Tuesday, August 24, 2010

Chow Kit Kita

image

Last weekend (22-23 Ogos 2010) adalah antara weekend paling kool aku pernah rasa. Sebab aku telah pergi merelakan diri untuk menjadi sukarelawan bagi satu projek masyarakat – Chow Kit Kita – dekat Chow Kit lah, nama pon Chow Kit Kita kan?

Secara ringkas, projek ni adalah projek pemetaan komuniti remaja Chow Kit. Atau dalam bahasa pasar basah Chow Kit, projek untuk melukis peta CK. Di akhir projek selama 4 bulan ni, peserta yang terdiri dari kalangan budak-budak remaja belasan tahun akan menghasilkan satu peta CK, yang akan menjadi panduan budak-budak kat sana. So, diorang akan tahu lokasi bangunan, jalan-jalan, tahap keselamatan, pengangkutan, dan segala macam lagi ah aspek fizikal CK ni.

Tapi projek ni bukan macam kelas geografi kat sekolah, tapi dorang akan dilatih dengan pelbagai skil, mostly skil berkaitan seni, dan dorang akan gunakan skil2 dorang tu untuk menghasilkan satu peta komuniti CK nanti.

So, dalam proses selama 4 bulan ni, diorang akan belajar banyak benda lah. Diorang akan di ajar skil-skil baru macam print t-shirt, lukis mural, tangkap gambar, buat video, lakonan, dan lagi-lagi-lagi.

Di samping tu, dorang akan didedahkan dengan masyarakat CK ni sendiri, secara tak langsung dorang akan lebih kenal dan faham pelbagai kebudayaan berbeza yang ada di CK ni, dan diharapkan akan menjadikan mereka remaja yang berfikiran terbuka serta bebas daripada sebarang anasir negatif seperti prejudis dan rasis.

Program ni merupakan inisiatif Fahmi Reza (lepas ni mesti ada pembongkaran Fahmi sedang meng-komunis-kan budak-budak CK), dan jugak awek nya, serta disokong kuat oleh kawan-kawan daripada NGO Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).

Projek ni based dia dekat KL KrashPad, sebuah pusat komuniti untuk remaja. Tempat ni memang macam best-lah, kat sini bebudak remaja belasan tahun boleh lepak, buat macam-macam aktiviti free macam main ping pong, tengok astro, main musik, main karom, gaduh-gaduh, main komputer, dan kalo ada memana badan luar nak buat program, dorang boleh join. Contoh macam Chow Kit Kita ni lar. Ada gak aktiviti lain cam kelas tenis, bengkel lakonan, kelas capoeira (kool syial), hip-hop, dan macam-macam lagi gua nak sebut pun tak habes. Fuh, aku tengok je jeles ngan bebudak Chow Kit ni, ada tempat lepak best syial.

Dan masa aku jadi volunteer tu, dah masuk minggu ke-3 kalo tak silap aku, dan aktiviti minggu tu adalah Bengkel Fotografi. Bebudak ni (peserta projek ni 12 orang, tapi masa aku datang, 10 orang je timbul) diajar tentang asas-asas amik gambar la, daripada macam mana nak enhance deria-deria lain selain mata, lepas tu praktikal kamera, jalan-jalan tour CK pegi snap rumah-rumah ibadat kat situ, dan jugak skil editing gambar.

Bebudak ni memang banyak potensi, walopun ni adalah 1st time dorang diajar skil amik gambar secara profesional, tapi aku rasa banyak je gambar yang dorang amek tu memang cun abes ah!

Dan sesi tunjuk ajar pun takde lah ketat sangat macam kat sekolah. Budak-budak ni bebas untuk explore sendiri apa saja yang diberi kepada mereka. Aku dan sukarelawan lain yang jadi assistant fasi pon takdelah pening kepala sangat, just let them do it by themself, let the kids make mistake, lepas tu kitorang komen la sikit-sikit suruh bahagian yang diorang boleh improve.

Kanak-kanak memang menakjubkan. Aku pun kagum dengan diorang. Dan aku rasa mungkin lepas ni tetiap weekend, kalo aku takde keje, aku akan pegi merelakan diri lagi dekat projek ni. Di samping dapat pengalaman baru, aku gak dapat belajar cara melayan budak-budak dengan lagi baik, pasal aku kat rumah selalu je buli adik-adik aku. Hohoho.

Jumpa korang lagi, Chow Kit Kita!

Oh, aku tinggalkan korang dengan gambar-gambar yang di-snap oleh peserta projek ni. Pasti korang akan impressed! Chow~

image

Ogy, 15 tahun 

image

Atikah, 13 tahun 

image

Mohd Nizam, 14 tahun

image

M. Rizal, 13 tahun

image

Mis, 15 tahun

image

Azmi Ibrahim, 13 tahun

image

Izati, 15 tahun

image

Pejal :), 13 tahun

image

Rubbi, 14 tahun

image

Didi, 15 tahun

Sila visit website SABM untuk membaca cerita di sebalik tiap gambar ini. Klik SINI

Join grup FB ChowKit Kita kat SINI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails