Tuesday, November 30, 2010

Hai Miya :D

image klik gambar untuk usya dengan lebih jelas

Salam. Semalam aku menerima 10 emel daripada blogger dot com memaklumkan ada orang komen dekat post aku.

10 komen dalam satu malam adalah satu angka yang agak bosar bagi soram blogger picisan macam aku. Nak nak lak saat ketika aku kemalasan nak hapdet blog.

Bila di-usya, rupanya ada seorang anonimus (anon) yang sedang galak mengkomen. Ok mungkin bukan anon, sebab ada nama yang dipakai, tapi identiti beliau tetap misteri.

Nama yang diguna adalah Miya, namun tanpa pautan ke mana mana halaman profail gugel ataupun blog beliau.

So, siapa Miya?

Entah, aku pon tak tahu. Tapi jika dia jujur dengan namanya, maka dia adalah seoram perempuan walaupun tak tahu samada masih kanak-kanak, anak gadis, andartu, mak dara, isteri oram, mak oram atau mak janda.

Tapi jika dia seorang pentipu, makanya dia adalah seoram lelaki. Mumkin juga seoram siput babi? Siapa tahu?

Apapun, kepada Miya, terima kasih kerana sudi baca dan komen tulisan-tulisan aku yang tiada guna ini.

Teruskanlah berkomunikasi ya, walopun aku tak tahu siapa ngko, tapi aku nak bayamkan yang indah-indah saja. (Atau lebih tepat, otak manusia cenderung untuk membayangkan yang indah-indah terhadap benda yang dia tak tahu, sape suka benda sial kan?)

So, aku anggap Miya adalah seoram lagi gadis cun comel lotey yang muncul dalam hidup aku. Keep in touch ya Miya. Salam Perkenalan. :D

Dan sebagai tanda penghargaan aku kepada Miya, aku tujukan satu lagu untuk engkau. Sila layan. Sampai jumpa lagi, Miya.

Nak Tanya.

Nak delete blog.

Boleh?

Tapi buat apa aku tanya?

Blog aku, aku punya suka la kan?

Nanti aku pikirkan dulu.

Apapon, ini keputusan emosi.

Bukan rasional.

Thursday, November 18, 2010

Pseudo-Love

Pseudo bermaksud palsu.

Ini cerita seorang laki-laki.

Namanya A (bukan nama sebenar).

Si A seorang yang cemerlang gemilang terbilang, mempunyai rekod perjalanan hidup yang amat baik, dan jika dilihat pada track-record, beliau mempunyai harapan cerah untuk menjadi seseorang yang sukses jika dinilai mengikut perspektif kehidupan zaman ini.

Jika tak percaya, sila rujuk slip keputusan UPSR, PMR, dan SPM beliau. 95% matapelajaran beliau mendapat A. Juga seorang yang menjaga ugama. Solat tak tinggal, sering juga bertazkirah, dan kecenderungan untuk melakukan kebaikan memang terserlah. Wajahnya memang bercahaya jika dilihat. Sejuk mata memandang, kata orang tua-tua.

Sehingga entah mana silapnya, tiba-tiba muncul emosi pelik dalam kepala otaknya.

Tiba-tiba dunia dirasakan tiada erti. Si A menjadi bingung.

Tak tahu nak ke mana.

Tak tahu nak buat apa.

Tak tahu nak jadi apa dalam hidup.

Hidupnya kelabu.

Lalu si A mula mencipta teori sendiri tentang kondisi dirinya.

Mungkin dirasuk hantu syaitan.
Mungkin juga dia bermasalah mental.
Mungkin terpengaruh dengan ajaran sesat?
Mungkin juga kerana melupakan Tuhan?

Dan pelbagai lagi hipotesis yang memerlukan kajian untuk disahkan.

Dan paling terkini, dia mencipta teori bahawa dia berjiwa kosong kerana tiada awek.

Lalu dicarinya awek-awek yang dirasakan sesuai untuk menjadi pengubat jiwa. Dan terjumpa si Z.
Ya, A merasakan dia suka kepada Z. Lalu menyusun strategi untuk mengurat, lalu jadilah mereka sepasang kawan.

Malangnya si Z pernah trauma dengan cinta sebelum ini. Lalu agak sukar bagi-nya untuk membalas tepukan tangan si A. Agak lama si A menepuk tanpa bunyi. Walaupun indicators of interest (IOI) menunjukkan si Z memang menyukai si A. Tapi si A tetap bersabar.

Lalu akhirnya, demi menyenangkan hati si Z, si A mencadangkan agar mereka ber-pseudo-kapel. Bercinta. Tapi dalam keadaan sedar bahawa itu semua hanya palsu. Lakonan semata. Namun dalam proses itu mereka hendaklah saling menjiwai peranan, dan jangan pernah mempersoal segala kata cinta yang diluah oleh pasangan "cinta palsu" mereka.

Makanya si Z bersetuju, setelah yakin dengan hujah rasional bahawa hubungan itu adalah palsu, dan akan terputus juga akhirnya. Tiada siapa akan terluka.

Dan bermulalah episod cinta dalam hidup si A. Bagaimana harus digambarkan? Agak indah, seperti cerita-cerita cinta yang lainnya. Alam dirasakan seperti milik mereka berdua. Dan si Z tidak henti-henti menggalakkan si A supaya berusaha untuk kembali menjadi dirinya yang dulu.

Adakah kuasa cinta mampu mengubah seseorang?

Si A ada jawapannya.

Apabila si Z berkeputusan untuk menghentikan perhubungan palsu itu, atas alasan merasakan hal itu membuang masa dan tidak akan membuatkan si A berubah.

Dan si A pun berkata YA. Dengan senang. Tanpa ada rasa sedih kerana bakal kehilangan gadis yang disukai.

Dan si Z berlalu pergi.

A kembali menjalani hidup seperti dulu. Dengan satu kesimpulan, bahawa "Cinta tidak mampu lagi memberi bekas terhadap dirinya"

Sekian.

*teka-teki : apakah punca A merasakan hidupnya tiada erti?*

Tak tau nak letak tajuk apa

Cuti 2 minggu. Kat rumah di Setapak. Tiada sambungan internet. Maka tidak online, dan tidak update.

Banyak peristiwa jadi.

Antaranya selama 2 minggu sudah tidak tidur malam dek kerana melepak bersama budak-budak flat Air Panas, lebih spesifik, gengster blok G Air Panas.

Ploretar tulen. Dan juga dipenuhi semangat anak muda. Mungkin itu komen aku terhadap mereka.

Majoriti berumur belasan tahun, namun rata-rata adalah kaki serong (ponteng) sekolah. Seingat aku, dalam sekitar 10 orang kakilepak itu, hanya 2 atau 3 yang masih sekolah. Yang lain? Keciciran kerana ponteng, kaki pukul, kaki belasah, kantoi rokok, dan segala macam lagi lah ciri-ciri sepunya yang sering dicampakkan terhadap budak-budak sekolah yang sering dilabel jahat.

Mereka biasa pow orang.

Biasa juga men-cret anak dara orang.

Kaki CC. Layan DOTA.

Balot ganja.

Oh, hidup laksana musang, aktif hanya di waktu malam.

Tapi adakah itu alasan yang kukuh untuk tidak bercampur dengan mereka?

Bercampur bersama mereka mendedahkan aku dengan satu lagi perspektif kehidupan. Namun, dalam dunia kini, mengapakah seolah-olah tiada lagi tempat yang baik untuk mereka?
Related Posts with Thumbnails