Saturday, July 31, 2010

Aktiviti Sabtu

Hari ni Sabtu, kejap lagi nak balik rumah.

Petang sikit, nak keluar shopping sikit, lepas tu terus lepak Pasar Seni nak tengok seni jalanan. Jom!

image

kopipes from FB

Apa itu PLORE....


Di Pasar Seni Pada tarikh dan masa yang diatas, mereka semua seperti nama di poster akan berkumpul ramai ramai... dan projek busking pun berjalan... tanpa henti selama 3-4 jam...


Jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk sama memeriahkan suasana dan lepak lepak hisap rokok.
...


Apa yang mereka lakukan?


apa yang mungkin mereka lakukan ialah, bernyanyi, bermain gitar dan alat muzik lain seperti bonggo contohnya,membaca puisi, installation art atau apa saja lah....

 

RSVP kat FB, klik SINI.

Idea Jamban

Dah 5 hari aku masuk rumah baru, di Seksyen 19 PJ. Dan dah beberapa hari jugak lah blog aku ni tak di-update. Takde ilham. Serius.

Kepala otak aku hanya dipenuhi dengan pemikiran-pemikiran bertahap fasal-sampah, jika sekiranya aku nukilkan kat sini, akan bisa buat korang rasa menyampah nak muntah.

Aku cuba mencari punca.

Fikir.

Termenung.

Main FB.

Kecewa budak pempuan dalam FB sombong.

 

 

Tiba-tiba aku sedar akan sesuatu.

Rupanya selama ini aku mendapat ilham yang indah untuk menulis blog, hanyalah di satu tempat. Ya. Hanya di situ sahaja, idea yang cantik timbul, dan kemudian aku kongsikan kepada korang.

Korang nak tau?

Pastikan jangan muntah.

 

Kat jamban. Jamban rumah aku. Hanya di rumah aku.

Serius. Tempat lain aku tak dapat ilham macam mana time aku “melabur” kat jamban rumah aku.

Kat jamban rumah baru ni pun aku tak pernah dapat ilham lagi. Mungkin sebab sini jamban duduk, rumah aku punya jamban cangkung.

Haha, maaf, jika korang rasa aku telah meng-insepsi idea busuk ke dalam akal minda korang.

 

Apa boleh buat, dah masa aku sedang berada dalam posisi mencangkung tahan nafas dan meneram telah merangsang neuron-neuron aku untuk aktif.

 

Ilham datang jangan dibuang. :D

Thursday, July 29, 2010

Mesej untuk N.A.

Ini entri peribadi. Khas aku tuju untuk budak ni. Pasal dia dah delete sumer akaun FB etc etc etc die, dan hanya ini cara untuk aku kontek dia.

Wei at least tinggal ah tempat komen kat blog ngko. Haih.

 

p/s: jangan skandal, kitorang xde pape, aku just ter-“baik-baik” ngan dia secara eksiden.

Wednesday, July 28, 2010

Sekadar Perkembangan Diri

Dua tiga hari ni aku tak sempat update blog, sebab jadual hidup yang semakin padat dari hari ke hari. (haha ye ye je aku tipu korang)

Ok bile dah start jadi budak kos baru secara rasmi, maka aku kena la jadi budak yang ikut jadual. Takde main-main dah, walopun kadang-kadang ikut jadual ni buat aku jadi tensen, sebab rasa macam tak membawa apa-apa erti kepada perkembangan intelek aku, tapi sistem dah tetapkan begitu, apa boleh buat. Ikut je lah. Haih.

2 minggu ini, banyak masa aku dihabiskan dalam LRT, bas Rapid dan duit juga banyak telah dilaburkan kepada pakcik teksi. Tu antara punca aku tak dapat nak update blog, tak sempat. Bayangkan, 4 jam sehari dibuang dalam pengangkutan.

Maka aku menetapkan pikiran untuk mencari penempatan tetap yang lebih dekat dengan UM.

Hari tu aku terpikir kolej 12, memang selesa, tapi aku terpikir 18 kali jugak sebab yuran yang agak mahal. Dan kebetulan seorang kawan (senior sebenarnya) mempelawa aku masuk ke rumah bujang diorang.

So, sekarang ni aku dah berpindah ke rumah baru, di Seksyen 17, PJ, baru jejak kaki tadi jam 8 malam.

Mungkin sementara, mungkin kekal. Tengoklah dulu seminggu dua ni macam mana.

Kos baru, baru 2 minggu aku follow, OK la. Setakat ni masih tak tensen lagi, walopun seminggu ada 2 lab, dan due date untuk satu lab hanya 2-4 hari. Peh fak engine pun tak macam ni, dah la boleh pakai komputer, leh copy paste. Haha. Fakulti Sains ni tak menghargai teknologi kan?

Tapi paling best setakat ni, masa lab ah. Walopun aku daftar lambat, dan semua lab aku kena buat single-single, tapi entah macam mana aku boleh jadi terer lak dalam lab. Siap pegi ajar orang lain lagi. Haha.

Bukan tu jer, aku rasa macam diri aku ni seorang gadis cun yang sedang di-orat oleh lelaki-lelaki gatal. Ok maksudnya aku rasa aku kena ngorat. Hahahahaha.

Tak ah, kawan-kawan baru sumer kool beb. Diorang suka cakap pakai beb, beb. Tapi aku tak suke korang panggil aku hot, pasal aku tak hot, beb, aku kool okeh.

Okeh dah ngantuk. Ada lab repot kena submit esok.

Tidor dulu, bangun pagi kang buat. Yeah~

 

p/s: ada orang suh aku update sal event Dialog Mahasiswa 3 Generasi kat CHAI sabtu lepas, aku akan tulis jugak, insya Allah, tapi bukan dalam 2, 3 hari ni lah. Maaf jika korang menunggu.

p/p/s: aku dah rasa apa yang aku pernah rasa dulu, fizik rok! yeah~

Tuesday, July 27, 2010

Wooooh!!!! Dapat Masuk Top 20 Finalist Pertandingan “Why I Love Mac”!!! Tolong like Kitorang Kat FB untuk Sebijik iPOD Nano~

Peace yo~ seperti yang korang tahu, itu hari aku secara tak sengaja telah join satu pertandingan kat Mid Valley, anjuran Apple sempena exhibition DiscoveryWeek diorang.

Pertandingan yang aku join adelah pertandingan posing dan kumpol like, dalam FB, pastu kalo dapat like terbanyak leh dapat sebijik ipod nano.

So, mintak tolong korang like ye.

Oh, yang hari tu aku promot untuk like (dah dapat 44 like weyh) tak dikire, so mintak jasa baik korang untuk like balik.

Caranya

1) jadi fan untuk page ini http://www.facebook.com/discoveryweek

2) pastu like gambar kitorang yang ni http://www.facebook.com/photo.php?pid=4822808&id=40117980874&

3) promot la dekat kengkawan yeah!

image

Luv u all~

 

p/s: untuk bace cammaner aku bleh terjebak dalam kontes ini, boleh klik sini.

Sunday, July 25, 2010

Kisah Sehelai Jaket dan Tolong “Like” Kitorang Please

Jumaat hari tu, aku ngan junior aku masa sekolah dulu pergi jenjalan lagi kat Mid Valley, dengan niat suci murni nak beli baju panas untuk dia pakai masa nak pegi belajar kat Mesir nanti.

So, dapatlah jumpa baju panas tu kat Metrojaya, siap dapat kupon RM 50 ag. Kupon tu dia bagi aku hohoho. Target baju tshirt 2 lai xpe dah.

Dan baju panas tu memang bawak tuah ah.

1) Aku kena snap gambar pasport untuk submit dekat SKR, untuk borang pendaftaran masuk kos baru, skali ngan gambar tuk kad matriks. Tapi aku round kat Mid, jumpa 2 bijik kedai gambar, malangnya kedai tu x sediakan kot atau blazer, so mmg buruk ah kalo aku amek gambar pakai pasport pakai t-shirt je kan.

Ingat nak pegi beli satu jaket baru murah2, kat ROMP ke, memane ke, sekali usya jaket tu agak mahal gak ah.

Pastu teringat, baru beli sweater. Ape lagi, teros sauk ah, pegi kedai gambar, auntie tu kagum, wooooo macam mau pegi Canada ma… hahaha.

Image0503hohohohohoho

2) masa lepas kitorang setel shoping uh, jenjalan nak balik, nampak ah kat Center Court MidValley tu ada exhibition oleh Apple. Banyak giler arh produk Apple yang canggih dorang tunjuk, siap bagi try lagi.

Tapi ade satu booth tu, dorang buat pertandingan. Snap gambar, pastu dorang upload kat FB, dapatkan “LIKE” terbanyak dan leh menang iPOD Nano. Hoho.

So kitorang secara spontan, berenti, usya2 jap, pastu terus join. Dapat ilham terus sauk segala baju panas, snow-cap, glove yang baru beli tadi. Hoho.

Hasilnya begini.

 image

kool tak? Kitorang sejuk tu. Haha.

 

So, kalo korang nak tolong kitorang dan dapatkan hadiah untuk si Mustaqim ni pegi bawak ke Mesir, tolonglah like gambar kitorang ni. Hohoho.

1) Masuk FB, like page ini : http://www.facebook.com/discoveryweek

2) like gambar kami ikut link ini : http://www.facebook.com/photo.php?pid=4822808&id=40117980874&

Dan terima kasih semua~ :D

 

p/s: tp jgn gatal nak tag nama org lain lak, nti x pasal kena remove. huhuhu.

Helmet dah Selamat Sampai

Semalam helmet yang member aku hantar dari Jepang dah selamat tiba di rumah aku. :D Hari ni lak ku akan hantar kepada peng-order nya. Weee.

Image0521Ini gambar kotaknya. Kotak post dah dibuang.

Image0520 Oho. Iniliah rupe helmet yang berharga seperti sebijik motor 2nd hand itu.

Image0519Hensem kan? (Helmet la, bukan aku)

Korang pon nak order gak? Atau nak join venture ngan aku cari customer, boleh klik sini dulu untuk lebih keterangan. :D

Kenangan Mee Segera

(nota: kebelakangan ni aku macam teringat-ingat dekat kenangan silam. Maka sebagai melepaskan rindu sementara memori masih tebal ni, izinkanlah aku melabon pasal diri aku. Nanti memori akan hilang jua. Tsk.)

image

sedap oh!

Dulu sejak zaman budak-budak, aku suka makan mee segera. Masa tu yang femes ada 2 jek, Maggi dengan Mamee. Dan masa aku kecik, aku kenal 2 jenis rasa je, ayam ngan kari.

Serius. Yang lain tu memang aku tak pernah tahu lah kewujudannya.

Bila masuk sekolah asrama lah baru aku tau rupe nye banyak giler lagi anak-beranak mamee tuh. Asam laksa, tomyam, sup tulang, lembu ayam kambing etc etc etc hahaha ape lagi ek?

Tapi masa sekolah asrama yang femes tu asam laksa ah. Aku tak tau nape, aku pon x bape suke, aku lagi prefer kari ngan ayam, tapi budak-budak laen suke lagi asam laksa.

Mungkin sebab sumer pon cam aku, baru kenal-kenal mamee, so bile jumpa benda baru excited lain la kan hahahahaha.

Tapi ada satu insiden kat sekolah tu, masa tu aku form 2 kot.

Kitorang ada satu grup budak laki ni bajet hensem otai ah, jual mahal. Kelas buat jamuan kitorang tanak ikut. Tak kool. Lagi best buat sendiri dalam hostel.

Kitorang sebenarnya protes sebab rasa tak berbaloi ar bayar mahal-mahal hanya sekadar untuk dinner, yang boleh dapat free kat dining hall, ataupun less than rm2 kat kantin skolah.

Kenangan?

Kenangan tu nak reka tak yah buat jamuan pon boleh. Buat jamuan sendiri secara liar dalam bilik kat asrama lagi memorable aku raser.

So, ada lebih kurang 5 orang, kitorang amik Mamee yang 5 pek uh, pegi bancuh dalam baldi. Air panas amik kat water-cooler. Separuh baldi gak ah air panas uh.

Bancuh mamee, bubuh perencah secukup rasa, tutup sampai kembang sket, than mamam!

Pakai hape?

Mamam menggunakan penyangkut baju. Hahaha. Kool tak? 5 orang share satu baledi mamee makan pakai hanger. Wooooohoooooo serius ingat sampai skang.

Lepas abes makan, pegi buat projek sempena akhir tahun, sekolah dah nak tutup kan, amik bedak, water-color, marker, dan segala macam lagi senjata, pegi conteng muka budak tidor awal. Hahahaha.

Lebih kurang seminggu gak insiden perang conteng-conteng masa tidor belangsung. Hari ni ko kena, esok aku lak, lusa ko, tulat dia. Tapi ade gak geng2 yang paranoid sampai tak tido malam takut kena. Hak3.

Ces. Being young and crazy seriously fun!

Hari ni makan mamee mesti rasa nak buh dalam baldi lagi. Hahaha.

p/s: aku tutup kisah ini dengan video mamee yang sengal syiut.

Saturday, July 24, 2010

Kenapa Aku Tukar Kos?

image

Pheonix Bangkit – Yeah!

Semalam, aku dengan rasminya telah mendapat surat tawaran untuk ke Fakulti Sains, Jurusan Fizik. Yeah!

Image0497 inilah rupernyer, macam masa memula nak masuk UM dulu, tapi yang ni kaler putih.

Image0501

SARJANA MUDA SAINS (FIZIK) – jom jadi Fiziksis!

Image0500

no matrik baru : SES100517

Image0502

:D

 

Image0504

ni lak gambar yang aku submit untuk kad matriks baru. Hoho.

Image0506

Amacam? Ade gaya artis Korea tak? Hahahahaha.

 

 

Pheonix adalah burung tanpa mati dalam lagenda, yang akan bangkit semula setiap kali berhadapan dengan kematian. Aku kini umpama seekor pheonix yang telah mendapat nyawa baru. Adakah aku akan menjadi lagenda yang akan dikenang sepanjang zaman? Atau sekadar sekadar jadi melukut di tepi gantang?

Dalam hidup ini, ada perkara kita mampu pilih, ada juga yang terikat dengan ketentuan-Nya. Apapun, buatlah pilihan yang bijak. Membuat pilihan adalah kuasa yang diberikan kepada kita oleh Tuhan, boleh jadi amat berkuasa, boleh jadi membinasa.

Selamat untuk aku.

Selamat juga untuk kamu.

Selamat majujaya dalam hidup!

Hari Sabtu yang Sejuk!

Hari ni hari sabtu.

Dan hari sabtu ini akan menjadi sangat sejuk sebab akan ada banyak giler baboon event-event yang kool.

Dan aku nak pegi, kalo boleh semua. Tapi apekan daya, banyak program clash, so terpaksa memilih ah!

Ok memula aku nak pegi sini.

image

Youth Gathering anjuran Amnesty International

Buat kat Annexe Gallery, Pasar Seni, jam 12 sampai 4 petang.

Nak jumpa kawan-kawan yang sempoi + best giler. Jumpa korang yeah!

Friday, July 23, 2010

Farewell Party di Mid Valley dan Review INSEPSI (INCEPTION)

Semalam pergi enjoy di Mid Valley, meraikan junior sekolah aku yang pernah menjadi dorm-mate aku, juga posmen aku (haha), yang akan berangkat ke Mesir, disertai teman-teman se-PASUM dia. Budak PASUM yang comel dan kacak ;D


Perlukah aku cerita semua? Tiada apa, hanya aktiviti biasa bila remaja keluar ke Mid, pergi tanpa arah tuju, sampai sana baru terpinga-pinga nak buat apa, makan kat mana, lepas tu nak buat apa. Akhirnya, lawatan ke Mid dihabiskan di pusat boling, disertai sedikit kudapan alas perut daripada Burger King dan Big Apple.


Sedikit luah rasa marah : sape makan burger blackpepper aku semalam? Huh!


Kemudian jam 11, habis permainan boling, daripada 9 orang pemain, hanya 2 strike dihasilkan, pada penghujung perlawanan, itupun oleh aku. *bangga* Aku dah tahu, bola keramat aku adalah bola saiz 12. Lain kali main mesti tip-top punyalah.


Budak-budak Asasi balik ke UM, pagi ada kelas, aku dan junior aku still kat Mid, layan mid-nite muvee.


Cerita kami tonton?Sudah pasti cerita terbaik minggu ini : INCEPTION.







Sebelum aku tonton cerita ni, hanya ada 2 jenis review yang aku jumpa pasal cerita ni,
1- orang yang kutuk cerita ni sebab susah nak faham sampai tertido dalam panggung,
2- orang yang puji melambung cerita ni sampai cakap nak tengok lagi sebab ia terlalu superb!


Aku pulak, dengan rasminya memasukkan diri aku ke dalam kelompok ke-2.


Bila dipikirkan, cerita INCEPTION hanyalah cerita yang klise, di mana ko menonton satu cerita yang sangat gempak jalan penceritaannya, dengan segala macam aksi menggugah emosi dan mental, tapi akhirnya ko dikecewakan apabila si hero terjaga dan itu semua hanya mimpi.


Tapi INCEPTION berjaya mengubah klise itu dengan menghasilkan mimpi yang amat berbaloi untuk ditonton. Si hero bermimpi, atau secara realitinya si hero itu memang berkuasa untuk menerobos ke alam mimpi, itu aku tak tahu. Kesimpulan itu milik penonton.


INCEPTION adalah kisah tentang manusia istimewa, yang mampu menerobos ke alam mimpi, mencipta dunia di alam mimpi, serta boleh mencuri maklumat atau memasukkan idea ke dalam kepala otak si pemimpi dengan mencipta satu cerita untuk mempengaruhi minda bawah sedar pemimpi, maka apabila ia sedar, mindanya akan di-set dengan satu idea yang telah di-insepsi oleh penerobos mimpi (extractor) itu.


Hendek memasukkan idea, adalah lebih payah daripada mencuri idea.Dan dalam alam mimpi, si penerobos mimpi boleh mencipta lagi alam mimpi, iaitu mimpi dalam mimpi, dan boleh bermimpi lagi, mimpi dalam mimpi dalam mimpi, dan boleh masuk lebih dalam lagi. Cuma risikonya, lebih dalam si pemimpi masuk ke alam separa sedar, lebih sukar untuk kembali ke alam realiti.


Kadang-kadang si penerobos mimpi boleh terperangkap dalam alam mimpi (situasi ini dipanggil LIMBO -kecelaruan minda) dan merasakan seperti berada dalam alam itu bertahun-tahun lamanya, kerana jangka masa dalam alam mimpi adalah lebih pantas berlalu, 5 minit di alam nyata, seminggu di alam mimpi. Dan jika terlalu lama terperangkap dalam mimpi, maka akal minda mungkin akan terkeliru antara realiti dan mimpi, dan berisiko untuk menjadi gila.


Ah, aku tidak ingin spoil. Korang tengoklah sendiri, dan kategorikanlah diri korang dalam kelompok yang mana satu.


Cuma nak sambung sikit lagi, aku balik ke UM pada jam 3, dan tidur di bilik junior aku itu di kolej 12.


Bangun pagi, aku tak boleh tidur. Lebih teruk lagi, aku merasakan bagaikan otak aku telah di-insepsi dengan satu idea, yang telah merebak macam virus. Aku jadi ingat-ingat padanya. Kata mudah, aku rindukan dia.


Siapa dia? Hahaha.


Perlukah aku cakap?


Oh, crap!



p/s: INCEPTION aku bagi 4 bintang, atas kecerdikan ceritanya.

p/p/s: jika kamu berjalan di tepi jalan, dan bertemu dengan orang asing tapi berasa macam kenal ah, berhati-hati kerana di mungkin si extractor yang telah membuat sesuatu dalam mimpi kamu :D

Thursday, July 22, 2010

Maaf Malam ni Aku Tak Kool.

Malam ini akan ada satu public lecture, siri terakhir dari siri-siri public lecture pasal AUKU.

Dan malam ini akan dibentangkan pasal "Magna Carta" alternatif kepada AUKU yang telah digubal oleh sekumpulan budak U beberapa tahun lalu.

Malam ini memang aku ingin pergi, tapi malam ini juga aku menuruti kehendak seorang teman yang ingin ditemani. Farewell katanya, dia nak pergi Mesir. Hurm.

Maaflah, magna-carta itu boleh aku cari lagi, tapi budak ini, mungkin beberapa tahun lagi baru ketemu kembali.

Korang yang kool, sila pergi!

Dan tolonglah buat ulasan jugak!

Maaf semua, aku tak kool malam ni~

JOM! Siri Akhir Public Lecture AUKU

JOM!

 

image

AUKU Public Lecture Series (4): AUKU & ALTERNATIF KEPADA AUKU
Tarikh: Khamis, 22 Julai 2010
Masa: 8:30 malam
Tempat: Auditorium KLSCAH (KL & Selangor Chinese Assembly Hall), Jalan Maharajalela, KL (berdekatan Stesen Monorel Maharajalela)

Dalam siri keempat “AUKU Public Lecture Series”, TEH YEE KEONG (Mantan koordinator Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU) akan membentangkan sebuah akta alternatif kepada AUKU yang telah didrafkan oleh Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU pada tahun 2008 untuk menjamin hak-hak mahasiswa yang selari dengan nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia.

 

Facebook Page Event

p/s: kopipes daripada studentpowerproject.tumblr.com

Wednesday, July 21, 2010

“Tanya Tuhan pun Tuhan Tak Tahu Woooo”

image

Petang tadi lebih kurang pukul 5, aku macam biasa, menjalani rutin hairan harian balik rumah kat Setapak naik LRT Aliran Kelana Jaya. Masa kat Pasar Seni, masuk dua orang pasangan, sorang auntie, sorang uncle, nampak macam laki bini, tapi dari cara diorang borak, aku agak dorang rakan sekerja.

Muka dua-dua macam cina, tapi yang auntie tu cakap Melayu, walopun ade jugak pelat Cina. Pakcik tu aku konfem Cina, tapi dia layan la makcik tu cakap Melayu. Aku tak pasang telinga ok, diorang yang berdiri belakang aku, so aku dengarlah apa diorang borak.

Makcik tu meluah rasa kecewa sebab katanya pada hari sebelum, disebabkan hujan lebat, dia sampai rumah lambat, hampir jam 8 malam. Puncanya adalah perkhidmatan komuter yang telah tertangguh.

Banyak sungguh makcik tu mengadu. Katanya kadang-kadang kalau dah menunggu komuter tu, mula-mula diorang umum, tren akan tiba 10 minit lagi. Bila sampai 10 minit, keluar pengumuman baru, tren telah delay, sampai lewat 30 minit. Bila dah tunggu 30 minit tu, orang pun dah jadi macam sardin, bila tren betul-betul sampai, berebut-rebut nak naik, akhirnya tak dapat naik, tunggu lagi 30 minit, itupun kalo nasib baik tren tak delay.

Pakcik tu dengar, le[as tu dia pun bagi komen.

“Haiya itu komuter memang talak bole pecaya. Kalau tanya sama Tuhan, Tuhan pun tak tahu bila tren sampai woo.”

Sekian.

 

p/s: dengar je pakcik tu cakap macam tu, aku bantai gelak, auntie tu pun sengih je tengok aku. Melampau giler analogi pakcik tu, nak gambarkan betapa komuter punye servis tu memang siput ar. Nasib baik aku naik LRT. Hahaha.

Aku Ada Projek Untuk Kasi Warna Sama Itu UM :D

image

jeng jeng….

UM yang Sakit

Semalam aku pergi lagi ke SKR, dan kali ini untuk bertanyakan bilakah agaknya aku boleh dapat surat rasmi untuk bergelar budak fakulti sains. Dia cakap, insya Allah sebelum habis minggu ini, dan dengan sokongan 2 dekan, kemungkinan besar untuk permohonan aku mendapat kebenaran TNC A, adalah hampir 80 %, dan dengan faktor luaran (rahsia), ia meningkat sehingga 90 %.

Akhirnya aku bertekad nak masuk terus ke kelas aku di Jabatan Fizik, Fakulti Sains. Aku pergi ke ofis jabatan, dan cuba bertanyakan, boleh tak aku nak masuk kelas, walaupun tiada surat rasmi lagi. Kakak kerani itu mencadangkan aku berjumpa penyelaras program, iaitu Dr. Chin.

Aku dah jumpa Dr. Chin, masa cuti hari tu. Dia memang sangat friendly, dan sangat senang membantu aku. So, lepas tu aku pergi ke bilik dia, knock-knock, tiada jawapan. Aku intai ikut lubang cermin kat pintu, memang tiada orang. Hurm.

Lepas tu aku merayau-rayau kat fak sains, dan ternampak satu banner pasal kuliah umum daripada sorang profesor bertaraf Nobel Laureate (Pemenang Hadiah Nobel Fizik), Profesor Albert Fert sedang berlangsung di DTC. Tajuk talk tu, The World of Spintronics: Electrons, Spins, Computers and Telephones. Masa tu pukul 10.30, program tu dah start lebih sejam. Aku bosan-bosan, terus pergi DTC.

Sampai-sampai sana, dah nak habis, sesi Q n A. Masuk je terus rasa bosan, pasal aku memang tak faham sepatah haram apa yang dia cakap, dengan slang English-Perancis yang sangat pekat, serta patah-patah teknikal yang memang bikin otak aku susah nak hadam. (untuk rekod: aku selalu tidur masa kuliah sejak dulu lagi)

Tapi lepas tu tiba-tiba aku nampak sorang yang aku kenal, turut berada dalam dewan tu. Berkopiah biru, berjubah biru. Oh, Profesor Fizik Dunia, aku senyum.

image

pakcik ni la. Aku panggil dia pakcik profesor. Kenal?

Tuesday, July 20, 2010

Adults

The way i see it, adults are made of “who cares?”

 

I have a potbelly, but who cares?

 

My nose hairs show, but who cares?

 

I’m totally insecere, but who cares?

 

There’s war, famine, disease and thousands of people are dying,

but as long as i’m happy, who cares?

 

They pay well here, so who cares?

(meiko inoue-SOLANIN)

------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: and im turning 21 this year, oh crap!

Semester Ini yang Rilek

Ok, seperti yang korang tahu, aku dah jadi hantu. Aku mintak nak tukar kos, tapi disebabkan proses yang lambat (walopun aku sangat sure memang permohonan aku diterima), maka aku decide sem ni aku nak ambik kos yang mudah giler-baboon.

Lagipon, kalo ikut sistem, aku punye pointer yang lepas still dikira, maka aku masih lagi budak Engineering yang di bawah pemerhatian, dan hanya boleh register 12 jam kredit.

So, subjek-subjek sem ini ialah………..

image 

Asas teater moden? Aku aku pun raser kelakar, tapi tak salah kan nak cuba benda baru. kool tak?

Memang sem ni kalo aku punye keputusan untuk tukar kos tak kuar gak sampai hujung minggu ni, aku akan stick dengan jadual ini.

Cuma aku masih ada 3 kredit hour, yang aku rasa nak penuhkan dengan Kursus Elektif Luar Fakulti. Cuma tak taw subjek ape yang best. Aku dah usya lam UMISIS, dorang bagi kod list je, 200++ senarai, takkan aku nak usya satu-satu kot? hahaha.

So, any idea?

Monday, July 19, 2010

Soalan Bangang Untuk Ditanya

Tadi masa aku bosan giler nak tunggu turn aku kat pos ofis, nak bayar bil api, macam-macam benda datang kat otak aku. Entah nape, otak aku kuat jer berlari hari ni.

Melamun-lamun, lalu dapatlah ilham untuk menulis.

Dalam hidup ni, ada banyak benda yang aku rasa macam bangang giler babi kalo korang cuba mempersoalkan.

Antaranya perihal bangsa.

Kalo ko bertanya pada pejuang UMNO dan PERKASA, kenapa mereka memperjuangkan nasib Melayu? So mungkin antara jawapan termudah akan diberi ialah sebab mereka Melayu-lah! Kalau bukan Melayu nak bela melayu, sape lagi?

Dan cuba bertanya kembali, kenapa ko jadi Melayu? Kenapa aku pun Melayu?

Itu adalah soalan terbangang kot untuk ditanya, kecuali ko mampu berbicara dengan Tuhan, baru kau layak bertanya soalan itu. Semua itu adalah di luar kuasa kita selaku manusia biasa. Kita langsung tiada kuasa memilih nak berada dalam perut mak bapak berbangsa apa.

Tapi kenapa kita nak bergadoh berdebat pasal hal itu?

Macam mana kalo Ibrahim Ali itu ditakdirkan lahir dari perut orang Cina? Adakah ngko akan bersetuju dengan apa yang ko dah buat sekarang ini?

Aku tak tuju kepada bangsa aku semata-mata, tapi kepada semua manusia yang mempunyai perasaan rasis dalam hati. Selagi mana rasa rasis dan prejudis terhadap orang lain itu bersarang dalam diri ngko, selagi itulah dunia ini takkan selamat untuk anak cucu ngko.

Kononnya ko berjuang untuk nasib generasi akan datang, tapi kalau benar ko ikhlas nak mewujudkan dunia yang lebih aman untuk anak cucu ngko, maka apa yang ko perlu perjuangkan bukanlah untuk membela nasib bangsa ko sahaja, tapi belalah nasib manusia.

Pandanglah semua manusia sebagai manusia, sebab memang kita ini manusia.

Berjuanglah untuk membuang rasa prejudis dalam diri setiap makhluk homo-sapien ini, bukan dengan mempertahankan hak kaum ngko untuk terus di-hasad dengki oleh orang lain.  Selagi mana ko bicara pasal hak bangsa ngko, selagi itu akan ada orang dari bangsa lain akan cuba mencuri hak ngko itu, dan ini takkan habis.

Aku tulis untuk semua manusia, bukan bangsa itu atau ini. Kerana aku percaya jika kamu rasis, bukan sebab kamu bangsa itu atau ini, tapi kerana kamu sendiri adalah manusia berhati busuk.

Dan aku juga percaya, akan ada sekelompok daripada setiap bangsa di dunia ini, yang akan sentiasa berjuang untuk menyatukan kita semua selaku manusia.

Say no to racism.

Aku Dah Jadi Hantu

Ini first time aku update blog pakai PC lain dari PC kat umah aku. Sekarang aku tengah lepak kat main library UM, bosan tak tau nak buat apa.

Buat masa ni, aku tiada hala tuju. Tadi aku datang UM dengan niat nak setelkan beberapa urusan, bayar hutang UM yang tertunggak, setel bil api umah aku (melambung naik owh sejak ada internet - dush!)

Dan sempat jugak aku singgah SKR, tanya ape cer status tukar kos aku, dah masuk minggu kedua sem baru dah ni, aku masih bengong begini.

Tapi SKR bagi aku berita yang bikin aku rasa macam panas jugak lah.

''Surat jawapan dari fak sains baru dorang dapat Jumaat hari tu, dan sekarang surat tu takleh nak forward lagi pegi TNC Akademik sebab bos SKR takde.''

Aku taknak marah dah sape-sape. Cuma nak tanya soalan la.

Kenapa fak sains amik masa 4 hari untuk hantar surat ke SKR? (hari tu aku tanya fak sains, dorang cakap hari Selasa dorang akan forward dah surat tu) Macam jauh sangat je dari Fak Sains ke SKR, padahal aku jalan kaki 10 minit dah sampai.

Hurm.

Aku benci biro-KERAS-eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Mungkin memudahkan pengurusan korang, tapi tak efisien langsung. Kesannya, aku sekarang macam takde hala tuju tak tau nak pegi mana. Kalo macam orang kampung pecaya, roh tergantung kat langit, bumi dah rejek, langit tak terima lagi, sebab ada sangkut hutang. Lepas tu jadila hantu.

Oh, aku seekor hantu rupanya. Tapi aku jadi hantu bukan sebab ada hutang, sebab hutang takkan menjejaskan pertukaran kos aku, tapi sebab ada ''malaikat'' yang tak buat keje. TAHIK!

Aktivisme Budak UM di Awal Semester Sesi 2010/2011

Ini entri yang lewat. Kejadian ini berlaku pada minggu lepas, hari ape ek? Khamis kot.

Sekadar berkongsi untuk memaparkan kepada korang tentang aktivism budak UM di awal sem ini.

Hari khamis hari itu, ada dua benda yang aku jumpa, yang menunjukkan bahawa di UM, budaya “aktiviti ko-kurikulum” masih wujud, walaupun mungkin ada pihak-pihak yang lebih tua senior berkata, UM dah makin sejuk, atau bahasa lagi sentap, lesu, eh tak best, LEMBIK. Haha.

Menambah Tekanan Isnin Korang Dengan Sejarah Mangsa-mangsa AUKU Sepanjang 1999-2005

Salam penuh tekanan di pagi Isnin. Kenapa tekanan? Entah, aku cuma selalu terdengar bahawa kaum pekerja amat tensen apabila tiba pagi Isnin. Benarkah? Jangan tanya aku, aku hanya pelajar.

Aku ingin menambahkan tekanan kamu, dengan berkongsi sejarah, lagi pasal AUKU.

Ini aku kopipes dari blog ini (sila klik kata merah itu, jakun).

Aku juga belum habis baca lagi hahaha, panjang sangat duh.

Sunday, July 18, 2010

SOLANIN – Aku Takkan Buat Review

image

Baru saja habis membaca sebuah manga hebat, Solanin.

Sangat meng-ispirasikan.

Sangat mengharukan.

Ok, aku cakap sebelum ni aku nak buat review. Maaf. Aku tukar pikiran. Aku rasa aku tak boleh buat review untuk cerita yang kool ini. Ia sangat menyentuh emosi aku, aku tak dapat nak cerita pakai perkataan.

Well, ceritanya sangat simple. Wataknya tak kool. Hanya cerita tentang orang-orang kebanyakan, seperti aku, seperti engkau. Tapi mesej yang terpenting dalam hidup engkau tidak datang daripada artis di atas pentas, ataupun bintang di dalm TV, tapi dari orang-orang biasa yang berdiri hanya beberapa kaki dari engkau.

Itu yang si pelukis percaya.

Dan aku rasa aku juga nak percaya.

 

p/s: nak pinjam? Sori, aku sayang buku ini. Takkan bagi pinjam. Ko boleh baca dalam OneManga. Tapi aku tak menyesal beli buku ni walopun boleh baca free, sebab aku rasa ia sangat kool.

Aku Memang Bukan Shopa-Holik, Tapi Aku Buku-Holik, Walaupun Bukan Seorang Ulat Buku!

Pagi Jumaat yang indah hari itu, aku mendapat satu khabar gembira, pabila mendapat tahu yang duit biasiswa JPA aku masih di-bank-in oleh pihak JPA. Walaupun kalo ikut perjanjian, kalo tukar kos, memang takleh dapat dah, tapi mungkin sebab aku ni genius  tak bagitaw diorang lagi aku tukar kos, maka sem ni dapat lagi. Sem depan? Wallahu’alam.

So, bila dah dapat duit tu, mula lah rasa nak kuar bejalan-jalan. Hoho.

Aku Melabon Lagi Pasal AUKU

Peace yo. Seperti yang korang semua sedia maklum, khamis malam hari tu aku telah pegi lagi ke siri kuliah umum AUKU yang diadakan di KLSCAH. Semalam siri ke-3, dan pengisian malam tu merupakan forum yang menampilkan 3 orang aktivis mahasiswa yang sudah lali bermain dengan AUKU, dengan Fahmi Reza menjadi moderator.

Aku macam biasa, pergi ke sana dari rumah di Setapak dengan pablik transpot je. Dari rumah aku, naik bas rapid ke stesen LRT, lepas tu naik LRT Aliran Kelana Jaya ke KL Sentral, tukar pulak monorel ke Maharajalela. Balik malam tu, aku helo bapak aku, dia tunggu kat Chow Kit.

Malam tu punya event macam biasa, kool, sarat dengan info-info pasal AUKU, tapi aku rasa macam ada kekurangan ah nak banding dengan yang minggu lepas punya. Haha entahlah, haruskah aku komen pasal benda ni? Boleh la kan, ini blog aku, sukahati aku lah nak berkata apa pun kan?

Minggu lepas punya sesi aku rasa lebih enjoy. Walopun memang matlamat utama pegi lecture tu adalah untuk menambahkan info pasal AUKU, tapi bagi aku, keseronokan juga merupakan motivasi untuk aku terus bergiat aktif hadir ke majlis-majlis sebegini. Walopun panelis itu malam muda-muda lagi belaka nak banding ngan Azmi Sharom minggu lepas yang dah berumur 40 ++, tapi pesal aku rasa Azmi Sharom macam lagi remaja dari korang ek? Haha.

Azmi Sharom pun bukan gebang kosong, banyak jugak input aku dapat, tapi dalam masa sama dia meng-enjoy-kan aku. Korang lak, bukan aku tak enjoy langsung, tapi kurang sikit la. Tak nafikan, korang yang jadi panel tu memang ada karisma dan bakat tuk jadi pemimpin, tapi, err, tak leh ke jadi remaja sikit? Hahaha…

Maksud aku dari segi gaya, style dan attitude. Baru la ramai budak U yang kaki enjoy ni suka pergi tonton korang melabon.

Ok dah cukup kritikan peribadi. Sekarang adalah masa untuk aku berkongsi apa yang aku dapat malam itu.

Saturday, July 17, 2010

YEAHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Baru je ingat nak off, bile tetiba aku dapat mesej sambest giler di pagi hari. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.

Selamat lagi aku sem ni, ingat dah putus nafas dah! :D

Alhamdulillah!

“Harga DSLR menarik…..” - yeah

image

Salam - Selamat pagi Sabtu!

Pagi ni aku nak kuar joging ah, tapi sebelum tu sempat lagi online jap. Hoho. Saje nak share komen pelawat pasal biz kamera aku. Saudara FAB (Fadzli Abu Bakar, boleh visit dengan klik nama ye yang merah tu ye) bagi komen, “Harga DSLR MENARIK……”

So, tidakkah korang tertarik? :D

More info, klik SINI.

Ok chiow nak jog. Yeah~

Friday, July 16, 2010

Helmet Pertama Dijual

Sekadar berkongsi hepi. Ini gambar helmet Arai pertama yang aku berjaya jual. :D

Helmet ini sekarang dalam perjalanan dari Jepun menuju ke rumah aku, insya Allah selasa sampai.

Sampai dengan selamat Ok, bakal Tuan ko dah calling aku berapa kali dah tak sabar nak test ngko. Haha~

image

 

image

Sape lagi nak beli?

More info, klik SINI.

p/s: aku jugak berkira-kira untuk memberikan komisyen kepada kawan-kawan yang sudi tolong cari customer untuk aku. Ala-ala affiliate ah ni :)

Tak Jadi Hilang

Maaf kalo korang terbaca post yang ini. Memang takde pekdah.

Saje nak bagitau plan aku nak hilang semalam dah kansel, pasal member aku yang ajak aku hilang tu ada keje lain.

Nak bagitau jugak, semalam aku pegi lagi ke Forum AUKU siri 3. Nanti aku buat ulasan. Tunggu naik angin dulu.

Nak bagitau lagi, esok mungkin aku akan keluar jenjalan ke KL.

Dan lagi, aku harap aku dapat format diri aku ni. Aku punya diri sekarang ni banyak virus nafsu durjana doh. Haih.

Dan last sekali, terima kasih sebab korang sudi baca walopun takde pape.

 

p/s: Masih belum sempurna – tiada lagi arah tuju.

Thursday, July 15, 2010

Aku Akan Hilang Sehingga Esok, Tapi Jangan Lupa Event yang Kool Ini Okeh?

Hari ini hari Khamis, malam ini akan ada satu lagi event yang kool, iaitu siri-siri kuliah umum tentang AUKU yang akan diadakan di KLSCAH. Malam ini forum, menampilkan 3 aktivis budak U yang kaya pengalaman dalam perjuangan menuntut hak student.

image

Siri ketiga "AUKU Public Lecture Series" akan melihat kesan serta impak sebenar AUKU terhadap hak dan kebebasan mahasiswa dari sudut pandangan aktivis mahasiswa sendiri.

Pembicara:
1. SHAZNI MUNIR (Mahasiswa UM & Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, SMM)
2. YAP HENG LUNG (Siswazah USM & Sekretariat Malaysian Youth and Students Democratic Movement, DEMA)
3. HILMAN IDHAM (Mahasiswa UKM & Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen, KAMI & salah seorang dari kes UKM4)

Moderator:
FAHMI REZA (Penyelidik sejarah gerakan mahasiswa)

Maklumat lanjut klik SINI.

Sila pergi ok. Lokasi KLSCAH terletak berdekatan dengan stesen monorel Maharajalela.

imageDan sabtu ini pula di CHAI PJ (aku pon tak tau katner) akan berlangsung satu lagi kuliah umum berkaitan sejarah perjuangan mahasiswa UM tahun 60-an. Disampaikan oleh Fahmi Reza sendiri.

Maklumat lanjut dan untuk peta ke CHAI boleh klik SINI.

 

Malam ini aku akan pergi ke KLSCAH, dan lepas itu akan terus hilang. Ke mana? Hohohohoho. Rahsia. Esok aku timbul balik.

Sekarang aku ngantuk, nak tidor dulu.

Pastikan korang pegi tu wei. Korang kool kan?

Entri Cari Makan-Kamera DSLR dan Adik-Beradik Beliau untuk Korang Gayakan

Ini satu lagi post cari makan. Mesti korang fedap kan? Asyik-asyik nak duit je.

Peh, aku terpaksa beb. Aku hidup di abad ke-21 di mana duit dah jadi macam Tuhan Manusia. Walaupun ko memang tak sembah duit, tapi hakikatnya ko bernafas adalah kerana duit bukan? Segala-galanya adalah kerana duit. Cis sungguh kertas-kertas itu, bagaimana kamu boleh jadi begitu tinggi tarafmu?

Kecuali korang derma kat aku RM2000, maka aku akan kurangkan post-post berkaitan cari makan ini.

So, kali ini aku nak jual apa?

Kali ini barang panas punya. Bukan lagi helmet motor berharga sebijik motor (giler kan, tapi dah ada orang beli woooo…lantak ah, aku pelik gak orang camni, tapi duit masyuk aku amik je hahahahahahahahaha), ataupun antena TV untuk PC, tapi ini barang memang panas punya.

Menjadi trend remaja masakini. Tak kisah dilabel poseur sebab tak reti berfoto tapi pakai kamera gabak-gabak, trend tetap mesti follow okeh?

So, aku akan memenuhi kehendak kamu dengan membekalkan kamera-kamera idaman kamu pada harga yang…..boleh tahanlah reasonable berbanding harga kedai~

Wednesday, July 14, 2010

Rasis Itu Ada Dalam Darah Aku

Pagi tadi masa aku duk tunggu bas dari stesen LRT Universiti nak masuk UM, tiba-tiba ada segerombolan remaja lelaki dan perempuan berkulit hitam pun turut sama menunggu bas. Kalau suratkhabar Melayu negara ni panggil diorang “Pak Tam”, Mastika lak panggil diorang “Awang Hitam”. Kalau awek diorang, ntah, “Mek Hitam” kot. Hurm.

Tiba-tiba ada satu rasa pelik timbul dalam hati aku. Kalau rasa itu adalah pelik atau hairan atau janggal sebab tak faham dengan apa yang diorang duk sembang, itu ok kot. Tapi apa yang aku rasa ini adalah sesuatu yang buruk. Aku benci. Meluat.

Serius. Aku pun tak tahu dari mana rasa ini datang, adakah disebabkan warna kulit mereka, atau kerana percakapan mereka, atau saiz badan mereka, ataupun kerana bilangan mereka yang agak ramai pada waktu itu, membuatkan aku rasa kurang selesa lantas membenci.

Dan bila aku renungkan kembali, memang sering terjadi, aku sering mempunyai pandangan sebegini terhadap bangsa dan pendatang asing. Kadang-kadanag apabila melihat tukang sapu LRT berwajah Bangladesh, ataupun ketika berebut dengan pekerja-pekerja Indon untuk naik bas dari dalam UM di waktu puncak.

Aku tahu, rasa ini dinamakan rasis. Dan rasis ini sifatnya busuk, lebih busuk dari tahi.

Aku tahu, aku tak sepatutnya berasa begini. Tapi rasa ini memang wujud dalam darah aku. Aku tak perlu paksa diri, rasa ini datang sendiri.

Cuma yang aku tak tahu, adakah rasa ini datang kerana aku memang dilahirkan dengan mewarisi genetik rasis datuk nenek moyang aku, ataupun kerana aku dibesarkan dalam masyarakat yang budayanya mengamalkan rasism.

Celakalah rasism.

Celakalah juga aku selagi aku berperasaan begini.

Manusia semua sama. Apa kau nak beza-bezakan?

Tiba-tiba Berimpian

Semalam pergi KLCC lepak kat KFC kejap, tak makan pun, lepak jer, lepas amik BlueBear Celcom kat Celcom Center Jalan Ampang, kat Menara Atlan, 10 minit gak jalan kaki dari KLCC.

Tiba-tiba, keluar daripada biru itu (out of the blue ah haiya), aku terimejin alangkah indahnya kalau aku dapat mengembara ke seluruh dunia.

Seluruh dunia.

Seluruh dunia.

Yeah.

Tiba-tiba ia menjadi impian aku. Haha.

Lepas belajar? hurm…

Panduan Berpolitik di UM

(Nota: entri ini ditujukan kepada budak UM baru dan lama, yang baru-baru nak kenal politik UM, ataupun yang dah memang berkecimpung dalam politik UM. Ataupun korang kat luar UM yang nak tahu cerita kat UM yang tak keluar paper. Aku tulis berdasarkan pengalaman aku semata-mata, takdak buat research pape pon, hanya impresi dan persepsi aku. So, kalo ada silap dan salah fakta, harap maaf, tapi sekurang-kurangnya korang tau ape pandangan aku terhadap korang, dan mungkin aku berjaya mencipta persepsi untuk korang? Bukankah politik itu mainan impresi dan persepsi?)

umlogo

Salam semua. Cerita yang aku nak bukak hari ini ialah berkaitan UM. Cerita yang korang memang takkan dapat baca kat paper punya, kecuali amat sedikit. Entahlah, aku pun tak tahu nape diorang taknak highlight pasal corak masa depan politik negara ni. Apa nak takut entah.

Sebelum ni, kalo orang berkisah tentang U, mesti apa yang terpikir kat pikiran korang adalah sebuah tempat untuk budak belajar dan dapat ijazah semata-mata. Aku pun dulu macam tu lah jugak. Aku dulu pun ingat U ni sebuah tempat yang takde beza dari sekolah, cuma mungkin advance sikitpun sebab ko dah tak pakai uniform, bebas sikit-sikit, takde orang nak peduli dah pasal fesyen rambut atau baju engko, boleh pakai keta motor, dan boleh kahwin (hoho).

Tapi bila aku masuk sendiri UM, dah lebih kurang 3 tahun, dan sekarang jadi freshie balik, baru aku nampak sendiri apa sebenarnya yang ada kat UM. So, kalo orang lain member-member aku dari luar yang tanya, UM best ke? Selalu jawapan aku, politik student dia kuat!

Tuesday, July 13, 2010

Jom Pegi Speaker’s Corner

image

Kat Facebook diorang tag aku kat gambar ni.

Kat henset pulak dorang SMS aku bertalu-talu.

Cakap esok depan library kol 11 ada majlis perasmian Speaker’s Corner atau lam bahasa atuk aku dia sebut Sudut Pidato.

Speaker’s Corner ni hape sebenarnya?

Aku nak citer, panjang nak citer, tapi aku ngantok giler. Haha, laen kali ek, bole?

OK sikit la. Speaker’s Corner ni merupakan satu tempat untuk budak U berdiri dan meluah apa saja. Ko nak melabon ape, pergilah kat Speaker’s Corner ni, melabon ah puas-puas. Orang nak dengar ke tak, itu belakang kira, yang penting ko bebas bersuara apa saja.

Zaman dulu, tatkala tiada hiburan macam game komputer dan internet, Speaker’s Corner menjadi tumpuan budak U. Di sinilah tempat mereka lepak, sambil mendengar budak-budak lain mencapab. Speaker’s Corner adalah hiburan budak U masa dulu.

Dan suatu ketika, Speaker’s Corner menjadi picu kepada banyak peristiwa-peristiwa yang melibatkan gerakan budak U. Seringkali sesi Speaker’s Corner akan bertukar menjadi demonstrasi, bukan dalam UM je, kadang-kadang dari Speaker’s Corner terus menuju ofis PM.

Disebabkan kuasa yang mampu dicetuskan oleh Speaker’s Corner, maka pada tahun berapa ntah (nanti aku chek balik) Speaker’s Corner telah diharamkan. Dan terhentilah budaya penyebaran fikrah kepada budak U, akibatnya, minda budak U yang telah di-didik oleh TV sejak sekian lama, menjadi lesu dan tidak bermaya untuk terus berjuang. Akibatnya, gerakan budak U makin slow, hingga sekarang.

Tahun lepas, atas restu Menteri Pengajian Tinggi, Speaker’s Corner diwujudkan kembali. Di sediakan pentas lagi, dan dipacak di depan Kompleks Perdana Siswa (KPS). Tapi aku heran, sebab sepanjang aku lepak kat KPS, tak pernah nampak lak ada orang pegi bagi pidato kat situ. Hurm.

Mungkin diorang memang sejak azali lagi menyukai benda-benda yang mencabar. Orang dah bagi tapak ko tak gune, skang nak cari tapak baru lak? Saje bikin panas nak gadoh ngan pak gad kan? Hoho.

Tapi kat SMS yang aku dapat tu, diorang cakap Speaker’s Corner berwajah baru. Camane tu? Aku pun tak taw. Takpe ah, esok pegi dan lihat saja.

Balik dari UM, Letih Tapi Hepi :)

Hari ni pegi UM buang masa lagi, sebab SKR tak kuarkan lagi surat rasmi aku selaku budak Fak Sains, maka aku amik keputusan untuk rilek-rilek dulu sementara peluang masih ada. Hahah.

Tapi pegi jugak UM, ingatkan nak amik duit derma daripada insan-insan mulia, tapi pemegang amanah bizi, tak sempat nak jumpa untuk cash kan pitis aku. Esok tu weh!

Lepas tu pergi Celcom Center cawangan Bangunan Atlan, jalan Ampang, redeem Blue-Bear. Ni second bear aku dapat, hari tu masa memula beli broadband dapat, aku amik Argentina, ni aku topap usage Broadband celcom hari tu, dapat gak lagi, aku amik SPain la sebab dorang menang. Gambar beruang itu tak dapat nak share sebab aku punye hanset ada kamera tapi kabel takde.

Hepi sebab ada dapat dua rezeki hari ni.

1.       Ada orang dah beli helmet aku. Brader tu memang tak sabar-sabar nak pakai helmet ye, kol aku bape kali ntah. Hoho. Sabar ye bro Awie, nanti 2,3 hari insya Allah barang sampai dari Jepang.

2.       Dapat tawaran untuk lukis komik bagi KomikNiaga. Tapi diorang bagi aku task luh suh lukis karikatur, kire cam interview la ni. Hao3.. Cuak kang tak jadi, malu dan melepas ah aku. Bakat, sila menjadi ok?

Esok pegi UM lagi tak? Pegi la nak kutip duit derma tu, dan mungkin akan berkenal-kenal dengan junior kosmet baru. Aku freshie balik. Yeah.

 

 

 

 

p/s: esok ada orang buat speaker’s corner kat bus stop belakang library UM, datang lah. Mungkinkah aku mencapab? hahahahaha.

Entri Cari Makan-Member Aku Suruh Promot External TV Card Beliau Ini.

Ini pesanan khidmat masyarakat member-member. Nasib baik ko member aku sejak kecik, kalo orang lain aku dah caj dah ni. Hak3.

Member aku ni nak jual external TV card. Apekah ini? Ini adalah sebuah alat yang ko boleh sambung kat PC ko untuk menjadikan PC ko sebuah tv. Ada paham?

Berminat nak beli? Kontek aku melalui apa cara sekalipun, komen sini, facebook atau kontek terus 0132965413. OK?

Ini aku kopipes daripada blog beliau yang boleh korang usya dengan klik SINI. Dia member aku sejak kecik wei, maka automatik dia femes sebab dia kawan ngan aku, so pegilah kenal-kenal. Hak3. (Bajet tol aku kan? Haih)

Entri Cari Makan-Jom Bisnes Masa Belajar

Semalam aku post status kat Facebook, aku cakap, “Aku nak tidor malam ni, semoga rm2000 dimasukkan dalam bank aku. Amin” - ramai makhluk yang salah faham ingat aku sedang bikin bisnes MLM apa jadah dan menunggu masyuk. Haha. Tak ah.

Aku berdoa tu weyh. Sebab sekarang dalam jangka masa terdekat ni aku memerlukan rm2000 untuk setel hutang aku dengan UM, baru leh register. Kalo tak, selagi mana utang aku tu x setel, selagi tu aku akan terus begini.

Sebenarnya bukan rm2000 pun, hutang aku rm1822, hutang maksimum sebelum aku boleh register ialah rm500, so aku perlu dalam lebih kurang rm1300. Kalo dapat bayar abes lagi baik. So kenapa aku nak rm2000? Hahah.

Nak enjoy beb. LOL.

Monday, July 12, 2010

Hari yang Cuak Tak Berapa Cuak Rupanya. Yeah~

(PC banyak problem! ARRRGGGHHH! Nak mencarut rasa!)

Hari ni aku pergi UM, sempena hari pertama sesi persekolahan 2010/2011. Pergi dengan penuh rasa cuak di dada, ingin berdepan dengan SKR, bertanyakan apakah status aku. Aku nekad, kalau diorang bikin panas, aku nak bising kat sana. Lantak ah, malu pun malu ah. Haha.

Misi Hari yang Cuak

Hari yang cuak pun bermula. Hari ni aku akan pergi ke UM. Ada beberapa perkara aku nak buat.

1.         Pergi jumpa SKR dan memastikan kedudukan sebenar aku. Kalau permohonan tukar kursus aku masih tak dapat nak diputuskan setelah sebulan lebih permohonan, aku angan hangin. Kalau tiba-tiba dia suruh aku masuk fak engine balik, aku akan mintak cuti dulu.

2.          Aku akan melepaskan geram di perpustakaan UM. Habislah CC korang yang berkelajuan internet macam F1 itu akan aku pulun sehabis baik untuk buat blogwalking. Nuffnang, kalau tetiba trafic aku naik mencanak, korang jangan pelik pulak OK?

3.          Berjumpa kembali rakan-rakan seperjuangan. Yeah.

 

Semoga semuanya berjalan lancar.

Hari yang Cuak Akhirnya Tiba

Semalam tak tidor kerana menjadi warga dunia meraikan perayaan terbesar empat tahun sekali. Walaupun kurang berpuas hati dengan mutu permainan, tapi ok lah. At least aku bersama-sama dengan warga dunia semalam, takdelah jadi kera sumbang. Hahah.

Game semalam aku tak sokong mana-mana. Memang tawar hati aku tengok, sebab cinta aku kali ni memang betul-betul pada Argentina. Mana-mana team semalam yang dapat peluang cantik, aku sorak. Ramos tak dapat nak skor, aku mencarut. Robben sepak tak lepas Casillas pun aku cakap kotor gak. Layan je lah.

Tapi aku rasa nak bagi jugaklah anugerah untuk beberapa benda yang aku rasa menarik perhatian aku.

Menggembirakan Hati yang Cuak Menanti Hari Esok yang Masih Tak Tahu ke Mana Arahnya

Aku nak tunggu final world cup, nak menyertai warga dunia meraikan malam akhir ini, sebelum berjumpa lagi di Brazil 4 tahun lagi. So, untuk elakkan mengantuk, maka aku nak menulis. Aku rasa malam ni aku nak menulis stail Che Guevara Det lah. Pakai nombor. Tapi bahasa still bahasa supermarket aku lah kan?

1. Hari ini aku gembira. Gembira sebab aku punya post pasal AUKU hari tu mendapat liputan meluas di Facebook. Tak sangka tulisan dengan gaya bahasa konfem gagal SPM aku tu boleh dikatakan kool oleh mereka-mereka. Terima kasih kerana menghargai.

poyo3

“Rumusan yang kool pasal lecture AUKU Azmi Sharom semalam oleh budak UM yang kool Abu Ubaidah Amir” – Fahmi Reza. TQ bro, ko tetap lagi kool dari aku. Hahah.

Sunday, July 11, 2010

Aku Akan Tua Jugak

Pendek saja. Sekadar meluah rasa. Kepada siapa? Tiada siapa-siapa, tapi jika mahu terasa, silakan saja.

Aku masih muda. Maka, biarkanlah aku dengan muda aku. Jangan sekali-kali cuba nak suruh aku menjadi tua. Aku nak jadi muda yang ada otak, tak sama dengan muda yang tua.

Matang itu bukan pada baju kemeja digosok tajam, seluar slack licin, blazer hitam, rambut berkilat dan berbahasa mengikut standard KBSM. Itu bosan. Matang itu pada isi apa yang diluahkan.

Biarkan aku terus muda. Kurang ajar? Terburu-buru? Pendek akal? Berani mati? Itu semua sikap anak muda. Biarkan aku terus begini.

Kerana muda hanya sekali. Dan aku hanya paling bertenaga ketika muda ini. Inilah masa untuk aku menggila, mencuba semua yang aku mahu.

Eh, kamu juga masih muda? Kenapa mahu berlagak tua? Macamlah kamu tiada "nafsu muda" untuk dipenuhkan. Bebaskanlah dirimu.

Bebas bukan bererti tidak terbatas. Bebas ertinya tidak tunduk pada kata-kata mereka. Mereka ingat kamu bodoh, sebab itu mereka tidak percaya. Kamu bodohkah? Percayalah pada diri kamu. Kamu pintar. Kamu punya otak. Kamu tidak akan terbabas dalam bebas, bukan?

Raikanlah jiwa muda kamu itu.

Biarkan aku terus begini.

Kerana satu hari nanti, aku akan tua jua. Apabila tiba masa, jasad tidak akan mampu lagi mengikut kemahuan jiwa muda.

Biarkanlah aku terus begini.

Aku Buang Malu dan Harga Diri yang Murah Ini, Mintak Simpati dari Korang yang Mulia.

(nota: ini merupakan entri yang paling tak malu pernah aku tulis. Aku telah menonjolkan segala kelemahan dan kekurangan diri. Dan aku juga menundukkan kepala meminta simpati daripada kamu. Tapi, apakah sebenarnya nilai harga diri itu? Siapa yang meletakkannya? Aku malu, tapi aku cuba menahan malu, demi sesuatu yang lebih besar)

 

Esok merupakan hari pertama bagi semester baru untuk budak-budak 1st degree UM. Ramai kawan-kawan aku yang akan bergelar pelajar tahun akhir. Aku pulak, sepatutnya esok merupakan hari pertama aku menjadi pelajar tahun 3 di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya.

Sepatutnya lah.

Tapi memang selalu terjadi, apa yang sepatutnya jadi, tak menjadi, bukan?

Begitulah dengan aku sekarang, aku sedang berhadapan dengan fasa roda berputar atas jalan tidak rata dalam hidup aku sekarang. Segala-galanya berkocak. Kacau-bilau.

Pelik Hujung Minggu #2

Maaf sekiranya entri aku di pagi hujung minggu ni tidak membawa sebarang manfaat untuk korang. Aku bosan, so aku menulis lah. Lantak aku lah kan, ini blog aku.

Tq kerana melawat, BTW.

fared ayam 

Ini gambar analisis trafik blog aku mengikut nuffnang. Dan ini rekod untuk hari ini. Tiba-tiba nama Fared Ayam menjadi satu kata-kunci yang membawa pengunjung ke blog aku. Aku try la search google, oh rupa-rupanya blog aku berada kat senarai teratas (di page kedua Google je haha).

Siapakah ayam bernama Fared itu? Jujur cakap, aku pun tak kenal dan tak tahu nak mendefinisikan siapa beliau sebenarnya.

Pelik Hujung Minggu

Semalam German menang lawan Uruguay. Aku pelik kenapa aku tak tengok. *sigh*

 

 

Aku pelik jugak bila tengok ada sesetengah orang tua ni, tak boleh nak terima benda baru. Padahal selama hayat dia sehingga dah jadi pakcik tu, dia dah tengok sendiri bagaimana perkara lama tu memang tak ke mana.

Paling hebat pun dapat angkat dia naik sampai atas je la. Eh, la patut pun. Sebab tu la ek? Gayat nak turun?

 

 

Pelik lagi bila aku tengok, ada orang yang kutuk-kutuk Yahudi, tapi diorang sendiri perangai macam Yahudi.

Sejak bila agama itu hanya untuk bangsa itu, dan sejak bila bangsa itu lebih tinggi daripada bangsa lain?

Alah, kalau kamu jeles sebab diorang ada mata sepet, kulit putih, muka kawaii, pergi la ngorat sorang, lepas tu ko kahwen, nasib baik ko pun dapat anak kawaii.

Apa? Nak yang badan tegap, kulit gelap, dan tinggi? Sama la, pergi mengorat, kahwen ngan anak dara diorang. Keluar-keluar orang jugak kan?

 

 

Pelik lagi bila ada orang mengaku diorang ada geran tanah bertanda tangan Tuhan, cakap tanah ini diorang yang punya.

Sabar la der, nanti esok-esok ko jadi tanah jugak, sangap sangat dekat tanah kan?

 

 

Pelik yang teramat bila aku rasa blog aku ni dah jadi serius semacam je. Aku nak tulis pun keluar ayat jiwang jer. Pedehal?

Rilek la der.

Hahaha~

Saturday, July 10, 2010

Aku Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa

(Tekanan. Aku menulis entri ini dalam keadaan mencarut-carut kerana sambungan internet yang @#$%^&*.)

 

Ini pendek sahaja. Cuma nak beritahu kamu realiti dunia sekarang, melalui apa yang aku nampak dari kaca mata aku.

Terlalu banyak perbezaan yang aku jumpa. Dan di celah-celah perbezaan itu selalunya wujud sengketa.

Aku tak rasa ini sesuatu yang bagus. Untuk aku, dan untuk kamu.

Sebaiknya kamu lihatlah pada persamaan yang ada pada kamu. Biar apa pun yang membezakan kamu, bukankah semuanya bermatlamat satu, menjadikan dunia ini lebih baik daripada apa yang ada kini?

Kecuali mereka yang benar-benar menindas, itu memang wajib kamu cantas.

Selainnya? Berkawanlah.

Bukankah dengan menjadi kawan itu, maka kamu juga lebih mudah membuatkan dia faham kamu?

-------------------------------------------------------------------------------------------

Aku bukan seorang Muslim Liberal, tapi aku berpegang kepada menyampaikan dakwah bil-hikmah. Dan bagi aku, menggunakan penentangan yang cenderung kepada perpecahan dan perbalahan adalah jalan paling akhir, yang hanya layak ditujukan apabila berhadapan dengan mereka yang benar-benar celaka.

Jurnal Pelari Bebas Malas #2: Origin

Peace. Masa itu aku baru berumur belasan tahun. Berapa umurku yang sebenar, aku tidak pasti. Ketika itu aku ada seorang jiran yang sangat kool. Walaupun dia sudah berusia mencecah 30-an ketika itu, namun jiwanya tetap muda.

Aku dan adik-beradikku sering bertandang ke rumah dia, walaupun sering kali juga dimarahi oleh nenek aku, sebab bila kami pergi sana, kami akan ralit. Sehingga berjam-jam lamanya.

Macam mana aku boleh tak mabuk, ketika itu di rumah aku yang ada untuk menghiburkan jiwa kanak-kanak baru membesar macam aku hanyalah sebuah TV. Sedangkan di rumah jiran aku itu, dia ada video-game. Masa tu pakai “tape” lagi, tapi tetap melekakan.

Kemudian dia upgrade, daripada game ala-ala Atari, menjadi Play-Station, dan tak lama kemudian, menjadi Play-Station 2 pula. Senang kata rumah jiran aku itu adalah tempat aku berpoya-poya lah ketika zaman kanak-kanak dulu.

Dan pada suatu hari, dia memasang satu filem yang telah memberi kesan pada aku, sehingga kini.

“YAMAKASI”

Selamat Datang Budak U Baru :)

Nota: sebelum kamu teruskan membaca, aku ingin jelaskan bahawa aku bukanlah siapa-siapa. Aku bukan lagi budak cemerlang atas kertas seperti yang kamu boleh baca dalam entri Tentang Aku, tetapi aku adalah budak U yang telah 2 sem berturut-turut mendapat pointer bawah 2, mendapat kemurungan sehingga tak ambik exam sem lepas, dan kini digantung tak bertali apabila permohonan untuk tukar kursus masih tiada respon (walaupun amat hampir pasti telah diluluskan) dan cubaan untuk mendaftar sebagai pelajar tahun 3 di fakulti lama tidak berjaya kerana lambakan hutang melampau dengan UM. Jika kamu berpendapat tulisan loser seperti aku tidak layak dibaca, sila tekan Alt + F4 sekarang.

umlogo

Aku rasa masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat datang kepada budak segar UM yang baru masuk minggu lepas. Korang semua pun baru settle menjalani Minggu Haluan Siswa semalam kan? Semoga korang dapat mengamalkan ilmu-ilmu demonstrasi yang diajar kepada kamu. (Aku hairan kenapa UM sering menentang demonstrasi sedangkan mereka yang mendidik pelajar mereka untuk berdemo sejak hari pertama lagi)

Selamat datang ke dunia baru.

Friday, July 9, 2010

Aku Masih Single…Kenapa?

Aku ada adik. Nama dia Aman. Dia comel. Dan aku sayang dia. Setiap kali aku main-main dengan dia, mesti aku akan cubit-cubit peluk cium segala. Kenapa? Sebab aku sayang dia.

Aku ada sorang lagi adik. Nama dia Alim. Dulu dia comel dan gemuk, tapi sekarang dah tak berapa comel dah. Sebab dah masuk darjah 1, hari-hari pikul beg pergi sekolah, muka dah hitam, dan makin kurus. Dulu masa dia comel, aku pun selalu buli-buli dia, sambil peluk-peluk cium cubit sini-sana. Kenapa? Sebab aku sayang dia. Aku suka dia. (sekarang pun sayang lagi ah, tapi takde la nak peluk cium, bagi la dia membesar dengan macho kan?)

Dan aku tahu, kalau aku sayang dekat seseorang itu, tidak cukup dengan sekadar kata-kata dan renungan manja. Aku perlukan sentuhan. Kamu juga perlukan sentuhan, bukan?

Kerana aku manusia normal.

Dan sekiranya aku ada awek, maka aku mesti akan mahu bersentuhan dengan dia.

Oleh kerana aku lelaki normal, dan awek aku itu perempuan, jika aku bersentuhan dengan dia, maka…..

dot….

dot….

dot….

Kamu fikirlah sendiri, kamu juga manusia sihat, kan?

 

 

Cinta pernah menjadi pujaan sekalian alam. Pernahkah kamu terfikir, dari mana asalnya virus ponteng sekolah dan penagihan dadah di kalangan remaja. Dari manakah juga asalnya anak-anak di dalam longkang itu?”

Next Kool Event.

Ok semalam aku telah pergi ke satu event yang sangat kool, dan korang boleh baca ulasan aku pasal event tu kat sini. Dan sekarang aku nak ajak korang pergi satu lagi event yang sama kool macam event semalam.
Iklan dikopipes daripada Facebook Event.
aukus

Aku Membebel Panjang Pasal AUKU

note: entri ini aku tulis untuk budak-budak U yang baru atau yang lama. Sori secara tak sengaja entri ini jadi panjang giler. Juga kepada pembaca aku yang takde kaitan dengan U lagi, sila baca untuk tahu apa yang jadi kepada budak U di negara korang.

auku Semalam yang kool. Seperti yang korang tahu, (kalau tak tahu maknanya korang tak baca ni <klik> ) semalam aku telah pergi ke suatu event yang aku rasakan sangat kool. Dan benarlah tekaan aku, evetn tersebut memang sangat kool. Azmi Sharom yang kool. Cerita beliau pasal AUKU vs PERLEMBAGAAN yang kool. Sesi soal jawab yang kool. Dan sesi lepak-lepak kat kedai kopi lepas habis ceramah bersama budak – budak yang jugak amat kool – kecuali aku, sebab aku takde awek, dan poseur. Terasa weh semalam! (Gembira lepak bersama korang : Ecal, Along, Daud Mili, Kawan-Daud-Aku-Tak-Ingat-Nama-Sorry  -.-, Atari, dan Firdaus Zolkifli si Jambang Hot!)

Habis lepak pukul 11 aku naik monorel pergi Chow Kit, bapak aku tunggu, pergi hantar penumpang ke Keramat, balik rumah, order burger, offer helmet dekat abang burger, naik rumah, makan burger, online tapi sakit hati sebab internet camcheebo, dan tido.

Bangun pagi solat Subuh dan pening lagi, kemudian tido.

Dan kini jam 10 pagi baru aku betul-betul segar untuk berkongsi dengan korang, apa yang aku dapat semalam, sementara benda tu masih panas lagi dalam otak aku. Otak tengah panas ni. Yeah~

Thursday, July 8, 2010

Jika Korang Terbaca Ini Pada Jam 9.13 Malam, Korang Amat Tidak Kool.

Jika kamu membaca entri ini, maknanya aku telah tiada, kerana aku tidak mampu menahan entri ini daripada di-post-kan.

Haha LOL just kidding ok. Maksudnya aku tiada di depan PC sekarang, kerana aku sedang berada di sebuah tempat yang sedang berlangsungnya satu aktiviti yang sangat kool bagi aku. So, jika aku berada di tempat yang kool, tetapi kamu membaca ini pada waktu ini, maka kamu tidak kool. Kah kah kah.

Ada orang suka pergi masjid, berzikir sampai khusyuk, ada jugak orang suka pergi konsert, head-banging sampai pening-pening, ada orang minat pergi parti, clubbing dengan awek-awek, pergi stadium tengok liga super live, pergi kedai mamak tengok EPL tengah-tengah malam, dan macam-macam lagi lah jenis manusia dalam dunia ni. (well, aku suka pegi masjid, dan suka jugak pegi konsert, cammane tu?)

Aku pulak? Aku suka pergi ke tempat-tempat sebegini. Yeah!

auku

Bagi aku, mana-mana manusia bergelar budak U yang tak minat event-event sebegini adalah mereka yang digelar PAIP (Pemuda Anti Ilmu Pengetahuan – terms cilok-ed from http://diskopi.wordpress.com)

More details tentang event ini, korang boleh klik sini.

Sekian. Aku harap aku enjoice this event. Yeah.

 

p/s: aku saje set timing supaya di-post ketika event sedang berjalan, biar korang yang baru tahu pasal ni rasa jeles sikit. Tu lar, ade FB tapi lampi. Ape kes?

p/p/s: semasa aku siap menulis, dalam jam 5.30pm, duit dalam wallet tengah kosong. Terpaksa pinjam mintak kat mak dulu ah. Weeeee…

Entri Cari Makan-Helmet Arai

(29200arai sz-f_retro_red arai-szram3stella-2  (39000)arai-ram3riptide-02

Salam semua. Kali ni aku nak promot barang baek sket. Sket jek. Kalo ada memana kawan-kawan kamu berkenan mahu angkat, atau kamu sendiri yang berkenan, kontek aku, okeh?

Sebelum tu, cerita sikit latar belakang. Aku ada kawan. Kawan aku belajar kat luar negara. Dekat tempat matahari naik. Dan hari tu dia offer aku untuk tolong jual barang yang boleh dapat lagi murah kat sana banding kat Malaysia, tolak campur kos penghantaran, still lagi murah, dan kitorang pun boleh dapat untung lagi :).

Jurnal Pelari Bebas Malas #1 : Pengenalan

Cuba bayangkan kehidupan manusia zaman dulu kala, pada masa tiada lagi kenderaan seperti motor, kereta, dan basikal.

Pada masa lebih awal daripada tamadun, ketika manusia masih lagi hidup nomad dan berpindah randah. Pada zaman generasi terawal manusia. Senang kata bayangkan kehidupan anak cucu Adam la.

Ok, aku pun tak tawu apa gaya kehidupan pada zaman itu, namun berdasarkan pemikiran logik aku, yang aku rasa korang semua pun boleh terima, pada masa itu manusia amat memanipulasikan seluruh anggota tubuh badan mereka.

Sedikit Kredit untuk Rakan Blogger

Owh yeah, ini hanya entri pendek nak mati. Sekadar mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada sedara ntah-ape-name aku tak taw gak ni. (Hoho sori.)

Kalo korang tengok blog aku nih, ada macam2 widget best yang kebanyakannya aku belajar daripada beliau ah!

Korang pon boleh visit beliau dan belajar ah godek-godek sendiri. Senang aje, aku yang fail programming pon leh buat, korang apatah lagi kan?

Untuk butang “Fb like” – boleh klik sini.

Untuk butang “FB Share” – klik sini.

Untuk buat “FB comment box” macam kat sayap kanan blog aku ni – klik sini.

Dan untuk buat gambar terbang2 pusing2 cam kat sayap kanan blog aku tu lak – klik sini.

 

Muka depan blog beliau? Klik sini.

TQVM sedara aduka(oho baru tawu nama ye. er betol ka?)

Piala Dunia dan Sotong – Apecer Ni?

Spain menang, tahniah untuk itu.

Aku?

Aku dah tak layan World Cup 2010 sejak kekalahan Argentina hari tu lagi. Serius, dah takde passion nak berjaga malam-malam. So, buat apa nak mem-poyo-kan diri untuk sesuatu yang aku memang taknak kan?

Cuma satu jer yang aku rasa tak best bila tawu German kalah. Sebab keputusan tu bertepatan dengan ramalan encik Paul de Sotong (korang tawu la sotong mane kan?)

Wednesday, July 7, 2010

Aku Makin Ringan :)

Aku dah selitkan sebenarnya pasal ni kat post lepas. Tapi still nak highlight jugak kat sini. Hoho. Blog aku, lantak ah kan?

So, bagi sesiapa yang belum tahu, kerana anda masih belum baca entri ini (klik), maka aku nak bagitau sekali lagi bahawa aku sekarang sedang dalam proses mengecilkan saiz badan.

Dan cara yang aku guna bukanlah dengan menjadi pembeli JusMate 5 DDR Herba Prima Marketing yang hebat itu (aku jadi fan ye lam FB, banyak gila ayat mengaku hebat, LOL), tetapi hanyalah dengan cara mengamalkan diet atkins.

Diet atkins a.k.a low carbs diet. Aku mengurangkan pengambilan karbohidrat, so secara automatik badan akan menggunakan lemak sebagai bahan bakar, seterusnya mengecilkan badan aku.

Hasilnya?

Lepas sebulan menjalani diet senang-giler-tak-lapar-langsung ini, semalam aku pergi KLCC dan terjumpa mesin penimbang. Usaha aku cari syiling nak guna mesin tu hoho.

From 80 kg, berat aku semalam dah jadi 74 kg. Woooooooooohoooooooo~

10 kg more untuk mencapai berat badan ideal. hush2~

Blog aku bukan blog pasal diet, so aku takkan kupas lanjut, aku akan direct-kan korang kepada blog yang memperkenalkan aku kepada diet ini.

Klik sini.

Sekian. :)

Aku Nak Main Bola!

nota: ini bukan entri sempena semangat 1Bola 1Malaysia 1Dunia.


 Kalau korang imbas balik dalam hidup korang, korang rasa apa benda yang korang pernah buat/tak pernah buat dulu yang masih meninggalkan bekas dalam hidup korang sampai hari ni?

Kalo aku, ada satu benda, yang aku rasa aku telah gagal dan sampai hari ni benda tu masih mempengaruhi hidup aku.

Aku tak pernah belajar main bola sampai pandai.

Dan sekarang aku menyesal ada sedikit terkilan la :(.

Jangan Buli Budak

like father brother like son brother

Aku selalu buli Aman. Antara feveret aku ialah dengan memanggil Aman si Busyuk Pendek Kepala Botak etc2. Alah biasa la kan, "Aku kan abang~"

Tuesday, July 6, 2010

Berbicara Dengan Bapa

Monkey D. Luffy, kisah pengembaraan paling hebat zaman ini, namun hanya dalam
alam imaginasi. Generasi zaman ini semuanya mampu mengembara,
tapi hanyalah di dalam buku komik dan video games.
Mana kembara sebenar aku?

Maghrib tadi Cik Mira jiran depan rumah aku datang ke rumah, berjumpa mak aku, perlukan pertolongan katanya.

Aku yang sedang melagho dalam bilik melayan internet terdengar perbualan diorang. Suami Cik Mira ada bukak kantin kat kem tentera mana entah, dan masalahnya adalah pabile anak sedare diorang merangkap tukang bancuh air kat kedai diorang tu balik kampung, mak sakit katanya.

Cik Mira pun bertanyakan la kepada mak aku kalo-kalo ada anak muda belia remaja yang boleh take-over keje tu, sementara pun jadilah.

Ops, aku mula merasakan perbincangan diorang akhirnya tertuju kepada aku. Siapa lagi anak muda belia remaja yang sedang menganggur kat rumah ni sekarang selain aku. Adeh, ini kerahan tenaga ni. Lalu otak aku berputar ligat mencari alasan.

Monday, July 5, 2010

Akhirnya~ Padan Muke Ko!

LETIH + PANAS HATI!

Letih sebab duk mengadap PC secara marathon, agak berejam-jam jugaklah tanpa henti, sampai tipus pinggul aku. Terima kasih tumitrim~

Panas hati pabile internet selur. Selur macam siput babs~ko berdosa sebab menyebabkan aku mencarut-carut, dan akhirnya dosa itu kembali pada aku sebab ko bukan makhluk hidup, ko hanyalah sebatang "broadband". Damn ko, akhirnya aku jugak yang kalah! (Tengok tu dosa lagi)

Pabila masalah teknikal berlaku pada blog aku, aku yang buta-html ni mula menggodek-godek konon terer. Last-last jadilah aku seekor tikus yang membaiki labu, dengan labu-labu aku telan.

Nasib baik kod html ni tak se-hard core C++ yang aku fail sem satu hari tu. Berbekalkan ketabahan yang tinggi dan ketahanan mata serta mental, dan bantuan tutorial yang berlambak-lambak di internet, berjaya jugak aku membaiki kembali blog aku.

Dan disebabkan kegeraman melampau, aku telah melampiaskan nafsu serakah aku dengan menghasilkan satu klip video 3gp banner spesel untuk dijadikan peng-kepala blog aku. Peng-kepala itu head-er OK? Jangan nak kutuk lawak aku tak jadi, emo nih!!!

Padan muke ko, laen kali, jem lah lagi~ Kan dah cantek tu?

Sila komen.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Emo jugak sebab pelancaran fan-page aku tak meriah dan tak dapat sambutan. Internet selur punye pasal ah, tak dapat nak blogwalking. (padahal silap aku tak reti promote) Takpe, bagi yang baru tawu aku dah ada fan-page kat FB, silelah 'suke' ok? Tqvm. 

Salam.

Pelancaran Rasmi Fan Page Yang Awesome! Yeah!

Salam'alayk. Bagi menambahkan lagi rasa poyo yang memang sudah lama sebati dalam diri aku ni, maka aku dengan muka-tembok-tak-malunya ingin mengajak korang semua jadi peminat aku, Yeah! Sila klik "like" kat bawah ok, dan jika korang rasa blog aku ni best, maka invite-lah sedara mara rakan-taulan korang sekalian.

Related Posts with Thumbnails