Sunday, June 27, 2010

#10 : Tak Payah Kutuk RTM Lagi, Tonton World Cup Live Secara Online

Sempena musim bola FIFA World Cup 2010 ini, aku telah banyak kali dikecewakan oleh RTM. Selaku penyiar utama siaran Piala Dunia 2010 secara percuma, RTM dengan penuh selamba hanya memilih separuh daripada keseluruhan perlawanan.

Dah la semasa peringkat awal lagi, aku sudah menyampah dengan segala promo yang disediakan oleh RTM. Kononnya untuk memeriahkan Piala Dunia 2010, tapi bagi aku, semuanya macam poyo, dan langsung tak remaja, beb. Dengan slogan 1bola1dunia yang diinspirasikan daripada ayat keramat Najib 1 Malaysia, iklan seperti A to Z football, serta beberapa game-show yang sangat freak dan membuatkan aku bertambah meluat menonton.

Aku rasa RTM dah tua. Mereka cuba membuat pembaharuan, tapi hasilnya - nampak POYO.

(Woooooohhhhh Germany 2-0 England)

Haha maaf ada selingan. Sebenarnya aku sedang menaip sambil menonton perlawanan antara German melawan England secara online nih.

Ya, lupakan pasal RTM. Kini aku sudah mampu untuk mengurangkan dosa-dosa aku mengutuk RTM kerana kelemahan mereka menjadi penyiar utama Piala Dunia di Malaysia.

Seperti aku katakan di atas, tonton secara online. OK lah, gambar ye takde lah lawa sangat, standard korang tengok video youtube la kot. Dan kadang-kadang sangkut jugak, tapi kadang-kadang lar. Aku pakai Celcom Broadband dapat tengok lancar je. (kadang-kadang ler sangkut ok)

Tapi ok la. Sekurang-kurangnya aku tidak lagi bangun pagi membuka youtube untuk menonton highlight setiap perlawanan.

(update: Germany 2-1 England - terer gak ko kejar kan?)

(Baboon Lampard nyaris-nyaris gol, eh dah gol la baboon referee)

Haha sambung menulis. Kena cepat, game best, aku nak usya.
Caranya, layari laman web di bawah.

http://iraqgoals.net/

OK, selamat. Nak tengok bola pulok~

2 comments:

  1. i really want them to be kicked out, but not with that referee misjudgement. That incident give them some excuse to blame. I want them to look like a total loser. Haha~

    Vamos vamos, argentina is the best!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails