Friday, June 25, 2010

#9 : Aku Yang Selesa

Hari ni aku mulakan pagi dengan merayau-rayau dalam dunia atas garisan, mencari-cari bahan santapan minda. Sarapan lewat, bagi otak makan dulu. Log masuk Facebook, nama aku di-tag oleh seorang teman, membawa aku ke blog Saifulislam.com.

Peh, macam terkena ketukkan paku buah keras. (Betul ke bahase aku ni? sengihnampakgigi)

Ustaz Hasrizal berkisah tentang perkahwinan dan tanggung jawab. Dan bagaimana manusia yang terperangkap dalam zon selesa, akan rela untuk terus susah, daripada berubah.

Sedikit quote:

"...Lelaki itu kelihatannya selesa dengan keadaan dirinya yang miskin. Benar sekali dalam hidup ini, ada yang lebih susah daripada susah, iaitu BERUBAH. Sehingga ada manusia yang lebih rela untuk terus hidup susah berbanding membuat perubahan..."


Haha.

Macam aku lah kot. sedih

Aku sangat selesa, langsung tiada gelisah dalam hidupku. Hakikatnya aku tiada apa-apa dalam hidup yang boleh dibangga. Lebih menakutkan, aku tiada cita-cita. Tiada wawasan.



Tapi aku tetap selesa.



Dan terus kekal selesa.




p/s: itulah sebabnya aku menulis. Tolong aku, ok?

p/p/s: artikel penuh blog saifulislam.com ini boleh anda baca di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails