Friday, July 9, 2010

Aku Membebel Panjang Pasal AUKU

note: entri ini aku tulis untuk budak-budak U yang baru atau yang lama. Sori secara tak sengaja entri ini jadi panjang giler. Juga kepada pembaca aku yang takde kaitan dengan U lagi, sila baca untuk tahu apa yang jadi kepada budak U di negara korang.

auku Semalam yang kool. Seperti yang korang tahu, (kalau tak tahu maknanya korang tak baca ni <klik> ) semalam aku telah pergi ke suatu event yang aku rasakan sangat kool. Dan benarlah tekaan aku, evetn tersebut memang sangat kool. Azmi Sharom yang kool. Cerita beliau pasal AUKU vs PERLEMBAGAAN yang kool. Sesi soal jawab yang kool. Dan sesi lepak-lepak kat kedai kopi lepas habis ceramah bersama budak – budak yang jugak amat kool – kecuali aku, sebab aku takde awek, dan poseur. Terasa weh semalam! (Gembira lepak bersama korang : Ecal, Along, Daud Mili, Kawan-Daud-Aku-Tak-Ingat-Nama-Sorry  -.-, Atari, dan Firdaus Zolkifli si Jambang Hot!)

Habis lepak pukul 11 aku naik monorel pergi Chow Kit, bapak aku tunggu, pergi hantar penumpang ke Keramat, balik rumah, order burger, offer helmet dekat abang burger, naik rumah, makan burger, online tapi sakit hati sebab internet camcheebo, dan tido.

Bangun pagi solat Subuh dan pening lagi, kemudian tido.

Dan kini jam 10 pagi baru aku betul-betul segar untuk berkongsi dengan korang, apa yang aku dapat semalam, sementara benda tu masih panas lagi dalam otak aku. Otak tengah panas ni. Yeah~

Ok pertama sekali tajuk public lecture semalam adalah “AUKU & PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN'”, dan Azmi Sharom sebenarnya menumpukan kepada beberapa perkara dalam 2 benda itu untuk dibincangkan.

10 – 15 minit pertama, Azmi Sharom membuat sesi sharing moment. Dia bukak cerita pasal kisah dia sewaktu zaman student dulu, kat UK, dan segala aktiviti-akvitivi “jahat” yang dia buat dan terjumpa kat sana.

Dia cerita pasal pilihanraya kampus(PRK) kat sana. Katanya, students kat sana pada ketika itu, yang bertanding untuk PRK, secara terang-terang mengaku bahawa mereka memang bertanding untuk parti politik tertentu. Tiada sekatan. Itu hak mereka. Tapi yang selalunya menang selalunya calon bebas katanya, sebab yang terhegeh-hegeh nak pakai nama parti politik untuk PRK ni biasanya budak-budak yang membosankan. “Apa jadah muda-muda join parti politik, hangpa takdak awek ka?” LOL

Biarlah mereka kalah pun, tapi sekurang-kurangnya kat sana mereka bebas untuk berpolitik sekiranya mereka mahu. Tapi Malaysia? Hmmm.

Dan dia jugak bercerita tentang bagaimana mudahnya sekiranya dia tiba-tiba terasa poyo nak menganjurkan satu sesi “public lecture”, konon-konon nak membincangkan isu antarabangsa, dengan menjemput dirinya sendiri menjadi ahli panel, cukup dengan sekadar membuat satu notis rimgkas dan tampal di mana-mana sudut untuk promosi. Tidak perlu berprotokol ber-KKD dengan pihak atasan seperti HEP selama berbulan-bulan lamanya semata-mata satu program simple; macam yang diamalkan di Malaysia.

Dan juga tentang satu protes yang dia pernah buat, apabila Seksyen Peperiksaan universiti dia entah apa masalah haram jadah taknak buat exam. Maka dia dengan rakan-rakan lain (komuniti pelajar antarabangsa, lebih kurang 50-60 orang kalau aku tak silap) yang “gila sayangkan exam” telah menyerbu bilik mesyuarat senat-senat. Korang tahu macam mana diorang boleh tembus dalam bilik tu? Sebabnya dalam badan mesyuarat senat-senat itu, ada seorang ahli mesyuarat merupakan wakil pelajar, dialah yang membuka pintu dan mengajak mereka masuk membuat tuntutan “Nak Exam”.

Bayangkan kat UM, salah seorang ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) berada dalam majlis mesyuarat senat. Bayangkan je lah, takde pun.

Apa diorang buat dalam dewan mesyuarat tu? Diorang masuk dan duduk bersila atas lantai dan menjadi pak pacak, taknak angkat punggung selagi profesor-profesor tua ahli mesyuarat itu tak mahu mendengar tuntutan mereka. Tapi anehnya, tiada sorang pun daripada diorang yang dikenakan apa-apa tindakan disiplin, hatta surat tunjuk sebab, prosiding kat mahkamah apatah lagi, meskipun muka-muka mereka telah terpampang kat dada akhbar universiti dan tersebar seluruh kampus.

Tapi semua itu, pengalaman yang dia rasakan sebagai seorang student, yang telah membentuk prinsip dan pegangan diri dia sehingga dia jadi seperti apa dia jadi sekarang, amat jarang dapat dilihat di Malaysia. Dan salah satu puncanya, adalah kerana AUKU!

Apa AUKU ni sebenarnya?

AUKU adalah singkatan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti, undang-undang yang telah diwartakan pada tahun 1971, dan undang - undang ini diguna pakai untuk menubuhkan universiti dan panduan-panduan untuk mentadbirnya.

Dan bagi korang yang bergelar budak U, undang-undang ini merupakan undang-undang tambahan yang digunapakai ke atas korang, selama mana korang menjadi pelajar di sebuah U, ataupun sehingga korang bekerja sebagai kakitangan U esok-esok. Maka, bak kata orang tua-tua, nak masuk kandang rimau, mengaum, masuk kandang kambing, mengembek, dan nak masuk kandang Universiti, kena tahu AUKU. Ada faham?

Tapi AUKU selalu bikin panas, dan selalu menjadi modal untuk ditentang oleh segelintir budak U, sebab ada beberapa peraturan dalam AUKU itu sendiri yang tidak munasabah untuk diletakkan di situ dan digunakan ke atas students.

Sebelum aku berkisah lebih pasal AUKU, mari kita usya apa kata PERLEMBAGAAN yang berkaitan dengan AUKU ni.

PERLEMBAGAAN tu ape? Korang tak yah jadi rakyat Malaysia la kalo tak tahu. Tak hafal takpe, tapi kalo tak tahu, itu kes berat dowh.

Nak aku cerita jugak? Ok lah sikit. Perlembagaan merupakan undang-undang utama yang digunapakai di negara kita Malaysia. Perlembagaan menentukan siapakah yang berkuasa untuk menggubal undang-undang, dan menentukan had undang-undang yang boleh dibuat.

Perlembagaan jugaklah yang menjadi rujukan kita dalam mewujudkan sistem demokrasi yang kita pakai hari ini, serta untuk mengetahui apa hak-hak kita selaku warganegara, dan meletakkan limit kepada kuasa kerajaan.

Senang kata, kalau takde Perlembagaan, takdelah undang-undang kat Malaysia ni. Ada faham?

consti

Dan semalam, perkara pertama yang Azmi Sharom quote daripada Perlembagaan adalah Perkara 4. Perkara 4 ni menyatakan Perlembagaan adalah “the supreme laws”, maknanya jika ada undang-undang yang tetiba dibuat bertentangan dengan Perlembagaan, automatik dikira tidak sah. Faham?

Dan macam mana pulak AUKU boleh wujud? Kebenaran untuk AUKU ni digubal dapat dilihat daripada perkara berikut:

consti2

Perkara 10 merupakan antara undang-undang yang paling popular dalam Perlembagaan yang sering digunakan oleh para kaki demonstrasi untuk mempertahankan hak mereka untuk berdemonstrasi.

“JELAS YA SEMUA KAWAN-KAWAN, MALAYSIA MEMBENARKAN DEMONSTRASI JALANAN @ PERHIMPUNAN AMAN”

Tapi bukanlah kebebasan mutlak. Bodohlah kalau bagi kebebasan mutlak kan? So, korang boleh tengok larangan yang boleh dikenakan ke atas hak yang disebutkan di atas, dalam perkara 10 (2).

consti4

Maksudnya, kerajaan boleh menggunakan undang-undang untuk menyekat kebebasan yang diberi dalam Perkara 10 (1) iaitu kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, serta kebebasan berpersatuan sekiranya kerajaan mendapati ianya mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Tapi, kalau nak gunakan tindakan undang-undang tu, kerajaan kena pastikan dahulu bahawa memang tindakan yang nak dilarang itu benar-benar mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awamlah.

Bukannya mengancam keselamatan individu-individu tertentu semata-mata.

Tapi, di Malaysia, disebabkan kekuasaan melampau ahli politik, dan mahkamah yang berjiwa tikus dalam menegakkan undang-undang, kadang-kadang keselamatan kucing milik perdana menteri pun boleh ditafsirkan sebagai isu keselamatan negara. *sigh*

Dan seterusnya, Perkara 10 (3) adalah merupakan undang-undang yang sebenarnya menjadi asas kepada wujudnya AUKU.

consti5Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang  yang mengawal bidang  PERBURUHAN atau PENDIDIKAN.

Sebab itulah AUKU boleh mengongkong pelajar daripada berpersatuan, kerana adanya klausa ini.

Selepas balik dari talk semalam, aku dapati Fahmi Reza jugak mengadakan diskusi pasal Perkara 10 (3) ini dalam wall dia kat Facebook. Perkara 10 yang dilihat sebagai menjamin kebebasan rakyat bersuara selama ini rupa-rupanya menjadi punca kenapa wujud juga sekatan-sekatan terhadap suara rakyat.

Persoalan, kenapa undang-undang PERBURUHAN dan PENDIDIKAN diberikan kuasa istimewa menghalang rakyat yang berada di bawah bidang tersebut (yang majoritinya buruh dan mahasiswa) daripada berpersatuan?

Pendapat aku, orang yang gubal undang-undang ni memang sedar akan KUASA KERAMAT BURUH DAN MAHASISWA!

Dan akibatnya, wujudlah seksyen 15 dalam AUKU yang merampas kebebasan budak U untuk berpersatuan.

auku auku2

Malas nak baca? Biar aku hurai sikit. Seksyen 15 AUKU ni cakap, korang budak U, atau persatuan korang boleh “joint-venture” dengan mana-mana saja persatuan lain, KECUALI:-

1-Parti politik (dalam atau luar negara)

2-Pertubuhan yang menyalahi undang-undang (dalam atau luar negara)

3-Sapa-sape sahaja yang pak Menteri rasa korang tak patut pergi berkawan sebab korang ni budak-budak hingus lagi, dan beliau kena keluarkan senarai bertulis nama-nama blacklist itu. (Setakat ni takdak lagi kot)

So, apakah masalah kat sini sebenarnya? Ape kes ko sibuk-sibuk sangap sangat nak berpolitik ni sebenarnya? Ko masuk U, ko nak belajar, nak dapat pointer tinggi-tinggi, lepas tu nak dapat kerja gaji beribu-ribu, boleh beli kereta, rumah, nikah bini comey, bikin anak, lepas tu anak ko pulak besar dan masuk U dan teruskan benda yang sama.

Ape kes ko sibuk-sibuk nak susah-susah join politik ni? Orang dah buat peraturan tu, ikut jer lah. CIBS la ngko ni. Sebab ada orang-orang macam ko ni lah Malaysia tak maju, Melayu ketinggalan.

Er, ye ke?

Ok aku respek la korang yang ada pegangan macam ni. Yang memang niat korang suci murni masuk U untuk merobah nasib keluarga. Yang memang masuk U untuk belajar sungguh-sungguh dapat pointer cantik kerja best-best.

Tapi korang jugak kena respek dengan sesetengah orang yang memang minatnya dalam politik. Macam korang, kalo hobi korang suka main bola, ada orang hobinya suka layan politik. Dan nak layan politik tu bukan sekadar tengok kat TV, baca kat Paper je beb. Ko minat bola mana boleh puas kalo tengok EPL je kan? Mesti ko nak turun padang sendiri, pergi main sendiri.

Sama la jugak orang yang hobi dia layan politik ni. Dia mesti nak jugak turun padang bila pilihan raya, angkat bendera, pakai baju bulan, dacing, atau bulan pelik (atau mata? LOL), pergi kempen dengan orang kampung, etc-etc-etc bakar bendera segala.

Aku tak nak bicara soal apakah budak U ni, lepas ko bagi mereka kebebasan untuk explore apa yang diorang nak, mereka akan menjadi budak U yang lebih berkualiti daripada apa yang ada kini. Tapi apa yang aku nak bicarakan kat sini adalah soal hak yang telah dirampas!

Hak budak U kat Malaysia untuk berpolitik telah dirampas secara terang-terangan oleh Kerajaan Malaysia disebabkan seksyen 15 dalam AUKU ini.

Korang tak nampak? Mari aku bagi contoh, berdasarkan apa yang telah diberikan contoh kepada aku oleh Azmi Sharom semalam.

Korang masuk U, umur korang 19. Dan ada kawan korang yang tak masuk U, mungkin sebab result SPM atau STPM hampeh, maka dia pun berpeleseranlah kat luar sana. Cuba bandingkan kehidupan korang dan kawan korang tu? Siapa yang mempunyai lebih banyak kebebasan.

Mengapa kawan korang yang tak masuk U tu, mungkin bekerja kat Burger King, atau malam-malam menjadi mat rempit, mempunyai lebih banyak kebebasan untuk melakukan apa yang dia suka tanpa sebarang halangan? Dia dengan bebas boleh angkat bendera PAS atau DACING apabila pilihanraya. Atau mungkin dengan selamba join demonstrasi jalanan anjuran mana-mana parti.

Sedangkan korang yang masuk U, yang kononnya cream-of-the-cream dalam generasi korang, kononnya menjadi harapan sebagai pelapis pimpinan negara di masa akan datang, kononnya lebih pintar daripada budak di luar sana, tetapi apabila masuk U, beberapa hak korang selaku rakyat Malaysia tiba-tiba ditarik?

Hak aku ditarik kerana aku pandai? What the Fakk??

Bukankah ini bertentangan dengan perkara 8 dalam Perlembagaan Negara?

consti6 

Dan ingatkah korang kepada Perkara 4 Perlembagaan?

Sekian.

 

 

p/s: aku nak tulis banyak gila lagi, tapi aku rasa baik aku stop dulu, sejak pukul 10 am sampai sekarang 12.40 pm aku menulis, kang panjang-panjang bukan korang baca pun kan?

p/p/s: salah satu pesanan penting Azmi Sharom semalam, kalau dah cukup umur 21, pergi daftar sebagai pengundi segera. Kat Pejabat Pos pun boleh. :)

p/p/p/s: set to be published pada 3 pm.

10 comments:

  1. Ulasan yang baik. Rugi pula tak pergi.

    ReplyDelete
  2. tq. sbenarnya aku cuak jugak nak post. takut orang tak faham. hoho.

    ReplyDelete
  3. kar33n_almania

    wEyh,mgu lps ko ada pegi x?ulas laa gak..cian kat kami yg jaoh-maoh xdpt gi niH...
    ulas jaa lg..ulasan ko ni tergantung,potong toL arr!hahaha~

    x]

    ReplyDelete
  4. sori la minggu lepas aku pun x kool sebab x pegi..haha..

    act ulasan ni tak tergantung pun, aku saje tinggalkan korang ngan Perkara 4 Perlembagaan, yang mengatakan bahawa apa-apa undang-undang yang digubal lepas Merdeka, jika bertentangan dengan Perlembagaan, automatik tak sah.

    So, sekarang dah nampak 1 point yang menunjukkan mmg AUKU bertentangan dengan Perlembagaan, apa lagi, mansuhkan lah kan?

    Banyak lagi isi public lecture tu, tapi nanti aku selitkan dalam next post aku yang berkaitan pasal ni. TQ 4 reading though. Aku cuak gila nak post pasal ni, takut salah info..haha..

    ReplyDelete
  5. Thank you for this =) It's very easy to understand.

    Menyesal pulak I tak pi...

    ReplyDelete
  6. no hal lah ;)

    credit untuk Azmi Sharom jugak atas public lecture yang style dan sempoi.

    actually saya takut orang tak faham, but, glad to hear that hoho..

    this thursday ada lagi, datang lah :

    ReplyDelete
  7. good job kawan. ringkas dan mudah difahami. lagi buat2 mereka yang tahu pekik telolong je, tapi dalam tak ada apa2.

    ReplyDelete
  8. thanks teddy.

    aku pulak hanya tahu pergi event dan menulis dari depan PC, tak pernah nak memekik melolong..haha x best jugak tu..harap-harap dapat balance antara ilmu dan tindakan...

    at least diorang ada jugak semangat, daripada x peduli langsung kan?

    ReplyDelete
  9. haha. betul lah tuh. bukan apa. generasi sekarang terlalu mudah dipengaruhi orang. minda mereka dibeli.

    sekurang2nya kau guna kaki pergi event dengar sendiri apa orang cakap. bagus lah tu.

    ReplyDelete
  10. minda mereka tak dibeli, mereka bagi free-free jek..hak3.

    this week jom ah datang!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails