Thursday, August 12, 2010

2 Ramadhan

Hari ni 2 Ramadhan. Macam mana agaknya puasa mak ayah adik-beradik kat kampung? Kampung yang aku maksudkan adalah Kampung Baru Air Panas Setapak KL. Hahaha.

Aku kat sini sangat best, walopun sederhana saja.

Puasa dengan kawan-kawan bujang dengan budak-budak bujang. Tapi tak macam yang selalu digambarkan bila menyebut rumah bujang, house-mate aku bukan jenis budak-budak bujang serabai selekeh (kecuali aku), tapi semua adalah stok-stok tahu berdikari dan pandai jaga diri.

Selalu sebut rumah bujang, mesti ter-imejin suasana rumah macam tongkang pecah bersepah sana sini, tapi kat rumah aku semua manusia hebat-hebat (sekali lagi, kecuali aku). Bila time makan, dorang masak sendiri, dan walopun masa masak tu macam sedang berperang, tapi dengan kerjasama sekurang-kurangnya 5 manusia di dapur yang sempit, hasilnya amat menyentuh hati bila aku makan. Teringat masakan mak beb. Sodap! Haha.

Semalam bukak pose, dorang (aku tukang tengok dan cuci pinggan je) masak ikan masak asam pedas. Peh, jadi siot. Hampir gugur air mata terharu makan hasil buatan sendiri (aku tolong gak, cuci pinggan ok). Hak3.

Pastu kat rumah ni, semua bebudak produk keluaran PMIUM, maka budaya rumah ini adalah amat mesra-ibadah. Sangat senang untuk aku juga “terjebak” dalam budaya itu. Solat-solat sunat, mengaji, lagu-lagu nasyid, oh rindu sungguh. Dah lama aku tinggalkan semua itu, patutlah hati aku selalu resah gelisah.

Kini syukur tenang yang kucari dah mula meresap kembali ke dalam jiwa. :D

Tapi jiwa “selekeh” aku mungkin akan kekal, takkan berubah. Aku suka begini, dan suka juga begitu. Sebab dengan imej “selekeh” inilah aku telah kenal ramai kawan-kawan pelik, dan aku takkan buang kawan-kawan aku yang pelik dan istimewa itu.

Di-neutral-kan dengan ketenangan menjadi hamba yang lembut hati. Oh, mungkin aku dapat menjadi contoh ikon muslim-pop. Hahaha.

Housemate aku semua budak-budak hebat. Tak mustahil suatu hari nanti diorang semua akan jadi ikon kat Malaysia. Masa tu bolehlah aku tumpang populariti. Haha. Aku harap kehebatan diorang berjangkit dekat aku. Aku nak jadi hebat jugak.

Semalam aku ikut sorang housemate aku yang dijemput memberi tazkirah pra-tarawih dekat Seksyen 25 Shah Alam. Seronok berjalan, sesat kejap, last-last jumpa jugak Masjid Al-Falah itu. Bila dengar member aku tu bagi tazkirah, baru aku sedar, dah lama syial aku tinggalkan budaya mendengar kuliah agama. Sekali lagi, patutlah jiwa aku resah gelisah. Haha.

“Pertama kali, dan selama-lamanya, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah…….” ayat mukaddimah tazkirah yang sering aku dengar dulu, semalam setelah sekian lama aku dengar balik.

Ramadhan yang barakah.

Ramadhan ini aku nak cari tenang.

Tapi aku akan tetap begini.

Kerana aku juga ada misi sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails