Wednesday, June 30, 2010

Keliru

Aku sedang keliru. Kepala otak aku ligat berpusing-pusing memerhati dan cuba memahami, tapi gagal membuat konklusi. Persoalan yang aku fikirkan?

Amat remeh.

Kenapa, dan bagaimana aku ingin ber-blog?

Adik Aku Sakit, Doakan Dia, Semua?

Salam. Hanya update ringkas. Adik aku, Alim Ibrahim yang berumur 7 tahun batuk-batuk sejak semalam dan muntah-muntah teruk, mungkin hampir 10 kali!


Dia memang mengidap penyakit "Nephrotic Syndrome" (Korang Google lah sendiri OK), dan pernah dimasukkan ke wad, hujung tahun lepas. Penyakit ni berkaitan dengan masalah pada buah pinggang, dan akibatnya setiap hari selepas keluar wad hari tu, adik aku kena check kencing dia untuk menyukat kuantiti protein dalam kencing, kalau aku tak silap (tiap-tiap hari ye tadah kencing dan buat test macam check sifat suatu bahan pakai kertas pH dalam kelas Sains).


Indikator ye, kencing adik aku kena berada pada tahap bawah 1 atau negatif, maknanya dia normal. Tapi sejak semalam, sukatan kencing dia dah mencecah +4! Dan doktor memang pesan hari tu, kalau 2 hari berturut-turut di atas paras 1, maka kena bawa pergi ke hospital, dengan segera!


So, sekarang (9:38 am) aku sedang menunggu ayah aku (beliau pemandu teksi, sedang kerja kini) untuk membawa adik aku ke hospital. Kalau betul dia teruk, besar kemungkinan akan ditahan dalam wad. Dan kalau ya, aku akan bergilir-gilir dengan mak aku melepak di hospital menjaga dia. Mak aku ialah seorang baby-sitter, so siang hari dia kena berada di rumah menjaga 3 kanak-kanak riang plus sorang adik bongsu aku. Mungkin aku akan menjaga adik aku pada waktu siang, dan malam mak aku akan take over.


Harap-harap tiada apa yang buruk jadi.


Doakan adik aku semua, OK? Bukan hanya dengan menaip di ruangan komen, tapi aku benar-benar harap korang boleh betul-betul tadah tangan berdoa, "Selamatkan dan sihatkanlah adik aku, Alim Ibrahim Abdul Malek"




Terima kasih semua.




-Be strong, Alim!

BUMI DALAM BAHAYA!


AMARAN KEPADA SEMUA UMAT MANUSIA:
ULTRAMAN telah dikalahkan oleh
raksasa ganas bernama PARAGOYA pada malam tadi.
Sila pastikan anda telah mengambil
langkah berjaga-jaga.







Tsk. Nape Jepun kalah? Diorang main dah smart dah smalam. Kalah pun sebab nasib jek.



"NASIB ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KEJAYAAN,
namun seringkali juga menjadi penentu kejayaan."

Tuesday, June 29, 2010

Aku dah Letak ShoutMix! Marilah Berjalan ke Blog Aku

Salam. Semalam aku tidor awal, jam 10 lebih, dan kemudian bangun balik jam 2 pagi untuk Qiyamullail menonton perlawanan bola antara Brazil menentang Chile (nasib baik Brazil cemerlang. Klik sini untuk baca ulasan aku) Belanda aku tak tengok, sori, sebab aku takut tak cukup tido, kerana aku adalah jenis manusia yang tak boleh tidor di waktu siang, walopun tak tido sepanjang malam. (Ada ciri-ciri suami mithali kan? hoho)

OK sepertimana tajuk kat atas, aku dah letak widget shoutmix kat sayap kanan blog aku ni. Sebelum ni aku tak letak sebab berdasarkan pengalaman semasa aku menulis di blog lama dulu, kotak dialog itu sering di-spam, dan aku tak suka kena spam. 

Lagi satu, aku sebenarnya lagi suka kalo orang komen terus kat post aku. Sebelum ni, ramai member-member aku (blog lama la) yang komen post aku dekat shoutbox nih, akibatnya bahagian komen kat entri aku jadi kosong, which is nampak tak best. Lagi satu, komen kat shoutbox ni sentiasa bergerak, so kadang-kadang ada komen best2 tak mampu bertahan lama. Nak trace balik satu-satu, banyak lak keje aku kan?

So, kenapa tetiba aku letak balik? 

Resipi Istimewa Piala Dunia – Samba Chile

sambal7Ini sambal. Sambal ini sedap dimakan.
(Kalo korang raser sambal tak sedap, 
mesti sebab korang bukan makhluk bumi kan?) 
cili-merah-hijau
Ini cili, antara bahan utama yang akan 
menambahkan kesedapan sambal anda. 
Hari ini saya akan ajar anda cara-cara untuk buat sambal.

Monday, June 28, 2010

#11: VAMOS VAMOS

Malam pagi yang indah. :)

Argentina 3 - 1 Mexico

Tahniah Teves! 2nd gol memang superb lah!
Tapi kesian nak buat hatrick tak sempat,
bapak Maradona dah kuarkan kau.

Sunday, June 27, 2010

#10 : Tak Payah Kutuk RTM Lagi, Tonton World Cup Live Secara Online

Sempena musim bola FIFA World Cup 2010 ini, aku telah banyak kali dikecewakan oleh RTM. Selaku penyiar utama siaran Piala Dunia 2010 secara percuma, RTM dengan penuh selamba hanya memilih separuh daripada keseluruhan perlawanan.

Dah la semasa peringkat awal lagi, aku sudah menyampah dengan segala promo yang disediakan oleh RTM. Kononnya untuk memeriahkan Piala Dunia 2010, tapi bagi aku, semuanya macam poyo, dan langsung tak remaja, beb. Dengan slogan 1bola1dunia yang diinspirasikan daripada ayat keramat Najib 1 Malaysia, iklan seperti A to Z football, serta beberapa game-show yang sangat freak dan membuatkan aku bertambah meluat menonton.

Aku rasa RTM dah tua. Mereka cuba membuat pembaharuan, tapi hasilnya - nampak POYO.

Friday, June 25, 2010

#9 : Aku Yang Selesa

Hari ni aku mulakan pagi dengan merayau-rayau dalam dunia atas garisan, mencari-cari bahan santapan minda. Sarapan lewat, bagi otak makan dulu. Log masuk Facebook, nama aku di-tag oleh seorang teman, membawa aku ke blog Saifulislam.com.

Peh, macam terkena ketukkan paku buah keras. (Betul ke bahase aku ni? sengihnampakgigi)

Ustaz Hasrizal berkisah tentang perkahwinan dan tanggung jawab. Dan bagaimana manusia yang terperangkap dalam zon selesa, akan rela untuk terus susah, daripada berubah.

Sedikit quote:

"...Lelaki itu kelihatannya selesa dengan keadaan dirinya yang miskin. Benar sekali dalam hidup ini, ada yang lebih susah daripada susah, iaitu BERUBAH. Sehingga ada manusia yang lebih rela untuk terus hidup susah berbanding membuat perubahan..."

Thursday, June 24, 2010

#8: Blog Aku Ade Emoticon YM! Whooohooo~


Tuesday, June 22, 2010

#7 "Orang Matang Tak Akan Mengaku Dirinya Matang"







"Aku rasa aku dah matang. Ho3"





-abu ubaidah

Thursday, June 17, 2010

#6: Skil Memori (dan Mengorat Perempuan)


Salam'alayk.

Hari ni aku mahu bicara soal memori. Oh bukan berkaitan memori silam aku yang jiwa-jiwa. Ini adalah tentang memori. Ingatan.

Sekuat manakah memori korang?

Adekah korang ingat setiap perkara yang berlaku dalam hidup korang?

OK mungkin itu tak penting untuk diingat, bagaimana pula dengan ingatan korang pabila meng-ulang kaji pelajaran untuk exam?

Apekah segale ape yang korang bace itu mampu untuk dicurahkan apabila sudah berada di medan pertempuran?

Adekah korang masih ingat segala apa yang telah korang belajar selama 11 tahun masa sekolah dulu?

Ataupun sudah terbakar bersama-sama dengan kertas SPM korang?

Wednesday, June 16, 2010

#5: Aku Nak Kurus (Kawan -Kawan Aku yang Nak Kurus pun Sila Baca, Berbaloi-baloi)

Assalamualaikum.

Well, berdasarkan tajuk pun sudah jelas ternyata menunjukkan aku ni gemok kan? Eh, tak, aku comel. Hohoho gelak poyo. Takde, aku tak gemuk pon, paling last aku timbang 2 minggu lepas ade la nyaris-nyaris tak sampai 80 kg. Kalau tengok gambar aku posing kat sayap kanan blog ni pon takde la nampak burok sangat kan? OK lagi, memang aku OK. Tapi kalau dihitung mengikut kaedah saintifik, dengan ketinggian lebih kurang 165(dan ke atas) sentimeter ni, aku punya BMI suda termasuk dalam kategori "overweight". Fuh, nasib baik belum cecah "obese"~ Sepatutnya untuk berat yang ideal, aku kena less dalam lebih kurang 20 kg macam tu.

Sebenarnya sebelum ni aku tak kisah pun bila berat badan aku menaik. Walaupun sudah banyak tohmahan dan kejian yang ditujukan kepada aku, aku redha je. Kalau berjumpa dengan member-member sekolah lama, ayat pertama diorang mesti "Oh, besa mu Abu". Aku tak kisah. Mak aku pun sering berleter. Pun aku tak kisah.

Mungkin ketika itu secara tak sedar aku memegang prinsip "hidup sehat kat dunia ni tak lama, so sebelum ko kena berpantang makan itu ini pabila dah tua kelak, bedal je ape ko nak". Ada betul jugak pendapat itu, bagi golongan yang nak menikmati hidup sepuas-puasnya lah. Tapi macam mana nak enjoy hidup kalo sampai suatu masa nanti ko terpaksa mengidap segala jenis penyakit tu semua. Tak. Aku tak nak. Aku nak enjoy dan ceria sepanjang hidup aku. Kalau boleh, bila sampai umur aku peringkat datuk nanti, aku nak biar aku cargas dan fit lagi. Boleh berlari-lari melompat berguling gembira.

So, ape yang aku buat untuk kurus ni? Ha, sekarang aku akan share dengan korang suatu rahsia agung.

#4: Pameran Ilusi Hitam Putih



Gambar ini di-inspirasi daripada seorang awek dekat flat tempat aku menetap.

Malam ini aku nekad untuk tidur lewat. Sebab bola. Sementara menanti game yang akan ke udara jam 2.30 pagi nanti, aku nak show-off sikit lagi hasil karya aku yang lepas-lepas.

Monday, June 14, 2010

#3: Minat 1 - Melukis dan Lukisan - part 2




Ini entri ke-3 aku hari ini, pada hari pertama aku ber-blog kembali. Excited sungguh. Hoho. OK, kepada pembaca, terutama Tuan Kurosaki Torres, aku berjanji bahawa post kali ini takkan dipenuhi tulisan-tulisan labonan aku panjang-panjang sudah. Ringkas dan padat! Aku jamin.

Sebelum baca selanjutnya, sila play video di atas terlebih dahulu, dan amaran, bersedia untuk kagum.

Anda sudah cukup kagum? Cukup-cukup-cukup kagum? Heh, jangan lagi. Simpan sedikit kagum anda untuk kandungan penuh entri ini.

#2: Minat 1 - Melukis dan Lukisan


Fuh, blog ini baru je aku create pagi tadi, tapi sekarang idea untuk tulis post baru mencurah-curah ke ladang gandum. Serius, melimpah ruah! Ah, cepat ambil pen dan kertas, aku mau catat, aku taknak modal-modal insan, eh, modal esei aku hilang begitu saja~

(perenggan di atas hanya iklan semata-mata, sekarang sila nikmati entri ke-2 aku. Yosh!!)

#1: INTRODUKSI


Assalamualaikum.



Ini entri pertama blog aku, entri pra-pertama tidak dikira sebab itu hanya percubaan. Ini blog kedua aku, selepas blog pertama aku terbengkalai begitu sahaja, sebab aku malas. Haha. Kalau korang nak baca blog lama aku, silalah jangan segan-silu untuk klik sini.

TESTING

Check!


Check!





1, 2, 3, GO!
Related Posts with Thumbnails