Thursday, September 23, 2010

Hari Seorang Pengidap Depresi

Hari ni aku depres lagi. Jap. Asyik-asyik citer pasal depresi je. Mesti korang bosan kan?

Well, lantak aku lah ni blog aku, sape soh korang bache? (TQ 4 bache BTW)

Hari ni, atau lebih tepat lagi, sejak dua menjak ni, aku sering dilanda depresi. Mungkin masih ada yang tak faham, kenapa aku sering dilanda depresi.

Apa masalah aku sehingga aku mendapat depresi?

Jika ada yang bertanya demikian, maka mungkin korang masih tak faham, bahawa depresi itu bukan stress. Bukan hanya “masalah dalam kehidupan” akan menyebabkan depresi.

Tapi depresi itu satu penyakit. Penyakit macam demam, bila ia melanda, kamu akan terkena selesema, batuk, suhu badan naik, lemah badan dan sebagainya.

Cuma bezanya, penyakit depresi ini melanda bahagian paling utama dalam badan aku, otak, atau mental. Dan bila ia melanda, aku akan diserang dengan kecelaruan emosi yang agak hebat jugak-lah, sehingga mengganggu kehidupan seharian aku.

Senang kata, aku ade masalah mental la. Tapi belum sampai tahap gila. Puncanya, aku tak pasti. Yang pasti bukanlah disebabkan tekanan hidup yang aku alami. Sebab aku rasa hidup aku ni takdelah tertekan mana.

Mungkinkah disebabkan kecelaruan hormon, atau kerosakan sistem saraf, atau gangguan jin dan syaitan (hahaha), dan apa-apa lagilah yang menyebabkan aku jadi begini. Siapa tahu?

Kembali kepada topik, sejak dua menjak ni aku diserang depresi melampau. Emosi aku jadi macam ombak, ada turun naik yang melampau. Kadang-kadang aku hyper-aktif, sangat bersemangat untuk melakukan apa saja, super-ceria dan gembira, sehingga aku saspek keberanian aku untuk men-capab semata-mata kerana Student Power itu hari jugak disebabkan sakit aku ini. Bukannya kerana kefahaman aku terhadap hak kebebasan akademik dan student power haram jadah ape lagi tu semua sebenarnya. Korang dah ditipu, hahaha. (well, korang sedang membace tulisan seorang manusia separuh gila, jangan percaye ape aku tulis, hohoho)

Kengkadang emosi aku terbalik.

So, semalam aku decide, hari ni aku nak jumpa dokter.

Dan pagi tadi aku dengan rela hatinya telah ponteng segala kelas dan lab yang sepatutnya bermula jam 8.30 pagi, sebab aku dah decide nak pergi hospital.

Oh, lupe nak bagitaw, semalam aku ada balik rumah, nak cari ubat, itu hari dokter dah bagi aku ubat stok 2 bulan, tapi sebijik pon aku tak sentuh, sebab tu la kepala aku masih bengong lagi kot. Tapi malangnya entah di mana ubat aku, aku pon tak taw. (cuba aku macam terbayang satu memori kabur-kabur yang aku telah buang semua ubat itu  -.-“)

So, kenala jumpa dokter untuk amik stok baru.

Dan pagi ni mood aku jatuh merudum. Aku jadi super-pasif, super-inferioriti kompleks, aku rasa aku taknak jumpa sesape. Tu yang sampai aku delete akaun fesbuk aku tuh. Tapi last-last aktif balik, hahaha.

Bangun pagi dalam jam 11 pagi, mandi bersiap segala dalam jam 11.30. Pergi la merempit ke Kolej 12 UM, nak pergi Klinik Kesihatan. Tapi perut terasa lapar, maka aku pun pergi cafe, nak makan-lah niat di hati.

Ambil nasik, lauk ayam goreng, telur masin, dan sayur, lalu aku letak atas meja, tinggalkan 5 minit untuk beli air di gerai Cincau Cafe, air nescafe. Aku ketagih kafein sekarang, tak minum kafein kepala otak berat.

Balik ke meja aku landing nasi tadi, alangkah tergumam melihat seekor kucheng sedang lazat menikmati ayam aku. Celak……….Nasib baik aku tetiba redha, lalu aku bagi-lah kucing tu makan sekali ngan nasik2 aku.

Nasik kutinggalkan dengan kucing itu, aku masuk klinik kolej.

Daftar, register nama semua, menunggu sambil membaca buku “The God Delusion” (buku pasal hujah atheis menolak Tuhan, karya Richard Dawkin, khabarnya macam kitab terhebat atheism di abad ini), dan bila dipanggil ke Peringkat Awalan untuk di-inerview oleh jururawat, aku pun cakap, “sebenarnya, saya depress”.

Dapat surat jaminan (surat untuk jamin bahawa aku ni budak UM, so tak kena bayar kalo aku pergi hospital, UM akan tolong bayar untuk aku), aku merempit ke PPUM. Malang lagi apabila waktu pendaftaran untuk pesakit baru kat bahagian skit jiwa (psikiatrik) telah ditutup pada 11.30 pagi, masa aku keluar dari rumah aku. Macam haram, esok pulak-lah aku nak pergi.

Aku pon takde hala tuju, nak pegi kelas, kelas da abes. Nak balik rumah sewa, macam bosan. So, aku rasa nak lepak kat library ah, sambung bacaan.

Pegi library, tetiba rasa lapar. Masa tu aku lupa aku tak makan lagi. Aku ingat aku dah beli makan, so mesti aku dah makan. Dan aku pun membaca sehingga aku kembali ingat rupanya aku dah beli makanan tapi dibedal oleh kucing. Dan aku keluar library, decide untuk balik rumah dan makan kat mamak dekat rumah.

On the way balik, tiba-tiba erasa nak makan McD, lalu aku terus meluncur ke Seksyen 14, dekat Digital Mall untuk makan McD. Sampai-sampai nampak iklan “Triple Cheese Burger” tertampal kat pintu masuk. Terus aku decide nak makan ape.

Makanlah aku McD sambil membaca buku itu.

Dan tetiba rasa dah bosan, nak baliklah, so aku pu keluar, naik motor, masa tu aku dah perasan, langit dah gelap. Tapi aku gerak jugak, dan benarlah langit hujan itu membawa hujan. Aku ditimpa hujan, tapi aku bawaklah jugak sampai ke rumah.

Sesampai kat kawasan perumahan aku, aku rasa macam hujan dah makin serik. Tapi aku dah kuyup. Tiba-tiba ada idea pelik masuk lam kepala otak, ape kata aku merempit sampai baju aku kering.

Dan aku turutkan kata hati, lalu tadi aku merempit tanpa hala tuju sehingga ke TTDI, Damansara, melalui One-Utama (nyaris-nyaris dah nak masuk dalam, tapi last-last rasa malas), sehingga ke Mutiara Damansara, entah mana-mana jalan je aku pergi, dengan tujuan murni, iaitu mengeringkan baju. Hahahahaha.

Bila dah bosan, aku pun berpatah balik, mengikut sign-board ke PJ, dan akhirnya sampai ke rumah dengan baju kering, tak payah tukar baju, bukak TV dan menonton kartun “Nick di 9”, yang sedang memainkan “Danny Phantom”. Cerita hari ni, Danny dan kawan pembuli dia tu jadi mini sebab kena tembak dengan pistol laser ciptaan bapak Danny, entah dah berapa puluh kali aku tengok episod ni, layan kejap sebelum aku naik bilik, tunaikan kewajipan dan tidor.

Maka berakhirlah separuh hari aku yang aneh dan pelik.

Kalau aku tak buat macam ni, nanti aku akan terbengkalai, otak aku akan mula berfikir bukan-bukan. Oh, lupa nak cakap, masa pagi tadi aku tengah berak, otak aku memikirkan cara untuk aku lari, tinggalkan telefon, hilangkan diri, dan cari kerja kat tempat baru. Mulakan hidup baru. Gila tak? Bukan aku nak fikir, tapi kepala aku yang mendatangkannya.

Ah, sudahlah bercerita pasal ini.

Ini adalah fiksi semata-mata. Sebenarnya aku nak cakap, aku bukanlah gila, kerana antara gila dan genius, ada satu sempadan halus, sehingga kadang-kadang kau sendiri tak boleh membezakannya.

Maka, aku memilih untuk menganggap aku ini genius. Bukan gila. Hahaha.

Sekali lagi aku berpesan, ini tulisan orang yang sakit mental, jangan percaya.

Apapun, esok aku nak jumpa dokter, semoga dapat jumpa psikiatris yang cantik. Amin.

4 comments:

  1. tulisan kamu selalu menghiburkan hari-hari dalam hidupku..keep writing ya! :D

    ReplyDelete
  2. @nur: ye ke? so, mmg sah aku genius kan? hao3..tapi kamu sape? adekah awek cun yang datang untuk menghiburkan hari-hari aku?

    ReplyDelete
  3. tak cun pon..langsong :D

    hanya wanita biasa yang sentiasa mencari untuk mencerah...heh

    hari-hari akan melewati blog ini
    kadang2 terpujuk, kadang2 inspired
    feel great to know ya!

    ReplyDelete
  4. (ala, x cun ke? isk...) hohoho

    wah ye ke tulisan aku ade efek begitu?
    padahal aku sendiri sebenarnya berasa inferior,
    aku ingat tulisan aku ni merapu meraban,
    kadang2 malu jugak nak update dekat sini,
    macam xcukup akal je rasa. huhu.

    thanks 4 reading btw.
    feel greater to know you :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails