Monday, June 14, 2010

#2: Minat 1 - Melukis dan Lukisan


Fuh, blog ini baru je aku create pagi tadi, tapi sekarang idea untuk tulis post baru mencurah-curah ke ladang gandum. Serius, melimpah ruah! Ah, cepat ambil pen dan kertas, aku mau catat, aku taknak modal-modal insan, eh, modal esei aku hilang begitu saja~

(perenggan di atas hanya iklan semata-mata, sekarang sila nikmati entri ke-2 aku. Yosh!!)


Aku adalah lelaki yang mempunyai 1001 minat, tapi aku tiada satu pun bakat. Er, sebenarnya ada bakat, mungkin lebih tepat jika aku bilang aku ini tiada kepakaran kot. Kenapa aku cakap begitu? Nanti-nantilah aku cerita, sebab cerita pasal tu perlukan aku ber-mood mellow slow slow, sedangkan sekarang aku tengah membara sebab excited nak show-off bakat aku ni. Yok!!

OK. Aku minat melukis.

Dan aku pandai melukis.

Bolehlah. Nak kata super-terer tu tak lah, tapi kirenye kalau aku melukis tu, orang boleh kenal la ape yang aku lukis. Dan kadang-kadang orang jugak akan kate kat aku, "Wah, comelnyeeee" (lukisan okeh, aku tak kata aku comel)

Aku mule melukis sejak kecil, umor berape aku tak ingat, 5 atau 6 tahun kot. Mungkin awal lagi, tapi setakat memori aku mampu ingat, seawal itulah. Aku ingat dulu mak aku yang ajar aku dan adik dan abang aku melukis. Masa tu kami ade 3 orang je, hero-hero belake, so berkongsi minat yang same la kunun. Tapi ternyata berbanding abang dan adik aku, aku paling terer huah3...

Kemudian berdasarkan memori aku lagi, ketika umor aku sekitar 8 tahun begitu, aku telah diperkenalkan dengan komik "Dragon Ball'...Yeah, mase tu sape tak kenal Son Goku dan Kame Hame Ha beliau? Ketika itu, Naruto dan Rasengan masih berada dalam imaginasi Masashi Kishimoto lagi, sedangkan Akira Toriyama sudah menggegar dunia dengan komik penuh aksi super-hero gagah menentang kejahatan. Memang idola aku ah! Komik "Dragon Ball" merupakan satu-satunya komik yang aku minat sampai aku tahu segala isi kandungan dengan hanya menyebut jilid buku.

Tak pecaye? Meh aku wat demo sikit.

Jilid 17: Goku tag team ngan ex-enemy ye, Pikor untuk lawan abang Goku, Radietz. Goku mati. Nama sebenar Goku, Kakaroct.

Jilid 27: 1st time Goku jadi super-saiya, lepas BFF ye Kurin mati kena letup ngan Fliza. (ni buku 1st DB yg aku beli, masa tu 8 tahun, hao3...)

Jilid 29: Lawan cyborg gemok dan Dr.Gero (x ingat nombor2 cyborg mereka, 19 dan 20 kot), Goku sakit jantung.

43: End of DB, lawan Majin Buu kecik, Goku guna bola jiwa 1dunia(ini bukan iklan bola RTM OK), dan Mr. Satan menjadi hero menyelamatkan Bezita.

Hoho dah dah ar. Macam kanak-kanak pulak aku. Aku bukan nak berkisah pasal DB, tapi aku nak citernye mase aku memule dapat komik DB tuh, terus aku terjatuh hati dengan stail lukisan jepon a.k.a manga. So, style ala manga DB menjadi ikutan aku seketika, pada ketika itu aku sering melukis karekter bermuka garang dan berbadan tegap.

Kemudian dalam pertengahan darjah 3, ada sahabat sekaki komik memperkenalkan Komik Remaja (KREKO kini), dan pada ketika itu aku mula tertawan kepada style manga yang lebih jambu. Masa tu ade cerite "Super Yoyo" dlm KR, dan memang lukisan jambu abes ah. Aku tergoda, oh!

Kemudian bila aku membesar sikit lagi, aku raser masa tu darjah 5 kot. Sekali lagi sahabat sekaki komik aku tu memperkenalkan aku style lukisan baru. Sebenarnya sahabat aku ni tak reti melukis pon, dia just perkenalkan komik kat aku, then aku ter-inspired. Masa tu dia cakap, ada komik "Johan Bolasepak", abang ye nak jual, 13 jilid, sebijik dia nak tolak RM1 (bisnes budak-budak beb,hoh~). Disebabkan aku pada ketika itu adelah seekor hantu-komik, maka aku tanpa menyesal pulun semua. Yeah!

Mungkin jarang orang baca kot "Johan Bolasepak", kalau yang "OFFSIDE" tu mungkin ramai la baca, sebab siri "OFFSIDE" keluar sedikit lewat di Malaysia, walaupun hakikatnya kat Jepun, "J-Dream" atau "Johan Bolasepak" adalah versi terbaru berbanding "OFFSIDE". Malaysia beb. Lewat dan terbalik.

OK, sedikit pasal JB, dilukis oleh mangaka pompuan (OH!), tapi citer pasal bola. Natsuko Heiuchi, nama mangaka ye. Karekter utama, Akaboshi Taka, budak tak habis sekolah tapi bakat besar giler babi main bola. Nombor jersi ye 0. Citer ye best giler2, bukan sahaja aksi game bola yang lebih realistik daripada "Captain Tsubasa", malah emosi dan feel karakter pon aku mampu rasa, bikin aku terharu beb.

Yang lagi best, citer tu ditulis masa bola sepak Jepun entah ke mana. Tak ada nama pon kat level dunia, mungkin standard Malaysia je. Tapi berdasarkan tajuk ye, J-Dream, mangaka komik tuh brani bikin citer pasal impian pasukan Jepun nak masuk Top 32 World Cup, konon-konon Jepun masa tu super-hebat dah ah, tapi last-last kalah di saat akhir qualification. Wa baca pon sdeyh, tapi sekarang bile tengok Jepun main dalam World Cup, mesti teringat komik ni. Sensei Natsuko, ko dah berjaya sampaikan mesej kepada rakyat Jepon. Tahniah!

Eh ape aku melabon pasal komik ni. OK berbalik kepada melukis. Lepas baca JB, aku dah melekat dengan style Natsuko Heiuchi. Karakter yang still jambu, cuma lagi power la kot. Masa tu semua karakter aku lukis mesti kacak, rambut messy2, dan aku raser style tu masih melekat sampai sekarang.

Dan dulu aku jugak sering melukis komik sendiri, dalam buku latihan lama-lama. Sanggup owh aku padam balik semua buku yang dah penuh dengan kerja-kerja rumah sepanjang tahun, semata-mata nak bikin komik. Hohoho~

Dan apebila aku dah semakin meningkat dewasa, ye sekarang inilah, aku mula memasang cita-cita untuk betul-betul menghasilkan komik sendiri. Yeah, aku nak buat satu cerita yang akan menjadi lagenda dalam sejarah. Meletop kedebam kebaboooomm! Itulah GOLDEN DREAM aku.

Cuma dalam berusaha(aku penah berusaha ke? Tak ah) mencapai impian aku ni, macam biasa, perjuangan aku berhadapan beberapa situasi, antara yang mencabar ialah:

-aku nak style sendiri, tak nak nampak manga sangat, bosan, tapi aku nak sumthing yang dapat reflect bahawa kartun tu aku punya style. Lagipon, sekarang aku dah kurang layan manga kecuali One-Piece, tapi lukisan One-piece tak menarik hati aku walaupun ceritanya very the superbS!!!

So, aku mula kembali kepada Ujang lama-lama mencari Aie, Gayour, Ubi, dan Tembakau. Sekarang merekalah sumber inspirasi aku. Tapi susah nak cari dah sekarang beb. T_T

-aku takde idea nak bikin cerita ape. Aku suke One-Piece, walopun kartun amat tapi banyak falsafah kehidupan dan kebobrokan dunia diperihalkan. Aku jugak ingin begitu. Aku tak nak cerita-cerita khayalan mengarut macam GempakStarz bikin. Aku nak sampaikan sesuatu yang besar kepada dunia (coz i am idealism person), tapi dalam masa yang sama, sebagai komik, haruslah mengarut dan menghiburkan. Ryte? Bukan macam komik sejarah dalam buku rujukan KBSM terbitan Pelangi. That's OMG very very very LOL.

-aku malas! Hohohoho..no more words to say...(this is my biggest problem, myself is lazy giler babon)


So, kini, aku masih menyimpan hasrat itu dalam qalbu aku, tapi tak pasti bila baru aku akan mule. Mungkinkah akan tiba masanya nanti? Bahagian diri aku yang berada di alam imaginasi dan pemikiran amat mengidamkan, namun bahagian diri aku yang fizikal ini malas pulak nak zahirkan. Uh!

I need motivation. Ataupun mungkin hipnosis yang mampu membuatkan aku bergerak tanpa berfikir soal malas dan rehat. Huh.

Till the next post. (aku terpaksa berhenti sebab karangan ini bukan ape yang aku nak share sebenarnya. Tapi idea mencurah-curah tak boleh gua nak lepas. Nanti next post aku akan cerita idea sebenar aku.)

6 comments:

  1. aku rasa ko kena rajin skt, itu je bro !!! hasilnya akan datang

    ReplyDelete
  2. mnde panjang bebeno ni abu?
    haha.
    kcikkan tulisan weh, so xnmpk pjg sgt :P

    ReplyDelete
  3. @faiz: tak, aku kena rajin banyak, pasal skarang aku super-malas-giler-babon...hak3...

    @ima: aku rabon, xleh tulis kecik2...

    ReplyDelete
  4. hahha ingat gak mase kecik2 suke lukis dragon ball, habis buku math ( yng kotak kecik2 )
    Akaboshi Taka ngan sepakan lencong nyer mengalahkan Beckham hahahha
    nice entry
    wat aku teringat zaman2 kegemilangan aku melukis dalam bilik darjah time cikgu xde
    hahhaa

    ReplyDelete
  5. sori bro baru sekarang terbuka blog ni...kalau kt malaysia ni, saya cadangkan bro lukis komik "Johan Badminton" ...lagipun kite pernah pegang piala thomas...hehehee

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails