Wednesday, August 18, 2010

Universiti Tempat Belajar : Belajar Apa?

Bayangkan korang pergi makan di sebuah restoran. Tiba-tiba korang perasan dalam makanan korang tu ada lipas. Apakah tindakan korang?

For sure korang akan report dekat tokei kedai tu, samada korang mintak makanan lain, or korang tak nak bayar dan terus blah, ataupun kalo kedai tu kena bayar dulu baru makan, korang mintak balik duit korang, lepas tu blah.

Sama ada secara emo ataupun kool, itu terpulang kepada peribadi koranglah.

Dan apekah akan jadi sekiranya tiba-tiba tokei kedai tu cakap kat korang, “Wei, ape ngko marah-marah ni? Ini kedai aku, ko kena ikut peraturan kedai aku. Makan je makanan tu. Tak boleh buat tuntutan. Tak boleh mintak refund. Kalo ko tak nak ikut peraturan kedai aku, boleh blah. Kalo tak aku panggil polis angkat ko sebab buat kecoh kat kedai aku.”

Yang ni aku pasti korang takkan duduk diam. Paling koman pun korang akan sound balik tokei kedai yang kerek tu. Kalo korang ni jenis emo lebih sikit, mungkin akan hinggap sedas penumbuk dekat dagu malaon tu.

Itu situasi normal bukan? Adakah korang bersalah? Tidak, itu hak korang. Korang bayar untuk makan, dan korang ada hak untuk buat aduan kalo korang rasa ada benda yang tak memuaskan hati korang. Kalo tokei kedai tu bikin ek lagi, korang boleh bawak kes ni ke level yang lebih tinggi, buat aduan dekat memana NGO ke, tulis surat dekat surat khabor ke, pergi mengadu dekat Melodi Tv3, etc etc etc etc macam-macam lagi ah.

Dan kini cuba kaitkan situasi di atas dengan suasana yang jadi bila korang masuk U.

Korang masuk U, untuk belajar, kena bayar, walaupun itu adalah hak korang yang sepatutnya semua orang boleh dapat percuma, tapi ok lah, korang bayar. Dan bila masuk U, korang pasti mengharapkan korang akan dihidangkan dengan “makanan-makanan ilmu pengetahuan” yang akhirnya akan menjadikan korang manusia yang kenyang dengan segala macam informasi dan skil dalam kepala otak korang.

Korang pasti berharap, dengan masuk U, korang akhirnya akan jadi manusia yang lebih baik daripada sebelum korang masuk U, dan akhirnya akan mampu menyumbang kembali kepada masyarakat yang telah membayar cukai untuk menampung subsidi korang belajar di U.

Tapi hakikatnya, apa yang terjadi di U adalah amat pelik sekali. Korang tidak boleh menyuarakan sebarang ketidak-puasan hati korang kepada tokei U itu. Dah lah masuk U KORANG BAYAR, lepas tu ada pulak peraturan remeh-temeh macam nak masuk library tak boleh pakai selipar jepun, lepas tu terikat pulak dengan sistem pendidikan yang “ber-orientasi-kan exam nak mampos”, dan segala macam lagi lah situasi yang menunjukkan bahawa korang ni bukannya “customer” kepada U itu, tapi dia adalah bos korang, dan korang adalah hamba mereka.

Padahal hakikat sebenar, korang adalah seperti pelanggan kepada U korang, dan U adalah sebuah restoran yang menawarkan servis kepada korang.

Secara logiknya, sekiranya korang mendapati dalam “makanan” yang diberikan kepada korang itu ada “lipas”, maka korang boleh membuat tuntutan, seperti yang aku gambarkan dalam suasana kat atas.

Namun disebabkan kita telah terlalu lama mengikuti sistem pendidikan yang hanya tahu mengajar kita untuk menjadi pengikut membabi buta, bukannya pelajar yang berfikir, maka apabila masuk U, kita masih lagi terikat dengan status quo itu.

Kita masih menganggap golongan yang menjadi tokei di U itu adalah guru-guru yang patut dihormati dan betul segala-galanya. Betul, kita patut saling hormat-menghormati, baru suasana akan harmoni. Tapi mereka jugak adalah manusia, dan manusia itu tidak pernah lari daripada sebarang kekurangan dan kesilapan.

Dan budak U sebagai pelajar jugak adalah manusia, dan manusia semuanya ada akal yang seharusnya digunakan untuk berpikir, dan pemikiran budak U sepatutnya dibiarkan berkembang, bukannya disekat dengan segala macam peraturan-peraturan kelakar.

Bukankah matlamat U adalah untuk menjadikan budak U yang masuk ke “kedai” mereka untuk keluar dengan kenyang setelah penuh menuntut ilmu?

Dan sepertimana kedai makan, pelajar seharusnya bebas untuk memilih makanan yang mereka nak makan.

Ilmu untuk menjadi manusia itu bukan sekadar mendapat 4 rata di dalam peperiksaan. Itu hanya ilmu menghafal, ataupun ilmu menipu membawa toyol.

 

 

-bersambung, aku ada kelas-

2 comments:

  1. lepak dengan gua - macam lepak dengan karam singh walia.
    ada je perumpamaan lu kena dengar.

    kah kah kah!

    ReplyDelete
  2. Perumpamaan yang tepat - simple dan mudah dipahami oleh siapa saja. Dan sesiape yang beri perumpamaan kene begitu. Saye sukekan pada semua orang yang selalu protest, jika tak sesuai dengan yang telah di janjikan. Kata orang-orang tua; diam adalah emas dan cakap adalah perak, tapi saye tidak setuju, kerana diam tidak selalu berarti emas tapi juga kebodohan - sila protest sampai puas eh? *thumbs up* hehe.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails