Monday, June 14, 2010

#1: INTRODUKSI


Assalamualaikum.



Ini entri pertama blog aku, entri pra-pertama tidak dikira sebab itu hanya percubaan. Ini blog kedua aku, selepas blog pertama aku terbengkalai begitu sahaja, sebab aku malas. Haha. Kalau korang nak baca blog lama aku, silalah jangan segan-silu untuk klik sini.

Kenapa aku ber-blog kembali? Sebab aku rasa terlalu banyak benda aku nak bercerita. Tapi semuanya tentang diri aku. Maaflah, aku rasa blog ini akan menjadi "tooooo personal", segala apa yang akan aku perihalkan semuanya hanya akan berlegar-legar tentang diri aku. Alah mengaku je lah, korang pun lebih suka untuk bicara soal diri daripada mendengar perihal orang lain, kan? Mungkin juga aku akan memperihalkan tentang diri kamu, jika kamu bernasib baik untuk menjadi sebahagian daripada hidup aku.

Jadi, aku akan tegaskan secara mutlak di sini, blog ini akan menjadi blog peribadi aku, untuk aku menzahirkan peribadi aku kepada korang. Bukan nak mencapab OK, aku hanya ingin luah rasa. Nampak macam desperate giler nak luah perasaan lak. Tak aku tak desperate, sebenarnya aku hanya pemalu. Aku seorang pemalu untuk bicara soal hati dan emosi, sekiranya apa yang aku nak kata itu aku benar-benar rasa. Maka sebelum ini, sekiranya kamu pernah mendengar aku mencurahkan isi hati di depan kamu, maknanya aku tidak jujur ketika itu. Kerana jika aku berani memperkatakan soal emosi yang serius kepada kamu, itu maknanya aku tidak mempunyai rasa itu sebenarnya. SERIUS. Apa yang benar-benar aku rasa hanya tersimpan dalam hati ini. (Kome faham dak ape aku cakap ni? Maaf la aku ade tabiat buruk, aku suka bagi exlplaination berjela-jela, aku tak suka skip point, atau dalam bahasa mudahnya, aku suka bicara hal-hal teknikal, walaupun nak terangkan benda yang sangat simple. Tengok, aku nak explain pasal ni pun berjela-jela kan? Haih~)

So, kenapa pulak selepas sekian lama memendam rasa aku nak kongsi dengan korang pulak kan? Well, manusia ialah haiwan sosial. Manusia perlu bersosial, berinteraksi dengan manusia lain, sama ada secara fizikal, ataupun emosi. Disebabkan aku mempunyai kelemahan untuk menzahirkan perasaan secara direct, maka melalui tulisan adalah alternative bagi aku. Mana boleh pendam rasa sorang-sorang kan, kena lah share. Walaupun mungkin tiada makhluk akan membaca tulisan aku ni, tapi sekurang-kurangnya bila aku dah curahkan segala-gala kat sini, mungkin aku akan menjadi manusia yang lebih baik. Kot. Boleh ke dengan luah rasa jadi insan lebih baik? Mungkin la, kan? Alah macam kalo korang syok kat sorang awek, mana boleh simpan sorang-sorang kan? Mesti rasa gatal nak bagitahu dunia, tak pun that so called BFF's yang last2 pegi hebohkan dekat satu kelas sampai korang lak dapat malu (hampeh member ini macam), atau paling koman pun korang conteng pakai jari (pakai pen takut kantoi) kat dinding memane, buku teks ke, meja kuliah ke, dan mungkin kalau ade diari, dalam diari la kan? Selagi mana rasa tu tak lepas, selagi tu lah korang tak betul. Jiwa kacau. Kan?

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang pernah mengikuti blog lama aku, mungkin korang akan mendapati perubahan nada bicara dan isi kandungan dalam blog aku ni, berbanding dengan blog lama aku. Memang. Aku sudah berubah. Aku tidak lagi seperti dulu. Blog aku yang lama adalah versi aku yang lebih sopan dan baik (lebih soleh barangkali). Tapi kini aku tidak begitu lagi. Bukan aku menghina atau mengecilkan diri aku yang dulu, bahkan aku mengakui bahawa aku yang dulu adalah jauh lebih baik daripada aku yang kini. Kalau boleh, aku nak menjadi seperti aku yang dulu. Ketahuilah, saat-saat bersama kalian adalah saat yang paling indah sepanjang hayat aku (setakat 21 tahun aku hidup ni la, nanti masa depan siapa tahu, kan?), sebab itulah saat di mana aku boleh bangga kerana aku adalah aku, walaupun aku hanyalah – korang tahu - AKU.

Tapi kini aku berubah menjadi lebih buruk. Korang pun tahu. Aku pun mengaku. Cuma aku tak tahu di mana silapnya. Di mana puncanya. Jadi jika kamu masih menganggap aku teman seperjuangan, maka rapatilah tulisan-tulisan aku ini. Fahamilah aku. Semoga kamu dapat menolong aku untuk kembali menjadi aku yang dulu. Atau lebih baik dari itu. Janganlah sekadar mengeluh, memperkecilkan aku kerana aku sudah tidak bersama korang lagi. Ini kan tanggung jawab korang.

Jadi, pada sesiapa yang pernah membaca blog lama aku, yang mana isi kandungannya adalah tanpa fokus dan merapu, jangan khuatir sebab aku berjanji bahawa kali ini aku akan lebih fokus, fokus untuk terus merapu. Hoa3….



Sekian untuk seketika. Salam.



p/s: Aku juga akan memuatkan lebih banyak gambar lukisan aku sendiri dalam blog ini. Macam gambar kat pembukaan entri ini, aku lukis sendiri pakai MS Paint. (MS Paint? Whoohooo, aku memang cool~ :))

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails