Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

Aku Makin Ringan :)

Aku dah selitkan sebenarnya pasal ni kat post lepas. Tapi still nak highlight jugak kat sini. Hoho. Blog aku, lantak ah kan?

So, bagi sesiapa yang belum tahu, kerana anda masih belum baca entri ini (klik), maka aku nak bagitau sekali lagi bahawa aku sekarang sedang dalam proses mengecilkan saiz badan.

Dan cara yang aku guna bukanlah dengan menjadi pembeli JusMate 5 DDR Herba Prima Marketing yang hebat itu (aku jadi fan ye lam FB, banyak gila ayat mengaku hebat, LOL), tetapi hanyalah dengan cara mengamalkan diet atkins.

Diet atkins a.k.a low carbs diet. Aku mengurangkan pengambilan karbohidrat, so secara automatik badan akan menggunakan lemak sebagai bahan bakar, seterusnya mengecilkan badan aku.

Hasilnya?

Lepas sebulan menjalani diet senang-giler-tak-lapar-langsung ini, semalam aku pergi KLCC dan terjumpa mesin penimbang. Usaha aku cari syiling nak guna mesin tu hoho.

From 80 kg, berat aku semalam dah jadi 74 kg. Woooooooooohoooooooo~

10 kg more untuk mencapai berat badan ideal. hush2~

Blog aku bukan blog pasal diet, so aku takkan kupas lanjut, aku akan direct-kan korang kepada blog yang memperkenalkan aku kepada diet ini.

Klik sini.

Sekian. :)

Wednesday, June 16, 2010

#5: Aku Nak Kurus (Kawan -Kawan Aku yang Nak Kurus pun Sila Baca, Berbaloi-baloi)

Assalamualaikum.

Well, berdasarkan tajuk pun sudah jelas ternyata menunjukkan aku ni gemok kan? Eh, tak, aku comel. Hohoho gelak poyo. Takde, aku tak gemuk pon, paling last aku timbang 2 minggu lepas ade la nyaris-nyaris tak sampai 80 kg. Kalau tengok gambar aku posing kat sayap kanan blog ni pon takde la nampak burok sangat kan? OK lagi, memang aku OK. Tapi kalau dihitung mengikut kaedah saintifik, dengan ketinggian lebih kurang 165(dan ke atas) sentimeter ni, aku punya BMI suda termasuk dalam kategori "overweight". Fuh, nasib baik belum cecah "obese"~ Sepatutnya untuk berat yang ideal, aku kena less dalam lebih kurang 20 kg macam tu.

Sebenarnya sebelum ni aku tak kisah pun bila berat badan aku menaik. Walaupun sudah banyak tohmahan dan kejian yang ditujukan kepada aku, aku redha je. Kalau berjumpa dengan member-member sekolah lama, ayat pertama diorang mesti "Oh, besa mu Abu". Aku tak kisah. Mak aku pun sering berleter. Pun aku tak kisah.

Mungkin ketika itu secara tak sedar aku memegang prinsip "hidup sehat kat dunia ni tak lama, so sebelum ko kena berpantang makan itu ini pabila dah tua kelak, bedal je ape ko nak". Ada betul jugak pendapat itu, bagi golongan yang nak menikmati hidup sepuas-puasnya lah. Tapi macam mana nak enjoy hidup kalo sampai suatu masa nanti ko terpaksa mengidap segala jenis penyakit tu semua. Tak. Aku tak nak. Aku nak enjoy dan ceria sepanjang hidup aku. Kalau boleh, bila sampai umur aku peringkat datuk nanti, aku nak biar aku cargas dan fit lagi. Boleh berlari-lari melompat berguling gembira.

So, ape yang aku buat untuk kurus ni? Ha, sekarang aku akan share dengan korang suatu rahsia agung.
Related Posts with Thumbnails