Tuesday, September 7, 2010

Catatan Hujung Ramadhan

Hari ni dah 29 Ramadhan, malam esok tengok anak bulan. Kalau bulan dah keluar anak, maka raya jatuh pada hari khamis, walaupun ikut kalendar hari jumaat.

Aku harap kiraan kalendar tak silap, pasal aku naik bas balik Kelantan pada khamis malam. Oh ya, tiket bas balik mak aku sponsor, nanti nak datang lagi aku lak sponsor.

 

So, dah nak habis Ramadhan, apakah kesan madrasah tarrbiyyah kali ini kepada jiwa aku?

 

 

Hurm…..

 

 

To be honest, ramadhan kali ni aku rasa aku fail, sama macam nasib aku dalam madrasah engineering semester lalu, pointer bawah 2 kot. Hohoho.

Entah, puasa kali ni aku tak rasa apa dowh. Selalu tu ada jugak la rasa syahdu insaf sayu timbul di hati, tapi kali ni zero. Blank.

Serius tak rasa apa.

Puasa, tapi tak rasa hikmah puasa.

Aku semayang terawih pon kepala otak melamon.

Sampai dekat-dekat nak raya pon, ke-teruja-an yang selalunya timbul tatkala mendengar lagu-lagu raya pun entah hilang ke mana. Sebab tu aku macam tak peduli je hari tu, bila dekat-dekat nak raya, aku macam tak kisah, kalo sambut kat KL pun, apa beza? Rasa macam balik kampung pun takde erti. Huhu.

Makin teruk kekosongan jiwa aku ni.

 

 

Tak tahu apa masalah aku. Aku mula-mula rasa macam ni, dalam beberapa bulan lalu. Aku mula perasan yang rasa “teruja”, “minat”, dan pelbagai lagi rasa yang menjadi perencah hidup aku, perlahan-lahan hilang.

Aku mula hilang minat dekat hobi-hobi aku.

Dulu aku minat gila baca manga, beli kreko, layan onemanga dot com, tapi sekarang, bukak cerita onepiece yang pernah jadi inspirasi aku tu pun dah rasa hambar.

Aku minat melukis. Sekarang semua tu aku tolak tepi.

Aku suka buat itu, buat ini, tapi akhirnya aku bosan.

 

 

Hingga akhirnya hari tu aku dilanda depresi dan berjumpa psikiatri pun sebab masalah ni. Bukan sebab aku bermasalah aku tensen. Tapi aku tensen sebab aku rasa aku macam tiada masalah, lalu aku pun menjadi seorang yang mempunyai sifat ignorance yang maha terlampau.

Tak peduli tentang kewajipan aku.

Tu yang jadi assignment satu semester tak siap tu. Pasal aku rasa benda tu bukan satu masalah buat aku. Tak penting.

 

 

Aku dah penah cerita ke pasal ni? Haha. Lantak ah, nak cerita lagi.

 

 

Sekarang, rasa tu kadang-kadang ada, tapi kadang-kadang aku jadi over-hyper-active lak. Tu yang tetiba boleh masuk Malaysiakini tu. Aku terdorong bukan sebab aku mempunyai tahap kesedaran yang tinggi, tapi sebab dorongan emosi.

Tapi kalo rasa yang teruk ini datang, aku rasa macam nak lari je. Nak hilangkan diri, nak delete FB, nak berenti belaja, nak pikul beg, pergi ke tempat yang tiada orang kenal aku.

Serius.

 

 

Huh. Sekarang rasa ni macam ombak. Turun dan naik.

Tu yang buat aku tak dapat nak “feel” kehidupan aku ni.

 

 

Tuhan sedang menguji aku. Aku sedar. Cuma aku tak tahu, sama ada aku ni cukup kuat ataupun rapuh.

 

 

 

Selamat hari raya. Maaf zahir batin, dari batinku yang kosong :D

2 comments:

Related Posts with Thumbnails