Monday, June 14, 2010

#3: Minat 1 - Melukis dan Lukisan - part 2




Ini entri ke-3 aku hari ini, pada hari pertama aku ber-blog kembali. Excited sungguh. Hoho. OK, kepada pembaca, terutama Tuan Kurosaki Torres, aku berjanji bahawa post kali ini takkan dipenuhi tulisan-tulisan labonan aku panjang-panjang sudah. Ringkas dan padat! Aku jamin.

Sebelum baca selanjutnya, sila play video di atas terlebih dahulu, dan amaran, bersedia untuk kagum.

Anda sudah cukup kagum? Cukup-cukup-cukup kagum? Heh, jangan lagi. Simpan sedikit kagum anda untuk kandungan penuh entri ini.

Video yang aku share tu merupakan inspirasi pertama untuk aku mencoba melukis dengan menggunakan MS Paint. Dan aku pon coba-coba lah. Hasilnya? Lihatlah sendiri. Sila kagum kerana aku berjaya mencacatkan muka-muka korang. Kah kah kah...




Ini muka samdol, eh, aku daa.. Hoho, memula aku coba-coba muka aku dulu. Ye ar tak terer mane boleh bikin muka orang, nanti kena saman. Hasilnya - aku yang real nampak menonjol kacaknya sebab yang fake punye ni sangat burok. :(




lepas tu aku try muka adek aku lak. Aman. Yang ni lagi kesian, ntah jadi ABUBAKARELLAH mane ntah. LOL. Sori Aman, nanti besa jangan marah abang abu lak. Aman busyuk!



Kemudian bile dah konfiden boleh bikin muka orang, aku pon try wajah coursemate kesayangan ni. Jamil, ko tak cacat, aku yang lukis cacat. (Maksud aku, fizikal ko memang tak cacat. Perangai? Hoho~) Jamil ni terer, tiap-tiap sem dapat DL (Dean List), aku pulak tiap-tiap sem menuju KO (Kick Out, ouch!). Hoho Jamil aku puji ni jangan marah okeh. Sayang Jamil Oh!



Ini Simon (memang la bukan name sebenar, ape daa mane de Melayu nama Simon) ex-skoolmate. Dia nampak aku lukis muka aku sendiri, so dia pon membuat permintaan yang akhirnya dia sendiri berkata "Fakk" bila melihat hasil ini. Hahaha sedeyh aku. Jangan riso, dia tak maksudkan F-word yang itu kan Simon? Kan? Kan?




OK, ini Beeha. Artis indie. Sebenarnya aku tak nak tulis dia ni indie, nanti korang mesti imagine indie tu macam Bunkface, Yuna, Hujan segala tu kan? Tak, tak aku tak maksudkan scene indie begitu, bukan jugak scene budak-budak peminat Indie fesyen rambut sikat rapat ke dahi pakai baju SAYASAYANGMAKSAYA yang pegi shuffle kat BB di hujung minggu. Er, hidup lagi ke shuffle, adek aku dulu selalu gak shuffle, sekarang dah senyap aku tengok.

Eh lari tajuk. Beeha ni indie yang sopan sikit la. Dia bernaung di bawah pertubuhan sifar untung FRINJAN. FRINJAN tu ape lak? Ah, citer banyak makan space nanti. Aku dah janji ringkas dan padat, so korang search je Beeha kat youtube belambak. (Beeha kawan aku dalam FB wooohooo~FB jek giler bangga hoho~)lukisan ni dia yang mintak aku buat. Wo artis mintak? Hahah, tak ah, aku ade janji nak lukis untuk beliau, dan kemudian beliau keep remind me bout it, so, aku bersungguh-sungguh walopun hasilnya kelihatan seperti orang tua. Sori cik Bee.



Ini hasil last aku. Ini adik aku okeh. Tapi langsung tak jadi kah kah kah. Alasan tak jadi? Masa ni aku moody sebab ada awek tak layan aku call n SMS, so aku perabis malam yang imsomnia itu dengan melukis. Bila berseni tanpa hati, inilah jadinya. (Pehh alasan kan?)

Kini, aku dalam projek untuk menyiapkan sebuah potret digital gergasi untuk dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records. Hoho terer tak aku?

Ye lar, aku melawak jer. Sekarang aku tak lukis pape. Letih woo, satu gambar mao makan satu hari. Aku nak ade life gak, nak gak berfoya-foya. Dan aku malas. Hoho. Ade jer permintaan kawan-kawan dan peminat, tapi aku cakap, "Tunggu lah kalo aku ade mood, aku tak leh lukis kalo xde mood."

So, bile aku akan ade mood balek?

Hoho ntah. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin minggu depan, bulan depan tahun depan ataupun jap lagi, sape taw? Aku pon xtaw.

So, sekian sahaja pameran gambar tak jadi untuk kali ini. Lain kali ade exhibition aku jempot korang lagi. Sila datang untuk kutok taw?

See ya.

Till the next post. Chiow.

7 comments:

  1. mantap merosakkan wajah orang. hah3...

    nak jadi spesimen?

    ReplyDelete
  2. hey,,this is cool...
    i hope u can draw me,,,,=)...fuyoo...

    ReplyDelete
  3. hoho? really?
    dun blame me if sumthing bad happen...hoho

    ReplyDelete
  4. pakai MS paint je..
    waahhh teruje beb..
    hahaha
    stakat lukis kotak, bulat2, buleh la

    ReplyDelete
  5. yo brader, cuba ko try windows 7 punye paint. amat senang ah! kalo yg lelama ak pon mmg x reti gak. tp yg 7 amat user and mouse friendly. :D

    ReplyDelete
  6. huhu..
    aku minat MSPaint!

    meh komen lukisan paint aku plak:
    "Perempuan Melayu Terakhir" (mspaint & mouse)
    "Lukisan blom siap" (mspaint & mouse)

    aku mmg tgh cari blog2 melukih nih..
    I follow :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails