Thursday, June 17, 2010

#6: Skil Memori (dan Mengorat Perempuan)


Salam'alayk.

Hari ni aku mahu bicara soal memori. Oh bukan berkaitan memori silam aku yang jiwa-jiwa. Ini adalah tentang memori. Ingatan.

Sekuat manakah memori korang?

Adekah korang ingat setiap perkara yang berlaku dalam hidup korang?

OK mungkin itu tak penting untuk diingat, bagaimana pula dengan ingatan korang pabila meng-ulang kaji pelajaran untuk exam?

Apekah segale ape yang korang bace itu mampu untuk dicurahkan apabila sudah berada di medan pertempuran?

Adekah korang masih ingat segala apa yang telah korang belajar selama 11 tahun masa sekolah dulu?

Ataupun sudah terbakar bersama-sama dengan kertas SPM korang?

Peh banyak lak aku tanya soalan, macam la korang nak jawab kan?

Well, aku tak tahu korang, tapi aku punya memori tak mampu bertahan lama. Selain teknik asas membaca dan mengira, aku rasa aku dah tak ingat dah apa yang aku belajar masa sekolah dulu. Hoho tipulah, manade hilang semua, tapi most of them dah tak perfect dah. Segala details kecik-kecik yang dulu aku faham dan ingat untuk exam dah tak taw pegi mane dah.

So, hal ini membuatkan aku berkata kepada diri sendiri, "What the hell? Aku belajar selama ni hanya semata-mata untuk exam, kemudian lupa?" Aku tak tahu korang, tapi aku rasa ini tidak kool. Aku dah menghabiskan masa kanak-kanak dan remaja aku dengan penuh gigih dan tabah semata-mata untuk lupa itu semua? (pesal aku menulis ni banyak tanda soal kan? bosan tol. haih)

Kemudian, aku pun mula mencari-cari tips-tips menguatkan memori. Daripada memakan kismis 7 butir sehari, menjaga pandangan mata, mengelakkan "self-masturbation" (ini dosa, jangan buat OK), doa-doa penerang hati, dan segala macam lagi lah, yang aku pun dah lupa nak list-kan sebab banyak sangat. Hoho, betapa teruknya memori aku, cara-cara menguatkan memori pun aku tak ingat.


Sampailah suatu hari aku ditakdirkan berkenalan dengan Tony Buzan. Siapa dia? Sila Google. Aku berkenalan dengan Tony Buzan dalam buku teks MUET aku masa kat PASUM. Kemudian untuk seketika aku menjadi peminat kepada beliau, dan berbondong-bondong buku beliau aku borong.Mula-mula aku pinjam kat library UM, buat harte sampai kena denda, bila dah dapat biasiswa, aku pun beli sendiri. Banyak judul buku beliau yang ada dalam koleksi aku, antaranya "Use Your Memory", "Use Your Head", "Master Your Memory", "Speed Reading", "Ultimate Guide Book of Mind-Map", "Head First" dan ada lagi lah 2, 3 judul memenuhi rak kat bilik aku ni. Berdasarkan tajuk-tajuk buku ni pun korang dapat taw, bahawasanya Tony Buzan menulis buku tentang teknik-teknik belajar. Atau lebih tepat, teknik-teknik betul macam mana nak pakai otak.

Buku dia senang cakap memang praktikal ah. Senang nak faham, dan mudah nak praktis. Kalau korang benar-benar rajin untuk meng-amalkannya dalam kehidupan korang, aku rasa korang akan jadi "Student-Power" kot, segala jenis macam benda korang leh faham, hafal, then ingat untuk jangka masa yang panjang, atau mungkin selama-lama-lama-lama-nya. Boleh jadi ensiklopedia bergerak kot.

Tapi aku dah ada semua buku dia, tapi kenapa aku masih hampeh dan tak cemerlang, bah kan bakal kena reject Universiti? Hoho, satu je jawapan. Aku MALAS.

Damn.

Ok. Berhenti berkisah pasal aku, kembali kepada topik kite.

Ape yang aku nak share sebenarnya adelah teknik asas untuk meng-ingat sesuatu. Kirenye ini adelah basic lah. Tony Buzan pun ajar yang ni dulu pada peringkat permulaan.

Sebelum aku bermula, ingat kata kunci aku ni, IMAGINASI~

Hoh, ape yg korang perlukan adelah imaginasi, yang giler-giler punye. Makin giler makin bagus.

Baiklah, masuk ke topik. Ini serius. Tukar ke mood serius sumer.

OK ape yang aku nak ajar hari ni (peh ajar, cam cikgu lak), adelah trick memori yang korang boleh gunakan untuk hafal sekurang-kurangnya 20 senarai barang. Ape-ape jenis barang lah, nama orang pon boleh, mungkin benda-benda abstrak cam emosi pon boleh. Bukan setakat hafal ikut susunan jek, nak sebut dari susunan terbalik pon boleh, randomly pon boleh, ataupun kalo orang tanya, sebut nombor je korang tau ape benda tuh, sebut benda tu jer korang tau objek tu duk kat nombor mana.

Ok, trick ni tersangat basic, nak guna untuk hafal silibus satu sem konfem ah tak dapat, tapi ini adelah asas cammane nak gunakan memori dengan care yang betol. Bile kah trick yang ni praktikal? OK disebabkan trick ini hanyalah untuk short-term memory je, maka antara situasi sesuai ialah

1. bila mak or bini korang (kelak) pesan suh korang beli barang banyak-banyak. Ramai orang konon-konon buat list atas ketas, tapi last2 ngan list uh lupe tak ingat mane letak. Hoho.

2. untuk mengurat! Hoho. Benda ni macam magik la, tapi magician buat trick pakai objek, korang buat pakai memori. So, kalo terer, cube show-off kat sape-sape je di jalanan, atas LRT ke, stesen bas ke. Bukan nak nunjuk, tapi nak training di samping untuk melatih PR kite, kan? Dan untuk lebih men-teruja-kan korang, aku pernah guna trick ni untuk berkenalan, mendapatkan nombor telefon, dan membuat temu janji ke-2 a.k.a dating dengan sorang awek yang aku jumpe di stesen bas menggunakan trick ini. Hoho. Ini serius, tak tipu. Well, ini zaman aku nakal-nakal dulu ah, skang tak buat dah.

Teknik ini terbahagi kepada 2 jenis, iaitu

1) Number-Shape System (Sistem Bentuk Nombor)
2) Number-Rhyme System (Sistem Bunyi Nombor)

Apekah binatang ini? OK meh aku citer. Konsepnye mudah. Setiap angka asas iaitu satu sampai sepuluh (1-10), korang wakilkan untuk satu benda yang lain berdasarkan bentuk dan bunyi mereka.

Aku mula-kan dengan Number-Shape System dulu lah. Contoh nombor 1. Berdasarkan bentuknya, apekah benda yang bentuknya sama dengan nombor 1? Banyak kan, macam pensel, lilin, berus lukisan, straw, tongkat, dan macam-macam lagi lah. So, ambil satu je la objek. Syaratnya, objek yang korang pilih tu sesuai untuk korang, maksudnya korang senang nak ingat lah.

OK kat sini aku senaraikan contoh-contoh yang mungkin sesuai untuk korang cuba
2-swan, angsa, itik
3-telinga tikus, "heart"
4-Kapal layar, kerusi
5-cangkuk, mata kail, orang gemok, pompuan mengandung
6-buah ceri, kayu golf
7-boomerang, kayu pancing
8-jam pasir, body awek solid :)
9-berudu, sperm,
10-bola besbal dan kayu pemukulnya.


So, ape yang perlu korang buat skang, ambik satu kertas, buat senarai nombor 1 hingga 10 dengan meninggalkan satu ruang kosong kat sebelah nombor tu untuk korang lukis imej-imej yang korang dah pilih. Takpe kalo tak padai melukis cam aku pon, masa ni la nak belaja kan?
Kalo boleh mase nak pilih imej ni tak yah lama-lama sangat, 5-10 minit je. Tak yah pikir panjang, ape yang terlintas, korang pilih jek. Pastu lukis sehabis mampu.

Langkah seterusnya ialah, korang kena register kan benda ni dalam kepala korang. OK, ambil masa lebih kurang 5-10 minit, tengok satu-satu kat list korang uh. Contoh tengok nombor 1, katakan korang pilih lilin. Sekarang bayangkan lilin tu kat dalam kepala korang. Main-main dengan imej yang tergambar uh, korang besarkan lilin tu, sebesar bangunan, kecilkan, hilangkan api ye, hidupkan balik, pusing-pusing 360 darjah, pastu korang pegang lilin tu, rasa panas api ye, rasa tanga korang melekit kena lilin uh, pastu bau asap lilin tuh. Bayangkan ini semua. Biar solid dalam ingatan.

Dah? Camtu bergerak kepada nombor seterusnya, sehingga selesai 10 nombor.

Dah setel?

OK tahniah, korang baru saje selesai meng-install "number shape system" ke dalam kepala otak anda, dan sekarang anda mampu untuk hafal 10 objek, aku jamin.

Meh kite cube kalo tak caye. Sekarang aku akan bagi korang list 10 barang untuk korang cuba hafal.

1-mesin basuh
2-berus jamban
3-tom yam
4-pensil case
5-water color
6-buku latihan
7-lesung batu
8-belacan
9-helmet
10-high heels (list ni aku copy daripade list yg kawan aku buat bile nak show-off kat die)

So, ape yang perlu korang buat ialah dengan "menyangkutkan" barang-barang yang diberi untuk dihafal ni dengan imej yang korang dah set untuk korang punye "Number-shape system" tadi. Imej-imej yang korang set untuk "Number-shape system" ni fungsinya macam hanger, pastu objek-objek yang diberi untuk korang hafal ni macam baju. Maksudnya, korang akan sentiasa menggunakan hanger yang sama, tapi baju yang korag sangkut tu korang boleh tukar-tukar. Ade faham?




OK memule aku demo dulu la.





1. Mesin basuh - cammane korang nak "sangkut" mesin basuh ni dekat nombor 1(imej:pensil)?Masa ni lah gune imaginasi korang uh. Bayangkan korang mempunyai sebatang pensil sebesar kayu balak, kemudian korang nak asah pensil yang besar tuh dengan memasukkan kepalanya ke dalam mesin basuh yang sedang berputar laju. Pastikan korang bayangkan sambil dapat merasai keberatan pensil gergasi yang korang pikul tuh, kemudian bile korang masukkan dalam mesin basuh, korang terasa gegarannya, dan bunyi bising yang dikeluarkan. Dah ingat?

2.(imej 2: itik)-objek untuk dihafal-berus jamban.
Bayangkan korang sedang memberus jamban menggunakan seekor itik. Korang ikat itik tu, korang pegang kat kaki ye, then korang sumbat ke dalam lubang jamban yang penuh kotoran. (Yucks, aku tahu ia kotor.)



3-(imej 3: telinga tikus) - tom yam.
Korang sedang makan tomyam yang panas beasap, berbau enak, pedas, sehinggalah korang nampak ada tikus bunting hitam berbulu lebat ngah berenang dalam tu. Ouch!

4(imej 4: kapal layar) - pensil case
Bayangkan korang tengah belayar di lautan bergelora dengan taufan dan ribut besar, guruh kilat segala, dengan menaiki kapal yang diperbuat daripada pensil-case korang yang bersaiz gergasi. Dalam tu ade pensil gergasi, pemadam gergasi, pembaris gergasi, ape-ape je lah yang jatuh menimpa korang sebab keadaan bergelora.

huh malas lak nak buat contoh semua. Aku skip ah. Pekate nombor 8?

8.(imej- jam pasir) - belacan
bayangkan korang ade jam pasir, tapi kat dalam tu bukan pasir, tapi sambal belacan yang cair sedang meleleh jatuh dari tingkat atas ke tingkat bawah jam pasir uh..bayangkan betapa merah dan pekatnya belacan uh...juga bau nya yang best~huhuhu~~~

9 (imej -sperm) -helmet
er...korang bayang sendiri ah. :)

10 - (imej-besbal dan bola) - high heels
bayangkan anda menonton permainan baseball, dan pemain itu telah berjaya memukul bola. Tapi bila berlari dia lambat dan macam pondan, rupa-rupanya sebab dia pakai kaut tumit tinggi.

Nombor-nombor yang aku tak sebut tu aku tinggal kat korang ah suh buat sendiri, kalo rajin la. Wei mesti rajin, jangan malas!

So, cammaner? Dah bole hafal 10 benda? Sekarang try suh member korang test korang. Hebat tak korang? Hohoho.

Sekarang korang dah mampu untuk hafal 10 benda, nak tambah lagi? OK gunekan sistem ke-2 iaitu Number-Rhyme System.

Konsep ye same gak, korang gantikan nombor-nombor, 1-10 dengan suatu imej, cuma kali ini berpandukan bunyi nombor tersebut.

Contoh aku bagi.

Nombor 1 - pakai bunyi nombor 1 -"one"- iaitu "wan". So apekah benda yang sebutannya iras-iras dengan 'wan'? Banyak je, antaranya - bun, sun, nun, hun.

contoh lain,

bunyi nombor 2 - two - too = shoe ,loo, crew
3 (Three) - tree, sea, free, flea
4 (four) - door, floor
5 (five) -hive, drive
6 (six) - stick, lick
7(seven)-heaven, Devon
8(eight) -skate, gate, bait
9(nine) - wine,line,
10(ten) - hen, pen, men

macam biasa, senaraikan, pilih satu objek, lukis dan registerkan dalam kepala otak anda. Kalau dah siap, anda dah mampu hafal 20 objek. Cammane care-nye?

Katekan anda diberi list terdiri daripada 20 barang untuk dihafal. Untuk 10 nombor pertama, korang leh guna "Number-shape system" untuk hafal, dan 10 nombor kedua, gunakan "Number Rhyme system" plak. Maksudnya, untuk nombor 11, guna objek yang mewakili bunyi nombor 1 sebagai "hanger", dan begitulah seterusnya....

So, sekarang korang dah leh hafal minimum 20. Cammane kalo nak tambah lagi? Boleh jer. Tu contoh aku bagi dalam tulisan nombor standard dan sebutan BI. Korang mungkin leh reka system berdasarkan bentuk tulisan nombor daripada jawi ke, ataupun mungkin korang pandai tulisan cina atau india? Go on. Same gak ngan bunyi. Aku pakai BI sebab aku bace buku lam BI, tapi korang leh cuba sebutan BM nyer, macam "satu", mungkin leh gune imej "batu", atau Arab-nyer kalo korang terer, atau cina atau siam atau india atau papejer lah bahase ibunda korang.

Terpulang kepada kreativiti korang. So sekarang untuk menajamkan skil korang, aku serahkan kepada korang untuk praktis sendiri. Bole buat adik ko tekejut, atau awek ko kagum, tau mak ayah ko berbangga, tau sape-sape je lah ko nak show-off.

Yang penting, praktis. Pastu boleh la ko cuba-cuba ngorat orang lak. hao3...

That's all untuk kali ni, memang panjang, sebab aku tak taw cammane nak pendekkan. Tapi berbaloi ar dibache. So, selamat menchoba!

See ya, salam.


p/s: ini malam aku balik kampung ke Kelantan, naik keta api. Doakan aku selamat pegi dan kembali. Doakan jugak aku enjoy kat kampong. Yay! Peace~

p/s/s: siler arh komen, at least aku motivated gak nak update blog..hao3...

p/s/s/s: tajuk mengorat pompuan hanya provokasi, supaya korang bace, tapi yang citer aku dapat kenal ngan pompuan tu betol taw. tak tipu :)

6 comments:

  1. ape yg impressive wahai sahabat? dapat mengorat perempuan? hao3...

    ReplyDelete
  2. jap... aku x paham... bagaimana skil ni boleh digunakan utk mengorat?

    tambah2 bila ko guna buat mengorat di bus stop? hahaha... macam jual ubat...

    ReplyDelete
  3. tu lar mung, x rajin ngejah tino...hahaha...

    pandai2 ar nk bukak citer...

    skil ini boleh digunakan sbg alat untuk menunjukkan nilai kita,

    ade banyak laki, tapi ape yg spesel pasal kita, dan kenapa awek tu perlu pilih kita...hohoho

    xsey aja aku, nati punoh anok orghe...

    ReplyDelete
  4. I'll try it later. when I'm not in the office lols

    ReplyDelete
  5. U READ IT? OWH IM AFRAID IT IS TOOOO LONG~^ ^

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails