Wednesday, June 16, 2010

#5: Aku Nak Kurus (Kawan -Kawan Aku yang Nak Kurus pun Sila Baca, Berbaloi-baloi)

Assalamualaikum.

Well, berdasarkan tajuk pun sudah jelas ternyata menunjukkan aku ni gemok kan? Eh, tak, aku comel. Hohoho gelak poyo. Takde, aku tak gemuk pon, paling last aku timbang 2 minggu lepas ade la nyaris-nyaris tak sampai 80 kg. Kalau tengok gambar aku posing kat sayap kanan blog ni pon takde la nampak burok sangat kan? OK lagi, memang aku OK. Tapi kalau dihitung mengikut kaedah saintifik, dengan ketinggian lebih kurang 165(dan ke atas) sentimeter ni, aku punya BMI suda termasuk dalam kategori "overweight". Fuh, nasib baik belum cecah "obese"~ Sepatutnya untuk berat yang ideal, aku kena less dalam lebih kurang 20 kg macam tu.

Sebenarnya sebelum ni aku tak kisah pun bila berat badan aku menaik. Walaupun sudah banyak tohmahan dan kejian yang ditujukan kepada aku, aku redha je. Kalau berjumpa dengan member-member sekolah lama, ayat pertama diorang mesti "Oh, besa mu Abu". Aku tak kisah. Mak aku pun sering berleter. Pun aku tak kisah.

Mungkin ketika itu secara tak sedar aku memegang prinsip "hidup sehat kat dunia ni tak lama, so sebelum ko kena berpantang makan itu ini pabila dah tua kelak, bedal je ape ko nak". Ada betul jugak pendapat itu, bagi golongan yang nak menikmati hidup sepuas-puasnya lah. Tapi macam mana nak enjoy hidup kalo sampai suatu masa nanti ko terpaksa mengidap segala jenis penyakit tu semua. Tak. Aku tak nak. Aku nak enjoy dan ceria sepanjang hidup aku. Kalau boleh, bila sampai umur aku peringkat datuk nanti, aku nak biar aku cargas dan fit lagi. Boleh berlari-lari melompat berguling gembira.

So, ape yang aku buat untuk kurus ni? Ha, sekarang aku akan share dengan korang suatu rahsia agung.Aku mengamalkan DIET. Whoooohooooo~~ LOL. Haha gelak lah, dulu pun aku memandang sinis orang yang berkata ingin melakukan diet.

Tapi diet aku ni best. Aku tak kena berlapar. Takde pun buat senaman berat-berat, seingat aku sejak aku start diet, ade satu hari je aku main dumbell, tu pon 15 minit jek. Buat diet ni still boleh makan sedap-sedap. Dan yang paling best, berat aku menurun, dalam masa seminggu lebih baru aku try diet ni. OK diet ni ade macam-macam jenis. Contohnya, diet low-kalori, diet....er...pelagi ek? Ha ha aku pon tak taw, main sebut jek. So dah ade macam-macam, diet ape lah yang aku try dan menjadi ni.

Ha ni lah eden nak cerite ni. Namanya ATKINS DIET. Apekah itu? Nama lain beliau ialah low-carbs diet. Maksudnya aku kurangkan pengambilan karbohidrat dalam nutrisi aku sehari-hari. Kejap mr. Abu (yang ka-chak!), bukankah nasik adelah penyumbang utama karbohidrat, ape ko tak makan nasik ke? - ceh poyo je konon-konon ade orang tanya - dan aku menjawab, "Yes, aku tak makan nasik!"

Bukan nasik jek, segala jenis bijirin cam kekacang, makanan daripada gandum cam kuih -muih, roti, buah pun tak makan (sebab kandungan gula dalam buah adalah agak tinggi), segala macam jenis air manis tak minum, togok air kosong jer sampai 12 gelas sehari.
Kicap, sos, pe lagi ek? Entah aku pun tak ingat.

Abes tu ape aku makan? Makan selain daripada tu la. Ayam, ikan, telur, sayur (hari-hari aku ratah sayur, aku tahu ape kambing raser hoho), senang kata kalau dalam piramid makanan tuh, bahagian tapak yang paling besar tu aku banned.

So, in theory-nyer, karbohidrat merupakan sumber tenaga utama dalam badan. Pabila kiter mengehadkan (bukan menamatkan taw, kita still amik karb, cuma kuantiti nyer amat sikit, contoh dlm 2 minggu pertama ni, tak boleh lebih 20 gram atau bersamaan 2 sudu teh sehari), karbohidrat dalam nutrisi, maka badan akan beralih kepada sumber tenaga alternatif, iaitu tenaga solar. Hoho ape ko ingat ko pokok ke bole fotosintesis? Tak ah, badan akan guna lemak sebagai tenaga. Yup, badan akan guna lemak, which is akan menjadikan aku makin slim :)

OK, aku dah malas nak cerita panjang pasal macam mana nak buat diet ni. Maka aku akan salurkan ngkorang kepada suatu saluran yang benar-benar meng-inspired aku sehingga aku pun bersemangat nak dapatkan berat badan yang ideal. Al-kesahnya suatu hari tu aku macam biase melakukan hobi bermain-main internet, melayari laman sesawang tersohor dunia, Facebook sehinggalah aku terjumpa satu page bernama Tak Nak Gemuk, seterusnya membawa aku kepada pemilik blog itu yang boleh anda lawati dengan klik sini.

Sape beliau? Beliau udak biase-biase je, umor mungkin 17 atau 18 aku tak pasti, tapi beliau telah berjaya melakukan suatu anjakan paradigma dalam hidup beliau apabila dengan cemerlangnya berubah daripada tubuh iras-iras Bob Kuman menjadi slim macam aku (Eh, haha.). Tanpa guna sebarang khidmat Jusmate 5 ataupun Minyak Sendayu Tinggi, hanya mengamalkan Atkins Diet. Seterusnya, aku serahkan kepada korang sendiri untuk berkenalan dengan beliau dan belajar tips - tips diet Atkin nih.

Kat blog ye ade ye citer sumer teori -teori dan cara -cara nak buat diet ni. Siap korang boleh bersoal jawab lagi kalo ade pape tak faham. Bagus budak ni, kalo aku mungkin aku dah bikin e-book jual dapat duit. Tapi ye tolong free - free jer (ataupun sebab beliau belum terdedah dengan cara buat duit pakai e-book kot).

Well, penutup kata, benda ni aku sendiri buat, dan menjadi kat aku, takde side effect apa-apa pon, tapi tak tahulah pada ngkorang. Aku pun ade juga terbaca kritikan dan komen-komen negatif pasal diet ni di serata ceruk internet, tapi komen positif lebih meyakinkan aku. Tapi aku jugak bukanlah seorang pakar pemakanan untuk menghakimi kebaikan atau keburukan diet ni, maka segala pendapatan amatlah di alu-alu kan. Pendapatan korang pulak hendaklah berdasarkan hujah - hujah yang bernas dan nyata, seta senang dihadam akal, saintifik sangat aku tak faham.

Itu sahaje lah kot aku nak cakap. Kepala pun dah mula penin-penin sebab lama sangat mengadap PC. Got to stop, now.

Till the next post, see ya. Salam.

4 comments:

  1. ponin eden bce.
    btw cargas k cergas??
    hahah

    ok ok bole try ;)

    ReplyDelete
  2. cargas la cik kak...

    aku amat sarankan ko klik kat link yang aku bagi uh, kat sane lagi lengkap info beliau...aku xde share pape pon...melabon-labon je, isi takdak..hoho~

    ReplyDelete
  3. haha.2 r duk cri gop isi.p pe tadop. :P

    ReplyDelete
  4. Ingat kawan saya, yang terlalu gemok, tapi tak hairan, kerana dia makan semua yang berlemak dan sangat banyak, diapun rajin cuba semua diet, tapi hanya 1-2 hari sahaje lepas tu makan banyak lemak lagi. Diapun selalu sedih kerana tahu, bahwa gemok tak sihat, lalu saya hibur dengan kata; nasib baik kamu tak hidup di Asia, disana orang semua berbody model, dan kamu tak gemokla hanya kurang tinggi sahaje. *lol*

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails