Tuesday, June 29, 2010

Aku dah Letak ShoutMix! Marilah Berjalan ke Blog Aku

Salam. Semalam aku tidor awal, jam 10 lebih, dan kemudian bangun balik jam 2 pagi untuk Qiyamullail menonton perlawanan bola antara Brazil menentang Chile (nasib baik Brazil cemerlang. Klik sini untuk baca ulasan aku) Belanda aku tak tengok, sori, sebab aku takut tak cukup tido, kerana aku adalah jenis manusia yang tak boleh tidor di waktu siang, walopun tak tido sepanjang malam. (Ada ciri-ciri suami mithali kan? hoho)

OK sepertimana tajuk kat atas, aku dah letak widget shoutmix kat sayap kanan blog aku ni. Sebelum ni aku tak letak sebab berdasarkan pengalaman semasa aku menulis di blog lama dulu, kotak dialog itu sering di-spam, dan aku tak suka kena spam. 

Lagi satu, aku sebenarnya lagi suka kalo orang komen terus kat post aku. Sebelum ni, ramai member-member aku (blog lama la) yang komen post aku dekat shoutbox nih, akibatnya bahagian komen kat entri aku jadi kosong, which is nampak tak best. Lagi satu, komen kat shoutbox ni sentiasa bergerak, so kadang-kadang ada komen best2 tak mampu bertahan lama. Nak trace balik satu-satu, banyak lak keje aku kan?

So, kenapa tetiba aku letak balik? 


Hoho, bagi blogger tegar, mereka akan tahu bahawa shoutbox itu merupakan satu widget yang amat penting untuk menaikkan kadar lalu lintas di blog mereka. Aku baru tahu semalam. Ada satu budaya dalam alam blog ini, iaitu "blogwalking".

Seperti dalam dunia sebenar, anggapkan blog ini rumah anda. Maka anda selaku tuan rumah hendaklah menjadi seorang makhluk yang peramah, dengan sentiasa ziarah-menziarahi teman-teman blogger yang lain. Janganlah bermimpi hanya dengan menulis post yang gempak sahaja akan terus menarik minat orang untuk melawati blog anda, anda yang kena pergi jalan-jalan dulu.

So, pabila anda pergi berjalan-jalan ke blog orang lain, jangan lah sombong. Tegur-tegurlah mereka, sama ada dengan cara anda komen di post terbaru mereka, ataupun tinggalkan sepatah dua kata di ruangan shout-box mereka.  Jangan lupa tinggalkan link anda sekali.

Jika tuan punya blog yang anda kunjungi itu tahu akan kepentingan membalas kembali lawatan anda, maka dia pasti akan klik ke link yang anda tinggalkan, dan akan ushar-ushar lah blog anda. Biasanya blogger profesional akan buat hal ini. Hanya blogger baru belajar je yang akan syok sendiri untuk tidak membuat lawatan balik kepada pelawatnya.

So, wal hasil balik asal, maka korang dan tuan punya blog itu akan sama-sama mendapat trafik ke blog masing-masing. 

Penting ke trafik tu? Weh, korang tulis blog memang lah sebab nak poyo-poyo dan nak suruh orang bace kan? (kecuali blog korang tu blog secret). Bile ramei pembaca, maka dapatlah korang menjana motivasi diri untuk terus menulis dan melabon lagi. So, pastikan entri korang tu menariklah jugak untuk dibace, barulah bile orang melawat blog anda, diorang akan tertarik dan mana tahu menjadi pembaca setia merangkap peminat korang kan? Ye, peminat. Peh, macam artis lak.

Lagi satu, blogwalking jugak merupakan aktiviti yang akan menyihatkan tubuh badan korang, sebab dengan berjalan, korang akan menggerakkan otot-otot tubuh badan....eh haha...bukanlah, sihat jari ye la kot, Tubuh badan? Makin boroi kot sebab duk melepak depan komputer jek.

Ala, biler blogwalking nih, dapat la kenal-kenal orang baru. Dapat kawan baru. Kenalan baru. Awek dan bini baru. Jangan la sempitkan networking korang hanya untuk kawan-kawan korang jek. Tak rugi bah kenal ramei orang ni kan?

Kesimpulannya, aku sendiri pon dah ada shot-box. Dan aku telahpun menyenaraikan berpuluh-puluh blog untuk aku serang hari ni. Jaga-jaga korang! YEAH! Tapi sebelum tu, aku nak tidoq dulu, menunjukkan bahawa semalam aku menyaksikan kemenangan bergaya Brazil. Bahah! 






p/s: Eh tadi cakap tak leh tidoq siang?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails