Sunday, September 26, 2010

FB Membunuh Kemanusiaan Aku

Facebook, perlu ke aku perkenalkan lagi ape binatang ini?

Tak perlu? Bagus.

Aku mula kenal FB dalam tahun 2008 macam tu kot, oleh seorang kawan aku yang belajar kat Kolej Mara Banting. Masa tu aku hanya bermain frenster, tapi sebab pada ketika itu frenster mula dicemari oleh entah haram jadah apa virus (atau malware? sori aku tak terer istilah teknologi ni) yang menyebabkan akaun kita boleh menghantar mesej-mesej tawaran lucah kepada kawan-kawan kita, lalu aku pun try la FB. (sekarang bila aku bukak balik frenster, tengok macam laman kanak-kanak tadika pon ade. dengar citer kompeni Malaysia dah beli. Malaysian~huh)

Dan bila try tu ternyata FB ni memang banyak faedah. Antara yang buat aku kagum dan excited masa memula dulu tu adalah sebab dapat jumpa balik member-member lama, sekolah rendah, sekolah tadika, semua jumpa balik.

Dan yang paling best (serta paling men-dadah-kan) adalah fungsi komen yang update-nya adelah secara live.

Masa memula main tu, memang kalo komen mengkomen ni takkan ingat dunia ah, thread panjang berjela. Beratus-ratus komen merapu untuk satu isu yang kadang-kadang status bangang macam “Eeee, rumet gua kentut tadi” je.

Kemudian fungsi update dan sharing gambar. Yang ni best jugak sebab bagi aku yang takde kamera, dan sebagai seorang insan yang pernah menginsafi keadaan diri yang terlepas peluang untuk meng-arkib-kan perjalanan hidup aku yang pelbagai kaler ni, hanya kerana takde kamera, fungsi sharing gambar ni memang baek-lah untuk aku.

Sejak dari itu, semua aktiviti yang aku join, mesti akan ade bukti.

Dan lagi yang best pasal FB ni, adalah dari segi penyebaran maklumat informasi berita terkini (baca: propaganda) melalui status, sharing link, event, etc etc etc dan banyak lagi lah yang aku rasa kalo aku citer pon, korang semua akan bosan, sebab korang semua dah hadap benda ni hari-hari dah.

Oh, tambah satu lagi, FB ada apps yang jugak bisa membuatkan kita sangkut selama berejam-jam lamanya depan komputer. Memula dulu yang femes, Mafia Wars, kemudian ada soalan kuiz, dari soalan kuiz personaliti kepada kuiz bahasa negeri, lepas tu ada pulak apps tanya pak nujum, lepas tu mainan tanam-tanam macam FarmVille dan mainan masak-masak macam Baking Life dan sebagainya. (kalo aku citer lagi mesti korang bosan, haha)

Ape lagi? Ah, kalo aku citer lagi pon mesti korang bosan. (haha)

Ok, habis mukaddimah dan pengenalan.

Aku tak tahu ape efek FB kepada korang, tapi kepada aku, FB dah jadi macam dadah. Serius. Aku ketagihan FB yang melampau.

Online je, FB. Lepas tu sampai berejam-rejam lamanya. Keja lain, tak jalan. Pernah satu ketika, setiap hari aku bangun akan aku pikirkan, status apekah yang akan aku update untuk FB hari ini. Dan sampai satu ketika juga, asal amik gambar je, akhir ayat akan berbunyi, “Upload FB deh” sambil tersengih-sengih.

Memang aku tak nafikan, FB amat berkesan untuk menghubungkan antara sesama manusia, dan sampai aku pernah terpikir, mungkinkah suatu hari nanti FB ini akan jadi seperti hanset, di mana satu masa dulu memiliki hanset hanyalah trend, kini telah berubah menjadi keperluan, yang kalo takde, hidup akan jadi sedikit (atau banyak) leceh dan jauh ketinggalan.

Tapi di sebalik itu aku jugak merasakan FB ini umpama drakula yang menghisap kemanusiaan aku dengan rakus sekali. Susah nak explain, tapi itu yang aku rasa.

Hidup aku sebagai manusia, lebih banyak dihabiskan di ruang maya, berbanding di alam realiti. Tapi untuk mengatakan aku sesat di alam maya, tak jugak, sebab di alam maya itu, aku berhubung dengan manusia secara realiti.

Bagaimana aku nak terangkan? Sukar weyh.

Macam ni lah, ambik satu contoh. Dalam FB mungkin aku dilihat sangat aktif, ceria, ekstrovert, peramah, periang, mesra, ramai kawan (2000 lebih ooooooooo), tapi apekah hakikatnya aku begitu.

Aku rasa tidak. Aku rasa aku di alam realiti adalah seorang yang tidak pandai berkawan, tidak pandai membuka cerita apabila bersemuka dengan manusia lain (dan aku amat benci hal ini terutama bila berjumpa awek cun)

Tengok. Statement di atas jelas menunjukkan aku ini mengalami inferioriti kompleks.

Itu hanya satu contoh. Tapi banyak lagi hal-hal lain yang aku rasakan, telah mati bila aku hanya tahu main FB. Tapi tak perlulah aku cerita, itu hanya apa yang aku rasa (atau hakikatnya aku tak tahu nak cerita macam mana sebab aku dah jadi makin bodoh, dan aku salahkan FB jugak, atau lebih tepat, diri aku la sebab aku yang addict tu sape suruh)

Uit, sudah makin merapu je aku ni.

Tapi tu lah, sebagai manusia, aku rasa aku perlukan sesuatu yang hidup, real, ada bunyi, bau dan rasa. Boleh disentuh. Boleh dilihat. Dan yang paling mahal aku rasa, adalah emosi yang lahir bila benar-benar bersua muka dengan kawan kita.

Dan juga kesakitan yang mungkin akan kita rasa. Tapi itulah kehidupan. =.=

Bersosial adalah keperluan manusia. Dan aku tak rasa bersosial secara online dapat memenuhi keperluan aku yang satu ini.

FB juga adalah satu medium yang menyebabkan semua manusia telah menelanjangkan hidup mereka. Itu jugak aku rasa, telah membunuh kemanusiaan. FB telah menjadi medan untuk manusia zaman kini merayu-rayu supaya diri mereka difahami, tapi adakah mereka pernah cuba memahami orang?

FB jugak adalah medan untuk manusia berpura-pura. Berlagak pandai kononnya mereka terer dan baca banyak buku, tapi hakikatnya hanya baca muka-buku. Tutuplah FB, baca lagi banyak buku.

Kesimpulannya, FB adalah propaganda yahudi untuk menyesatkan umat Islam.Maka haramkanlah FB dari hidup anda <------ Ignore this craps.keh3.

 

 

 

p/s: Tapi aku still takkan delete akaun FB aku, sebab aku rasa FB masih berguna dalam menyebarkan propaganda. Heh3.

p/p/s: paling aku takleh pegi bila mak bapak aku jugak ade FB, dan turut mengkomen di status aku. Ayark~

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails