Wednesday, August 11, 2010

Mencari Tenang

Ramadhan bulan berubah.

Entah sejak bila, aku rasa aku macam sangat jauh dengan Tuhan, dengan agama. Buat benda ikut gerak hati, sedangkan aku sendiri tak pasti gerak hati itu benarkah naluri, ataupun dorongan nafsu angkara bisikan syaitan.

Sehingga apabila hidup aku terlalu gersang, aku mula hilang arah.

Jiwa kacau.

Serabut.

Walaupun tanpa masalah.

Sedangkan dahulu aku pernah merasa ketenangan itu. Ketenangan yang hadir apabila aku menjadi budak yang berusaha untuk dekat dengan Tuhan. Tenang apabila diri ini lebih baik daripada apa yang aku jadi kini.

Entah di mana mulanya, aku mula menjauh. Ah, persetan itu semua. Lupakan semua punca yang mendorong aku meninggalkan Tuhan. Kerana jika dicari sekalipun, aku mungkin takkan jumpa. Biarlah ia berlalu.

Apa yang penting, aku berusaha untuk kembali mencari tenang itu.

Dan kini adalah masa yang paling sesuai. Bulan ramadhan. Entah, susah nak ungkap dengan kata-kata, tapi aku dapat merasa kelainan, jiwa rasa lebih mudah tersentuh, hati rasa lebih mudah untuk tunduk mengaku keterlanjuran diri.

Mungkin kerana tiada syaitan.

Apapun, selamat menjalani ibadah puasa semua. Semoga ramadhan ini menjadi titik permulaan untuk kita semua jadi manusia yang lebih baik.

 

 

 

 

Jangan nafikan ketenangan yang kau mampu rasa apabila kau kembali kepada Tuhan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails