Wednesday, August 25, 2010

Al-kisah Student Power

image

Baru-baru ni, nama aku (dan muka aku) masuk media massa lagi, sebab kes Student Power. Secara ringkaslah, aku cerita ape hal yang berlaku sebenarnya.

1. Fahmi Reza nak buat kuliah Student Power dalam UM. Cubaan dia gagal setelah mencuba sebanyak 4 kali.

2. Dia buat kempen, mintak mana-mana budak UM yang minat nak anjurkan lecture ni dalam UM, download kertas kerja dasar (KKD) program, dan mintak kebenaran HEP.

3. Aku tengok takde respon daripada budak UM, so atas rasa nak cover kemaluan yang besar selaku budak UM, aku pun create la satu event untuk menghantar KKD Student Power ni secara beramai-ramai kepada HEP. Event invitation via FB je pon.

4. Di hari kejadian, tak sangka lak ramai pak guard yang datang berkawal. Media pun ramai je yang turun. Tapi student, ada la tak sampai 10 orang. Apa pun, aku tak kisah kuantiti, even kalo aku sorang je yang turun hari tu, aku tetap akan naik jugak jumpa HEP.

5. Permohonan untuk mendapatkan kebenaran mengadakan kuliah umum Student Power ini gagal atas beberapa sebab. Antaranya sebab aku membuat permohonan pakai nama aku sendiri, tak boleh, kata TNC HEP, sebab nak buat program kena ikut persatuan, serta pelbagai lagi isu sampingan seperti autoriti Fahmi Reza untuk bicara soal sejarah, protokol yang perlu aku lalui untuk menganjurkan program bla bla bla bla bla bla bla (sori wa tak ingat lagi apa yang TNC HEP membebel petang tu, wa tak catat).

So, apa perkembangan terbaru sekarang?

Setakat ni, aku rasa kemungkinan untuk program ni berjalan dalam kawasan UM adalah amat tipis, kecuali kalau ada mana-mana persatuan yang benar-benar minat nak jalankan program ni.

Kalau nak harapkan aku membuat permohonan menggunakan nama persatuan, maaflah, aku adalah jenis manusia yang amat membenci birokrasi dan protokol. Terutamanya jika birokrasi dan protokol itu tidak perlu. Bosan.

Kenapa setiap program anjuran persatuan budak UM ni mesti ada bahagian untuk menjaga keselesaan seorang makhluk bergelar VIP? Kenapa kepentingan tertinggi apabila sesuatu program dijalankan adalah kerusi empuk VIP, tempat duduk VIP, jamuan VIP, dan awek cun yang mengiringi VIP pabila VIP nak bergerak ke mana-mana dalam program tu?

Bah kan sehingga tamat program, ketika sesi post-mortem, para AJK bukannya membincangkan samada matlamat diorang buat program itu tercapai atau tidak, tapi adakah protokol majlis telah diikut dengan sempurna? Adakah layanan terhadap VIP itu tip-top?

Ini semua bagi aku adalah membuang masa, dan tiada faedah langsung. Sebab itu aku takkan menggunakan nama persatuan untuk mengadakan program ini dalam UM, kecuali jika program itu boleh dijalankan tanpa perlu mengikut segala kerenah birokrasi dan protokol yang digaris pandukan oleh HEP.

Boleh tak kalo aku nak buat program ni tanpa AJK? Sebab aku rasa program ni amat simple, cuma sediakan tempat untuk beri kuliah, dah boleh jalan. For sure tak boleh kan, sebab carta organisasi program ni adalah antara salah satu tuntutan HEP, bukan?

Itu satu hal. Satu hal lagi yang membuatkan aku sendiri pesimis untuk menganjurkan program ni dalam UM adalah sebab aku rasa budak UM sendiri pun tak sangap sangat nak dengar kuliah ni.

Mungkin ini pandangan cetek aku, tapi berdasarkan pemerhatian aku terhadap sambutan budak UM, respon mereka apabila program ni dihalang, memang sangat lemau. Even ada satu Fan Page dalam Facebook yang bertemakan “Mahasiswa UM Menolak Student Power”, tapi yang duk aktif melawan statement bodoh itu aku rasa majoritinya bukan budak UM pun, tapi kawan-kawan aku dari UiTM.

Jadi, aku nyatakan kat sini, aku rasa Student Power masih belum relevan lagi untuk diadakan dalam UM, jika begini keadaannya.

Sebab matlamat akhir kuliah ini adalah untuk menyedarkan budak UM, bahawa suatu ketika dahulu, generasi awal mahasiswa UM adalah generasi yang menggugat.

Kehadiran mereka dirasai oleh masyarakat. Mereka mampu menggegarkan pemerintah. Bukan sahaja pemerintah kampus, bahkan pemerintah daulah.

Tapi jika budak UM sendiri tidak berminat nak tahu pasal sejarah awal UM ini, apa guna si Fahmi Reza berusaha bermati-mati nak bawak masuk kuliah ni ke dalam UM?

Ok, lupakan isu ini sebentar. Aku ingin bicara pula pasal matlamat sebenar aku. Kenapa pula aku sanggup mendedahkan diri aku kepada perhatian umum, hanya kerana satu kuliah umum?

Kerana aku ingin FEMES-lah, apa lagi? Dapat coverage media, sekarang satu Malaya dah kenal aku. Woooohooooo.

Haha, ok. Lawak tak jadi.

Aku nak jelaskan kat sini, aku tidaklah menetapkan titik akhir perjuangan aku pada kejayaan membawa masuk Student Power ke dalam UM.

Sebenarnya usaha membawa masuk Student Power hanyalah salah satu daripada usaha-usaha yang bakal aku lakukan untuk mengembalikan satu budaya yang aku rasa dah semakin hilang kat bumi UM ini. Walaupun budaya itu seharusnya menjadi budaya asas di sebuah tempat bernama U.

image

KEBEBASAN AKADEMIK.

Apa binatang itu?

Aku bukan manusia pandai. Aku mengaku aku ini banyak bodoh. Bicara aku, tulisan aku, aku akui, langsung tiada nilai-nilai intelektual dan akademik.

Tapi, adakah ia merupakan salah aku apabila aku menjadi seorang budak U yang lesu dan bodoh dalam melontar idea atau pendapat? Aku rasa jika itu adalah sindrom aku seorang, maka aku rasa itu memang salah aku. Tapi lihatlah di sekeliling kamu, lihatlah kepada budak-budak U yang kamu kenal, cubalah ajak mereka bicara sedikit tentang soal-soal kritikal.

Soal-soal umum seperti ideologi, politik, isu-isu sosial, ekonomi, huh, jauh panggang dari api kalau ada yang mampu memberi kamu jawapan yang bisa membuat kamu kagum. Cuba pula bertanyakan kepada mereka tentang soal-soal ilmu yang mereka sedang belajar, pengkhususan mereka. Adakah mereka mampu menjawab dengan nada, gaya dan jawapan yang menunjukkan mereka adalah pelajar dalam bidang mereka? Atau sekadar mengeluarkan skrip dari buku teks dan nota kuliah semata-mata, itu pun perlu merujuk, sebab tak hafal, bukannya menjawab dari kefahaman yang sedia terpahat dalam kepala otak.

Aku tak nafikan, ada jugak lah seekor dua yang mungkin mampu menjawab segala persoalan secara intelek dan akademik. Tapi berapa kerat sangat? Apabila majoriti budak U kini hilang kualiti selaku mahasiswa yang boleh dihormati dan disegani, adakah masih mereka yang harus dipersalahkan, kerana tidak menjadi budak U yang “ulat buku” serta responsif dengan isu-isu semasa?

Bukankah mereka semua ini adalah mangsa kepada satu sistem, satu budaya pembelajaran yang memang langsung tidak merangsang akal intuitif mereka, tidak menanam rasa inkuiri, tidak membina “reasoning mind”, sebaliknya hanya melahirkan budak U yang tunduk dan patuh kepada segala ilmu yang dicurahkan, tidak pernah meragui dan mencabar status quo guru-guru mereka, dan menganggap kejayaan dalam belajar itu adalah apabila mereka berjaya menghafal lalu mencurahkan balik segala idea yang telah dihafal itu di dalam peperiksaan.

Aku mengaku, aku termasuk dalam golongan yang lemau itu. Aku adalah budak U yang majoriti itu.

Tapi aku tak ingin selamanya begini.

Aku masuk U atas subsidi rakyat, para pekerja yang memerah keringat membayar cukai, dengan harapan cukai mereka itu akan menjadikan negara ini lebih baik di masa akan datang.

Maka, aku WAJIB untuk menjadi seorang mahasiswa, aku WAJIB ada kualiti pemikiran yang berbeza dengan orang yang tak masuk U. Aku wajib menjadi mahasiswa yang akhirnya akan mampu menyumbang kembali kepada rakyat yang telah menanggung sebahagian besar kos pembelajaran aku.

Tapi, adakah sekiranya aku menjadi pelajar yang fokus menelaah nota-nota kuliah semata-mata, aku akan jadi mahasiswa berkualiti? Adakah jika CGPA aku 4.0 itu maknanya aku adalah mahasiswa yang baik? Apakah sekiranya aku mendapat pekerjaan yang baik selepas habis mengaji esok, itu maknanya aku ini mahasiswa yang baik?

Bagi aku tidak. Bah kan lebih teruk lagi, aku merasakan sekiranya aku ini tunduk patuh kepada sistem ini, apa yang akan jadi kepada aku pada akhirnya adalah, aku akan menjadi sebahagian daripada mata rantai yang akan meneruskan kitaran sistem yang melemaukan ini.

Sekarang inipun, aku berasa amat kecewa terhadap pengalaman yang aku lalui dalam proses pembelajaran. Aku tak rasa seperti aku sedang belajar, sebaliknya aku rasa seperti aku ini sedang dipersiapkan untuk menjadi robot. Robot yang pada akhirnya tidak tahu berpikir, tapi mampu menyiapkan tugasan yang diberikan dengan efisien. Efisiensi amat diperlukan pada zaman moden ini, kerana sekiranya kita lambat, maka kita akan ketinggalan.

Tapi apakah efisiensi itu mampu menjadikan hidup manusia dan dunia ini lebih baik?

Setelah berkurun-kurun kita melihat dunia mewarisi satu sistem yang mementingkan kelajuan demi memaksimakan keuntungan, kerana keuntungan itu ditafsirkan sebagai kejayaan, apakah kamu merasakan dunia ini telah menjadi lebih baik kini? Ataupun adakah dunia ini sebenarnya sedang menuju ke arah kehancuran?

Bagi aku, U sekarang ini tidak lain hanyalah seperti sebuah kilang, sama seperti kilang-kilang di luar sana, yang akhirnya menghasilkan produk untuk dijual bagi mendapat keuntungan, begitulah nasib budak U kini, mereka sebenarnya juga telah dilayan seperti bahan mentah, diproses, dan akhirnya menjadi satu produk yang akan digunakan dalam industri, membantu untuk meraih keuntungan, lalu meneruskan kitaran yang sama kepada generasi akan datang.

Sedangkan, pada pandangan aku, U adalah tempat untuk melatih manusia menjadi insan berpikir. Menjadi tempat untuk menjadikan manusia itu lebih manusia. Bukannya merobotkan pemikiran manusia.

Disebabkan pemikiran robotik inilah budak U zaman kini tidak memandang kepada perkara lain, tidak berpikir tentang isu-isu lain, tiada pegangan ideologi diri yang jelas, kerana pemikiran mereka telah disistemkan, dirobotikkan, lalu apa yang mereka rasakan penting dalam hidup mereka sebagai budak U adalah bagaimana untuk berjaya menyiapkan semua tugasan yang diberi dalam tempoh yang ditetapkan, tanpa perlu menilai kualiti hasil tugasan mereka itu secara intelek, serta bagaimana untuk menghafal segala nota kuliah, dan mencurahkan semuanya kembali di atas kertas di dalam dewan peperiksaan, demi mencapai gred tertinggi.

Aku tidak tujukan kepada budak U lain, kerana diri aku jugak begitu. Walaupun di sini aku berdegar-degar menaip, namun akhirnya aku jugak terpaksa tunduk dengan sistem yang ada. Aku jugak akhirnya terpaksa meminjam assignment kawan untuk ditiru kerana masa yang aku ada, tidak aku gunakan untuk menyiapkan assignment, sebaliknya ber-blog, serta merayau-rayau mencari rakan untuk berdiskusi tentang kebobrokan sistem. Akhirnya aku jugak yang tewas.

Celaka bukan?

Sebab itulah aku merasakan, hanya dengan mengembalikan budaya kebebasan akademik ini akan dapat menyelamatkan budak U daripada terus menerus terikat dengan kitaran pembodohan ini.

Kebebasan akademik secara definisi lebih kurang adalah kebebasan untuk sesiapa sahaja ahli akademik untuk menjalankan apa sahaja kajian, serta mengemukakan hasil kajian, tanpa kongkongan institusi yang memerintahnya, baik Universiti, agama, mahupun daulah, dengan syarat kajian yang dijalankan adalah bertepatan dengan standard yang telah ditetapkan dalam dunia akademik.

Namun, bagi aku, kebebasan akademik ada maksud yang lebih mendasar daripada itu. Kebebasan untuk belajar.

Bagi melahirkan generasi budak U yang kritikal, tidak lemau dan lesu, ada pendirian tak macam budak-budak yang tak masuk U, maka bebas belajar ini perlu dibudayakan.

Kebebasan akademik perlu bermula dari bawah, dari budaya berfikir masyarakat ramai. Kebebasan akademik perlu bermula dengan “intuitive mind” – minda yang mencari penjelasan secara rasional dan faktual. Bermakna, minda yang tidak menerima bulat-bulat apa yang sampai kepada mereka, walaupun daripada individu yang bergelar Dokter atau Profesor, selagi apa yang sampai itu tiada bukti KEBENARAN.

Minda yang berfikir. Itulah asas sebelum kita menjalankan kajian tentang suatu perkara.

Minda yang berfikir itu pula perlu bebas. Bebas daripada sebarang taboo pemikiran, yang mengehadkan ruang pemikiran.

Minda yang berfikir juga perlu ada ruang ekspresi yang bebas. Dengan kebebasan untuk mempersoal apa saja, tanpa ada persepsi bahawa isu ini dan itu adalah sensitif. Kerana keupayaan akal manusia untuk meragui sesuatu perkara adalah amat tinggi. Persoalan itu bukanlah petanda kebodohan, tetapi persoalan adalah titik permulaan kepada sebuah perjalanan mencari jawapan.

Kebebasan menyuarakan pendapat,atau persepsi, bagi aku tidak harus ditakuti, kerana di situ jugak akan membuka jalan kepada diskusi, debat, forum, perbincangan, yang pada akhirnya akan membawa kepada jawapan yang dicari.

Jika orang bebas bertanya, maknanya kamu juga bebas menjawab, bukan?

Minda yang berfikir itu juga perlu terdedah dengan segala-gala jenis maklumat, ilmu, idea, kerana dengan begitu barulah akal dapat membuat justifikasi dengan jelas.

 

Oh, aku rasa aku sudah terlalu jauh melalut. Kembali ke alam realiti.

 

Realiti kini, kebebasan akademik, kebebasan belajar, kebebasan berdiskusi, kebebasan ber-ekspresi, aku rasa semuanya sudah hilang. Walaupun di universiti yang sepatutnya menjadi pasar-pasar idea, yang menjual apa sahaja idea untuk kita pilih.

Kebebasan akademik apa jika budak U yang ingin membuat program untuk mencari ilmu yang diorang rasa tiada dalam U ini terpaksa berdepan dengan protokol dan segala kerenah birokrasi yang langsung tidak membantu proses pembentukan pikiran, sebaliknya hanya menjaga VIP daripada berpeluh dalam program mereka?

Kebebasan akademik apa sekiranya ingin bicara soal yang menentang kerajaan pemerintah daulah seringkali disekat?

Kebebasan apa jika ingin bicara soal politik ekonomi sosial Malaysia hanya boleh dengar daripada satu pandang sisi sahaja?

Bebas belajar apa jika pelajar ini dipaksa mengikut sistem untuk menjadi cyborg sehingga tiada masa untuk merenung sekeliling, melihat dunia, memahami falsafah kehidupan?

Come on, ini universiti-lah!

UNIVERSITI TEMPAT BELAJAR LAH!!!!

 

 

p/s: tulisan aku adalah tulisan budak U yang tidak intelek, tidak akademik, tapi aku mengimpikan untuk menjadi seorang budak U yang mampu bicara atas hujah, ada ideologi diri yang kukuh. Dan aku terbuka kepada perbincangan serta diskusi, kerana dari situlah aku belajar. Nak harapkan aku membuka buku tanpa alasan? Maaflah, aku mangsa sistem pembelajaran negara ini. Buku yang tak menyumbang kepada pointer aku, aku takkan baca.

Tapi aku akan tetap berusaha mengembalikan budaya yang aku impikan ini. Aku takkan kekal begini.

 

p/p/s: tentang public lecture Fahmi Reza, aku rasa usaha untuk aku membawak masuk Student Power ke dalam kampus akan aku hold dulu sementara waktu, kecuali jika ada persatuan yang sudi nak usaha mintak dengan HEP, aku tak kisah, buat lah. Tapi nak harapkan aku berurusan dengan protokol birokrasi segala tu, maaf, aku tolak.

Lagi satu, aku pesimis tentang respon budak UM.

Tapi ini jugak tertakluk kepada perubahan cuaca semasa, mungkin jika ada idea spontaneous yang memungkinkan lecture ni dibuat dalam UM, aku akan usahakan, tapi sekali lagi aku tegaskan, via HEP lepas tu kena ikut protokol birokrasi is not my way.

 

p/p/p/s: femes tak aku? Nak buat fan-page boleh? Kah kah kah.

6 comments:

  1. Salam.
    Tahniah atas percubaan bawa syarahan tu.

    Naratif kau sama juga dengan kes di UiTM.

    Dan aku sgt bersetuju dengan aktiviti tanpa persatuan, sebab kebanyakan persatuan pelajar dah dimandulkan.

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Tahniah atas percubaan bawa syarahan tu.

    Naratif kau sama juga dengan kes di UiTM.

    Dan aku sgt bersetuju dengan aktiviti tanpa persatuan, sebab kebanyakan persatuan pelajar dah dimandulkan.

    ReplyDelete
  3. tepukkan untuk anda.. satu pemikiran yg kritis,terkena juga btng hidung kawe..hehe

    universiti bukan kilang dan kita bukan produk kilang!!

    andai kita adalah benih, biarlah kita jadi benih yg baik, memberi manfaat pada diri dan sekeliling..

    =)

    ReplyDelete
  4. Kita boleh belajar dari sama sendiri. Maybe jumpa satu hari nanti kita boleh bincang satu strategi

    ReplyDelete
  5. Hoho.setuju sangat dengan pegangan kamu tu.
    100%.
    happy hearing it from u.

    ReplyDelete
  6. jangan risau.hang memang dah meletup!haha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails