Wednesday, August 11, 2010

Salam 1 Ramadhan

Salam Ramadhan. Bulan puasa tahun ni jatuh pada bulan Ogos, maka aku dapat merasakan bahawa sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini akan diadakan di masjid-masjid dan surau-surau, bukan lagi di Dataran Merdeka dengan cara berpogo-pogo sambil menonton konsert percuma artis pujaan hati. Yeah~satu rahmat di situ, kerana akhirnya kurang juga satu konsert yang selama ini menghidangkan lagu-lagu bermesej leleh keluaran pasaran arus utama yang menjadikan kaum Melayu ini benar-benar me-layu.

Puasa selalunya menjadi titik perubahan untuk diri aku, ke arah yang lebih baik dari segi spiritual. Selalu dalam bulan puasa, hati dan jiwa aku lebih senang untuk berasa sayu syahdu insaf, mungkin kerana setan-setan sudah dibawa pergi.

Tapi bulan puasa pun sering saja aku melakukan perkara-perkara dosa. Tapi dosa pahala akhirnya Tuhan yang tentukan, cuma manusia mempunyai persepsi sendiri yang berbeza-beza terhadap dosa. Ada orang melihat perkara sekecik-kecik “usya awek” sebagai dosa yang cukup besar, sehingga membawa kepada istighfar. Ada orang tu tak solat, mungkin jugak tak puasa, tapi tak rasa itu dosa pun.

Kalau ikut teori syaitan di-ikat di bulan puasa, maka pada bulan puasa inilah kita nak kenal sejahat mana diri kita. Sebab segala tindakan jahat kita adalah disebabkan pilihan diri kita, bukan lagi kerana hasutan syetan. Tapi macam aku cakap, rasa berdosa dan bersalah melakukan sesuatu itu berbeza pada setiap individu.

Ini semua disebabkan pandangan dunia yang berbeza. Ada orang berpegang telah terdedah dengan pelbagai pantang larang sejak dari kecil, maka dia rasa bersalah jika terlanggar perkara itu. Ada orang hidup tak pernah kena larang, liberal, maka dia rasa bebas buat apa saja. Ada orang pernah kena larang, tapi rebel, lalu langgar pantang larang. Ada orang pernah jadi liberal, tak fikir pantang larang, tapi akhirnya memilih  untuk hidup di bawah peraturan, kerana merasakan ikut peraturan itu benar.

Ramai jenis orang, tapi aku bukan jenis orang yang suka memaksa orang lain untuk ikut aku. Secara jujurnya, dalaman aku lebih cenderung untuk jadi insan yang beriman dan beramal soleh, sebab aku pernah merasa ketenangan apabila hidup aku terkawal, berbanding kini, yang lebih caca marba.

Tapi masih, aku tak boleh paksa orang lain ikut cara aku. Bukan bermaksud aku percaya pada libelarism atau pluralism, tapi bagi aku setiap orang ada latar belakang yang berbeza yang membentuk apa dia jadi hari ini, maka kita tak boleh paksa dia ikut idea kita. Tidak secara paksa.

Cuma satu saja, pabila tiba masa kita rasa kita perlu buat pilihan, buatlah dengan pakai akal. Berfikir. Jangan ikut-ikut sahaja.

“Aku tak risau jalan mana kamu nak ikut, selagi mana kamu guna akal, dengan ikhlas, tapi aku amat takut sekiranya kamu ini ikut-ikut semata.”

 

Selamat berpuasa!

 

 

p/s: aku menaip ni pun tanpa berfikir, sungguh ironi aku bercerita tentang pikiran.

p/p/s: bulan puasa ni nak ingatkan diri tentang kesusahan orang lain, maka janganlah membazir.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails