Salam. Hanya update ringkas. Adik aku, Alim Ibrahim yang berumur 7 tahun batuk-batuk sejak semalam dan muntah-muntah teruk, mungkin hampir 10 kali!
Dia memang mengidap penyakit "Nephrotic Syndrome" (Korang Google lah sendiri OK), dan pernah dimasukkan ke wad, hujung tahun lepas. Penyakit ni berkaitan dengan masalah pada buah pinggang, dan akibatnya setiap hari selepas keluar wad hari tu, adik aku kena check kencing dia untuk menyukat kuantiti protein dalam kencing, kalau aku tak silap (tiap-tiap hari ye tadah kencing dan buat test macam check sifat suatu bahan pakai kertas pH dalam kelas Sains).
Indikator ye, kencing adik aku kena berada pada tahap bawah 1 atau negatif, maknanya dia normal. Tapi sejak semalam, sukatan kencing dia dah mencecah +4! Dan doktor memang pesan hari tu, kalau 2 hari berturut-turut di atas paras 1, maka kena bawa pergi ke hospital, dengan segera!
So, sekarang (9:38 am) aku sedang menunggu ayah aku (beliau pemandu teksi, sedang kerja kini) untuk membawa adik aku ke hospital. Kalau betul dia teruk, besar kemungkinan akan ditahan dalam wad. Dan kalau ya, aku akan bergilir-gilir dengan mak aku melepak di hospital menjaga dia. Mak aku ialah seorang baby-sitter, so siang hari dia kena berada di rumah menjaga 3 kanak-kanak riang plus sorang adik bongsu aku. Mungkin aku akan menjaga adik aku pada waktu siang, dan malam mak aku akan take over.
Harap-harap tiada apa yang buruk jadi.
Doakan adik aku semua, OK? Bukan hanya dengan menaip di ruangan komen, tapi aku benar-benar harap korang boleh betul-betul tadah tangan berdoa, "Selamatkan dan sihatkanlah adik aku, Alim Ibrahim Abdul Malek"
Terima kasih semua.
-Be strong, Alim!