Wednesday, June 30, 2010

Adik Aku Sakit, Doakan Dia, Semua?

Salam. Hanya update ringkas. Adik aku, Alim Ibrahim yang berumur 7 tahun batuk-batuk sejak semalam dan muntah-muntah teruk, mungkin hampir 10 kali!


Dia memang mengidap penyakit "Nephrotic Syndrome" (Korang Google lah sendiri OK), dan pernah dimasukkan ke wad, hujung tahun lepas. Penyakit ni berkaitan dengan masalah pada buah pinggang, dan akibatnya setiap hari selepas keluar wad hari tu, adik aku kena check kencing dia untuk menyukat kuantiti protein dalam kencing, kalau aku tak silap (tiap-tiap hari ye tadah kencing dan buat test macam check sifat suatu bahan pakai kertas pH dalam kelas Sains).


Indikator ye, kencing adik aku kena berada pada tahap bawah 1 atau negatif, maknanya dia normal. Tapi sejak semalam, sukatan kencing dia dah mencecah +4! Dan doktor memang pesan hari tu, kalau 2 hari berturut-turut di atas paras 1, maka kena bawa pergi ke hospital, dengan segera!


So, sekarang (9:38 am) aku sedang menunggu ayah aku (beliau pemandu teksi, sedang kerja kini) untuk membawa adik aku ke hospital. Kalau betul dia teruk, besar kemungkinan akan ditahan dalam wad. Dan kalau ya, aku akan bergilir-gilir dengan mak aku melepak di hospital menjaga dia. Mak aku ialah seorang baby-sitter, so siang hari dia kena berada di rumah menjaga 3 kanak-kanak riang plus sorang adik bongsu aku. Mungkin aku akan menjaga adik aku pada waktu siang, dan malam mak aku akan take over.


Harap-harap tiada apa yang buruk jadi.


Doakan adik aku semua, OK? Bukan hanya dengan menaip di ruangan komen, tapi aku benar-benar harap korang boleh betul-betul tadah tangan berdoa, "Selamatkan dan sihatkanlah adik aku, Alim Ibrahim Abdul Malek"




Terima kasih semua.




-Be strong, Alim!

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hey dude, hope your brother gets well soon. My prayers to him.

    ReplyDelete
  3. ya allah
    semoga takde pape yg buruk jadi pada adik awk
    amin

    ReplyDelete
  4. ak doakan yg terbaek utk adek mg abu

    ReplyDelete
  5. semoga adik kamu semoga cepat sembuh. :)
    jangan lah bersedih. yakin dengan pertolongan allah. bermohonlah sentiasa kepadanya agar semua pulih seperti biasa.
    insya'allah. allah amat sayang akan mereka yang bersabar. ujian yang dihadapi adikmu akan membuatkan darjat adikmu diangkat lebih tinggi. :)

    ReplyDelete
  6. semoga adik awak cpt sembuh.. :)

    ReplyDelete
  7. sbr yer
    sme2 kte doakan supaya adk awk selamat

    ReplyDelete
  8. I pray ur adik get well soon.sory to hear beliau da mslh buah pinggang.i tau penyakit tu.terus tabah!

    ReplyDelete
  9. Semoga adikku Alim Ibrahim Abdul Malek mendapat kekuatan dan kesihatan, InsyaAllah. Kepada NYA jua kita berserah kerana DIA sememangnya amat berkuasa di atas segala-galanya.

    Amin.

    ReplyDelete
  10. THANKS SEMUA ATAS SOKONGAN DAN DOA~ SEMOGA DIRAHMATI SELALU~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails