Tuesday, August 17, 2010

Masa Depan yang Kelabu Kelohong

Malam ni aku tak tidor lagi. Jam dah 3 lebih, nak pukul 4, kalo tidor konfem payah nak bangun sahor sok. So aku decide teruskan berjaga, walopun mungkin bila-bila masa saja lagi aku akan tumbang.

Macam biasa, bila dah tak tahu nak buat apa, pikiran pun akan mula melayang-layang, kononnya berpikir, tapi sebenarnya lebih kepada berangan-angan.

Dan antara persoalan kritikal yang sering bermain-main di minda aku ketika ini adalah persoalan masa depan.

Aku nak jadi apa?

Sampai sekarang aku tak mampu nak buat keputusan. Dulu masa kecik, bila orang tanya apa cita-cita, aku suka jawab nak jadi pilot. Tapi masa tu, apa pun tak tahu, jawapan disediakan apabila tengok orang lain semua ada jawapan. Lagipun, masa kecik, apa sangat yang aku tahu pasal kerja selain polis, doktor, bomba, pilot, dan lain-lain yang beruniform.

Dan bila aku meningkat remaja, aku masuk sekolah sains. Kat sekolah sains, cikgu-cikgu selalu mendoktrin dengan memberikan persepsi bahawa kemuliaan tertinggi untuk budak sains adalah mendapat tajaan biasiswa untuk terbang ke luar negara dan menjadi doktor.

Sungguh, masa sekolah dulu, aku tak pernah kenal pun IPT tempatan. Langsung tak pernah target untuk masuk U lokal. Dalam kepala otak, Ireland, Australia, Japan, etc etc.

Tapi sumpah aku masa tu langsung tiada niat nak jadi dokter. Tak sanggup. Orang macam aku nak jadi dokter? Mampus pesakit nanti. Tapi dalam keengganan kepada dokter, aku tiada pula cita-cita lain sebagai alternatif.

Sehingga lepas SPM, masuk Asasi, apabila memilih untuk mengisi borang permohonan UPU (permohonan masuk U) secara online, juga aku masih tiada gambaran konkrit tentang aku nak jadi apa sebenarnya.

Lantas atas beberapa nasihat kurang matang daripada kawan-kawan, aku memilih untuk mengambil jurusan Kejuruteraan Bioperubatan. Tapi, lepas 2 tahun, aku rasa aku bukan dilahirkan untuk jadi jurutera, maka aku ambil keputusan drastik, tukar kos masuk Sains jurusan Fizik. Kononnya ini adalah minat aku.

Dan sehingga kini, aku masih lagi tiada hala tuju yang konkrit sebenarnya. Kenapa aku ambil sains fizik? Sebab aku suka, itu saja. Ada satu perasaan yang dapat aku rasa apabila aku belajar fizik, dan tidak dapat aku rasa bila belajar benda lain. Dan aku ingin mengecapi kembali perasaan itu. Dan aku masih mencari.

Tapi aku tak pernah pikir soal kerja di masa depan. Nak jadi apa? Entah. Cuma sekarang kalau orang tanya, aku mungkin akan jawab, pensyarah, kot. Malas nak panjang cerita.

Sungguh, aku bukan jenis manusia yang suka terikat kepada sistem dan rutin. Macam aku pernah cakap, aku pernah rasa takut bila melihat senior yang pernah berada satu jabatan dengan aku dulu, tiba-tiba berimej kemeja dan memakai neck-tie, senang cakap, style kerja ofis. Aku takut untuk jadi begitu.

Aku tak suka kepada sistem.

Bagi aku sistem itu bagus dari segi memastikan kelancaran sesuatu pekerjaan, tapi dalam masa yang sama, menjadikan manusia hilang nilai-nilai insani, dan menjadi robot.

Maaf, pemikiran aku agak pelik jika aku nak hurai di sini.

Kedua, aku pemalas. Amat pemalas. Maka orang pemalas macam aku ini tidak sesuai untuk bekerja di tempat yang memerlukan aku mengikut jadual dan mengejar due-date dalam menyiapkan sesuatu tugasan.

Habis tu, aku nak jadi apa?

Masih tiada jawapan. Tapi, angan-angan ada. Nak tahu? Janji, jangan perlekehkan aku.

 

 

Ok lah, aku nak jadi pensyarah, atau senang kata nak meneruskan pengajian aku dalam bidang fizik ni ke peringkat tertinggi la. Tapi mungkin pensyarah yang selekeh. Aku nak belajar. Belajar selama-lamanya.

Tapi sebelum itu, aku rasa aku nak jadi kaya kumpul duit banyak-banyak dulu, nak jadi seorang yang bebas dari bebanan kewangan. untuk diri sendiri dan jugak famili, sebab aku ingat aku mahu mengembara melihat dunia dahulu, sebelum aku decide untuk settle down kat mana-mana.

Aku tak mampu nak tetapkan masa depan aku.

Maka, biarlah masa depan aku penuh dengan benda baru, kerana aku adalah jenis manusia yang cepat bosan, maka pembaharuan dalam hidup adalah yang terbaik untuk aku, aku rasa begitulah.

So, dalam masa terdekat ni, aku kena pastikan aku buat beberapa perkara wajib.

1) Belajar untuk dapat teruskan pengajian.

2) Cari duit untuk mengembara.

Dan aku jugak ingin menjalani pusingan ke-2 sebagai budak U dengan memenuhi hidup aku dengan perkara-perkara menarik. Maka tunggu dan lihatlah apa akan jadi pada hidup aku di varsiti tercinta ini.

1 comment:

  1. ok la tuh... ade jugak cite2 nye... mcm aku belajar je da ade ijazah pon x tau nak jadi ape... sampai skrg hampir setaun jadi penganggur kehormat... kate orang kalo kawen pon da ade sowang anak hehehe

    salam kunjungan dan salam ramadhan
    dunker-season.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails