Monday, July 19, 2010

Aktivisme Budak UM di Awal Semester Sesi 2010/2011

Ini entri yang lewat. Kejadian ini berlaku pada minggu lepas, hari ape ek? Khamis kot.

Sekadar berkongsi untuk memaparkan kepada korang tentang aktivism budak UM di awal sem ini.

Hari khamis hari itu, ada dua benda yang aku jumpa, yang menunjukkan bahawa di UM, budaya “aktiviti ko-kurikulum” masih wujud, walaupun mungkin ada pihak-pihak yang lebih tua senior berkata, UM dah makin sejuk, atau bahasa lagi sentap, lesu, eh tak best, LEMBIK. Haha.

Pertama ialah Sudut Pidato. Speaker’s Corner. Hari khamis tu SC telah dilancarkan secara “rasmi” oleh sekelompok pelajar gabungan beberapa persatuan, walopun pada hakikatnya, itu semua PMIUM. Haha, kan aku dah cakap, PMIUM memang suka bikin panas.

Tapi itu hari tak panas langsung, walopun cuaca memang panas, tapi SC berjalan dengan aman damai tanpa ada gangguan. Pak gad ada datang, tapi dorang just usya dari atas lori kecik dorang jer, tu pon kejap, pastu blah. Wah, baiknyer diorang.

Dorang buat kat port biasa, stesen bas belakang library.

Sambutan? Macam bese lar, yang betul-betul dengar adalah orang-orang dorang sendiri, crowd lain tu layan sambil tunggu bas je, bas sampai, dorang pon blah.

Ucapan rata-rata pasal meraikan budak baru masuk U, then citer la sikit-sikit ape itu SC, dan kenapa dorang buat SC. Dan habes. (aku baru ingat nak cakap, tapi dorang tutup gelanggang terus, hahahahahahaha-dah abes bole la belagak kan? LOL)

Image0466

Image0463Sabri Jamaludin – Persatuan Budak U Neg Sembilan

Image0464

Izzuddin Hilmi – Komuniti Mahasiswa Kerinchi merangkap OKT kes Rosmah Puaka. hoho. Image0467

Nadzirah Majeed (sori tak nampak muka) – exco MPMUM, jugak Ketua HEWI (Hal Ehwal Wanita) PMIUM, gaya cakap macam Syahrizat. Hahah.

 Image0469

Nizam – SU PMIUM, dan orang kuat Kelab Bahasa Arab. Beliau bagi speech 5 minit pertama cakap Arab, sepatah haram aku tak faham.

Then lepas tu aku lepak depan lib, petang-petang sikit. Pastu nampak segerombolan budak naik motor ramai-ramai bawak bendera Palestin, buat bingit tekan hon.

Oh itu rupanya konvoi untuk Kempen RM1 untuk Gaza, anjuran MPMUM yang joint venture dengan AMAN Palestin. Dorang turun kat depan lib, dan kutip derma. Singgit je, aku pon hulor ah. Haha.

Image0472Wan dari APM. Peserta Konvoi Aman Palestin. Sebelah dia? Manusia tanpa majikan. Haha.

Okeh, begitulah aktivism minggu pertama akademik. Amacam?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails