Tuesday, August 10, 2010

Korang Tak Perlu Baca – Tak Penting

10 Ogos 2010, jam 12.21 am. Seharusnya kini aku kena mengaji Matematik Asas, esok ada test. Kalau tak pun, buat lab repot, esok kena submit.

Tapi macam biasa, semua aku nak buat tak jadi, sebab MALAS. Lepas tu mula lah fikir bukan-bukan. Otak menerawang entah ke mana-mana.

Membayangkan masa depan yang tak pasti. Apa nak jadi dengan aku ni? Kabur. Tak nampak. Aku ada banyak benda yang aku rasa sedang berkecamuk dalam dada, dalam jiwa, bikin aku tak senang duduk, tapi tak tahu macam mana nak muntahkan.

Ingin saja di tengah malam ini aku keluar berjalan-jalan, tengok langit, tapi ke mana mahu tuju? Nanti balik tengok kertas nota Matematik Asas, pasti tertekan sebab tak belajar lagi.

Nak tidur takut.

Nak stadi otak celaru.

Dada berkecamuk. Debar-debar.

Gila barangkali aku ini? Tapi kalau aku gila, aku patutnya tak berpikiran senormal ini. Gila tu, macam orang gila lah.

Tadi siang sudah kena khutbah dengan kawan, tapi macam biasa, masuk lubang telinga kanan, keluar ikut kiri.

Apa masalah aku?

 

Apa masalah aku?

 

Apa masalah aku?

 

Apa masalah aku?

 

Apa masalah aku?

 

Apa? Apa? Apa? Apa?

 

 

Aku pun tak tahu.

Friday, August 6, 2010

Tubuh Hilang Nikmat

Minggu-minggu kebelakangan ni aku banyak buat benda baru.

Masuk rumah baru. Pergi tengok “busking”. Tengok teater. Ikut house-mate meeting acara politik. Jumpa kawan-kawan baru. Buat itu, buat ini, itu ini itu ini itu ini…….

Tapi aku rasa macam ada hilang sesuatu.

Rasa. Rasa yang biasanya kita rasa apabila membuat benda baru. Rasa yang akan mencetuskan anasthesi dalam kepala otak, membuat jiwa menjadi ghairah dengan benda baru.

Aku hilang rasa.

Hidup aku dah jadi suram.

Wednesday, August 4, 2010

Depresi

Pernah tak korang bangun pagi dan rasa malas nak buat apa-apa?

Malas nak bangun.

Malas nak mandi.

Malas nak pergi kerja.

Malas nak pergi belajar.

Tak nak buat itu.

Tak nak buat ini.

Walaupun benda itu dan ini adalah kewajipan korang.

Benda yang korang memang perlu buat.

Tapi entah kenapa, hari tu korang rasa tak nak buat semua. Tak nak buat apa-apa. Nak lari. Nak hilang. Nak tercampak ke tempat lain.

 

 

Aku pernah.

 

 

Dan aku tak suka rasa itu. Sebab aku akan jadi kosong. Jiwa akan dipenuhi kekosongan. (Paradoks bukan? Bagaimana jiwa penuh, tapi kosong?)

Rasa malas esktrem yang aku alami itu akan buat aku stress. Stress sebab aku akan memaki hamun diri sendiri, mengutuk diri sendiri, marah diri sendiri, kemudian mencari-cari di mana hujung pangkal asal-usul malas ini, tapi selalunya tak jumpa.

Lalu aku akan bingung.

 

Bingung lalu membawa kepada depresi.

 

Sungguh aku tak suka rasa itu.

 

 

 

 

 

 

Dan pagi tadi tiba-tiba ia muncul kembali. Oh Tuhan!

Selamat Ber-Graduasi Abang Kakak!

Sekarang kat UM tengah berlangsung satu event tahunan yang boleh dikire agak besar jugak la, iaitu Festival Konvokesyen UM (FESKUM).

Event ini sepertimana namenye adalah acara untuk meraikan para budak UM yang sudah habis belajar dan layak menerima sijil, samada ijazah, master atau PhD.

Acara ni diserikan lagi dengan pembukaan gerai-gerai jualan anak-anak patung bunga teddy bear segala, jugak gerai-gerai makan oleh persatuan-persatuan berdaftar bawah HEP dan jugak kolej-kolej kediaman.

Menarik la jugak, setahun sekali je kat tengah-tengah UM ni hidup sampai ke pagi.

Dan setakat ni aku dah pegi 3 kali ke FESKUM, semua untuk cari makan sambil-sambil cuci mate. Hoho.

Aku dah test makan kat gerai PMKUM (Persatuan Budak U Klate), macam biasa hidangan tradisi nasi kerabu, Gerai Ulam Desa (GUDS Corner – PMIUM punye), best jugak, ayam HPA besar gabak, dengan ulam-ulaman cicah budu, rege pon berpatutan. Dan baru tadi aku pergi singgah gerai PEMARAK (Persatuan Budak U Perak), char kuey teow dorang aku bagi 3.5 bintang. Yeah~ (Promot ni bagi komisen sket beb)

Cuma macam biase, kepala otak aku masih lagi suka terawang-awang walau apa yang aku buat.

Dan bila aku tengok abang kakak yang memakai jubah graduasi, beratur-atur nak masuk Dewan Tunku Canselor (DTC) di bawah terik mentari, tibe-tibe timbul kekaguman dan ter-inspirasi.

Haha ok tipu jek.

Aku tak rasa ape. Bahkan lagi tak best, bila tetiba timbul idea untuk tidak mahu bergraduasi. Hoho. Bukan niat nak duk UM sampai tua, tapi tak ingin hadir ke majlis terima skrol aku nanti.

Kenapa?

Entah. Ada makna ke ini semua?

Haha. Tengok lah, kalo result aku gempak nanti, 3.5 mencecah 3.8 atau 4 rata (kalo je beb, haha), aku konfem tak nak pegi ambik sijil aku. Hahaha.

Tapi kalo result aku rendah bawah 3, ye la aku akan pegi la, ikut la korang nak suh aku buat camaner.

 

 

Aku tak buat lawak ni.

 

 

SELAMAT BERGRADUASI ABANG KAKAK!

Alam Fikiran yang Menyesatkan.

Salam. Wao, lama siot aku tak update blog. Dulu 1hari1post, sekarang polisi tu dah berubah. Entah, mungkin kerana kebosanan sudah. Aku memang berpenyakit cepat bosan, dan mudah jemu. Sebab tu tak pernah lekat terhadap seorang awek ataupun sesuatu hobi. Haha.

Aku juga seorang yang pemalas sebenarnya. Sebab itu aku boleh duduk diam tanpa buat apa, sekadar termenung sehingga berjam-jam lamanya. Bodoh kan?

So, ape yang jadi 2, 3 menjak ni?

Banyak benda jadi, bila aku tukar kos dan masuk ke jabatan baru, berjumpa kawan-kawan baru, masuk pulak rumah baru, bla….bla….bla….

Tapi tak rasa nak bercerita pun.

Perkara yang lebih membebankan sehingga buat aku menulis ini adalah pemikiran aku sendiri. Aku rasa otak aku sekarang ni sering menerawang terawang-awang sehingga ke awanan.

Bukan berfikir, tapi hanya berangan-angan.

Merenung tentang hidup. Aku mencari sesuatu. Aku rasa aku ini kekurangan sesuatu. Tapi aku sendiri tak pasti apa itu.

Soal masa depan, aku tak pernah berfikir untuk jadi apa di masa akan datang. Kerja? Sekarang bila aku jumpa dengan senior-senior yang dah grad, berkemeja dan bergaya kerja pejabat, aku jadi takut. Sebab aku tak nak jadi begitu.

Mungkin juga kerana aku tiada wawasan. Tiada target untuk menjadi apa di masa akan datang. Masalahnya bukan aku tak ingin meletakkan target dalam hidup, tapi aku tak mampu. Macam aku kata, aku mencari sesuatu, tapi aku sendiri tak pasti apa yang kucari.

Masa depan? Jika kau bertanya aku ingin jadi apa?

Aku rasa aku ingin hilang. Aku nak selesaikan semua tanggung jawab aku kepada semua yang aku wajib bertanggung jawab, kemudian aku akan hilang.

Hilang bukan bermaksud mati. Tapi aku ingin menjadi insan terasing, di tempat asing.

Tapi sebelum tu aku nak jadi kaya.

Dan aku serahkan semua duit kepada manusia yang sudah korup.

Kemudian, aku akan hilang.

 

Aku tahu aku akan jadi kaya. (Marilah berkawan dengan aku haha)

Tapi aku tak ingin terikat dengan kaya itu. Sekadar ingin melaksanakan kewajipan kepada mereka yang wajib aku bantu.

 

Lepas tu?

 

Hilang.

 

 

 

Sesat bukan pemikiran aku?

Related Posts with Thumbnails