Wednesday, September 22, 2010

Jadi kreatif, susah ke?

Itu hari masa aku pergi ke kuliah “Student Power” Fahmi Reza dekat Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall, 16 September 2010, di akhir program si Fahmi ada menimbulkan satu kenyataan, yang mendakwa budak U sekarang ni kurang kreativiti.

Asas kepada statement dia tu adalah kerana antara FAQ (Favourite question) yang sering ditanya oleh bebudak U kepada beliau ialah, “Macam mana nak gerakkan gerakan student biar power meletop kedebam kaboom”, “Macam mana nak buat untuk tarik lebih ramai crowd student untuk bersama kita” , “Macam mana nak tackle bebudak yang tak amik port dengan politik” dan lain lain soalan yang setaraf dengan soalan-soalan itu.

Dan jawapan Fahmi Reza kepada soalan ini seringkali berbunyi, “Korang fikirlah sendiri”

Betullah apa dia jawab tu. Sebab mana ada satu formula-mesti-jadi dalam menghidupkan sesuatu gerakan transformasi-reformasi-revolusi-etc-etc ni. Kalo ader, takder lah UMNO-BN ni duk perintah Malaysia selama 50 tahun tak tergolek-golek.

Setiap tempat, masa dan generasi ada pendekatan sendiri yang berkesan. Ada isu tertentu yang hanya terjadi di suatu tempat itu, yang jika dibawa ke tempat lain, orang takkan amik port langsung.

Tapi masalahnya, bila Fahmi Reza menjawab sedemikian, maka para budak U yang bersemangat waja untuk menghidupkan aktivism di tempat masing-masing jadi blur, tak tahu nak buat ape.

Tu sebab dia tuduh korang tak kreatif.

Tapi aku tak setuju la dengan statement dia tu. Mana mungkin korang tak buat apa kan? Mungkin belum nampak hasil je lagi.

Tapi macam aku dekat UM, mungkin betul gerakan student ni perlukan gaya baru, supaya lebih ramai budak yang akan amik port, dan takkan ada lagi prejudis kepada budak-budak yang nak jadi aktivis ni, serta tiada lagi kekecewaan dalam jiwa para aktivis apabila kerja-kerja yang diorang lakukan semuanya nampak macam syok sendiri.

Macam dekat UM, mungkin agak sedikit tersohor bila kita sembang tentang gerakan student. Tapi hakikatnya, lepas 3 tahun aku duk kat sini, apa yang aku nampak, gaya gerakan diorang statik je. Bahkan bilangan ahli yang menyokong dari tahun ke tahun, aku rasa makin menciput.

Ni aku sebut berdasarkan pengalaman aku dalam PMIUM dan Pro-Mahasiswa UM la, dalam Aspirasi a.k.a GERAK, aku tak sure pasal aku takde dalam tu.

Dalam Pro-M bukan takde budak-budak U yang berkaliber, bila berpidato berdegar-degar, bisa menaikkan semangat kita yang mendengarnya. Tapi mungkin kerana dominasi melampau PMIUM dalam gerakan Pro-M, maka apabila tiap kali mereka buat event, semuanya akan mempunyai gaya-gaya ustaz ustazah. Sopan, skema dan tak remaja langsung.

Come on la, korang sedar tak, bahawasanya keliling korang ni ramai bebudak yang tak amik port pun dengan apa yang korang buat. Bahkan diorang mencemuh dan mencebik bibir setiap kali korang “buat kacau”.

Aku ambik contoh event mingguan korang la, Speakers’ Corner, yang dah sekian lama korang cuba hidupkan balik. Apa korang rasa pasal event korang tu? Kalo ko tanya aku, aku jawab satu je, BOSAN.

Satu masalah utama adalah port yang korang pilih. Tak strategik langsung, PANAS beb, dan kalo korang nak tahu, itu adelah perhentian bas, bebudak yang duk situ bukannya budak yang nak dengar korang melabon, tapi budak yang nak tunggu bas, so bila bas datang, dorang blah la.

Dah la tetiap kali panggil muka sama je (mostly PMIUM punya budak), lepas tu pulak cakap dengan gaya bahasa pidato ahli parlimen mana-mana ntah.

Weyh, jadi la muda sikit. Korang nak ikut stail pakcik makcik kat Dewan Rakyat yang pakai baju batik tu apehal? Macam mana budak-budak nak minat? Dah lah budak-budak U sekarang ni terdedah dengan pelbagai hiburan-hiburan bodoh suapan kapitalis dari luar sana, korang nak lawan dengan cuba menerapkan budaya yang bosan terhadap diorang? For sure korang kalah beb.

Politik baru anak muda mestilah politik yang menghiburkan. Kita taknak jadi poyo dengan buat benda yang kita tak suka. Kita nak enjoy buat apa yang kita suka, dalam masa yang sama, kita nak jugak buktikan bahawa budak U zaman sekarang ni bukannya budak U yang lesu macam kayu sepertimana dituduh oleh beberapa puak terhadap kita.

Apa, nak bincang benda serius mesti kena dengan gaya serius je ke, beb?

Hurm, ni aku melabon ni, nanti mesti akan ada suara-suara yang melawan kembali, dengan mengeluarkan statement, “at least Pro-M dah buat something, ngko buat ape je?”

Oke-lah, sekarang aku nak buat sumthing. Aku nak jual idea.

Pasal Speakers’ Corner la, pasal aku rasa port ni adalah port yang paling strategik untuk menghidupkan kembali budaya budak U yang aktif dalam kampus.

1- masalah tempat, aku cadangkan korang tukar tempat kat bawah pokok sebelah library, depan kedai ayam A1. Sebab kalo korang tengok, tempat tu sekarang dah jadi port lepak untuk budak-budak, dan ramai jugak budak lalu lalang kat situ, mostly masa lunch hour la. Masa tu kat depan tu traffic pejalan kaki amat tinggi, dan itu adalah peluang korang untuk meletakkan umpan. Kat situ pun teduh, kalo orang nak lepak duduk atas tar depan tu pun aku rasa no hal.

Tapi macam mana nak buat speakers’ corner dengan gaya yang menarik?

Itu terpulang dekat korang, tapi kalo ikut aku, korang buatlah ikut gaya yang korang suka. Cara yang korang sendiri enjoy bila korang buat. Be yourself , dudes. Tapi kalo korang rasa korang enjoy dengan menjadi macam robot yang berpidato, terpulang. Itu hak dan gaya korang.

2- Aku rasa perlu di pelbagaikan lagi la corak persembahan korang. Takkan tiap masa nak berpidato saja. Memang la tempat tu dalam bahasa Melayu, maksudnya Sudut Pidato, tapi tak semua mesej hanya boleh disampaikan melalui pidato je kan?

Korang boleh menyanyi, berpuisi, memekik, melolong, melalak, berlakon, berguling, melompat dan segala macam lagi lah cara untuk meluahkan rasa dan ekspresi korang.

Sedangkan masa zaman sudut pidato tahun awal-awal dulu pun, ada sorang budak ni keje dia main harmonika je. Naik pentas sudut pidato tiup harmonika, tak cakap apa pun. Tapi sebab dia dah selalu buat macam tu, last-last bila bertanding untuk pilihan raya UMSU, tak pasal-pasal menang.

Kata nak membudayakan speakers’ corner, so kenalah ada unsur-unsur budaya sikit. Jangan la skeptik sangat terhadap hiburan. Hiburan itu tak semestinya semuanya hedon. Hedon itu bila korang berhibur tanpa makna, tanpa nilai, asyik-asyik nak jiwang leleh je, cerita pasal awek je, pergi mampos la korang nak bercinta, macam la orang lain takde awek.

Budak U sepatutnya menjadi trend-setter, mencetus budaya, bukannya menjadi pengikut kepada budaya yang dicetuskan oleh budak-budak entah memana tak masuk U kat tepi jalan kat luar sana.

Hurm, mungkin ada yang masih tak puas hati kalau aku setakat menjual idea, ape yang aku dah buat?

Okeh, buat pengetahuan korang, aku sekarang pun dah mula mengumpulkan teman-teman seperjuangan, yang aku rasa lebih kool dari ahli Pro-M mahupun GERAK, dan bila tiba masanya kitorang akan menggegar UM.

Buat masa sekarang ni, aktiviti kitorang adalah diskusi sambil minum kopi di sebuah warung. Dan memang kitorang sedang merancang untuk mewarnakan UM dengan budaya gerakan yang lebih kool dan hip. Sebab bagi kitorang, bagi aku, dalam hidup ni, yang penting adalah kita enjoy apa yang kita buat.

Kami non-partisan. Takde affiliate dengan memana parti politik, dalam mahupun luar kampus.

Aku dah bosan tiap-tiap tahun tengok budak GERAK lawan sama budak Pro-M, tapi hakikatnya kedua-dua belah hanyalah boneka kepada tangan-tangan ghaib.

Sebab bagi aku, gerakan budak U ni adalah untuk budak U, pergi mampos la parti-parti politik kat luar sana.

Kita bergerak untuk memajukan diri kita, dan jika ada yang memerlukan, kita akan cuba menolong.

Dan aku juga mengalu-alukan budak-budak UM yang rasa diorang kool, untuk join kitorang.

3, 4 tahun je kat UM beb, jangan biarkan korang menyesal bila hidup korang kat sini takde kenangan kelak.

Dan jawapan kepada persoalan aku kat tajuk entri ni, aku rasa nak jadi kreatif ni senang je, korang buat je sumthing yang korang enjoy. Yang korang suka. Tak payah fikir pasal apa orang kata, buat sehabis baik.

Sebab bila korang buat dari hati, insya Allah ada orang akan tersentuh jiwa mereka.

 

Kita orang muda beb, hidup kena enjoy. Yeah~

 

 

 

p/s: mana budak UM yang kool ni? Angkatlah tangan samdol!

4 comments:

Related Posts with Thumbnails