Wednesday, September 29, 2010

Perlukan Pertolongan – Walaupun Aku Tidak Yakin Pada Pertolongan Manusia

Aku semakin hilang kesedaran. Mungkin bisa gila akhirnya.

Hari ini aku dilanda resah lagi. Aku makin bingung. Mungkin ini hanya mainan minda, tapi aku nak persetankan, aku tak mampu.

Jujur, sudah 2 minggu aku tidak melakukan apa-apa selain memenuhi keperluan asasi aku, tidur, makan, minum, berak, dll.

Kelas? Ponteng. Lab? Ponteng. Test? Ponteng. Kenapa? Kerana aku tak tahu untuk apa aku buat semua itu.

Ini bukan masalah malas. Ini masalah aku sudah sesat. Aku sudah hilang tujuan hidup. Aku tak mahu buat apa-apa lagi. Aku hanya mahu terus hidup, tapi untuk apa?

Gila.

Mungkin aku sudah gila.

Aku tak kenal lagi siapa aku.

Makanya, aku perlukan pertolongan kamu.

Beritahu aku, siapa aku? Siapa aku pada mata kamu? Siapa aku yang kamu kenal?

Aku tujukan soalan ini kepada semua teman-teman aku, yang mengenali aku, sejak dari aku sekolah, sehingga kini. Tolong aku, sebab aku makin bingung untuk berfikir sendiri.

 

Walaupun aku tahu, hanya Tuhan yang kenal aku.

6 comments:

  1. tak kenal tatau nak jawab.. pesal berat semacam je masalah tu? iskk... T_T

    ReplyDelete
  2. sukar nak cerita, tapi umpama hidup ini sudah tiada erti untuk aku.

    Life's dull. Everything is dull.

    ReplyDelete
  3. bro. hang xcuba ka jd org biasa. biasa2.. jgn selalu tdo pg. bgn solat subuh2.. hidup bila ada agenda, br xbosan. bleh jd bosan bila hang hari2 bgn kul 10. mana ada barakah dh kat situ. dh rasa mcm kurang something dh 3 jam yang berlalu pergi. kul 7 hang bersiap elok2 bt ape yg ptt. even xda klas pon cuba untk bt something yg bermakna. bro. peluang mgkin bleh kita dpt bnyk kali. tp kalo kita sia2kan setiap peluang yang Allah bagi, jd mcm aku. aku dok merempat dh. dulu stdnt um tp skang dh dok umah. br sedar hidup xkan ada mkna kalo kalo kita sia2kan peluang yang ada. ko dh dpt peluang dok dlm 1st year blk lakukan la terbaik. jgn bnyk pikir nk kawin ke nk keje ke. masa ni jgn pikir capah tp tumpu. pikir capah bila saat ko dh grad nnti. tumpu kepada main purpose. studies is not about A's, studies is about empowering knowledge. xlama mana dh. 3 tahun ja. lg satu jgn malu tnye senior2.. senior course la. diorg mesra alam gile. aku knal sorg2 senior2 fizik.

    ReplyDelete
  4. lek ar...ak pon nah cam nih gk...cube ko dok sejenak memndg ke langit memikirkan ape hale tuju ke???

    ReplyDelete
  5. ~welcome to my life~

    ReplyDelete
  6. "Beritahu aku, siapa aku? Siapa aku pada mata kamu? Siapa aku yang kamu kenal?"

    hidup untuk apa?

    "Walaupun aku tahu, hanya Tuhan yang kenal aku."

    dah ada jawapan, kan?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails