Tuesday, August 31, 2010

Tiada Isi. Sekadar Menulis Memenuhi Syarat.

Well, dah lama aku tak menulis kat sini. Maka, aku pun tulislah, walaupun sebenarnya tiada apa yang aku ingin tuliskan.

Mungkin semenjak 2,3 menjak ni, apabila tetiba gaya tulisan aku menjadi agak serius dan mengandungi perasa politik-aktivis-idealis-is-is-is, maka setiap kali nak menaip mesti aku rasa kena bermentaliti serius.

Sedangkan pada awal-awal aku tulis blog dulu, belambak jer tulisan ringan-ringan tapi takde lah kosong merapu meraban. Berisi jugak lah, sekurang-kurangnya aku yang rasa macam tu, ok la.

Hari ni 31 Ogos, cuti merdeka, dan merdeka tahun ni jatuh pada bulan puasa, maka tiadalah konsert rasmi peringkat kebangsaan sempena menyambut merdeka. Tapi tak bermaksud bila tiada pesta dipancarkan di kaca tv, maknanya tiada orang berpesta di malam merdeka.

Bukan nak kata orang Malaysia ni patriotik ke apa, tapi itu menunjukkan mereka sangat gembira apabila tiba waktu cuti, so memalam hari cuti kenalah menghidupkan malam, kan?

Mana tau malam semalam itu adalah lailatul-qadar, agak2 semua amalan digandakan 1000 bulan tak? Selalu orang cakap, kalo buat amal di malam itu, dapat ganjaran pahala bersamaan 1000 bulan, tapi kalo buat dosa, digandakan jugak 1000 bulan kah? Aku takde jawapan, cari sendiri.

Sebenarnya aku jugak boleh dikategorikan termasuk dalam kelompok manusia berpoya-poya di malam merdeka. Sebab semalam aku pergi ke majlis re-union batch sekolah menengah aku, dekat Shah Alam. Aktiviti kitorang bermula daripada acara berbukak puasa beramai-ramai di atas padang ntah apa ntah kat Shah Alam (padang dekat bangunan UMNO), walaupun hakikatnya apabila solat Isyak berkumandang baru kitorang berbukak sebab tunggu makanan dan manusia yang mengamalkan janji Melayu.

Lepas tu, beramai-ramai menuju ke gelanggang futsal di Shah Alam Extreme Sports Center, dan ditakdirkan perjalanan selama 15 minit menjadi lebih 2 jam apabila kereta yang dinaiki oleh grup gadis yang follow kitorang telah terlibat dalam pelanggaran kecil, menyebabkan berlakulah insiden berenti keta tepi jalan dan proses negosiasi.

Antara pengajaran yang aku dapat daripada insiden itu ialah, kereta proton saga generasi pertama memang kebal nak mampos. Bayangkan momentum daripada pelanggaran itu hanya menyebabkan sedikit calar, tapi bagi sebuah Myvi yang dihentam dengan daya yang sama, terkopek bumper, senget pintu dibuatnya. Loser. Kah3.

Pengajaran ke-2, kalo terlibat dalam kes-kes kemalangan yang membawa kepada tuntutan kewangan, kalo nilai yang dimintak kurang dari rm300, maka silalah settle segera. Tapi kalo mamat/minah tuan kereta yang korang rempuh itu konfiden bahawa nilai kerosakan kereta lebih dari rm300, maka silalah setel di balai.

Jangan takut, walaupun korang langgar kereta orang, paling teruk pun korang akan disaman jek. Dan mamat tuanpunyakereta tu dapat claim insuran bila dah buat repot polis. So, duit korang tak melayang banyak giler (takkan nak bayar rm500 macam tu je kan, kalo saman ada la dalam rm100 lebih, tu pun bole kawtim), dan tuanpunyakereta boleh claim insuran, tak rugi hape2 pon.

Win-win la kan?

Dan Shah Alam memang bandar lepak. Banyak tempat menarik yang hidup 24 jam, dan banyak jugak lah awek-awek cun yang dapat dibuat pencuci mata.

Tapi, di celah kemeriahan kota itu, ada satu tempat yang aku rasa sangat aman damai (sunyi sepi), iaitu masjid. (????????)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bukan nak kondem sesape, aku pun tak pergi masjid jugak.

 

 

Selamat hari merdeka.

Terimakasih sebab membaca.

 

 

p/s: Selamat memburu malam lailatul qadar, tapi ada member aku dah claim hari tu dia nampak bulan 2 bijik. Well, ini khabar angin je, jangan percaya, jangan jadi tipikal Malay yang suka share benda-benda yang tak tahu mana hujung pangkalnya. Merdeka. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails