Wednesday, June 16, 2010

#4: Pameran Ilusi Hitam Putih



Gambar ini di-inspirasi daripada seorang awek dekat flat tempat aku menetap.

Malam ini aku nekad untuk tidur lewat. Sebab bola. Sementara menanti game yang akan ke udara jam 2.30 pagi nanti, aku nak show-off sikit lagi hasil karya aku yang lepas-lepas.


Sedikit labonan daripada aku sebelum aku teruskan. Aku ada satu kelebihan. Aku cepat belajar. Mungkin ini anugerah yang dikurniakan kepada aku oleh Tuhan. Sekiranya aku minat akan sesuatu itu, walaupun benda baru dalam hidup aku, aku akan senang untuk kuasai benda itu.

Aku juga minat banyak perkara. Maka ada banyak benda yang telah aku pelajari kerana aku minat. Nampak macam aku mempunyai kombinasi sempurna untuk menjadi manusia yang serba boleh kan?

Tapi aku ada satu sikap yang amat membunuh kombinasi sempurna di atas. Aku cepat bosan. Bila aku minat akan sesuatu, minat aku tak akan bertahan lama. Aku akan cepat berpuas hati dengan apa yang aku sudah capai, lalu aku beralih kepada perkara baru (Mungkin sebab inilah aku takde kapel kot, aku tak pandai ber-komitmen, hoho~)

Samalah seperti hobi melukis menggunakan MS Paint. Dulu mula-mula aku memang passion gila, melukis satu hari tak makan tak minum pun aku tak kisah, siap aku pergi stalk Facebook member-member sebab nak cari gambar yang boleh dijadikan bahan eksperimen.

Kemudian, aku malas. Sampai sekarang aku tak melukis dah.

Lukisan-lukisan yang aku tunjuk kat sini adalah hasil karya aku apabila aku sudah bosan dengan potret. Aku mencuba sesuatu yang lebih mudah dan ringkas, dan freestyle. Maka terhasillah kartun-kartun ini.






ini garfield. kucing termalas di dunia.malas? uh~



terlukis pabile mendapat tahu gadis yang aku minat (minat je, takde niat nak ngorat pon) dah berpunye. Ayat ilham daripada komik Kartini karya Tembakau.



ni aku lukis mase aku tengah emo. depress.



diciplak daripada cover demo Beeha, Romantikalasofa.

Kenapa semua hitam putih? Hurm, kan aku dah cakap, aku beralih angin kepada sesuatu yang lebih simple, iaitu melukis dengan tangan percuma - freehand. Lagi satu, aku pandai melukis, tapi amat loser kalau bab mewarna. Masa sekolah dulu, subjek pendidikan seni, aku selalu bangga sebab lakaran lukisan aku atas kertas selalulaya indah dan lawaw, tapi apabila terpaksa diwarna, maka hancus lah lukisan aku. So, hitam putih saje lah. Situlah dapat ilham Ilusi Hitam Putih ni.

So, ape komen?

(Saat ini tiba-tiba kepala pening, tak mampu menulis lagi)

Terpaksa berhenti, sekian.

Salam.

1 comment:

  1. same la..
    minat melukis a.k.a menconteng
    tp masuk bab colouring - budak tadika lagi lawadari aku
    sob..sob..sob

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails