Wednesday, June 30, 2010

Keliru

Aku sedang keliru. Kepala otak aku ligat berpusing-pusing memerhati dan cuba memahami, tapi gagal membuat konklusi. Persoalan yang aku fikirkan?

Amat remeh.

Kenapa, dan bagaimana aku ingin ber-blog?


Ada orang Ramai berkata, jadilah diri sendiri. Lalu aku membelek sebuah buku dalam koleksi aku, buka dan mencari apa yang aku pegang. (Aku sedut bau buku tu, peh sedap bau kertas! Lama dah tak membaca -.-)

Menjadi diri sendiri, akan hanya terlaksana sekiranya kita betul-betul kenal diri kita, tahu mana kuat kita, dan reti untuk menonjolkannya dengan bergayanya jayanya. Namun, sering terjadi, "jadilah diri sendiri" menjadi alasan untuk tidak berubah meningkatkan diri. Kombinasi hasil sikap buruk (malas) selama bertahun-tahun dan juga rasa takut kita pada perubahan.

Akibatnya, diri sebenar kita terbenam di dalam segala sikap berhati-hati dan ketakutan, halangan yang kita cipta sendiri. Jadi, daripada kita fokus untuk hanya menjadi diri sendiri, lebih baik kita berusaha untuk menyelongkar dan menonjolkan DIRI TERBAIK SEBENAR KITA.

Itu satu hal.

Satu hal lagi lebih menyakitkan.

Aku tak rela mengaku, tapi terpaksa menyatakan, DUIT BIKIN AKU GILA. Memang hidup zaman kini, semua manusia perlukan duit untuk hidup. Dan adakala dalam hidup kita, akan tiba masa kita memerlukan duit itu lebih daripada waktu lain.

Aku sedang melalui waktu itu sekarang.

Dan apabila aku sedar ber-blog boleh dijadikan medium untuk mencari duit, aku jadi ghairah. Ya, memang aku yakin aku mampu melakukannya. Lihat sajalah, dalam masa 3 hari, trafik sehari ke blog aku sudah meningkat berganda-ganda, pada kebiasaannya maksimum 20 pelawat sehari, kini sudah menjadi hampir 100 orang sehari. (Impresive?)

Tapi, dalam memenuhi keperluan menarik trafik berganda-ganda dan mengekalkan kesesakan lalulintas di blog ini, aku takut aku akan menjadi bloger separuh jiwa. Separuh jiwa dalam berkongsi sesuatu. Apakah aku akan menjadi seorang bloger yang hanya akan menukilkan kisah-kisah murahan yang popular demi menarik trafik, ataupun mampukah aku menjadikan blog aku ini seperti mana yang aku impikan?

Sebagai medan aku untuk menonjolkan segala apa yang aku rasa, yang tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata? Mampukah aku bicara dari hati?

Aku ingin jujur pada diriku.

Aku juga perlu nyawa duit.



Dan aku terus keliru.



p/s: terima kasih diucapkan kepada semua yang mendoakan kesihatan adik aku, Alim. Dia masih lagi begitu, insya Allah esok akan dibawa berjumpa pakar di HKL. Jangan putuskan doa kamu :).

7 comments:

  1. bagi saya
    tak salah berblog untuk duit
    duit kan penting untuk kehidupan jugak

    tapi jgn sampai sebab duit, kita pertaruhkan entry yang ntah pape
    entry kosong yang tak memberi kesan pada pembaca

    ReplyDelete
  2. insyallah
    Allah sentiasa mmbntu kita
    jgn sekali kali ptus asa
    =)

    ReplyDelete
  3. "Fuhhh! hebat juga adikku tukang ilusi ini (*___^)

    Dari 20 org menjadi 100 orang trafik blog ini dlm sehari.
    Dan abg mmg suka suara hati yg diluah di sini.
    Sat abg baca yg lain pula lepas ini

    ReplyDelete
  4. wang bukan segalanyer..tp segalanyer dgn wang...:)
    klik2 ok..hihi

    ReplyDelete
  5. @eqacashperlala: ye ye betol tu. aku pon x suke entri yang hampeh yg ntah pape yg sum bloggers slalu buat, smate2 nak tarik trafik~

    @farysa insya Allah, semoga kita semua dibantu Allah

    @abgbent x hebat ler, tu pon lpas seharian suntuk ber-blogwalking :) tp smalam trafik jatuh sebab bz kluar, x blogwalk lgsung :)

    dah bace post baru?

    @alynn malynna : segalanya dengan wang? erk, x bape stuju okeh!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails