Thursday, November 18, 2010

Pseudo-Love

Pseudo bermaksud palsu.

Ini cerita seorang laki-laki.

Namanya A (bukan nama sebenar).

Si A seorang yang cemerlang gemilang terbilang, mempunyai rekod perjalanan hidup yang amat baik, dan jika dilihat pada track-record, beliau mempunyai harapan cerah untuk menjadi seseorang yang sukses jika dinilai mengikut perspektif kehidupan zaman ini.

Jika tak percaya, sila rujuk slip keputusan UPSR, PMR, dan SPM beliau. 95% matapelajaran beliau mendapat A. Juga seorang yang menjaga ugama. Solat tak tinggal, sering juga bertazkirah, dan kecenderungan untuk melakukan kebaikan memang terserlah. Wajahnya memang bercahaya jika dilihat. Sejuk mata memandang, kata orang tua-tua.

Sehingga entah mana silapnya, tiba-tiba muncul emosi pelik dalam kepala otaknya.

Tiba-tiba dunia dirasakan tiada erti. Si A menjadi bingung.

Tak tahu nak ke mana.

Tak tahu nak buat apa.

Tak tahu nak jadi apa dalam hidup.

Hidupnya kelabu.

Lalu si A mula mencipta teori sendiri tentang kondisi dirinya.

Mungkin dirasuk hantu syaitan.
Mungkin juga dia bermasalah mental.
Mungkin terpengaruh dengan ajaran sesat?
Mungkin juga kerana melupakan Tuhan?

Dan pelbagai lagi hipotesis yang memerlukan kajian untuk disahkan.

Dan paling terkini, dia mencipta teori bahawa dia berjiwa kosong kerana tiada awek.

Lalu dicarinya awek-awek yang dirasakan sesuai untuk menjadi pengubat jiwa. Dan terjumpa si Z.
Ya, A merasakan dia suka kepada Z. Lalu menyusun strategi untuk mengurat, lalu jadilah mereka sepasang kawan.

Malangnya si Z pernah trauma dengan cinta sebelum ini. Lalu agak sukar bagi-nya untuk membalas tepukan tangan si A. Agak lama si A menepuk tanpa bunyi. Walaupun indicators of interest (IOI) menunjukkan si Z memang menyukai si A. Tapi si A tetap bersabar.

Lalu akhirnya, demi menyenangkan hati si Z, si A mencadangkan agar mereka ber-pseudo-kapel. Bercinta. Tapi dalam keadaan sedar bahawa itu semua hanya palsu. Lakonan semata. Namun dalam proses itu mereka hendaklah saling menjiwai peranan, dan jangan pernah mempersoal segala kata cinta yang diluah oleh pasangan "cinta palsu" mereka.

Makanya si Z bersetuju, setelah yakin dengan hujah rasional bahawa hubungan itu adalah palsu, dan akan terputus juga akhirnya. Tiada siapa akan terluka.

Dan bermulalah episod cinta dalam hidup si A. Bagaimana harus digambarkan? Agak indah, seperti cerita-cerita cinta yang lainnya. Alam dirasakan seperti milik mereka berdua. Dan si Z tidak henti-henti menggalakkan si A supaya berusaha untuk kembali menjadi dirinya yang dulu.

Adakah kuasa cinta mampu mengubah seseorang?

Si A ada jawapannya.

Apabila si Z berkeputusan untuk menghentikan perhubungan palsu itu, atas alasan merasakan hal itu membuang masa dan tidak akan membuatkan si A berubah.

Dan si A pun berkata YA. Dengan senang. Tanpa ada rasa sedih kerana bakal kehilangan gadis yang disukai.

Dan si Z berlalu pergi.

A kembali menjalani hidup seperti dulu. Dengan satu kesimpulan, bahawa "Cinta tidak mampu lagi memberi bekas terhadap dirinya"

Sekian.

*teka-teki : apakah punca A merasakan hidupnya tiada erti?*

4 comments:

  1. wlpn dgn Z, kalau A taknak berubah, A tetap takkan berubah.

    dan wlpn tanpa Z, kalau A nak berubah, A tetap akan berubah.

    konklusi: masalah dan penyelesaian masalah semuanya ada pada A, bukan pada Z mahupon orang lain. sekian.

    pray the best for u. take care. :)

    .Z.

    ReplyDelete
  2. erm...
    A dan Z ada masalah ye??
    Yang tu saya no comment...
    Cme nak bg satu pendapat je...
    jawapan pada teka teki di atas...
    kerana A yang tak bagi erti pada hidupnya sendiri, macam mana nak ada erti.. A kena buat sesuatu yang akan buat hidupnya lebih bererti.. Nak cari erti, kna tahu tujuan hidup dlu...

    ReplyDelete
  3. "Dan si Z tidak henti-henti menggalakkan si A supaya berusaha untuk kembali menjadi dirinya yang dulu."

    kenapa nak berubah sebab cinta?

    "A kembali menjalani hidup seperti dulu. Dengan satu kesimpulan, bahawa "Cinta tidak mampu lagi memberi bekas terhadap dirinya" "

    perlu atas diri sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails