Semalam tak tidor kerana menjadi warga dunia meraikan perayaan terbesar empat tahun sekali. Walaupun kurang berpuas hati dengan mutu permainan, tapi ok lah. At least aku bersama-sama dengan warga dunia semalam, takdelah jadi kera sumbang. Hahah.
Game semalam aku tak sokong mana-mana. Memang tawar hati aku tengok, sebab cinta aku kali ni memang betul-betul pada Argentina. Mana-mana team semalam yang dapat peluang cantik, aku sorak. Ramos tak dapat nak skor, aku mencarut. Robben sepak tak lepas Casillas pun aku cakap kotor gak. Layan je lah.
Tapi aku rasa nak bagi jugaklah anugerah untuk beberapa benda yang aku rasa menarik perhatian aku.
Nah amik ko.
1. Game paling banyak kad kena layang.
Aku tak tahu lah, ref tu memang betul-betul adil ke atau
dia pun sesaje nak bikin rekod. Haha. (oh ref England, patut ar)
2. Pemain Paling Bertuah – Iker Casillas
Baper kali dapat save bola Robben. Kalau tak dia lah paling sedih kot.
3. Mamat ni lak paling malang – John HEITINGA
Dalam ramai-ramai yang kena kad, dia sorang je makan dabel. Padan muke.
Kah-kah-kah.
4. Scene paling ganas.
Terjahan tepat ke dada. Memang macam Ong-Bak, tak tuju bola langsung.
5. Pemain paling tabah, cekal, macho, kool, dan juga paling kecewa.
Mamat ni aku punya fevret untuk game ni. Walopun ko tak skor, tapi aku memang terharu ah dengan semua usaha-usaha ngko nak skor gol uh. Dan bila ko fedap masa Sepanyol skor tu, memang aku sangat simpati ah. Terasa weh. Tacing aku. Haha.
Try again 4 tahun lagi okeh?
Dan paling last. Er..aku perlukan pendapat korang.
dari kiri : JESUS Tavas, Torres, David Villa
Siapakah paling layak untuk anugerah Pemain Paling Jambu? Haha.
Habis sudah. Spain dah menang.
Jumpa lagi empat tahun depan kat Brazil OK?
p/s: Hari ni bukak sem baru. Aku masih tiada tempat. Celaka. Cuak. Tidor dululah.
No comments:
Post a Comment