-kejap lagi hilang la tu. Itu apa yang aku agak. Tapi ternyata aku silap. PKS aku makin kronik. Tiba-tiba saja mencapai tahap maksimum, seolah-olah aku sedang mengalami cherry-berry.

Lalu aku menggapai tuala dan sepantas gaban masuk toilet, duduk.

Seminit.

Dua minit.

Pat minit.

Lapan minit.

Haih. Aku fedap. Duduk kemaen lama tapi tiada hasil pun dibuang. Ini buang masa. Tahi.

So, aku keluar. Tapi PKS itu masih di situ. Jilaka.

Keluar, bukak PC, online, tuit-tuit, tiba-tiba PKS menyerang lagi. Lari. Masuk toilet. Duduk. Termenung macam bodoh. Hasil? Tiada.

Keluar.

PKS menyerang.

Masuk. Tiada hasil.

Cis, sungguh tekanan aku rasa. PKS versi dummy ni memang buat aku stress. Tak suka lah wei. Lahabao sungguh sistem perkumuhan aku. OK, salah aku juga, sape suruh makan tak ingat dunia. Ataupun ni mesti sebab tak potong kuku hari jumaat hari tu. Kan dah kena?

Kenapa aku tak suka PKS dummy sebegini?

1) Buang masa

2) Aku kurang gemar berkumuh lebih-lebih kat rumah sewa aku ni sebenarnya, sebab mangkuk dia jenis duduk, bukan cangkung. Aku perasan otak aku lebih laju menjana idea semasa berkumuh sambil mencangkung. Walaupun masih tiada penjelasan saintifik, tapi itu apa yang aku rasa.

Korang tau kenapa? Aku nak google tapi tak tahu keywords yang sesuai. Adakah “Relationship between shitting and thinking”?

3) Aku tertidur atas bowl sebab bosan menunggu. –.-“

Ok, sudah habis modal untuk mengarut. Kamu baca ke? Maaf sebab menghabiskan masa kamu dengan entri tak berkualiti serta berbau najis ini.

Moralnya, jagalah kebersihan makanan yang diambil. Sekian.

Tuesday, December 7, 2010

2 Alam (bukan review filem)

Kamu percaya hantu?

Jin? Shetan? Jembalang? Langsuyar? Ponti? Rempit dan yang sewaktu dengannya?

Pecaya tak? Pecaya? Tak?

Well, to be honest, aku tak pecaya.

Bukan nak menafikan kewujudan makhluk halus (baca: bukan mikroorganisma ya). tapi aku agak skeptik terhadap efek-efek fizikal yang mampu dilakukan oleh hidupan halus ini dalam kehidupan manusia.

Faham tak ayat aku? Maknanya aku tak pecaya jika sekiranya ada orang bilang dia kena sampuk, kena tindih, kena lempang, kena pijak, kena gigit atau kena ngorat dengan makhluk-makhluk dari alam lain ini.

Aku tahu diorang ada, tapi setakat kacau dengan membisikkan niat-niat serong tu aku yakin-lah. Tapi sekiranya meninggalkan efek fizikal tu, aku agak kurang sikit untuk terima.

Tapi, kalau aku tak percaya, maka fenomena yang menimpa diri aku kini bolehlah dinamakan skizofrenia.

Jika aku pecaya, makanya aku boleh katakan yang aku sedang kena sampuk.

Jika anda, anda pilih yang mana?

 

p/s: coretan merapu semata-mata. #EhYeKe?

Tuesday, November 30, 2010

Hai Miya :D

image klik gambar untuk usya dengan lebih jelas

Salam. Semalam aku menerima 10 emel daripada blogger dot com memaklumkan ada orang komen dekat post aku.

10 komen dalam satu malam adalah satu angka yang agak bosar bagi soram blogger picisan macam aku. Nak nak lak saat ketika aku kemalasan nak hapdet blog.

Bila di-usya, rupanya ada seorang anonimus (anon) yang sedang galak mengkomen. Ok mungkin bukan anon, sebab ada nama yang dipakai, tapi identiti beliau tetap misteri.

Nama yang diguna adalah Miya, namun tanpa pautan ke mana mana halaman profail gugel ataupun blog beliau.

So, siapa Miya?

Entah, aku pon tak tahu. Tapi jika dia jujur dengan namanya, maka dia adalah seoram perempuan walaupun tak tahu samada masih kanak-kanak, anak gadis, andartu, mak dara, isteri oram, mak oram atau mak janda.

Tapi jika dia seorang pentipu, makanya dia adalah seoram lelaki. Mumkin juga seoram siput babi? Siapa tahu?

Apapun, kepada Miya, terima kasih kerana sudi baca dan komen tulisan-tulisan aku yang tiada guna ini.

Teruskanlah berkomunikasi ya, walopun aku tak tahu siapa ngko, tapi aku nak bayamkan yang indah-indah saja. (Atau lebih tepat, otak manusia cenderung untuk membayangkan yang indah-indah terhadap benda yang dia tak tahu, sape suka benda sial kan?)

So, aku anggap Miya adalah seoram lagi gadis cun comel lotey yang muncul dalam hidup aku. Keep in touch ya Miya. Salam Perkenalan. :D

Dan sebagai tanda penghargaan aku kepada Miya, aku tujukan satu lagu untuk engkau. Sila layan. Sampai jumpa lagi, Miya.

Nak Tanya.

Nak delete blog.

Boleh?

Tapi buat apa aku tanya?

Blog aku, aku punya suka la kan?

Nanti aku pikirkan dulu.

Apapon, ini keputusan emosi.

Bukan rasional.

Thursday, November 18, 2010

Pseudo-Love

Pseudo bermaksud palsu.

Ini cerita seorang laki-laki.

Namanya A (bukan nama sebenar).

Si A seorang yang cemerlang gemilang terbilang, mempunyai rekod perjalanan hidup yang amat baik, dan jika dilihat pada track-record, beliau mempunyai harapan cerah untuk menjadi seseorang yang sukses jika dinilai mengikut perspektif kehidupan zaman ini.

Jika tak percaya, sila rujuk slip keputusan UPSR, PMR, dan SPM beliau. 95% matapelajaran beliau mendapat A. Juga seorang yang menjaga ugama. Solat tak tinggal, sering juga bertazkirah, dan kecenderungan untuk melakukan kebaikan memang terserlah. Wajahnya memang bercahaya jika dilihat. Sejuk mata memandang, kata orang tua-tua.

Sehingga entah mana silapnya, tiba-tiba muncul emosi pelik dalam kepala otaknya.

Tiba-tiba dunia dirasakan tiada erti. Si A menjadi bingung.

Tak tahu nak ke mana.

Tak tahu nak buat apa.

Tak tahu nak jadi apa dalam hidup.

Hidupnya kelabu.

Lalu si A mula mencipta teori sendiri tentang kondisi dirinya.

Mungkin dirasuk hantu syaitan.
Mungkin juga dia bermasalah mental.
Mungkin terpengaruh dengan ajaran sesat?
Mungkin juga kerana melupakan Tuhan?

Dan pelbagai lagi hipotesis yang memerlukan kajian untuk disahkan.

Dan paling terkini, dia mencipta teori bahawa dia berjiwa kosong kerana tiada awek.

Lalu dicarinya awek-awek yang dirasakan sesuai untuk menjadi pengubat jiwa. Dan terjumpa si Z.
Ya, A merasakan dia suka kepada Z. Lalu menyusun strategi untuk mengurat, lalu jadilah mereka sepasang kawan.

Malangnya si Z pernah trauma dengan cinta sebelum ini. Lalu agak sukar bagi-nya untuk membalas tepukan tangan si A. Agak lama si A menepuk tanpa bunyi. Walaupun indicators of interest (IOI) menunjukkan si Z memang menyukai si A. Tapi si A tetap bersabar.

Lalu akhirnya, demi menyenangkan hati si Z, si A mencadangkan agar mereka ber-pseudo-kapel. Bercinta. Tapi dalam keadaan sedar bahawa itu semua hanya palsu. Lakonan semata. Namun dalam proses itu mereka hendaklah saling menjiwai peranan, dan jangan pernah mempersoal segala kata cinta yang diluah oleh pasangan "cinta palsu" mereka.

Makanya si Z bersetuju, setelah yakin dengan hujah rasional bahawa hubungan itu adalah palsu, dan akan terputus juga akhirnya. Tiada siapa akan terluka.

Dan bermulalah episod cinta dalam hidup si A. Bagaimana harus digambarkan? Agak indah, seperti cerita-cerita cinta yang lainnya. Alam dirasakan seperti milik mereka berdua. Dan si Z tidak henti-henti menggalakkan si A supaya berusaha untuk kembali menjadi dirinya yang dulu.

Adakah kuasa cinta mampu mengubah seseorang?

Si A ada jawapannya.

Apabila si Z berkeputusan untuk menghentikan perhubungan palsu itu, atas alasan merasakan hal itu membuang masa dan tidak akan membuatkan si A berubah.

Dan si A pun berkata YA. Dengan senang. Tanpa ada rasa sedih kerana bakal kehilangan gadis yang disukai.

Dan si Z berlalu pergi.

A kembali menjalani hidup seperti dulu. Dengan satu kesimpulan, bahawa "Cinta tidak mampu lagi memberi bekas terhadap dirinya"

Sekian.

*teka-teki : apakah punca A merasakan hidupnya tiada erti?*

Tak tau nak letak tajuk apa

Cuti 2 minggu. Kat rumah di Setapak. Tiada sambungan internet. Maka tidak online, dan tidak update.

Banyak peristiwa jadi.

Antaranya selama 2 minggu sudah tidak tidur malam dek kerana melepak bersama budak-budak flat Air Panas, lebih spesifik, gengster blok G Air Panas.

Ploretar tulen. Dan juga dipenuhi semangat anak muda. Mungkin itu komen aku terhadap mereka.

Majoriti berumur belasan tahun, namun rata-rata adalah kaki serong (ponteng) sekolah. Seingat aku, dalam sekitar 10 orang kakilepak itu, hanya 2 atau 3 yang masih sekolah. Yang lain? Keciciran kerana ponteng, kaki pukul, kaki belasah, kantoi rokok, dan segala macam lagi lah ciri-ciri sepunya yang sering dicampakkan terhadap budak-budak sekolah yang sering dilabel jahat.

Mereka biasa pow orang.

Biasa juga men-cret anak dara orang.

Kaki CC. Layan DOTA.

Balot ganja.

Oh, hidup laksana musang, aktif hanya di waktu malam.

Tapi adakah itu alasan yang kukuh untuk tidak bercampur dengan mereka?

Bercampur bersama mereka mendedahkan aku dengan satu lagi perspektif kehidupan. Namun, dalam dunia kini, mengapakah seolah-olah tiada lagi tempat yang baik untuk mereka?

Sunday, October 31, 2010

31/10 – Hari Kelahiran Seorang Insan Paling Kool Pernah Aku Kenal. Re-Update : Bicara dengan Bapa.

***Entri ini aku pernah post suatu ketika dulu, di bawah tajuk Bicara dengan Bapa. Hari ini di tanggal kelahiran baba aku, Encik Ab. Maalek bin Omar, maka aku re-post sekali lagi. Seperti biasa, memang famili aku tak pernah menyambut hari kelahiran, dan aku pula hanya mengucap selamat melalui SMS.

Hadiah atau kek berlilin? Jauh sekali.

Itu hari aku emo sikit masa wish beday mak aku, tapi hari ni mood emo tak datang. So, gua buat-buat kool jek.

Ok, kepada baba, walopun mungkin tak baca blog ni, tapi Abu nak ucapkan Selamat Hari Jadi ke……bape ek? Sori tak ingat. Erk….Nanti nak congak, 1962, bape? Oh, 48? Yeah.

Semoga terus kool menjalani hidup yang perit ini.

Sori Abu rasa banyak menyusahkan Baba, menambah serabut Baba kerana mewarisi kepala otak yang sama keras.

Dan, lastly, er, jangan kuat sangat tido. Nanti anak-anak mu yang kecil ini mudah terpengaruh.***

 

BICARA DENGAN BAPA

Maghrib tadi Cik Mira jiran depan rumah aku datang ke rumah, berjumpa mak aku, perlukan pertolongan katanya.

Aku yang sedang melagho dalam bilik melayan internet terdengar perbualan diorang. Suami Cik Mira ada bukak kantin kat kem tentera mana entah, dan masalahnya adalah pabile anak sedare diorang merangkap tukang bancuh air kat kedai diorang tu balik kampung, mak sakit katanya.

Cik Mira pun bertanyakan la kepada mak aku kalo-kalo ada anak muda belia remaja yang boleh take-over keje tu, sementara pun jadilah.

Ops, aku mula merasakan perbincangan diorang akhirnya tertuju kepada aku. Siapa lagi anak muda belia remaja yang sedang menganggur kat rumah ni sekarang selain aku. Adeh, ini kerahan tenaga ni. Lalu otak aku berputar ligat mencari alasan.

Cik Mira memerlukan jawapan segera, sebab besok pagi nak pakai orang tu. Dan kalo aku sanggup, aku kena keluar rumah seawal 5 pagi dan hanya akan pulang selepas 5 petang. Cik Mira cakap kerja tak banyak, sebab kedai tu dalam kem, pelanggan pun orang situ je, cuma still kena jugak la pekerja on-call kan? Air tu mana boleh bancuh diri sendiri.

So, seperti dijangka, mak aku bukak pintu bilik dan menceritakan segala-gala, yang sebenarnya aku dah tahu pun. Saje dengar balik sambil-sambil cari idea nak guna sebagai alasan. Tak nak owh!

"Apis!" aku mencadangkan satu nama sebagai jawapan. Apis tu adik aku, tapi mak lain. Dia duduk dengan mak dia kat blok yang sejauh 15 minit berjalan kaki dari blok aku tinggal. Dia pun tengah menganggur jugak sekarang ni.

"Suruh Apis la mak, Abu kan dah nak masuk UM balik minggu depan. Serba salah je keje 4 hari." Aku memberikan alasan yang boleh dikire agak kukuh la jugak.

So, mak aku pun call bapak aku, dan diorang pun bersembang apa ntah, agak-agak dalam 5 minit la jugak. Then tak lama mak aku masuk bilik aku balik,

"Baba cakap dia lagi suka kalau Abu yang pegi."

"Hah?? Sebab??" aku protes beb. Apa tak kukuh ke alasan aku bagi?

"Sebab Abu kan lagi besar. Lagi matang baba cakap"

"Heh?" aku tak faham signifikan pernyataan di situ. Apis pon dah besar ape?

Then mak aku pun keluar jumpa Cik Mira balik, dan berjanji akan beri jawapan malam ni jugak. Nampak gaya akan ada seorang yang akan terkorban, sama ada aku atau Apis.

Dan mak aku pun masuk bilik balik, cuba mendapatkan keputusan aku (sambil-sambil mendesak, secara lembut la, u know, mother's skill). Macam-macam la sebab musabab diberi kenapa aku kena pegi jugak, daripada mendapat gaji rm20 sehari sehinggalah kewajipan menolong jiran di dalam kesusahan.

Dan aku jugak menepis dengan pelbagai alasan, kononnya aku perlu bersiap-siaga untuk memulakan sem baru, tak berbaloi kalo keje setakat empat hari, sehinggalah tak nak menyusahkan Cik Mira nak mengajar orang baru 2 kali. Ye la kalo aku masuk, dia kena ajar skil-skil menjadi pembancuh air profesional, lepas empat hari, minggu depan kena ajar orang baru lak. Kan ke menyusahkan dia tu?

Dan kaya putus di depan mak aku, NO. Aku tak pegi.

So, mak aku call bapak aku untuk cuba mendapatkan si Apis tu untuk bekerja, tetiba mak aku cakap bapak aku nak cakap ngan aku lak. Ayark, pedehal ni? Aku dah la paling lemah bila ber-mantik dengan bapak aku.

"Ha Abu, nape tanak pegi?"

"Ala, serba salah la 4 hari je, baik suruh Apis keje direct terus, tak kena Cik Mira susah-susah ajar orang baru 2 kali"

"Alah ape yang susahnye, bukan keje gaji ribu-ribu. Abu pegi la cari pengalaman, jangan rasa rendah diri. Masa ni la nak belajar bergaul dengan masyarakat kat bawah, esok nanti awak jadi orang besar, awak faham la apa perasaan orang bawah"

Aiseh. Kan aku dah cakap. Bapak aku terer mantik?

" Ish, Abu tak pandang hina la keje ni. Tapi tu lah. 4 hari je. Minggu depan dah nak bukak U balik dah"

"Habis tu kenapa la kalau 4 hari? Kalau 1 hari pun pengalaman jugak. Awak orang pintar, pegi sana belajar la. Manataw esok-esok nak bukak bisnes sendiri, kurang-kurang dah ada pengalaman. Kita nak bisnes ni jangan memilih, apa-apa je boleh buat kite jalan. Awak tu ada otak, mesti dapat belajar punye"

Aduh. Bapak aku dah bukak cerita bisnes pulak. Memang harapan dia nak ada bisnes famili sendiri, kalau bole anak-anak die la yang usahakan. Tetiba aku teringat suatu perkara yang boleh selamatkan aku.

"Eh, memang tak boleh la ba, esok Abu kan ada appoinment dengan kaunselor UM. Yang pegi minggu lepas tak jadi tu. Patutnya hari ni, tapi tadi dia call nak jumpa esok pulak." - Yeah, hatiku bersorak. Kali ni mesti lepas ah!

"Hmmm. Ye ke? Mana-mana Abu lah. Baba bukan ape, untuk kebaikan Abu jugak. Bapak awak ni bukan nak suruh awak buat benda yang boleh bawa keburukan, semua untuk kebaikan. Takpelah kalo macam tu. Ikut suka awak lah"

nada kecewa kudengar di hujung talian. Tapi memang aku tak tipu, aku betul-betul ada appointment dengan kaunselor esok, cuma tadi tak ingat bila aku mem-beta dengan mak aku.

Dan keputusan tercapai, aku menang, Apis "terkorban".

Malam sikit, Apis datang rumah aku. Bapak aku hantar, dia terus keluar keje pusing stereng teksi. Aku tak jumpa dia lagi.

Tibe-tibe henset aku berbunyi, satu mesej diterima, daripada bapak aku.

"Nak royat ba dulu pun sekolah tak rendah sangat. Sempat sampai HSC (STPM) kiranya standard diploma la. Sekolah pun bawah sikit dari Abu, Sultan Ismail College (english medium-standard benar zaman tu jadi kebanggaan)

Keja ba tak pilih. Penah keja restoran mamak, keja kontrak bancuh simen tgh2 panas mcm indon, jual buah atas ketapi dari pasir mas sampai gemas, jual ikan, sayur, texi, bussinessman, director, managing director, sampai manila, singapore, amsterdam, paris, england, dan sekarang kucing kurap.

Ba tak pernah menyesal. Itu adalah adventure baba."

Aku tergamam. Mesej tu aku tak reply, sebab aku tak tahu macam mana nak reply.

Aku cuma memandang kehidupan aku. Apakah "adventure" aku pula?

Adakah dalam masa beberapa tahun akan datang, aku akan memandang kembali ke masa silam dengan seribu ratus juta pengalaman, atau sama seperti sekarang, yang memandang ke masa silam dengan harapan untuk kembali dan melakukan segala-gala yang telah aku lepaskan?

Sigh. TQ dad. And sorry.

Aku pun nak "mengembara".

p/s: sebenarnya yang terkorban itu aku, bukan Apis. Baru aku sedar.

 

****************************************TAMMAT***********************************************************

p/s : serius gua bangga ada bapak macam bapak gua, walopun tidak kaya, hanya menjadi supir teksi, tapi gua rasa kepala otak bapak gua antara yang paling brilliant gua penah jumpa.

Gua kaki debat, especially dengan mak gua, juga dengan kawan-kawan yang suka debat, tapi dengan bapak gua, gua rasa gua selalu kalah.

Cuma, kali ni, ada satu isu yang sedang mencetuskan perang dingin antara kami. Ish.

Maaf, baba.

 

 

p/p/s : Semoga keluarga kami kekal sampai ke syurga. Amin.

Sambungan kenapa manusia bodoh, plus cerita gila vs genius

image

Ah, malas betul nak menulis blog. Tapi disebabkan itu hari aku ada menulis satu entri yang tergantung, maka aku rasa itu merupakan satu tanggung jawab aku untuk menyempurnakan apa yang telah aku mulakan.

Walaupun mungkin takde orang nak baca pun sebenarnya.

Tapi aku malas nak melabon panjang, pasal aku bukan pakar dalam isu kepala otak ni. Aku terus lompat kepada konklusi la, sebenarnya apa yang aku nak bagitau hari tu, aku rasa demi mengekalkan kesejahteraan otak (atau minda atau akal) maka kita seharusnya lebih banyak bergerak.

Kehidupan zaman moden yang dipenuhi teknologi dilihat telah memudahkan hidup manusia (walaupun hakikatnya lagi merumitkan ada lah), terutama dalam pergerakan. Tapi dalam masa yang sama, pergerakan anggota tubuh manusia telah diminimumkan. Manusia bergerak dengan teknologi, naik kereta, motor, LRT, tapi bila masa pula otot-otot badan mereka digerakkan?

Kenapa pentingnya pergerakan anggota tulang empat kerat ini? Kerana melalui pergerakan tulang empat kerat inilah otak akan disuap oksigen dengan semaksimum mungkin. Menjadikan otak lebih cerdas dan segar, aku harap.

Dan lagi satu, kehidupan pasif kita hari ini juga dianggap betul dan tepat dan itulah yang harus diamalkan. Contoh aku ambil, belajar, kita diberitahu sejak dahulu, melalui pengamalan dan budaya sekeliling, untuk belajar perlu fokus. Bila kata fokus kat sini bermaksud perlu duduk diam-diam atas kerusi, badan tegak, mata dibulatkan dan sedaya upaya cuba untuk memahami tiap-tiap butir kata yang keluar dari mulut guru, ataupun tiap patah kata buku yang kita baca.

Tapi persoalannya, adakah perkara ini benar? Begitukah hakikat sebenar proses pembelajaran manusia? Ataupun sebenarnya kita telah membuat asumsi yang salah selama ini?

Mengapa tidak pernah dicuba untuk belajar dalam suasana yang lebih loose, longgar, dan santai. Ataupun pernah kah korang mencuba membaca buku sambil berjalan-jalan, berdiri? Aku pernah membaca satu kitab pasal “Hukum Otak”, dan penulis yang merupakan seorang ahli biologi yang mengkaji pasal otak berkata, sekarang beliau telah meletakkan satu “mesin treadmill” dekat ofis tempat dia bekerja, dan akan berjalan di atas mesin itu sekiranya mahu membaca ataupun membuat kerja. Rasionalnya? Macam pakcik-pakcik selalu cakap, badan cargas otak pikap.

Ok itu satu hal, aku belum lagi komen tentang budaya pembelajaran yang membunuh potensi sebenar kepala hotak kita. Lupakan yang itu. Aku nak masuk topik baru.

Sepertimana yang telah aku tajukkan, genius vs gila. Baru-baru ini aku semacam berminat untuk memahami pemikiran orang gila.

Semua berpunca daripada masalah diri aku. Semenjak dua menjak ini, banyak perkara yang aku lakukan seolah-olah tiada rasional. Perkara ini tidak merunsingkan aku sebenarnya, tapi setelah terlalu banyak komen-komen dan kritikan, aku mengambil keputusan untuk memandang kembali diri aku.

Antara perbuatan songsang yang aku lakukan adalah aku telah ponteng kelas selama sebulan, dan aku langsung tidak mempunyai apa-apa rasa bersalah, gelisah mahupun resah atas hal ini.

Alah, ponteng, bukan kool sangat pun. Memang la tak kool, tapi aku rasa majoriti manusia tak boleh terima apa yang aku buat ini. Walaupun mereka mendakwa diri mereka sebagai pejuang kebebasan anti-kapitalisme, tapi di peringkat akhir, mereka tetap mengikut perjalanan sistem yang ada.

Maka, berlaku pertembungan idea kat sini, sama ada aku yang bodoh, atau aku yang pandai.

Mungkin aku juga terlalu idealis, dan mereka benar kerana nak tak nak, realiti menuntut untuk mengikut sistem yang ada.

Tapi bila bicara soal idea, sebenarnya aku rasa aku juga bukanlah seorang penganut fahaman suatu ideologi anti-kapitalisme yang benar-benar beriman. Senang kata, aku mana ada baca buku-buku falsafah ekonomi semua tu, sampai aku mampu membuat keputusan bahawa ini salah dan itu benar.

Mungkin aku hanya menggunakan semua itu sebagai alasan untuk menyembunyikan masalah sebenar aku, kenapa aku taknak belajar, iaitu diri aku sendiri.

Sebab bila aku fikirkan, ketidak-rasionalan aku menilai benda tidak terhad kepada belajar saja, bahkan kebanyakan benda. Aku mula memandang semua benda yang ada di sekitar aku, dalam hidup aku, sebagai tiada erti, tiada nilai, tiada makna. Lalu menyebabkan aku tidak terdorong pun untuk melakukan apa ayng seharusnya aku lakukan.

Sindrom mati-perasaan ini membawa aku kepada satu asumsi bahawasanya aku ini mengalami masalah dalam kepala otak (mental).

Walaupun aku telah pernah berjumpa psikiatri dan dikatakan menghidap kemurungan, namun persoalan aku, daripada mana kemurungan itu datang? Aku stress bukan kerana aku tertekan dengan kehidupan, tiada duit, asaimen berlambak, ataupun putus kasih dengan awek, tapi aku stress apabila memikirkan kenapa aku TIDAK STRESS apabila berdepan dengan perkara-perkara yang seharusnya menekan aku.

ABSOLUTE ZERO STRESS – efeknya, semua benda aku tak buat. Best ke hidup macam tu?

Lalu aku mula mengkaji, membaca laman-laman internet pasal individu yang gila, lalu terjumpa perkaitan yang menarik antara gila dan genius.

Rupanya memang ramai individu yang diiktiraf genius mengalami masalah kepala otak. Ada yang skizo (mengalami split personaliti, berhalusinasi), bipolar disorder, depress, bla-bla-bla. Korang google kan je la, banyak korang akan jumpa. Type “Mad + genius”.

Dan semalam men-download satu filem, “A Beautiful Mind”, juga satu cubaan untuk mendalami misteri sifat kepala otak.

Cuma yang anehnya, aku perasan entah kenapa ramai juga dalm kalangan teman-teman aku yang secara tidak langsung membincangkan tentang isu ini. Seolah-olah isu genius-gila menjadi trend. Aku baru terfikir, kemudian benda tu datang mencurah-curah ke ladang gandum.

Ish, pelik ni.

Sampaikan semalam, aku terdetik, jika antara genius dan gila, mana yang datang dulu? Dan sekiranya gila itu mampu membawa kepada kegeniusan, bolehkah kita sengaja menggilakan diri untuk menjadi genius?

Dan aku merasakan aku seolah-olah berminat untuk jadi “gila” andainya “gila” itu mampu membuat aku lebih tajam dalam mengguna otak.

Haha. Adakah aku sudah gila apabila berfikir begini?

Dan semalam, aku juga telah berhadapan dengan fenomena genius-gila yang sebenar. Seperti dalam cerita “A Beautiftul Mind”, seorang genius tapi mengidap skizo lalu otaknya mula mencipta individu-individu palsu, untuk melengkapkan kehidupan mereka.

Sungguh menakutkan, kerana mereka sangat real, tapi dari satu sudut, sangat indah hidup mereka.

Dan yang paling penting, kepala otak mereka amat hebat.

Dan berhadapan dengan fenomena skizo membuatkan aku mula mempersoal tentang realiti kehidupan aku selama ini. Benarkah apa yang telah aku lalui? Benarkah dunia yang aku lihat kini? Benarkah kamu wujud? Ataupun hakikatnya kamu semua adalah halusinasi aku sahaja?

Apakah selama ini aku memang telah gila?

Dan kamu juga, tidak pernahkah terfikir begitu?

 

 

 

P/s: serius-shit aku rela kepala otak berhalusinasi jika sekiranya dengan itu aku mampu berpikiran lebih gila

Saturday, October 30, 2010

29 September – Tanggal Kelahiran Insan Terindah dalam Hidup, Gadis Elektrik Aku

p/s : gua nangis masa tulis ni – bagitau ni bukan mintak puji, tapi nak cakap, gadis elektrik gua saja boleh buat gua kena renjatan.

*Klik play untuk dapat feel gadis elektrik*

*gadis bawah ini bukan gadis elektrik gua*

Hangat nafasmu

menggoncang kalbu

Harum tubuhmu

mengikat jiwaku

INGIN KUBERIKAN DUNIA
ANDAI KUPUNYA KUASA

Sungguh, aku tidak ingat hari ini hari lahirmu. Bukan kerana tidak tahu, tapi kerana menyambut hari lahir bukanlah perkara tahunan yang biasa kita lakukan.

Jujurnya, aku tahu tanggal hari lahirmu pun agak lewat, seingat aku selepas habis sekolah, selepas aku kononnya telah semakin dewasa. Sebelum itu, tak pernah aku peduli, tak pernah aku rasa ingin menyambutnya, kerana, seperti yang telah aku nyatakan, menyambut hari lahir bukanlah amalan yang biasa kita lakukan.

Aku juga tidak ingat sudah berapa kali aku menyatakan ucapan Selamat Hari Lahir kepadamu, mungkin hanya sekali, dua kali, atau hanya tiga, tapi yang pasti tidak lebih lima.

Menyambut dengan kek beserta tiupan lilin? Langsung tidak pernah.

Hadiah hari lahir? Haha.

Dan seperti biasa, aku tidak tahu hari ini hari apa, sehingga engkau yang mengingatkan aku dengan sekeping SMS petang tadi.

Maaf kerana kecuaian.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Engkau adalah gadis pertama yang aku kenal. Aku rasa engkau juga adalah satu-satunya gadis yang paling memahami aku, mungkin lebih daripada diri aku sendiri.

Paling sayang kepada aku.

Dan akan sentiasa sayang kepada aku.

Sehingga akhir hayat, tidak kira aku atau engkau yang pergi dulu.

Jika tidak, masakan engkau akan tabah berseorangan di lembah penuh cabaran itu, bertahun-tahun lamanya, tanpa siapa di sisi, hanya teman-teman yang tiada pertalian darah, bukan saudara, bukan keluarga, tetapi orang asing.

Namun mereka itulah keluarga engkau selama engkau keseorangan membuktikan cinta.

Engkau membuktikan cinta, bukan untuk mengharapkan nama. Bahkan jauh sekali mengharap balasan cinta dariku. Semua hanya semata-mata cinta.

Cinta engkau kepada aku.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku rasa aku tidak pernah mengucap rasa sayang kepadamu. Ungkapan cinta, jauh sekali.

Entah. Aku biasa saja mengucap sayang kepada gadis-gadis lain, yang datang dan pergi dalam hidup aku.

Tapi kenapa, apabila berada di hadapanmu, gadis yang datang untuk mencintai aku, dan takkan pergi buat selama-lamanya, aku tidak tahu berkata sayang. Aku tidak reti membahasakan cinta.

Kononnya cinta dan sayang itu tidak perlu diluah melalui bahasa, buktikan saja dengan perbuatan dan tingkah. Hati cuba membujuk diri, memberi alasan.

Atau mungkin juga kerana malu? Atau terlalu ego? Atau aku takut aku akan menangis sekiranya menuturkan kata itu di hadapanmu. Sungguh, kata-kata itu akan hadir dengan air mata, hanya apabila bila aku luahkan kepadamu. Mungkin kerana ia benar datang dari hati.

Bukan seperti gadis-gadis lain, yang aku cuba untuk sayangi, hanya demi kehendak peribadi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku rasa kita selalu bergaduh. Bergaduh bukan kerana salah engkau, tapi aku yang terlalu besar kepala.

Semakin aku besar, semakin aku rasa aku lebih pandai, dan tiap tutur katamu aku rasa bagai tiada erti. Dan setiap kali itu jugalah, aku meninggikan suara, melawan hujahmu.

Namun setiap kali, engkau tidak pernah memarahi aku. Tidak pernah mempertahan status-quo. Malahan engkau yang mengalah, bahkan cuba memujuk menenangkan aku kembali, sehingga akhirnya aku yang malu dan sesal sendiri.

Namun sekali lagi, sesal itu hanya dalam hati, tidak pernah mampu kuluah dengan bicara.

Betapa sombongnya aku!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku hanya mampu menulis. Hendak kuluah dengan kata-kata, aku tidak mampu. Aku sendiri tidak tahu, kenapa diri ini semakin celaka, semakin hilang rasa.

Seharusnya aku yang berdiri di sini kini, mempunyai satu rasa sedar dalam diri, untuk kembali berbakti, untuk kembali membalas segala jasa yang telah engkau taburkan, walaupun engkau tidak pernah meminta, namun itukan tanggung jawab seorang pencinta?

Aku ingin mencintai-mu.

Aku wajib mencintai-mu.

Namun aku semakin hilang rasa.

Di saat aku menulis, aku rasa seperti ingin menangis. Menangis bukan kerana aku mengenangkan segala pengorbanan yang telah engkau curahkan kepada aku, sebaliknya menangis kerana aku tidak mampu merasa semua itu.

Hati ini telah mati.

Mati terhadap segala-galanya, termasuk segala jasa dan kasih yang telah engkau curahkan, walaupun semuanya ada di depan mata.

Mungkin-kah aku akan membuat engkau kecewa kelak?

Aku tidak ingin semua itu, tapi aku juga seolah-olah tidak mampu mengawal apa yang bakal terjadi. Semakin hari aku merasakan diri ini semakin hilang, semakin jauh daripada norma-norma biasa.

Bahasa mudah, aku makin hilang waras. Akan gila barangkali? Akan hilang masa depan? Apa akan jadi pada aku?

Hanya Tuhan yang tahu.

Tapi aku tahu, walaupun apa juga bakal jadi ke atasku, engkau akan tetap di situ, seperti sekarang, seperti dahulu, dan seperti masa depan, engkau akan sentiasa sayang kepada aku.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Engkau seorang gadis paling tabah, paling cekal pernah aku jumpa.

Menyelusuri kembali perjalanan hidupmu, hanya akan membuatkan aku kagum. Kagum pada kegagahan seorang gadis dalam meneruskan hidup, sambil melindungi diriku daripada kematian, tanpa sokongan sesiapa, hanya berbekalkan harapan pada Tuhan.

Dan sekali lagi aku membenci diriku, kenapa aku tidak seperti kamu? Kenapa aku terlalu rapuh menjalani hidup ini? Baru digigit semut sudah menangis, sudah merajuk, sudah terduduk, sedangkan engkau berdepan dengan harimau, naga, bahkan jika seluruh isi dunia menentangmu, engkau pasti akan bertahan sehingga akhirnya.

Semua kerana hanya demi membuktikan cinta.

Tidak. Engkau tidak mahu membuktikan apa-apa. Kerana pembuktian itu, mengharapkan kemahsyuran, mahu disebut-sebut, mengharapkan pembalasan.

Engkau melakukannya hanya kerana cinta. Hanya kerana cinta engkau kepada aku.

Engkau memang hebat.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa lagi bahasa bunga-bunga yang harus aku tuliskan.

Apa lagi yang harus aku nyatakan? Kerana walaupun tulisan ini untuk engkau, tapi aku tetap tidak berani untuk meluahkannya kepada engkau.

Apa sakit aku ini? Malukah? Egokah? Sombongkah?

Aku juga tidak tahu.

Akhirnya nukilan ini hanya akan berhenti di sini. Bersemadi di sini. Dibaca oleh sekalian manusia tetapi bukan kamu.

Maafkan aku kerana aku ini lemah jiwa.

Maafkan aku kerana aku tiada upaya.

Maafkan aku kerana tidak menjadi seperti yang seharusnya.

Maafkan aku kerana tiada rasa.

Maafkan aku.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih kepadamu.

Terima kasih kepada Tuhan yang telah melahirkan kamu pada tanggal ini.

Terima kasih kepada kamu kerana ada, kerana tanpa kamu, aku tiada.

Terima kasih atas segala jasa.

Terima kasih atas segala kasih dan manja.

Terima kasih atas segala lelah dan usaha.

Terima kasih atas segala yang telah engkau suapkan.

Terima kasih atas layanan.

Terima kasih atas didikan.

Terima kasih atas ajaran.

Terima kasih atas segala wang yang telah engkau laburkan.

Terima kasih atas segala kepedihan yang engkau tanggung demi aku.

Terima kasih atas segala kesakitan yang engkau rasakan demi aku.

Terima kasih kerana pernah mempertaruhkan nyawa demi aku.

Terima kasih kerana pernah memarahi aku.

Terima kasih kerana pernah membuat aku ketawa.

Terima kasih kerana tetap menerima aku, apa adanya aku.

Terima kasih kerana engkau akan sentiasa dan selama-lamanya berdoa untuk aku.

Terima kasih atas cinta.

Terima kasih atas sayang.

Terima kasih atas syurgamu.

Terima kasih……..atas segalanya.

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga Tuhan sentiasa merahmati gadis elektrik aku.

Maziah Wan Ismail. Ibu mithali aku, selama-lama.

“Mak, maaf kerana luahan Abu hanya di dalam blog. Selamat hari jadi. Maaf segala-gala. Maaf segala-gala. Maaf segala-gala.”

“Tuhan, Engkau peliharalah mak aku. Janganlah Engkau biarkan mak aku merana kerana aku. Dunia akhirat”

Wednesday, October 27, 2010

Kenapa Manusia Bodoh?

Kenapa alam ini dipenuhi kerosakan? Kenapa alam ini kucar-kacir? Kenapa banyak keputusan dan tindakan yang dilaksanakan oleh manusia akhirnya membawa kepada keburukan?

Tindakan yang salah, secara simplistiknya, boleh dilabelkan bodoh. Kenapa manusia bodoh?

Ini pandangan aku. Hanya pandangan, mungkin betul, mungkin salah. Mungkin juga ini pandangan yang bodoh, kerana aku telah melalui satu kehidupan yang akhirnya memperbodoh aku.

Aku rasa manusia itu bodoh kerana manusia semakin kurang bergerak.

Manusia dilahirkan dengan anggota badan yang perlu bergerak untuk hidup. Secara asalnya, kehidupan awal manusia yang serba ringkas serta primitif memerlukan mereka bergerak secara aktif. Terlampau aktif.

Mencari makanan, perlu bergerak. Berlari mengejar binatang, berenang menangkap ikan, memanjat pokok untuk buah.

Apabila diburu binatang buas, manusia juga terpaksa berlari.

Dengan pergerakan, manusia menggunakan semua deria, menjadikan otak lebih cargas dan pikap. Laju.

Bak kata pepatah yang selalu disebut-sebut orang tua, “Badan sihat, otak cargas cerdas”

Bil-makna, kecergasan tubuh badan merupakan perkara asas yang perlu diutamakan sekiranya ingin menjadi bijak pandai. Kerana otak juga merupakan sebahagian daripada anggota tubuh badan, dan otak memerlukan makanan untuk kekal segar, iaitu oksigen.

Untuk memberikan makanan kepada otak, maka oksigen perlu disalirkan. Dan kehidupan yang cargas akan memaksimumkan kapasiti oksigen yang meresap ke dalam otak.

Selain itu, otak juga perlu bersenam.

Tapi otak tidak seperti otot lengan yang boleh mengangkat dumbell sekiranya ingin digagahkan. Untuk menjadikan otak itu taff, maka senaman otak diperlukan.

Senaman otak dapat dilakukan dengan cara engkau merangsang otak untuk bekerja. Bekerja dengan berfikir. Mungkin bermain sudoku. Atau membuat soalan-soalan latihan matematik.

*bersambung – aku pergi bersukan* 

Sunday, October 24, 2010

gua ketagih

Twitter macam haram. Macam dadah.

Gua dah ketagih. Syialan.

Amaran, jangan main, nanti rosak akhlak.

Semoga enta-enti semua kekal mulia dan sopan.

 

 

p/s: sebenarnya gua tensen, seharusnya weekend ni balik rumah, bermanja-manja dan berbakti kepada ibu ayah. Tapi sebab ada mamat ni janji nak beli beg targus dell backpack, (ada aku iklan dalam page FB lappy-shoppe, fan page ade kat tepi, sila rajinkan diri untuk tekan) janji nak collect hari ni, tengah hari kata konfem nak datang, aku tunggu sampai ke malam tak respon2.

*Bersangka baik : mungkin dia tak sengaja, dia tak tipu, mungkin dia kemalangan dalam perjalanan. –.-“

p/p/s: #honeykoyuki, aku rasa aku sudah jatuh. Ahhh. Cinta~

Wednesday, October 20, 2010

Oh, tak ingat nak ucap, “Selamat Hari Hartal”

hartal

hartal 2

gua hari-hari dah ber-hartal. harharharharharharharharharharharharhartal.

semalam gua saja tanya soalan bodoh dalam FB, “Hari hartal takde santa klaus ke?”

Maka-nya seorang Tan Sri pun menjawab, santa hartal muka macam Karl Marx pakai baju merah. Hahaha. Ok gak jawapan tu, boleh buat legend, iaitu pada malam hari hartal, santa marx akan pergi ke rumah-rumah budak yang berjiwa commie dan rebel untuk memberikan hadiah kerana sifat nakal mereka. LOL.

image

Hartal adalah satu insiden yang telah berlaku pada 20 Oktober di Tanah Melayu, 10 tahun sebelum merdeka, apabila rakyat satu semenanjung mogok secara besar-besaran dengan menghentikan segala aktiviti ekonomi, (“Hartal ni, tutup semua kedaaaaiiii~) sebagai tanda protes kepada Kerajaan British ketika itu kerana tidak mempedulikan proposal “Perlembagaan Rakyat”.

Sesiapa nak tahu lebih lanjut pasal apa itu hartal – sila tonton video di bawah ini. Dokumentari pasal sejarah Malaysia yang tidak di-KBSM-kan.

Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from fahmi reza on Vimeo.

atau layari http://10tahun.blogspot.com

SELAMAT HARI HARTAL!

 

 

p/s: muka Karl Marx mmg macam santa kan?

Blog alternatif aku

Aku ada 2 lagi blog lain, yang agak aktif.

1- http://abuubaidah.tumblr.com

2- http://perli-badi.blogspot.com/

dua-dua blog emo dan tak intelek.

Mahu layan? Silakan.

Monday, October 18, 2010

Lama Tak Update, Sekolah Kebebasan dan Projek Bawah Pokok

Hai, lama tak update blog (Argh, aku benci ayat ini. Pasal lepas ni aku mesti akan ucap ayat yang sama lagi bila aku tulis post baru.)

Kenapa tak update blog? Pasal aku ada hidup yang kool. Tak macam ngkorang yang 24 jam mengadap PC, ataupun hanset pintar, ataupun Facebook via SMS by Celcom (kahkahkah), kerana kawan-kawan korang hanya wujud di alam maya.

Come on guys, jadi-lah manusia sikit. Korang hidup kena bersosial, secara live, bukan maya, korang kena merasakan sentuhan fizikal, kena menghidu bau masam kawan korang, merasa air liur basi kawan korang yang cakap tersembur, bukan hanya setakat mengadap muka awek cun dalam FB lepas tu mula-lah menggunakan imaginasi kotor untuk memuaskan kehendak fizikal. What a lame.

Well, sebenarnya aku pon tipu je.

Aku juga seorang internet addict sekarang. Sangat kuat dijajah hegemoni internet, terutama laman facebook. Hell. Yeah.Tapi kalo aku delete Facebook nanti, aku takkan ada kawan dah. Kahkahkah loser. Damn.

Sekian mukaddimah.

Masuk isi 1.

Aku ada 2, 3, 4, 5, 6 dan beberapa lagi kawan yang kool. Diorang yang kool. Aku tak seberapa. Aku dan kawan-kawan aku adalah budak U yang tipikal, suka lepak kedai kopi, merapu, bajet diskusi la konon, tapi sebenarnya cuma perabis-kan kopi.

Sambil-sambil keretek dicucuh, beserta segelas teh tarik sorang satu, melayan sembang, tentang itu, tentang ini, tentang cara nak tekel awek, pasal kereta kena tahan polis, polis mintak duit kopi, pasal budak U yang lemau, pasal kebosanan hidup dekat U, pasal masa depan, pasal duit jongkong emas, pasal AUKU, pasal sistem, pasal kapitalis, pasal sosialis, pasal Islam, pasal itu, pasal ini, macam-macam-lah~

Aktiviti lepak yang konsisten setiap minggu sampai klimaks-nya apabila Jumaat malam Sabtu hari tu kami over-nite di BB.

Rupa-rupanya kami bukanlah remaja yang kool macam anak muda KL yang sering overnite kat BB, sebab bila kami tiba kat BB, betul-betul macam anak rusa terlepas masuk kampung.

Macam masuk dunia baru. Ini masih Malaysia-ka? Serius jakun tak tahu mana nak pergi, last-last kedai mamak gak. Overnite B.B tapi lepak mamak. Haram J. Kahkahkah loser.

Lupakan apa yang kami jumpa di BB malam itu, kerana yang lebih penting, adalah apa yang kami lahirkan daripada aktiviti lepak buang masa anak muda.

Kebosanan menunggu malam menjadi siang membawa kepada diskusi untuk membantu sahabat UKM4 yang dikhabarkan telah kalah dalam perlawanan mereka menentang AUKU di mahkamah – dan kena membayar denda beserta kos guaman sebanyak rm50000 khabarnya. Bermula dengan kenyataan, “Kita kena buat sesuatu untuk tolong mereka”, membawa kepada persoalan “Nak buat apa?” lalu tertimbul idea “Kita busking mau?”

Hell. Yeah.

Keluar idea untuk busking bagi mengumpul dana kepada kengkawan UKM4.

Daripada idea busking nak cari dana, lahir idea untuk membuat Projek Bawah Pokok.

Projek Bawah Pokok adalah satu usaha hasil percambahan idea semasa sesi lepak-lepak sekumpulan budak U dari pelbagai instisusi mengaji tinggi, untuk membudayakan kebebasan ber-ekspresi, dalam institusi-institusi mengaji tinggi dalam negara ini, dan dimulai di UM.

Projek Bawah Pokok ingin mencetus budaya baru, mendobrak dogmatik dalam budaya lama, iaitu budaya yang maha membosankan dalam proses pembelajaran, serta ketika bicara benda-benda so-called benda serius atau benda besar.

Persoalan aku dan kawan-kawan aku, kenapa bila nak bicara benda serius kena nampak serius dan bernada serius. Bosan beb. Tak remaja.

Ini merupakan proses men-tua-kan pemikiran budak-budak yang tak tua.

Maka-nya, kami ingin keluar dengan gaya dan stail baru, lebih spontan, lebih muda, dan lebih emosi, sesuai dengan jiwa muda kami, namun tidak ditinggalkan nila-nilai “serius” dalam setiap tindakan, sesuai dengan status sebagai budak U.

Kerana ingin nampak poyo dan seolah-olah ini merupakan suatu gerakan yang gagah, kool, hip dan trendy, maka nama kumpulan pun diberi - Sekolah Kebebasan (School of Freedom)

Isi 2: Hari Ini Dalam Sejarah.

image

Hari ini dalam sejarah apabila Sekolah Kebebasan benar-benar turun padang dan me-realisasi-kan Projek Bawah Pokok dalam bumi UM.

Aku sendiri macam tak percaya, baru malam Jumaat lalu sembang, hari ni dah jadi betol-betol pulak! Serius aku pun masih macam tak percaya.

Maka-nya, apa yang berlaku tadi, adalah sekumpulan budak-budak berkumpul di bawah sebatang pokok besar, sebelah perpustakaan utama UM, meluah apa saja, mempersembah apa saja yang mereka ada, atas nama kebebasan ber-ekspresi, dan juga dengan niat mahu menghiburkan sesiapa sahaja yang ada disitu, agar mereka menyumbang sedikit wang.

Kami bergitar.

Kami bernyanyi.

Kami berpuisi.

Kami berdrama pendek.

Melalak.

Meraung.

Aku juga meraung, entah apa yang aku laungkan, aku sendiri tak ingat, kerana semuanya tercipta di situ.

Bergitar menyanyikan lagu-lagu demokrasi, ciptaan sendiri, dan juga cover lagu dari seberang.

Berlakon menyampaikan mesej wafer kedai Daily-Fresh itu SEDAP.

Berpuisi menyatakan cindiayu itu semakin layu.

Melaung mengaku aku budak U.

 

 

Puas.

 

Itu yang aku rasa.

Walaupun mungkin dalam kalangan penonton semua ternganga dan terpinga-pinga, mungkin kerana tidak biasa, namun aku rasa aku dan kawan-kawan aku telah melakar sejarah, jikalau tiada akan termasuk dalam kitab di masa kelak pun, paling tidak dalam catatan hidup kami sendiri.

Sekurang-kurangnya bila kami ingin mengeluarkan biografi diri sendiri esok, boleh kami riak dengan mengatakan, “Dulu masa aku belajar, aku pernah buat kerja gila, aku pernah pergi angkat gitar, main tengah orang ramai, bukan dalam dewan, tapi kat tepi jalan, aku melalak sampai semua orang tengok aku” – sungguh, itu merupakan suatu motivasi, dan sebagai manusia, kami memerlukan itu.

Bunyi macam tak ikhlas, tapi kalau kamu tak mahu menghargai aku dan kawan-kawan aku, terpaksa kami menghargai diri sendiri. Itu paling lemau.

Tapi niat kami bukan setakat mencipta sejarah sendiri. Itu hal peribadi.

Niat kami yang ter-utama adalah untuk membudayakan suatu amalan bebas ber-ekspresi, terutama dalam diri budak U yang rata-rata mindanya telah di-doktrin, di-paku, di-bonsai, sehingga wujudnya masyarakat yang tiada kritikal, tiada berfikir, malas membaca, takut dan lemah dan merelakan hak mereka dipijak-pijak.

Budak U yang menjadi harapan kepada masyarakat hanya akan menjadi manusia individualistik yang akhirnya hanya mementingkan perut sendiri.

Budak U yang berharap mengaji pandai dan dapat ilmu, akhirnya hanya menjadi pengguna kepada ilmu yang sedia ada, tanpa mampu mengolah dan mencipta idea baru.

Budak U yang meng-impi-kan menjadi budak yang kreatif, dinamik, dan berkepimpinan hanya akan menjadi seperti robot – patuh kepada sistem yang telah diprogramkan kepada mereka.

Kerana itulah kami mahu mengajak mereka untuk sama-sama membebaskan diri daripada pemikiran yang telah dipacak dalam kepala otak mereka.

Kerana kebebasan adalah pra-syarat untuk menjadi manusia yang lebih terbuka dan bersedia untuk berdepan dengan sebarang perlawanan dalam kehidupan secara jantan, bukannya dengan cara menutup ruang-ruang untuk berbicara kerana takut kalah atau malu (atau terguling dari puncak kuasa).

Walaupun hakikatnya kami juga bukanlah bijak dan sepintar mana, namun kami harap dengan cara ini kami akan dapat belajar.

Sekiranya benar-benar ikhlas mencari, kebenaran akan ter-timbul jua dari celah-celah lambakan perbezaan itu.

 

Letih sudah menulis.

Aku ingin menutup kata ini, denganucapan ribuan terimakasih kepada teman-teman yang bersemangat sehingga aku juga terbawa-bawa. Lihin,Kudin,Ali,Hocy,Aliff,Paan.

Juga kenalan yang menunggu kami menyempurnakan apa yang telah kami janjikan.Ezzat,Fitrah,Moja,dan siapa lagi?

Juga kepada warga pejalan kaki, pelanggan kedai ayam dan wafer, juga tokei kedai ayam dan wafer, walaupun kalian nampak seperti tergamam seketika tadi. Terima kasih kerana ada, walaupun hanya kebetulan.

Hasil kutipan Student Freedom Fund : RM6 ( kahkahkahkahkahkahkahkahkahakahakhakah)

 

 

Sekian.

 

p/s:gambar dan video direkod,tapi kamera dan handycam bukan aku punya,tak dapat nak kongsi.Insya Allah akan datang.

p/p/s:kunjungi blog Sekolah Kebebasan di http://school-of-freedom.blogspot.com. Ada facebook juga, tekan like ya.

p/p/p/s: lain kali kami buat mahu join kah?

Thursday, October 14, 2010

DISCONNECT untuk CONNECT

berapa ramai korang kat luar sana, penagih tegar “dadah sosial media”, yang hidup macam watak dalam video ni?

uh.terasa aku.

Teguran kasar buat sahabat!!

malangnya nasib ibu bapa, mengharapkan anaknya menjadi orang berilmu, namun anaknya kuliah pun xmo pi...

kasihannya kepada housemate&kawan2, berbuih mulut menasihat, tapi habuk pun tarak jalan..

Hinanya Universiti kerana bukan tempat ilmu...maka seharusnya blog2 'so-sial-list'  lah yang memandu hidup dan menjadi ilmu yang lebih baik dari kuliah di universiti juga sebagai tempat cari duit(money oriented)..

tidak malu kah hidup begini?? apa nak malu... hidupkan untuk makan.. makan pula untuk hidup.. makanan yang diproses pula akan jadi tahi.. maka, hidup ini hanyalah untuk mengumpul tahi...

maka aku bertanya,  untuk makan kau mahu apa? tahi anjing atau tahi kucing...??

p/s: lu ada otak.. lu pikir la sendiri!!!

image 

from a friend, to me. bluergh.

dontokshit!

Tuesday, October 12, 2010

Di-ikut Siput Babi

Itu hari ketika aku sedang mengikuti suatu program, tiba-tiba dapat call daripada bapak aku.

“Hello, assalamualaikum”

“Waalaikumsalam, Abu ke?”

“Ha’ah. Nape ba?”

“Ni ada benda sikit nak pesan ni.”

“Ape?”

“Sebenarnya baba tak kisah kalau benda ni datang dari sedara mara sendiri. Tapi ni dari orang luar ni. Hari ni saja baba dah dapat 2 call”

“Call dari sape? Pasal ape ni?”

“Memula dia tanya la, awak ni ayah Abu Ubaidah ke? Lepas tu dia suruh pesan kat awak, jaga-jaga sikit, jangan panas sangat dalam online tu, duk cakap benda-benda anti-kerajaan”

“Erk~~~”

………………………………………………………………………………………………………………

Perbualan habis beberapa lama kemudian. Pergh, agak sentap jugak aku mendengar. Ni dah sampai telepon bapak aku suruh pesan dekat aku ni ape kes?

Macam la aku ni terer sangat menyebarkan propaganda. Aku hanyalah seekor bilis je.

So, aku nak berenti ke?

 

Well…….U know me…kah3

Tuesday, October 5, 2010

Entri Cari Makan : Tolong Like Page Bisnes Aku

Dah lama tak update blog. Entah ada atau tidak orang yang merindui tulisan aku. Entah. Perlu kah aku dirindui? Siapa aku untuk dirindui?

Sudahkan lah merapu.

Ok seperti biasa, aku masih blur dalam kehidupan. Tak tahu nak buat apa. Dan untuk berlaku jujur, aku telah 2 minggu tidak masuk ke kelas, kerana aku rasa kalau aku pergi kelas pun, bukannya aku dapat apa-apa selain membuang masa.

Maka aku cuba untuk mencari erti dan nilai kehidupan aku di luar kelas, dengan cara menghanyutkan diri dalam kehidupan yang caca-marba ini.

Tapi tanpa disedari, tiba-tiba aku crack. Sedar-sedar sumber kewangan aku dah putus. Maka aku nampak-lah apa yang patut aku lakukan dalam jangka terdekat ini, iaitu mencari makan. Disebabkan aku hidup dalam masyarakat konsumerisme, dalam sistem kapitalis, di tengah-tengah kota pulak tu, nak tak nak aku perlu mencari duit untuk mencari makan.

Kenapa aku nak cari makan? Kerana aku nak hidup, untuk terus makan, dan untuk terus hidup, dan untuk makan kerana ingin hidup untuk makan dan terus hidup dan terus makan dan hidup dan makan dan hidup dan makan sampailah kitaran ini berhenti apabila aku mati.

Aku harap di tengah-tengah kehidupan itu aku akan berjumpa dengan jawapan kepada pencarian aku.

Pendekkan cerita, aku menjual barang. Hasil usaha joint-venture dengan beberapa rakan yang baik hati dan bersemangat usahawan, maka aku telah mendapat beberapa sumber untuk dijual kembali.

Dan salah satu prinsip menjual adalah, kena ada promosi, dan di era ini, salah satu cara promosi adalah melalui Facebook. Aku dah buat 2 fan-page, tapi masalahnya Facebook entah apa problem tak bagi aku suggest kepada kawan2 aku, iaitu korang.

Maka, terpaksalah aku menaip entri khas ini untuk meminta jasa baik korang supaya tekan “like” dekat fan-page aku. Boleh tolong?

Ada dekat tepi kanan belog aku ni. Tolong kelik ok?

Tolong tau?

Sekian.

Wednesday, September 29, 2010

Perlukan Pertolongan – Walaupun Aku Tidak Yakin Pada Pertolongan Manusia

Aku semakin hilang kesedaran. Mungkin bisa gila akhirnya.

Hari ini aku dilanda resah lagi. Aku makin bingung. Mungkin ini hanya mainan minda, tapi aku nak persetankan, aku tak mampu.

Jujur, sudah 2 minggu aku tidak melakukan apa-apa selain memenuhi keperluan asasi aku, tidur, makan, minum, berak, dll.

Kelas? Ponteng. Lab? Ponteng. Test? Ponteng. Kenapa? Kerana aku tak tahu untuk apa aku buat semua itu.

Ini bukan masalah malas. Ini masalah aku sudah sesat. Aku sudah hilang tujuan hidup. Aku tak mahu buat apa-apa lagi. Aku hanya mahu terus hidup, tapi untuk apa?

Gila.

Mungkin aku sudah gila.

Aku tak kenal lagi siapa aku.

Makanya, aku perlukan pertolongan kamu.

Beritahu aku, siapa aku? Siapa aku pada mata kamu? Siapa aku yang kamu kenal?

Aku tujukan soalan ini kepada semua teman-teman aku, yang mengenali aku, sejak dari aku sekolah, sehingga kini. Tolong aku, sebab aku makin bingung untuk berfikir sendiri.

 

Walaupun aku tahu, hanya Tuhan yang kenal aku.

Monday, September 27, 2010

An Open Letter to All Students and Civil Society: Regarding the Decision on Constitutionality of Section 15(5)(a) UUCA tomorrow (28/9/2010) at 2:00PM, Kuala Lumpur High Court

 

I’m writing this open letter with respect to the announcement of the KL High Court’s decision on the constitutionality of Section 15(5)(a) UUCA 1971 tomorrow, 28 September 2010 at 2:00PM. There is no doubt that tomorrow’s decision will carry much implications and impact unto our own personal lives and future. Whether the 4 of us will have the opportunity to continue with our undergraduate studies or be forced to end it pre-maturely will also be determined by the outcome of tomorrow’s court decision.

Since the filing of our claim on 1 June 2010 at the Kuala Lumpur High Court, that Section 15(5)(a) of the University & University Colleges Act 1971 is unconstitutional and in contradiction of our personal liberties and freedom as citizens of Malaysia, all 4 of us (the so-called ‘UKM 4’) have placed our complete confidence in the legal and judicial system of Malaysia.

However, I personally think that tomorrow’s decision is more than just about the ‘UKM 4’ but rather it is also a decision that will affect future of all students and youths in Malaysia.


It is important to note that tomorrow’s decision is not just about reclaiming the right for students to participate in politics but it’s also about reclaiming our freedom of pursuing our academic interests, speech, association, assembly & movement as guaranteed under the Federal Constitution. Even as political science students ourselves, we have our rights as Malaysian citizens stifled, what more students and youths that are outside this field of studies and yet are concern with the social developments and issues concerning the society?

The UUCA is more than just an act that stifles student autonomy and freedom but it is also an act that is creating various implications towards the development of our Malaysian society. When our own youths and students are not given the opportunity and freedom to choose and learn to make decisions themselves, how can we trust that they will make good decisions in the future when they themselves are leaders and stewards of this country?

Many NGOs, academicians, community leaders and concerned members of the Malaysian society have voiced out their support in this struggle to reclaim student autonomy. Therefore, it is with great humility that we would like to invite all concerned members of the society to join us, together with students and youth of this country to stand together in solidarity and hope for the future of this country.

Thank you very much and have a nice day.

With warmest regards,

Woon King Chai,
Political Science student,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

*aku kopipes daripada emel aku. Barangsiapa ingin menyatakan sokongan secara hidup, maka dia bolehlah turun ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, esok jam 2 petang, bukan janji Melayu.

Boleh juga RSVP kehadiran di Facebook, tekan pautan berikut : http://bit.ly/bKftNu

Sunday, September 26, 2010

Cinta Gerila

Semalam aku pegi raya kat umah sorang kawan ni. Saem skoloh lamo.

Dan masa duk sembang tu, tetibe adelah minah ni bukak citer. Citer pasal aku dulu penah minat kat dia, secara gerila (gerila tu maksudnya senyap-senyap la, aku bab gini aku malu sikit, keh3)

BTW, budak ni x pernah sekelas dengan aku. Dedulu pon aku usya dari jaoh je, tapi sebab gelombang otak aku kuat sangat, dia pon dapat signal tu (ataupun mungkin sebab dia pun memancarkan gelombang dalam frekuensi yang sama dengan aku: atau maksud lain, dia pun minat kat aku :P)

Betol ke aku penah minat kat dia? Yang tu betol.

Dan dia cakap aku pernah pergi godek-godek meja dia, meng-usya perkembangan terbaru dia. Pun aku akui. Aku pernah buat gitu.

Tapi dia cakap aku jugak pernah tinggal nota kat meja dia, pesan soh dia belaja lek-lok. Yang ni aku tak ingat. Ye ke?

Jugak dia cakap aku pernah lukis gambar dia. Erk? Pernah kah?

Aku tak nafikan, tapi aku jugak tak ngaku. Benda tu mungkin jadi, dan mungkin tak jadi. Tapi kalo benar-benar benda tu jadi, tapi aku tak ingat, maknanya memori tu tak penting la dalam kepala otak aku.

Atau dalam bahasa lain, minat aku kat minah ni tak kuat mana la.

Dan kalo benar-benar jadi, maknanya aku ni sangat loser la kan? Minat kat awek, tapi main serang hendap gitu. Keh3. Gua pemalu beb kalo bab gini. Serius. Sebab tu banyak siri skandal gua semuanya secara gerila. Banyak kot siri kisah novel jiwang aku, tapi ramai orang tak tau. Hoho.

Ah, kenangan.

 

 

Kepada awek tu, aku saspek ko pon suka la bila ko tau aku minat kat ngko, kalo tak buat ape ko hantar kad raya kat aku zaman tu, dan buat apa ko mintak nak amik gambar ngan aku masa tu, dan buat apa pulak ko curi pukul gambar aku, kan?

Dan kenapa ko masih ingat semua tu?

Jawablah, adekah aku bertepok sebelah tangan? Tak kan? Ade bunyi kan?

Keh3…

Nampaknya aku punya daya magnet ni tak kurang hebat jugaklah kan, terhadap awek cam ngko?

 

 

P/s: status aku kini? rahsia. aku pemalu beb. hak3.

p/p/s: status dia? Wallahu’alam. Masihkah ada peluang? :P

FB Membunuh Kemanusiaan Aku

Facebook, perlu ke aku perkenalkan lagi ape binatang ini?

Tak perlu? Bagus.

Aku mula kenal FB dalam tahun 2008 macam tu kot, oleh seorang kawan aku yang belajar kat Kolej Mara Banting. Masa tu aku hanya bermain frenster, tapi sebab pada ketika itu frenster mula dicemari oleh entah haram jadah apa virus (atau malware? sori aku tak terer istilah teknologi ni) yang menyebabkan akaun kita boleh menghantar mesej-mesej tawaran lucah kepada kawan-kawan kita, lalu aku pun try la FB. (sekarang bila aku bukak balik frenster, tengok macam laman kanak-kanak tadika pon ade. dengar citer kompeni Malaysia dah beli. Malaysian~huh)

Dan bila try tu ternyata FB ni memang banyak faedah. Antara yang buat aku kagum dan excited masa memula dulu tu adalah sebab dapat jumpa balik member-member lama, sekolah rendah, sekolah tadika, semua jumpa balik.

Dan yang paling best (serta paling men-dadah-kan) adalah fungsi komen yang update-nya adelah secara live.

Masa memula main tu, memang kalo komen mengkomen ni takkan ingat dunia ah, thread panjang berjela. Beratus-ratus komen merapu untuk satu isu yang kadang-kadang status bangang macam “Eeee, rumet gua kentut tadi” je.

Kemudian fungsi update dan sharing gambar. Yang ni best jugak sebab bagi aku yang takde kamera, dan sebagai seorang insan yang pernah menginsafi keadaan diri yang terlepas peluang untuk meng-arkib-kan perjalanan hidup aku yang pelbagai kaler ni, hanya kerana takde kamera, fungsi sharing gambar ni memang baek-lah untuk aku.

Sejak dari itu, semua aktiviti yang aku join, mesti akan ade bukti.

Dan lagi yang best pasal FB ni, adalah dari segi penyebaran maklumat informasi berita terkini (baca: propaganda) melalui status, sharing link, event, etc etc etc dan banyak lagi lah yang aku rasa kalo aku citer pon, korang semua akan bosan, sebab korang semua dah hadap benda ni hari-hari dah.

Oh, tambah satu lagi, FB ada apps yang jugak bisa membuatkan kita sangkut selama berejam-jam lamanya depan komputer. Memula dulu yang femes, Mafia Wars, kemudian ada soalan kuiz, dari soalan kuiz personaliti kepada kuiz bahasa negeri, lepas tu ada pulak apps tanya pak nujum, lepas tu mainan tanam-tanam macam FarmVille dan mainan masak-masak macam Baking Life dan sebagainya. (kalo aku citer lagi mesti korang bosan, haha)

Ape lagi? Ah, kalo aku citer lagi pon mesti korang bosan. (haha)

Ok, habis mukaddimah dan pengenalan.

Aku tak tahu ape efek FB kepada korang, tapi kepada aku, FB dah jadi macam dadah. Serius. Aku ketagihan FB yang melampau.

Online je, FB. Lepas tu sampai berejam-rejam lamanya. Keja lain, tak jalan. Pernah satu ketika, setiap hari aku bangun akan aku pikirkan, status apekah yang akan aku update untuk FB hari ini. Dan sampai satu ketika juga, asal amik gambar je, akhir ayat akan berbunyi, “Upload FB deh” sambil tersengih-sengih.

Memang aku tak nafikan, FB amat berkesan untuk menghubungkan antara sesama manusia, dan sampai aku pernah terpikir, mungkinkah suatu hari nanti FB ini akan jadi seperti hanset, di mana satu masa dulu memiliki hanset hanyalah trend, kini telah berubah menjadi keperluan, yang kalo takde, hidup akan jadi sedikit (atau banyak) leceh dan jauh ketinggalan.

Tapi di sebalik itu aku jugak merasakan FB ini umpama drakula yang menghisap kemanusiaan aku dengan rakus sekali. Susah nak explain, tapi itu yang aku rasa.

Hidup aku sebagai manusia, lebih banyak dihabiskan di ruang maya, berbanding di alam realiti. Tapi untuk mengatakan aku sesat di alam maya, tak jugak, sebab di alam maya itu, aku berhubung dengan manusia secara realiti.

Bagaimana aku nak terangkan? Sukar weyh.

Macam ni lah, ambik satu contoh. Dalam FB mungkin aku dilihat sangat aktif, ceria, ekstrovert, peramah, periang, mesra, ramai kawan (2000 lebih ooooooooo), tapi apekah hakikatnya aku begitu.

Aku rasa tidak. Aku rasa aku di alam realiti adalah seorang yang tidak pandai berkawan, tidak pandai membuka cerita apabila bersemuka dengan manusia lain (dan aku amat benci hal ini terutama bila berjumpa awek cun)

Tengok. Statement di atas jelas menunjukkan aku ini mengalami inferioriti kompleks.

Itu hanya satu contoh. Tapi banyak lagi hal-hal lain yang aku rasakan, telah mati bila aku hanya tahu main FB. Tapi tak perlulah aku cerita, itu hanya apa yang aku rasa (atau hakikatnya aku tak tahu nak cerita macam mana sebab aku dah jadi makin bodoh, dan aku salahkan FB jugak, atau lebih tepat, diri aku la sebab aku yang addict tu sape suruh)

Uit, sudah makin merapu je aku ni.

Tapi tu lah, sebagai manusia, aku rasa aku perlukan sesuatu yang hidup, real, ada bunyi, bau dan rasa. Boleh disentuh. Boleh dilihat. Dan yang paling mahal aku rasa, adalah emosi yang lahir bila benar-benar bersua muka dengan kawan kita.

Dan juga kesakitan yang mungkin akan kita rasa. Tapi itulah kehidupan. =.=

Bersosial adalah keperluan manusia. Dan aku tak rasa bersosial secara online dapat memenuhi keperluan aku yang satu ini.

FB juga adalah satu medium yang menyebabkan semua manusia telah menelanjangkan hidup mereka. Itu jugak aku rasa, telah membunuh kemanusiaan. FB telah menjadi medan untuk manusia zaman kini merayu-rayu supaya diri mereka difahami, tapi adakah mereka pernah cuba memahami orang?

FB jugak adalah medan untuk manusia berpura-pura. Berlagak pandai kononnya mereka terer dan baca banyak buku, tapi hakikatnya hanya baca muka-buku. Tutuplah FB, baca lagi banyak buku.

Kesimpulannya, FB adalah propaganda yahudi untuk menyesatkan umat Islam.Maka haramkanlah FB dari hidup anda <------ Ignore this craps.keh3.

 

 

 

p/s: Tapi aku still takkan delete akaun FB aku, sebab aku rasa FB masih berguna dalam menyebarkan propaganda. Heh3.

p/p/s: paling aku takleh pegi bila mak bapak aku jugak ade FB, dan turut mengkomen di status aku. Ayark~

Saturday, September 25, 2010

NOH HUJAN REPLY TWEET AKU!!!!!

Di pagi sabtu yang permai ini, aku nak jadi remaja normal ah. Remaja normal yang melompat-lompat girang tatkala ternampak artis pujaan berjalan di tepi jalan, remaja normal yang akan menghulurkan bahu lalu berkata “NAK SAEEEEEEEEEEEEIIIIIIIIIINNNNNNNNNNN” kepada mamat-mamat dan minah-minah yang mukanya keluar TV, tapi dijumpai di atas LRT, menjadi remaja normal yang akan mengangkat kamera hanset lalu memukul curi gambar manusia pujaan yang dijumpai di atas pasar raya, menjadi manusia normal yang memuja manusia lain, hanya kerana muka mereka, wajah mereka, keluar di TV.

Ok, get, ready. One…..Two…….Three……

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“WOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO, NOH HUJAN REPLY TWEET AKU !!!!!!!!”

image

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

So what?

Friday, September 24, 2010

Testing Update Pakai Nokia.

Peace, no war.

Gua saje update dengan niat suci murni mahu mengetest potensi fon Nokia E63 milik adik gua yang gua miliki sementara dalam meng-update blog.

Di samping itu, gua jugak nak taqbur sikit sebab dengan fon ini, gua dah boleh online kat mane2 saje asalkan ada wi-fi, dan UM adelah wilayah wi-fi free. Har3.

BOOOOOOOOOOOOOOOOOO PUAKA!!!!!!!

 

BUDAK U (1 – 0) PUAKA GERIMIS MENGUNDANG

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes Rosmah 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).
Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan.

baca penuh di http://bit.ly/cs5hTY

tahniah komrad!

p/s: gua OFF, pegi hospital.

 

Aku Nak Pergi Mahkamahhhhhhhhhhhh!!!!!!!

image

heran aku, nape aku google image for Mahkamah Jalan Duta keluar gambar minah ni?

 

Aku nak pegi mahkamah jugak. Tapi malangnya aku xdak motor, dan hari ni motor yang aku selalu guna, diguna oleh tuan punya motor. All d best-lah kepada kawan-kawan. Aku kat sini bermunajat untuk keselamatan korang.

Mungkin lain kali aku akan takde motor lagi untuk pergi join korang.

Entah bila aku akan ada motor untuk join korang.

Haih.

 

 

image

 

“mahkamah Jalan Duta, taknak bukak stesen LRT ke?”

Aku on balik FB aku daa….

 

Kenapa aku deactivate? Pasal aku rasa aku dah terlalu addicted. Memang la dengan FB aku leh dapat banyak maklumat semasa, info terkini, awek cun, tapi kalo dah sampai tahap addict tu, baik aku stop la.

Sori aku bukan lelaki berjiwa kental yang mampu ber-mujahadah melawan nafsu ingin online.

Tapi aku activate balik, pasal aku dah linked blog aku dengan FB, so, setiap kali aku update blog, maka FB akan update sama. So, aku masih dapat sebarkan propaganda murahan aku.

Aku xkan online fb dah. Mungkin aku akan upah awek aku untuk tukar password aku kot. Eh, aku ade awek ke? Sape nak jadi awek aku? Leh dapat FB aku….Hao3.

 

“FB adalah senjata kapitalis untuk menjadikan manusia tidak bergerak” –betol ka? Aku dengar ni kat mana ntah.

-.-“

< ROAD TO 24 SEPT>.. KRONOLOGI SEPANJANG PERBICARAAN KES ROSMAH PUAKA

Esok ada satu event penting dalam sejarah gerakan mahasiswa, apabila keputusan perbicaraan terhadap 5 orang budak UM yang kena tuduh membuat graffiti di dinding sebuah blok bangunan Akademi Pengajian Islam UM bagi “meraikan” kedatangan Rosmah Mansor, suami isteri kepada PM, tahun lepas.

Bagi korang yang nak tahu apa yang jadi sepanjang perbicaraan berlangsung, boleh lawati blog salah sorang OKT (orang kena tuduh kalo korang tak tahu OKT ni ape), Izzudin Hilmi, jugak kawan aku yang merupakan penggerak utama speakers’ corner kat UM pada semester ini.

Klik link kat bawah, ok.

http://bit.ly/b5GCqH

esok jugak, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menganjurkan himpunan aman di lobi mahkamah jalan duta sebagai tanda sokongan terhadap semua OKT.

Dikhabarkan setakat ini, 200 budak U sekitar KL akan turun berdasarkan laporan Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/143402

Aku turun ke tidak? Mungkin la, pasal esok aku ingat nak jumpe dokter. Kalo sempat aku turun.

Dan ada kawan aku yang mengadu, beberapa kawan dia menolak ajakan dia untuk turun ke Mahkamah Jalan Duta esok atas alasan tak mahu menyokong jenayah. Well, komen aku, budak yang dah melabel diorang sebagai penjenayah itu adalah tidak adil, dan bodoh barangkali, sebab keputusan masih belum dijatuhkan.

Kedua, jika sekiranya mereka memang melakukan perkara itu, adakah itu satu kesalahan? Untuk menconteng nama seorang yang dibenci di dinding, sebagai tanda tidak puas hati?

Macamlah korang tak pernah nampak tulisan-tulisan di kaki lima yang diconteng oleh entah sape-sape, ada yang menzahirkan rasa cinta terhadap awek diorang, macam “A love B”, ada jugak yang iklan rumah urut, dan banyak jugak graffiti yang mengutuk seseorang.

Tapi kenapa bila yang dikutuk itu seorang yang besar (fizikal dan posisi), maka kes ini perlu diperbesar-besar sehingga menjadi kes polis. Wei, biasalah kita jadi manusia, tak semua orang suka kita. Tambahan pula jika suara kita tak sedap dan kita cuba untuk berkaraoke di khalayak ramai, maka akan bertambahlah ke-meluat-an orang terhadap kita.

Sama la macam kes Dato’ Rosilawati (ke Sosilawati?, ah, fakk the spelling error, if there is any coz aku tak beri sebijik tahik pon kepada kes itu), kenapa kes dia mati dibunuh perlu diperbesar-besarkan, mendapat liputan luas media, menjadi bualan setiap pembaca berita, sedangkan banyak lagi kes orang mati dibunuh lain yang tak setel-setel.

(kalo nak bace kritikan yang menarik pasal liputan melampau media kepada kes ni, sila klik link berikut http://bit.ly/ccVWcO)

 

eh banyak lak gua mencarut, lari tajuk post ni.

Kesimpulannya, jom turun ke mahkamah esok!

Thursday, September 23, 2010

Hari Seorang Pengidap Depresi

Hari ni aku depres lagi. Jap. Asyik-asyik citer pasal depresi je. Mesti korang bosan kan?

Well, lantak aku lah ni blog aku, sape soh korang bache? (TQ 4 bache BTW)

Hari ni, atau lebih tepat lagi, sejak dua menjak ni, aku sering dilanda depresi. Mungkin masih ada yang tak faham, kenapa aku sering dilanda depresi.

Apa masalah aku sehingga aku mendapat depresi?

Jika ada yang bertanya demikian, maka mungkin korang masih tak faham, bahawa depresi itu bukan stress. Bukan hanya “masalah dalam kehidupan” akan menyebabkan depresi.

Tapi depresi itu satu penyakit. Penyakit macam demam, bila ia melanda, kamu akan terkena selesema, batuk, suhu badan naik, lemah badan dan sebagainya.

Cuma bezanya, penyakit depresi ini melanda bahagian paling utama dalam badan aku, otak, atau mental. Dan bila ia melanda, aku akan diserang dengan kecelaruan emosi yang agak hebat jugak-lah, sehingga mengganggu kehidupan seharian aku.

Senang kata, aku ade masalah mental la. Tapi belum sampai tahap gila. Puncanya, aku tak pasti. Yang pasti bukanlah disebabkan tekanan hidup yang aku alami. Sebab aku rasa hidup aku ni takdelah tertekan mana.

Mungkinkah disebabkan kecelaruan hormon, atau kerosakan sistem saraf, atau gangguan jin dan syaitan (hahaha), dan apa-apa lagilah yang menyebabkan aku jadi begini. Siapa tahu?

Kembali kepada topik, sejak dua menjak ni aku diserang depresi melampau. Emosi aku jadi macam ombak, ada turun naik yang melampau. Kadang-kadang aku hyper-aktif, sangat bersemangat untuk melakukan apa saja, super-ceria dan gembira, sehingga aku saspek keberanian aku untuk men-capab semata-mata kerana Student Power itu hari jugak disebabkan sakit aku ini. Bukannya kerana kefahaman aku terhadap hak kebebasan akademik dan student power haram jadah ape lagi tu semua sebenarnya. Korang dah ditipu, hahaha. (well, korang sedang membace tulisan seorang manusia separuh gila, jangan percaye ape aku tulis, hohoho)

Kengkadang emosi aku terbalik.

So, semalam aku decide, hari ni aku nak jumpa dokter.

Dan pagi tadi aku dengan rela hatinya telah ponteng segala kelas dan lab yang sepatutnya bermula jam 8.30 pagi, sebab aku dah decide nak pergi hospital.

Oh, lupe nak bagitaw, semalam aku ada balik rumah, nak cari ubat, itu hari dokter dah bagi aku ubat stok 2 bulan, tapi sebijik pon aku tak sentuh, sebab tu la kepala aku masih bengong lagi kot. Tapi malangnya entah di mana ubat aku, aku pon tak taw. (cuba aku macam terbayang satu memori kabur-kabur yang aku telah buang semua ubat itu  -.-“)

So, kenala jumpa dokter untuk amik stok baru.

Dan pagi ni mood aku jatuh merudum. Aku jadi super-pasif, super-inferioriti kompleks, aku rasa aku taknak jumpa sesape. Tu yang sampai aku delete akaun fesbuk aku tuh. Tapi last-last aktif balik, hahaha.

Bangun pagi dalam jam 11 pagi, mandi bersiap segala dalam jam 11.30. Pergi la merempit ke Kolej 12 UM, nak pergi Klinik Kesihatan. Tapi perut terasa lapar, maka aku pun pergi cafe, nak makan-lah niat di hati.

Ambil nasik, lauk ayam goreng, telur masin, dan sayur, lalu aku letak atas meja, tinggalkan 5 minit untuk beli air di gerai Cincau Cafe, air nescafe. Aku ketagih kafein sekarang, tak minum kafein kepala otak berat.

Balik ke meja aku landing nasi tadi, alangkah tergumam melihat seekor kucheng sedang lazat menikmati ayam aku. Celak……….Nasib baik aku tetiba redha, lalu aku bagi-lah kucing tu makan sekali ngan nasik2 aku.

Nasik kutinggalkan dengan kucing itu, aku masuk klinik kolej.

Daftar, register nama semua, menunggu sambil membaca buku “The God Delusion” (buku pasal hujah atheis menolak Tuhan, karya Richard Dawkin, khabarnya macam kitab terhebat atheism di abad ini), dan bila dipanggil ke Peringkat Awalan untuk di-inerview oleh jururawat, aku pun cakap, “sebenarnya, saya depress”.

Dapat surat jaminan (surat untuk jamin bahawa aku ni budak UM, so tak kena bayar kalo aku pergi hospital, UM akan tolong bayar untuk aku), aku merempit ke PPUM. Malang lagi apabila waktu pendaftaran untuk pesakit baru kat bahagian skit jiwa (psikiatrik) telah ditutup pada 11.30 pagi, masa aku keluar dari rumah aku. Macam haram, esok pulak-lah aku nak pergi.

Aku pon takde hala tuju, nak pegi kelas, kelas da abes. Nak balik rumah sewa, macam bosan. So, aku rasa nak lepak kat library ah, sambung bacaan.

Pegi library, tetiba rasa lapar. Masa tu aku lupa aku tak makan lagi. Aku ingat aku dah beli makan, so mesti aku dah makan. Dan aku pun membaca sehingga aku kembali ingat rupanya aku dah beli makanan tapi dibedal oleh kucing. Dan aku keluar library, decide untuk balik rumah dan makan kat mamak dekat rumah.

On the way balik, tiba-tiba erasa nak makan McD, lalu aku terus meluncur ke Seksyen 14, dekat Digital Mall untuk makan McD. Sampai-sampai nampak iklan “Triple Cheese Burger” tertampal kat pintu masuk. Terus aku decide nak makan ape.

Makanlah aku McD sambil membaca buku itu.

Dan tetiba rasa dah bosan, nak baliklah, so aku pu keluar, naik motor, masa tu aku dah perasan, langit dah gelap. Tapi aku gerak jugak, dan benarlah langit hujan itu membawa hujan. Aku ditimpa hujan, tapi aku bawaklah jugak sampai ke rumah.

Sesampai kat kawasan perumahan aku, aku rasa macam hujan dah makin serik. Tapi aku dah kuyup. Tiba-tiba ada idea pelik masuk lam kepala otak, ape kata aku merempit sampai baju aku kering.

Dan aku turutkan kata hati, lalu tadi aku merempit tanpa hala tuju sehingga ke TTDI, Damansara, melalui One-Utama (nyaris-nyaris dah nak masuk dalam, tapi last-last rasa malas), sehingga ke Mutiara Damansara, entah mana-mana jalan je aku pergi, dengan tujuan murni, iaitu mengeringkan baju. Hahahahaha.

Bila dah bosan, aku pun berpatah balik, mengikut sign-board ke PJ, dan akhirnya sampai ke rumah dengan baju kering, tak payah tukar baju, bukak TV dan menonton kartun “Nick di 9”, yang sedang memainkan “Danny Phantom”. Cerita hari ni, Danny dan kawan pembuli dia tu jadi mini sebab kena tembak dengan pistol laser ciptaan bapak Danny, entah dah berapa puluh kali aku tengok episod ni, layan kejap sebelum aku naik bilik, tunaikan kewajipan dan tidor.

Maka berakhirlah separuh hari aku yang aneh dan pelik.

Kalau aku tak buat macam ni, nanti aku akan terbengkalai, otak aku akan mula berfikir bukan-bukan. Oh, lupa nak cakap, masa pagi tadi aku tengah berak, otak aku memikirkan cara untuk aku lari, tinggalkan telefon, hilangkan diri, dan cari kerja kat tempat baru. Mulakan hidup baru. Gila tak? Bukan aku nak fikir, tapi kepala aku yang mendatangkannya.

Ah, sudahlah bercerita pasal ini.

Ini adalah fiksi semata-mata. Sebenarnya aku nak cakap, aku bukanlah gila, kerana antara gila dan genius, ada satu sempadan halus, sehingga kadang-kadang kau sendiri tak boleh membezakannya.

Maka, aku memilih untuk menganggap aku ini genius. Bukan gila. Hahaha.

Sekali lagi aku berpesan, ini tulisan orang yang sakit mental, jangan percaya.

Apapun, esok aku nak jumpa dokter, semoga dapat jumpa psikiatris yang cantik. Amin.

Related Posts with Thumbnails