Tuesday, September 21, 2010

Jangan Baca, Aku Menulis Bukan untuk Korang Baca, Ini Hanya Satu Lagi Tulisan yang Lahir dari Jiwa Tertekan.

Bagaimana hendak aku mulakan?

Apa yang harus kutulis?

Beginilah. Tulisan ini, tiada mesej yang ingin disampaikan. Aku hanya menulis untuk meluah segala rasa yang sedang terperuk di dada. Rasa yang menyesakkan. Membuat aku resah sepanjang masa.

Entah berapa kali sudah aku menulis benda yang sama. Tiada erti. Aku hanya ingin rasa ini pergi jauh dari dalam diri ini.

Apa rasa ini?

Entah. Aku sendiri bingung. Makin aku fikir, makin bingung. Mungkin aku nampak normal pada pandangan kalian. Tapi hakikatnya dalam hati aku, fikiran aku, tidak setenang yang dinampak. Oh, adakah orang yang ambil tahu pasal aku?

Otak aku sampai sekarang masih tak jumpa jawapan yang rasional. Kenapa aku jadi begini. Apa yang aku mahu sebenarnya?

Oh, apakah yang aku rasa sebenarnya?

Sebenarnya, tiada apa. Jujur, aku tak rasa apa-apa. Semua benda adalah bosan bagi aku.

Bosan. Belajar itu bosan. Aku rasa macam mahu berhenti. Sehingga saat aku menaip, aku masih ada berbelas-belas lab repot yang harus disiapkan, tapi aku malas mahu siapkan. Bosan.

Berkawan? Aku rasa seperti aku tak pernah ada kawan baik yang boleh aku ajak untuk lepak bersama ketika aku bosan ini. Aku ramai kenalan, namun ketika ini, aku langsung tidak dapat memikirkan pada siapakah aku harus talipon, ajak keluar lepak makan bersama, untuk aku menceritakan apa yang aku rasa. Kerana aku rasa tak siapa akan faham.

Kamu jugak manusia, sama macam aku. Kamu juga ada masalah sendiri, mesti kamu takkan mahu serabutkan diri dengan masalah aku. Siapalah aku untuk kamu sayangi, kerana aku juga tak pernah menyayangi sesiapa dengan sepenuh hati.

Mungkin hanya Tuhan yang memahami aku.

Memang Tuhan memahami. Seharusnya Dia faham kenapa aku jadi begini. Kerana Dia Tuhan. Jika Dia tak tahu, maka Dia bukan Tuhan. Tapi bila aku cuba meluahkan rasa ini kepada Tuhan, aku rasa aku tak mampu. Diri ini kotor.

Mungkin itu masalah aku. Aku pernah mengalami suatu fasa hidup yang amat tenang. Amat rapat dengan Tuhan. Aku pernah rasa nikmat apabila ketenangan hati apabila aku sujud di tengah kegelapan dan kedinginan malam kepada Dia.

Namun, seperti mana Dia pernah menjadikan hati ini cinta kepada-Nya, Dia juga bisa menjadikan hati aku ini menjauh daripada-Nya. Dia kan Tuhan yang bisa membolak-balikkan hati manusia.

Dan kini hati aku sedang diterbalikkan. Entah apa silap aku dijui begini.

Dan bila aku sebut hati aku sudah diterbalikkan, maknanya aku benar-benar terbalik. Daripada insan yang pernah menangis di sepertiga malam kerana merasa diri aku ini amat hina, kerdil, banyak dosa kepada-Nya, aku jadi manusia yang tidak merasa kewujudan-Nya. Jauh daripada-Nya bahkan kadang-kadang aku merasa skeptik pada-Nya.

Aku sudah amat jarang berdoa pada-Nya. Bukan kerana aku menafikan Tuhan itu berkuasa, tetapi kerana aku tidak dapat untuk merasa, tidak mampu untuk menimbulkan YAQIN dalam diri aku, bahawa doa aku itu ada gunanya.

Maafkan aku, Tuhan.

Seingkali saja suruhan-Nya aku tinggalkan.

Yang wajib, yang sunat, tiada makna bagiku.

Bukan aku tak tahu itu dosa. Tapi kerana aku sudah tiada rasa.

Tuhan, maafkanlah aku kerana jadi begini. Aku tahu Engkau memahami aku. Aku tahu bahawa aku sedang diuji.

Cuma aku tak tahu sama ada aku jauh dari-Mu kerana masalah aku ini, ataupun kerana aku jauh dari-Mu inilah baru aku terkena masalah ini.

Jiwa aku semacam sudah mati.

Emosi aku semacam sudah tiada.

Aku mungkin tergelak ketawa di depan kamu, tapi ketika aku kembali sendiri, aku celaru kembali. Jiwaku kembali ke dalam kegelapan.

Tiada rasa.

Semua bosan. Semua tak guna. Aku tak tahu nak buat apa. Aku tak tahu nak jadi apa. Aku benar-benar sudah hilang arah tuju dalam hidup. Cuma kenapa au masih berada di sini? Kenapa aku masih teruskan jua?

Entah. Mungkin salah sau sebabnya adalah aku ingin juga beusaha merubah kebodohan mahasiswa di negara aku kini. Walaupun hakikatnya aku sendiri juga adalah insan yang bodoh sebenarnya.

Entah. Aku rasa aku akan rugi jika aku tidak selesaikan apa yang telah aku mulakan. Bukan aku nak kejar populariti, tapi aku cuma taknak kehilangan peluang yang sudah berada di depan mata.

Cuma, dalam mengejar cita-cita yang itu, melalui hari-hari yang membosankan adalah amat celaka bagiku. Sangat menekankan jiwa. Aku pergi juga ke kelas, namun tanpa mendapat apa-apa. Buat juga asaimen, tapi dalam keadaan jiwa mencarut, menolak apa yang sedang aku lakukan.

Semua bosan.

Semua tak guna.

Aku benci semua ini.

Aku benci diri aku.

Aku benci hidup aku sekarang.

Aku nak lari dari semua orang. Nak lari. Nak hilang. Biarlah aku sendiri.

Aku menzahirkan kelemahan aku ini kepada semua, biarpun aku tahu bahawa pasti ada yang akan memandang hina, atau lebih teruk lagi, mungkin akan ada yang akan mengambil kesempatan untuk “membunuh” aku ketika aku sedang lemah ini.

Mungkin ada teman ang tidak bersetuju untuk aku menulis tentang kelemahan diri. Tapi aku cuma tak mampu untuk menanggung lagi.

Biarlah kuluahkan di sini. Aku tak harap akan ada yang membantu, bersimpati, atau cuba menolongku. Kerana masalah aku ini adalah ujian Tuhan, hanya Dia mampu angkat. Tapi Dia pasti takkan membebankan aku dengan ujian yang tak mampu aku pikul bukan?

 

 

 

 

 

Perlukah aku post?

 

 

Celaka.

 

Pedulikan apa yang akan korang rasa kepada aku lepas ini. Inilah aku. Aku sedang lemah.

 

 

Sedang lemah jiwaku.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tuhan, tolonglah aku.

Manusia takkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kembalikan tenang-tenang jiwa yang pernah aku rasa dulu.

Wednesday, September 8, 2010

Gua Bukan Kapitalis, Tapi Gua pun Nak Cari Makan Jugak!

 

 image

Ini mungkin entri terakhir aku sebelum cuti raya. Aku nak buat satu pendedahan yang mungkin akan menyinggung hati dan perasaan sesetengah pihak. Hohoho.

Ok lah, aku baru buat blog baru, semalam, tapi aku takut nak bagitau kepada umum.

Sebab?

Blog aku tu jual barang! Erk.

Hohoho. Aku tak tahu la, tapi kalo cakap pasal buat duit je, aku mesti takut kena label kapitalis la, lintah darat la, apa-apa jer la yang sewaktu dengannya.

Tapi akhirnya aku dedahkan jugak kepada umum, sebab nak tak nak, duit kena ada jugak kan? Nak dapat duit, tak boleh nak duduk termonung je beb. Hahaha.

So, silalah melawat blog baru aku, http://cari-makan-online.blogspot.com/

Amaran Keras: Blog aku itu mengandungi unsur-unsur kapitalism yang amat tinggi. Waspada! Hahahaha.

Pandangan 50 sen Aku Pasal Bulan Puasa 2010

Well, hari ni 29 Ramadhan, sepatutnya aku ber-mood hari raya, tapi entah kenapa aku nak tinggalkan korang sebelum aku cuti sakan di kampong yang tiada internet itu dengan satu pandangan murah.

Kenapa 50 sen? Er, takde pape, cuma aku perasan sekarang ni kalo orang nak bagi pendapat sikit, mesti diorang letak harga kat pendapat diorang tu. Ada yang 5 sen, 20 sen, 30 sen, so aku amik 50 sen la, saje nak jugak letak harga. Just my fifty cents about it :P.

So, sepanjang bulan puasa ni, ada beberapa isu yang telah jadi, yang aku rasa amat menarik dan aku nak komen sikit la.

1) Kes pengharaman “Student Power” kat kampus-kampus. Aku antara orang yang terkena tempias insiden itu. Huuuuu.

2) Isu YB Serdang masuk surau, kena kondem giler-giler.

3) Namewee dengan lagu hip-hop baru beliau.

4) Isu seorang blogger (merangkap editor The Star) yang didakwa di mahkamah atas tuduhan menerbitkan post yang “sinis gila babi” dekat blog beliau.

4) Laporan polis terhadap kempen MyConstitution anjuran Bar Council yang dituduh cuba menghasut rakyat dengan mengatakan rakyat boleh mengubah Perlembagaan dengan cara memilih wakil mereka menjadi majoriti di Dewan Rakyat, seolah-olah menunjukkan bahawa Perlembagaan Negara tidak adil.

5) Cerita iklan raya TV3 yang ada unsur-unsur pluralism dengan menggabungkan unsur budaya kristian, hindu dan buddha.

6) Cerita soran amoi cina (ntah apa nama) yang keluarkan komen menghina Allah dalam facebook.

7) Sekelompok rakyat Indon nak ganyang Malaysia lagi.

Dan jugak cerita-cerita drama keinsafan sepanjang raya, yang menghiasi kaca-kaca tv, tapi terlalu banyak dan memualkan, aku tak sanggup nak list dekat sini.

So, apa yang aku nak komen?

Panjang sebenarnya. Sangat panjang sampaikan otak aku laju je berlari pasal ni sejak dari Maghrib semalam lagi. Berlari dalam solat. Oh, maafkan aku, aku tak tahu bagaimana nak kawal otak aku ini supaya tak melilau masa solat. (Aku menulis bukan nak bangga dengan dosa, tapi nak mintak kawan-kawan yang lebih ‘alim, ajarkan aku)

Semua isu yang terjadi kat atas tu, yang aku senaraikan tu, aku rasa ada satu persamaan yang besar. Isu tersebut menjadi panas kerana melibatkan SENSITIVITI, EMOSI, dan PREJUDIS satu pihak kepada pihak yang lain.

Student Power, dianggap kiri, dan perlu ditentang! – Marwan “botak” UM. Padahal budak ni tak pernah pun masuk lagi dengar kuliah tu, mana dia tahu? Itu prejudis namanya. Ok memang kiri dan dipenuhi unsur-unsur sosialisme. Tapi jahatkah kiri itu? Ataupun kita hanya takut kepada sosialisme kerana sejak dari kecik telah di-doktrin oleh guru-guru kita, sosialis itu ATHEIS, TAK PERCAYA TUHAN!

Pernahkah korang membaca buku-buku pasal sosialisme?

Kes non-Muslim masuk surau. Bila dijawab tiada larangan non-Muslim masuk surau, mereka menjawab, bukan masalah hukum, masalah sikap dia tak menghormati rumah Allah, masuk pakai kebaya tak pakai tudung.

Dia yang bermasalah atau kepala otak kamu yang sangap tak boleh tengok perempuan pakai kebaya, mula terangkat kain? (Oh patutlah marah, kantoi kain terangkat, tak pakai boxer)

Ops gua sebenarnya tak mahu nak kondem lebih-lebih. Cukuplah 2 insiden aku ulas, yang lain tu, kamu paham sendiri la.

Bukan aku nak cakap aku ni menyokong mana-mana pihak.

Cuma aku nak cerita pasal pandangan aku, kenapa benda ni boleh jadi isu. Isu yang panas. Lepas 53 tahun merdeka.

Kenapa kita rakyat Malaysia, lepas separuh abad merdeka, tapi masih belum berjaya mewujudkan persefahaman antara bangsa dan kelompok yang berlainan? Masih menebal rasa rasis, prejudis, benci-membenci, syak wasangka, bla bla bla bla. Kenapa kepala otak kita masih terkatup?

Yang melayu duk kata cina nak rampas tanah air kita. Yang cina duk kata melayu pemalas, tapi sebab hak istimewa, boleh dapat apa yang cina patut dapat. yang India tak habis-habis dilabel keling mabuk, paria, kaki jenayah, gansta, bla bla bla. Minah indon, mat bangla, pekerja asing, dilayan macam hamba, di atas bumi Tuhan, hanya kerana mereka bukan warganegara.

Pandangan aku, salah satu punca ialah, pemikiran yang terkatup. Feudal. Totok. Membabi buta. Apa lagi? Tak ada intuitive mind. Tak berani mencabar status quo. TAK GUNA OTAK!

Bagi aku, pemikiran terkatup ini bukan salah rakyat, tapi rakyat yang terkatup pemikiran mereka adalah kerana mereka tiada ruang untuk bersuara. Tiada ruang untuk bertanyakan soalan, kerana sesetengah soalan itu dikatakan HARAM untuk ditanya, di bumi Malaysia ini.

Contoh la aku bagi, umat Islam di Malaysia, dilindungi oleh Perlembagaan. Dikatakan bahawa melayu di Malaysia ini, semuanya beragama Islam. Automatik lahir dari perut mak Melayu maka mesti Islam.

Tapi bila Islam yang dianuti itu hanya ikut-ikutan dan warisan, maka Islam yang dipegang itu Islam yang rapuh.

Ditambah pula dengan kesempitan ruang untuk bertanya, apabila tiba-tiba kepala otak mencetuskan pertanyaan-pertanyaan yang kontroversi, HARAM di negara ini. Soalan seperti, “Betulkah Islam ni benar?, Tuhan tu wujud ke? Agama lain tu salah ke? Kenapa kena semayang? Kenapa kena buat itu, kenapa kena buat ini, kenapa dan kenapa dan kenapa? Pelbagai soalan ditanya, namun jika ditanya, bukan mendapat jawapan, sebaliknya label-label seperti KAFFIR, MURTAD, IMAN GOYAH, TERPENGARUH DENGAN DAKYAH KRISTIAN, etc etc etc menyebabkan jiwa jadi takut nak bertanya.

Jiwa jadi takut lalu akhirnya persoalan itu tenggelam dalam ketakutan. Jadilah manusia yang ikut membabi buta.

Tapi adakah benar semua Melayu di Malaysia ini Islam? Benar-benar mengamalkan Islam?

Tiadakah yang murtad?Tiadakah yang kafir? Atau hanya kita yang berasa selesa kerana mereka semua bergerak secara gerila, kerana tak mahu melayan kerenah masyarakat yang dogmatik dan feudal.

Kenapa tidak dibukakan ruang untuk mereka menyoal?

Kenapa tidak diberikan kebebasan untuk mereka bertanya?

Berdosakah jika bertanya?

Dan kenapa jika ada perbezaan idea, yang minor itu mahu dicantas? Dikatakan kiri, kafir, murtad, dan sebagainya. Sedangkan pada akhirnya idea itu terus berkembang pesat secara diam-diam jugak.

Bagi aku, tindakan menutup ruang itu tidak akan menyelesaikan masalah.

Sebaliknya, ruang-ruang kebebasan bersuara harus diperluas.

Jika ada perselisihan idea, bincangkan secara bertamadun, berdebat dengan hujah, bukan emosi, hilangkan prejudis dalam diri, cari persefahaman, cari persamaan, sehingga apabila akhirnya tiada lagi persamaan, sekurang-kurangnya kita sudah saling memahami, dan bersetuju untuk saling hormat-menghormati pandangan yang berbeza itu.

Bukalah ruang untuk mereka bersuara, jangan didoktrin, jangan disekat, jangan dilabel.

Otak ada, berfikir. Kerana aku yakin sekiranya kita betul-betul ikhlas dalam berfikir mencari kebenaran, maka akhirnya akal kita sendiri tidak mampu untuk menolak kebenaran yang timbul apabila berlakunya proses dialektik.

Maka, kenapa harus takut pada kebebasan untuk bersuara?

 

 

 

Janganlah membabi buta.

 

Kenapa?

 

Sebab kita bukan BABI yang BUTA.

 

 

 

 

Salam hari raya, maaf zahir batin.

Tuesday, September 7, 2010

Catatan Hujung Ramadhan

Hari ni dah 29 Ramadhan, malam esok tengok anak bulan. Kalau bulan dah keluar anak, maka raya jatuh pada hari khamis, walaupun ikut kalendar hari jumaat.

Aku harap kiraan kalendar tak silap, pasal aku naik bas balik Kelantan pada khamis malam. Oh ya, tiket bas balik mak aku sponsor, nanti nak datang lagi aku lak sponsor.

 

So, dah nak habis Ramadhan, apakah kesan madrasah tarrbiyyah kali ini kepada jiwa aku?

 

 

Hurm…..

 

 

To be honest, ramadhan kali ni aku rasa aku fail, sama macam nasib aku dalam madrasah engineering semester lalu, pointer bawah 2 kot. Hohoho.

Entah, puasa kali ni aku tak rasa apa dowh. Selalu tu ada jugak la rasa syahdu insaf sayu timbul di hati, tapi kali ni zero. Blank.

Serius tak rasa apa.

Puasa, tapi tak rasa hikmah puasa.

Aku semayang terawih pon kepala otak melamon.

Sampai dekat-dekat nak raya pon, ke-teruja-an yang selalunya timbul tatkala mendengar lagu-lagu raya pun entah hilang ke mana. Sebab tu aku macam tak peduli je hari tu, bila dekat-dekat nak raya, aku macam tak kisah, kalo sambut kat KL pun, apa beza? Rasa macam balik kampung pun takde erti. Huhu.

Makin teruk kekosongan jiwa aku ni.

 

 

Tak tahu apa masalah aku. Aku mula-mula rasa macam ni, dalam beberapa bulan lalu. Aku mula perasan yang rasa “teruja”, “minat”, dan pelbagai lagi rasa yang menjadi perencah hidup aku, perlahan-lahan hilang.

Aku mula hilang minat dekat hobi-hobi aku.

Dulu aku minat gila baca manga, beli kreko, layan onemanga dot com, tapi sekarang, bukak cerita onepiece yang pernah jadi inspirasi aku tu pun dah rasa hambar.

Aku minat melukis. Sekarang semua tu aku tolak tepi.

Aku suka buat itu, buat ini, tapi akhirnya aku bosan.

 

 

Hingga akhirnya hari tu aku dilanda depresi dan berjumpa psikiatri pun sebab masalah ni. Bukan sebab aku bermasalah aku tensen. Tapi aku tensen sebab aku rasa aku macam tiada masalah, lalu aku pun menjadi seorang yang mempunyai sifat ignorance yang maha terlampau.

Tak peduli tentang kewajipan aku.

Tu yang jadi assignment satu semester tak siap tu. Pasal aku rasa benda tu bukan satu masalah buat aku. Tak penting.

 

 

Aku dah penah cerita ke pasal ni? Haha. Lantak ah, nak cerita lagi.

 

 

Sekarang, rasa tu kadang-kadang ada, tapi kadang-kadang aku jadi over-hyper-active lak. Tu yang tetiba boleh masuk Malaysiakini tu. Aku terdorong bukan sebab aku mempunyai tahap kesedaran yang tinggi, tapi sebab dorongan emosi.

Tapi kalo rasa yang teruk ini datang, aku rasa macam nak lari je. Nak hilangkan diri, nak delete FB, nak berenti belaja, nak pikul beg, pergi ke tempat yang tiada orang kenal aku.

Serius.

 

 

Huh. Sekarang rasa ni macam ombak. Turun dan naik.

Tu yang buat aku tak dapat nak “feel” kehidupan aku ni.

 

 

Tuhan sedang menguji aku. Aku sedar. Cuma aku tak tahu, sama ada aku ni cukup kuat ataupun rapuh.

 

 

 

Selamat hari raya. Maaf zahir batin, dari batinku yang kosong :D

Friday, September 3, 2010

Ketagihan Baru + Semangat yang Hilang Kembali

Pertama: Sekarang aku sudah ketagih ber-tweet dalam twitter. Habis-lah, dulu FB, sekarang twitter lak, makin kurang la produktiviti diri macam ni. Haih. Pape pun, follow aku okeh, http://twitter.com/abU_Um. Dan tag la aku bebanyak, nanti aku reply korang :D.

Ape yang best twitter ni? Ok la, secara mudah, twitter ni simple giler. Fungsi dia, kalo aku bercakap dalam bahasa FB, ko hanya boleh update status, tu jek.

Tapi best bile korang ada kawan, dan boleh chat dalam twitter. (macam komen dalam FB gak la, tapi lain jugak) dan lagi satu, twitter ni best sebab ramai pablik figur macam artis, politikus, aktivis, AKU, yang main twitter, so mungkin kalo nasib ngko baik, ngko akan di-tag oleh para ikon itu yang terbaca tweet ngko sekiranya ngko berkata sesuatu yang “mengampu”  menarik perhatian mereka.

Twitter bosan kalo ngko takde member, so tanak bosan, follow orang banyak-banyak. “Lame” kalo ngko just follow kawan2 ngko, so follow lah sape2 jer, kalo follow aku, tweet la sumthing, tag aku, than aku follow la korang balik, then kite sembang ah.

Asas ber-twitter, boleh usya link bawah ni.

http://hudhudpunyablog.blogspot.com/2010/08/how-to-use-twitter-and-have-fun-with-it.html.

Aku pon kena pengaruh awek ni gak sebenarnya. :D

 

 

Ke-dua: Aku ada baik dengan seorang awek ni, dalam alam maya kami jadi rapat, walopun dah lama kenal di alam realiti.

Tetiba hari tu dia de-activate FB, so aku hanya mampu mengikuti perkembangan dia via blog dia. Then tetiba blog dia pun turut sama di-nyahaktif-kan.

Masa tu aku takdela rasa pape. Takde rase. Takde.

Dan tetiba hari tu aku jumpa dia (di alam realiti), dan aku tanya pesal delete blog? Dia cakap bukan delete, tukar URL je.

Dan sekali lagi tetiba dia aktif FB balik, dan aku pun mintak la URL baru blog dia, dan dia bagi. (Yeah!)  Lalu aku pun dapat la baca kembali tulisan-tulisan dia.

Well, lepas baca, baru aku rasa, rupanya aku ada hilang sesuatu bila tak baca tulisan dia. Lepas je usya-usya blog dia balik, tiba2 aku rasa otak aku dah kembali berpusing laju, macam dulu.

Serius ni, tak tipu.

Mungkin-kah selama ni blog dia adalah sumber inspirasi aku untuk menulis? Bukan dari segi idea, tapi gaya. Tulisan dia jujur. Titik.

Terima kasih ngko, sebab bagi aku ilham. Haha. Ini bukan tulisan mengorat, ini tulisan untuk menzahirkan rasa gembira, ok? Jangan la berasa tak selesa dan membiarkan inferioriti kompleks itu menyebabkan ngko menyembunyi diri lagi.

Ngko (punya tulisan) memang ada kesan untuk aku. Noktah.

Thanks lagi.

 

 

Ke-tiga: Blog aku adalah blog rojak. Caca marba. Bukan semua post adalah berkenaan aktivism, politik, kemahasiswaan, dan segala lagi benda-benda serius. Ini adalah blog peribadi aku, dan aku bukan manusia satu dimensi. Aku nak jadi manusia multi-dimensi, dan aku tak perlu takut persepsi orang untuk menulis apa-apa bukan?

Tapi, aku tetap akan berusaha untuk mengeluarkan buah fikiran aku jugak, semoga bermanfaat untuk semua.

 

 

Ke-empat: Tahun ni mungkin aku beraya di kota. Isk.

 

 

Ke-lima: Ceria selalu. Hidup sangat singkat untuk dihabiskan dengan kesedihan.

Related Posts with Thumbnails