Tuesday, September 21, 2010

Jangan Baca, Aku Menulis Bukan untuk Korang Baca, Ini Hanya Satu Lagi Tulisan yang Lahir dari Jiwa Tertekan.

Bagaimana hendak aku mulakan?

Apa yang harus kutulis?

Beginilah. Tulisan ini, tiada mesej yang ingin disampaikan. Aku hanya menulis untuk meluah segala rasa yang sedang terperuk di dada. Rasa yang menyesakkan. Membuat aku resah sepanjang masa.

Entah berapa kali sudah aku menulis benda yang sama. Tiada erti. Aku hanya ingin rasa ini pergi jauh dari dalam diri ini.

Apa rasa ini?

Entah. Aku sendiri bingung. Makin aku fikir, makin bingung. Mungkin aku nampak normal pada pandangan kalian. Tapi hakikatnya dalam hati aku, fikiran aku, tidak setenang yang dinampak. Oh, adakah orang yang ambil tahu pasal aku?

Otak aku sampai sekarang masih tak jumpa jawapan yang rasional. Kenapa aku jadi begini. Apa yang aku mahu sebenarnya?

Oh, apakah yang aku rasa sebenarnya?

Sebenarnya, tiada apa. Jujur, aku tak rasa apa-apa. Semua benda adalah bosan bagi aku.

Bosan. Belajar itu bosan. Aku rasa macam mahu berhenti. Sehingga saat aku menaip, aku masih ada berbelas-belas lab repot yang harus disiapkan, tapi aku malas mahu siapkan. Bosan.

Berkawan? Aku rasa seperti aku tak pernah ada kawan baik yang boleh aku ajak untuk lepak bersama ketika aku bosan ini. Aku ramai kenalan, namun ketika ini, aku langsung tidak dapat memikirkan pada siapakah aku harus talipon, ajak keluar lepak makan bersama, untuk aku menceritakan apa yang aku rasa. Kerana aku rasa tak siapa akan faham.

Kamu jugak manusia, sama macam aku. Kamu juga ada masalah sendiri, mesti kamu takkan mahu serabutkan diri dengan masalah aku. Siapalah aku untuk kamu sayangi, kerana aku juga tak pernah menyayangi sesiapa dengan sepenuh hati.

Mungkin hanya Tuhan yang memahami aku.

Memang Tuhan memahami. Seharusnya Dia faham kenapa aku jadi begini. Kerana Dia Tuhan. Jika Dia tak tahu, maka Dia bukan Tuhan. Tapi bila aku cuba meluahkan rasa ini kepada Tuhan, aku rasa aku tak mampu. Diri ini kotor.

Mungkin itu masalah aku. Aku pernah mengalami suatu fasa hidup yang amat tenang. Amat rapat dengan Tuhan. Aku pernah rasa nikmat apabila ketenangan hati apabila aku sujud di tengah kegelapan dan kedinginan malam kepada Dia.

Namun, seperti mana Dia pernah menjadikan hati ini cinta kepada-Nya, Dia juga bisa menjadikan hati aku ini menjauh daripada-Nya. Dia kan Tuhan yang bisa membolak-balikkan hati manusia.

Dan kini hati aku sedang diterbalikkan. Entah apa silap aku dijui begini.

Dan bila aku sebut hati aku sudah diterbalikkan, maknanya aku benar-benar terbalik. Daripada insan yang pernah menangis di sepertiga malam kerana merasa diri aku ini amat hina, kerdil, banyak dosa kepada-Nya, aku jadi manusia yang tidak merasa kewujudan-Nya. Jauh daripada-Nya bahkan kadang-kadang aku merasa skeptik pada-Nya.

Aku sudah amat jarang berdoa pada-Nya. Bukan kerana aku menafikan Tuhan itu berkuasa, tetapi kerana aku tidak dapat untuk merasa, tidak mampu untuk menimbulkan YAQIN dalam diri aku, bahawa doa aku itu ada gunanya.

Maafkan aku, Tuhan.

Seingkali saja suruhan-Nya aku tinggalkan.

Yang wajib, yang sunat, tiada makna bagiku.

Bukan aku tak tahu itu dosa. Tapi kerana aku sudah tiada rasa.

Tuhan, maafkanlah aku kerana jadi begini. Aku tahu Engkau memahami aku. Aku tahu bahawa aku sedang diuji.

Cuma aku tak tahu sama ada aku jauh dari-Mu kerana masalah aku ini, ataupun kerana aku jauh dari-Mu inilah baru aku terkena masalah ini.

Jiwa aku semacam sudah mati.

Emosi aku semacam sudah tiada.

Aku mungkin tergelak ketawa di depan kamu, tapi ketika aku kembali sendiri, aku celaru kembali. Jiwaku kembali ke dalam kegelapan.

Tiada rasa.

Semua bosan. Semua tak guna. Aku tak tahu nak buat apa. Aku tak tahu nak jadi apa. Aku benar-benar sudah hilang arah tuju dalam hidup. Cuma kenapa au masih berada di sini? Kenapa aku masih teruskan jua?

Entah. Mungkin salah sau sebabnya adalah aku ingin juga beusaha merubah kebodohan mahasiswa di negara aku kini. Walaupun hakikatnya aku sendiri juga adalah insan yang bodoh sebenarnya.

Entah. Aku rasa aku akan rugi jika aku tidak selesaikan apa yang telah aku mulakan. Bukan aku nak kejar populariti, tapi aku cuma taknak kehilangan peluang yang sudah berada di depan mata.

Cuma, dalam mengejar cita-cita yang itu, melalui hari-hari yang membosankan adalah amat celaka bagiku. Sangat menekankan jiwa. Aku pergi juga ke kelas, namun tanpa mendapat apa-apa. Buat juga asaimen, tapi dalam keadaan jiwa mencarut, menolak apa yang sedang aku lakukan.

Semua bosan.

Semua tak guna.

Aku benci semua ini.

Aku benci diri aku.

Aku benci hidup aku sekarang.

Aku nak lari dari semua orang. Nak lari. Nak hilang. Biarlah aku sendiri.

Aku menzahirkan kelemahan aku ini kepada semua, biarpun aku tahu bahawa pasti ada yang akan memandang hina, atau lebih teruk lagi, mungkin akan ada yang akan mengambil kesempatan untuk “membunuh” aku ketika aku sedang lemah ini.

Mungkin ada teman ang tidak bersetuju untuk aku menulis tentang kelemahan diri. Tapi aku cuma tak mampu untuk menanggung lagi.

Biarlah kuluahkan di sini. Aku tak harap akan ada yang membantu, bersimpati, atau cuba menolongku. Kerana masalah aku ini adalah ujian Tuhan, hanya Dia mampu angkat. Tapi Dia pasti takkan membebankan aku dengan ujian yang tak mampu aku pikul bukan?

 

 

 

 

 

Perlukah aku post?

 

 

Celaka.

 

Pedulikan apa yang akan korang rasa kepada aku lepas ini. Inilah aku. Aku sedang lemah.

 

 

Sedang lemah jiwaku.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tuhan, tolonglah aku.

Manusia takkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kembalikan tenang-tenang jiwa yang pernah aku rasa dulu.

6 comments:

  1. sori dah terbaca...
    tp bila baca mmg rasa Abu yang sekarang bukan macam yang dulu...
    (w'pun dulu bukannya kenal sangat)...
    lain sangat..
    manusia akan berubah...
    dan itu perlu...
    tapi perubahan tak boleh membawa kita jauh dari pencipta kita...
    rasanya abu mmg tak perlukan nasihat..
    abu da cukup kuat sebenarnya...
    sbb mmg perlukan keberanian untk post entry y mcm ni...
    sekurang2nya kita sedar kita terlalai...
    tinggal saja kita nak tarik balik kaki kita..
    tinggal lagi kita atau tak nak...

    -moga terus diberikan kekuatan oleh yang Maha Esa-

    ReplyDelete
  2. anonymous: trimas sebab membaca, dan sudi komen.
    er,,aku dulu macam mana ya pada pandangan mata kamu?

    ReplyDelete
  3. dulu abe abu tak mcm gini...
    lain..berbeza
    ingat dulu..mse abe abu awal masuk um?
    asasi?
    mesej ore,bg nasihat,teguran....
    dan x mcm ni...=(

    ReplyDelete
  4. Well,
    secara jujur,,,
    ye la kan..
    abu dulu budak pandai...
    saya memandang macam tak de pape yang kurang la pada aw..
    satu yang saya respek daripada segi agama...
    nak kata wara' tidaklah( hehe gurau jer)
    tapi dalam golongan yang menjaga..
    dan mmg rasa awak adalah orang yang akan masa depan cerah, yang akan bantu anak bangsa kita... mmg hidup manusia ni ada putaran...
    kejap kat atas dan kejap kat bawah..
    kalau kat sekolah dulu saya boleh katakan yang diri saya berada di bawah..
    down giler..
    pernah rasa nak kuar sekolah...
    tapi mujur Allah merncg yang lain untuk saya...
    saya stay kat skolah..
    w'pun dalam keadaan hati yang mmg tak nak berada kat skolah 2... huhu..
    tapi skrg saya syukur...
    pengalaman lepas buat saya rasa ingin sentiasa mendaki keatas..
    setelah sekian lama berada di bawah..
    Saya pernah dengar satu kata-kata,,,
    kalau orang 2 kuat, dia tak kan jatuh lama...
    Dia akan bangkit dengan cepat...
    so Abu,,,
    please be urself...
    reach up ur destiny,,,

    ReplyDelete
  5. @anonymous: kat mane ea ko knal aku?
    zaman mana?
    sekolah?
    asasi?
    biomed?

    ReplyDelete
  6. kat skoloh la...sajo jah tukar loghat.. huhu.. x penting la sapo ak... mg pown for sure x ingat doh aku ni sapo...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails