Wednesday, September 8, 2010

Pandangan 50 sen Aku Pasal Bulan Puasa 2010

Well, hari ni 29 Ramadhan, sepatutnya aku ber-mood hari raya, tapi entah kenapa aku nak tinggalkan korang sebelum aku cuti sakan di kampong yang tiada internet itu dengan satu pandangan murah.

Kenapa 50 sen? Er, takde pape, cuma aku perasan sekarang ni kalo orang nak bagi pendapat sikit, mesti diorang letak harga kat pendapat diorang tu. Ada yang 5 sen, 20 sen, 30 sen, so aku amik 50 sen la, saje nak jugak letak harga. Just my fifty cents about it :P.

So, sepanjang bulan puasa ni, ada beberapa isu yang telah jadi, yang aku rasa amat menarik dan aku nak komen sikit la.

1) Kes pengharaman “Student Power” kat kampus-kampus. Aku antara orang yang terkena tempias insiden itu. Huuuuu.

2) Isu YB Serdang masuk surau, kena kondem giler-giler.

3) Namewee dengan lagu hip-hop baru beliau.

4) Isu seorang blogger (merangkap editor The Star) yang didakwa di mahkamah atas tuduhan menerbitkan post yang “sinis gila babi” dekat blog beliau.

4) Laporan polis terhadap kempen MyConstitution anjuran Bar Council yang dituduh cuba menghasut rakyat dengan mengatakan rakyat boleh mengubah Perlembagaan dengan cara memilih wakil mereka menjadi majoriti di Dewan Rakyat, seolah-olah menunjukkan bahawa Perlembagaan Negara tidak adil.

5) Cerita iklan raya TV3 yang ada unsur-unsur pluralism dengan menggabungkan unsur budaya kristian, hindu dan buddha.

6) Cerita soran amoi cina (ntah apa nama) yang keluarkan komen menghina Allah dalam facebook.

7) Sekelompok rakyat Indon nak ganyang Malaysia lagi.

Dan jugak cerita-cerita drama keinsafan sepanjang raya, yang menghiasi kaca-kaca tv, tapi terlalu banyak dan memualkan, aku tak sanggup nak list dekat sini.

So, apa yang aku nak komen?

Panjang sebenarnya. Sangat panjang sampaikan otak aku laju je berlari pasal ni sejak dari Maghrib semalam lagi. Berlari dalam solat. Oh, maafkan aku, aku tak tahu bagaimana nak kawal otak aku ini supaya tak melilau masa solat. (Aku menulis bukan nak bangga dengan dosa, tapi nak mintak kawan-kawan yang lebih ‘alim, ajarkan aku)

Semua isu yang terjadi kat atas tu, yang aku senaraikan tu, aku rasa ada satu persamaan yang besar. Isu tersebut menjadi panas kerana melibatkan SENSITIVITI, EMOSI, dan PREJUDIS satu pihak kepada pihak yang lain.

Student Power, dianggap kiri, dan perlu ditentang! – Marwan “botak” UM. Padahal budak ni tak pernah pun masuk lagi dengar kuliah tu, mana dia tahu? Itu prejudis namanya. Ok memang kiri dan dipenuhi unsur-unsur sosialisme. Tapi jahatkah kiri itu? Ataupun kita hanya takut kepada sosialisme kerana sejak dari kecik telah di-doktrin oleh guru-guru kita, sosialis itu ATHEIS, TAK PERCAYA TUHAN!

Pernahkah korang membaca buku-buku pasal sosialisme?

Kes non-Muslim masuk surau. Bila dijawab tiada larangan non-Muslim masuk surau, mereka menjawab, bukan masalah hukum, masalah sikap dia tak menghormati rumah Allah, masuk pakai kebaya tak pakai tudung.

Dia yang bermasalah atau kepala otak kamu yang sangap tak boleh tengok perempuan pakai kebaya, mula terangkat kain? (Oh patutlah marah, kantoi kain terangkat, tak pakai boxer)

Ops gua sebenarnya tak mahu nak kondem lebih-lebih. Cukuplah 2 insiden aku ulas, yang lain tu, kamu paham sendiri la.

Bukan aku nak cakap aku ni menyokong mana-mana pihak.

Cuma aku nak cerita pasal pandangan aku, kenapa benda ni boleh jadi isu. Isu yang panas. Lepas 53 tahun merdeka.

Kenapa kita rakyat Malaysia, lepas separuh abad merdeka, tapi masih belum berjaya mewujudkan persefahaman antara bangsa dan kelompok yang berlainan? Masih menebal rasa rasis, prejudis, benci-membenci, syak wasangka, bla bla bla bla. Kenapa kepala otak kita masih terkatup?

Yang melayu duk kata cina nak rampas tanah air kita. Yang cina duk kata melayu pemalas, tapi sebab hak istimewa, boleh dapat apa yang cina patut dapat. yang India tak habis-habis dilabel keling mabuk, paria, kaki jenayah, gansta, bla bla bla. Minah indon, mat bangla, pekerja asing, dilayan macam hamba, di atas bumi Tuhan, hanya kerana mereka bukan warganegara.

Pandangan aku, salah satu punca ialah, pemikiran yang terkatup. Feudal. Totok. Membabi buta. Apa lagi? Tak ada intuitive mind. Tak berani mencabar status quo. TAK GUNA OTAK!

Bagi aku, pemikiran terkatup ini bukan salah rakyat, tapi rakyat yang terkatup pemikiran mereka adalah kerana mereka tiada ruang untuk bersuara. Tiada ruang untuk bertanyakan soalan, kerana sesetengah soalan itu dikatakan HARAM untuk ditanya, di bumi Malaysia ini.

Contoh la aku bagi, umat Islam di Malaysia, dilindungi oleh Perlembagaan. Dikatakan bahawa melayu di Malaysia ini, semuanya beragama Islam. Automatik lahir dari perut mak Melayu maka mesti Islam.

Tapi bila Islam yang dianuti itu hanya ikut-ikutan dan warisan, maka Islam yang dipegang itu Islam yang rapuh.

Ditambah pula dengan kesempitan ruang untuk bertanya, apabila tiba-tiba kepala otak mencetuskan pertanyaan-pertanyaan yang kontroversi, HARAM di negara ini. Soalan seperti, “Betulkah Islam ni benar?, Tuhan tu wujud ke? Agama lain tu salah ke? Kenapa kena semayang? Kenapa kena buat itu, kenapa kena buat ini, kenapa dan kenapa dan kenapa? Pelbagai soalan ditanya, namun jika ditanya, bukan mendapat jawapan, sebaliknya label-label seperti KAFFIR, MURTAD, IMAN GOYAH, TERPENGARUH DENGAN DAKYAH KRISTIAN, etc etc etc menyebabkan jiwa jadi takut nak bertanya.

Jiwa jadi takut lalu akhirnya persoalan itu tenggelam dalam ketakutan. Jadilah manusia yang ikut membabi buta.

Tapi adakah benar semua Melayu di Malaysia ini Islam? Benar-benar mengamalkan Islam?

Tiadakah yang murtad?Tiadakah yang kafir? Atau hanya kita yang berasa selesa kerana mereka semua bergerak secara gerila, kerana tak mahu melayan kerenah masyarakat yang dogmatik dan feudal.

Kenapa tidak dibukakan ruang untuk mereka menyoal?

Kenapa tidak diberikan kebebasan untuk mereka bertanya?

Berdosakah jika bertanya?

Dan kenapa jika ada perbezaan idea, yang minor itu mahu dicantas? Dikatakan kiri, kafir, murtad, dan sebagainya. Sedangkan pada akhirnya idea itu terus berkembang pesat secara diam-diam jugak.

Bagi aku, tindakan menutup ruang itu tidak akan menyelesaikan masalah.

Sebaliknya, ruang-ruang kebebasan bersuara harus diperluas.

Jika ada perselisihan idea, bincangkan secara bertamadun, berdebat dengan hujah, bukan emosi, hilangkan prejudis dalam diri, cari persefahaman, cari persamaan, sehingga apabila akhirnya tiada lagi persamaan, sekurang-kurangnya kita sudah saling memahami, dan bersetuju untuk saling hormat-menghormati pandangan yang berbeza itu.

Bukalah ruang untuk mereka bersuara, jangan didoktrin, jangan disekat, jangan dilabel.

Otak ada, berfikir. Kerana aku yakin sekiranya kita betul-betul ikhlas dalam berfikir mencari kebenaran, maka akhirnya akal kita sendiri tidak mampu untuk menolak kebenaran yang timbul apabila berlakunya proses dialektik.

Maka, kenapa harus takut pada kebebasan untuk bersuara?

 

 

 

Janganlah membabi buta.

 

Kenapa?

 

Sebab kita bukan BABI yang BUTA.

 

 

 

 

Salam hari raya, maaf zahir batin.

1 comment:

  1. abu dale panje2 mu duk tulis ni satu 'quote' jah hok mnarik phatian aku..iaitu..

    Janganlah membabi buta.



    Kenapa?



    Sebab kita bukan BABI yang BUTA..

    hahahaha..rilek bu.kemah keming doh demo bui..huhu..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails