Friday, July 2, 2010

Bila Aku Google Nama Aku ^ ^

(update pasal Alim : semalam jumpe dokter kat HKL, alhamdulillah tak kena tahan wad. Tapi diberi ubat yang amat berganda-ganda dosnya. Effect ubat ni, Alim akan cepat emo. Tsk. Tak leh buli lebih-lebih. Tq 4 ur support semua! ^ ^)

Salam. Ini adalah entri yang poyo.

Korang pernah Google nama sendiri tak? Hahah. Jawab sendiri. Aku pernah jek. Bukan nama aku jek, dedulu masa mula-mula kenal internet, belaja pakai emel, Yahoo Mesengger dan Friendster, aku pernah Google nama sorang gadis yang aku minat. Weee. (jangan marah, time tu aku budak lagi)

So, hari ni aku nak cerita, apa yang keluar bila aku Google nama aku sendiri. Kalau korang nak cuba pun boleh. Nama betul aku, Abu Ubaidah Amir Ab. Maalek~(kalau korang dah mula rasa menyampah nak baca, boleh jer blah, tapi lain kali datang lagi okeh?)

Ayuh mulakan!


Mari kita ushar~ok seperti biasa ini yang keluar dulu~
Ok, ini senarai yang keluar pada page pertama Google. Dan ini je yang relevan dengan nama aku. Yang lain tu takde kaitan. Tengok ye. Meh aku nak explain.

List pertama yang keluar tu ialah bini blog pertama aku. Masa mula-mula aku tulis blog tu tak silap aku tengah semester satu, 1st year kot. Masa tu tengah suci dan bersih lagi. So, kalo korang nak kenal aku yang lebih clean (dan kurus), sila lah ke sana. (Link aku letak kat bawah)
List kedua ialah MySpace. Dah tak aktif dah. Atau lebih tepat, memang tak pernah aktif, aku bukak je, lepas tu tinggal. Dulu aku pengguna Friendster tegar sebelum aku digoda oleh Facebook.

OK kalo korang nampak, label yang pertama tu aku cakap "Biase-biase jer", sebab benda tu semua orang mampu buat. Tapi yang list kat bawah tu "Besh" sebab itu adalah hasil benda-benda pelik dan jahat yang pernah aku lakukan sepanjang hidup aku. Aku sorang je mampu buat benda-benda camtu, korang mesti tak boleh nyer :).

1) Nama aku dalam PERSAMA (Persatuan Sains Matematik Malaysia)
-seperti yang korang nampak, pada senarai ke-4, namaku telah terlakar dalam website PERSAMA. Kenapakah? Memula tengok ni dulu.

ni kepala-garis (headline la-ok tak lawak) website die. Seperti korang nampak ditulis kat situ, Keputusan OMK 2005. OMK tu ape? Nanti aku citer. Sekarang tengok pencapaian aku lak.
Aku merupakan pemenang anugerah Sijil Sanjungan Kehormat (Peringkat Muda) -yeah~

So, hebat sangat ke ini semua? Meh ler nak cerita. OMK adalah singkatan kepada Olimpiad Matematik Kebangsaan, merupakan satu pertandingan matematik kepada budak-budak konon terer matematik satu Malaysia. Sebenarnya lebih kepada peperiksaan awam budak-budak konon terer matematik, sebab cara pertandingan ni diadakan adalah macam exam. Duk dalam dewan ramai-ramai, jawab soalan dalam masa ditetapkan.

OMK ada 3 kategori (setahu aku la, mungkin ada lagi cuma aku tak tau), Peringkat Bongsu, Muda, dan Sulong. Dan tiga-tiga aku dah penah join. Bongsu masa aku Form 2, Muda masa form 4, dan Sulong masa form 5.

Di sini aku nak nyatakan satu PERNYATAAN-PENTING, bahawasanya standard OMK adalah amat tinggi. Serius, sangat tinggi, terutama nak bandingkan dengan pesertanya adalah budak-budak sekolah menengah. Cikgu add-math aku sendiri pernah mengaku, bahawa dia sendiri pun mungkin tak mampu nak jawab soalan-soalan dalam olimpiad ni. Masa mula-mula aku join masa form 2, adalah saat pertama sekali aku berkenalan dengan soalan exam yang mempunyai hanya 5 soalan tapi masa menjawab adalah 3 jam. Wooot wooot~macam familiar kan? Standard budak U.Memang standard matematik budak U kot. Sebab aku ingat lagi, ada satu soalan yang aku jumpa dalam OMK masa aku form 4, last2 time aku PASUM baru aku belaja macam mana nak jawab.

Mengenang kembali pencapaian aku, 3 kali join, sekali je dapat anugerah Sanjungan Kehormat, masa 2005 ni la, yang lain dapat sijil penyertaan je. Aku pun tak tahu apakah markah untuk layak dapat anugerah ni, tapi ye lah, dapat tu kira terer la kan?

Well, untuk join OMK dan dapat anugerah memang satu benda yang sangat bermakna bagi aku. Sebab ni kire macam "Golden-dream" aku jugaklah time sekolah dulu. Aku sangat mengidam untuk mendapat anugerah tertinggi, sebab setiap pemenang akan mendapat peluang mengikuti satu kursus intensif di mana-mana pusat pelancongan yang best, kemudian akan disaring untuk mewakili Malaysia, samada ke olimpiad peringkat Asia Pasifik, mahupun dunia~wahhh, kire masa tu angan-angan dapat terbang keluar Malaysia la. Sangat-sangat indah menyimpan impian.

Tapi akhirnya impian hanya tinggal impian, kerana aku tak cukup terer. Tapi aku nak jugak salahkan orang lain. HOHOHO. Sekolah aku tak hensem! Sepatutnya diorang kena bagi latihan yang cukup kepada kitorang yang nak join OMK ni, ni tidak, masa zaman aku dulu, diorang cuma bagi satu buku panduan sebijik sorang suh stadi sendiri, then tiap-tiap prep petang akan dikumpul untuk stadi sama-sama, dan aku tak pernah ingat pun diajar oleh mana-mana guru matematik tentang cara-cara nak jawab soalan dalam OMK ni. Mungkin betul kot kata-kata guru add-math aku tu!-semoga sekarang dah berubah, amin. OK, next!

Sebelum aku sambung story, aku nak warning, pendedahan selepas ini akan menunjukkan muka sebenar aku. Aku bukan manusia baik! -.-

2) Nama aku dalam website Malaysian Bar - ini peguam punya website. Napekah?



Ha, korang nampak tak tu? Ini adalah page direktori artikel dan berita dalam website Malaysian Bar, dan nama aku tercatat dalam suatu laporan berita bertajuk "PKR Youth rep rebukes UM for punishing students".

Haha, ini adalah satu kenangan manis bagi aku sepanjang menjadi budak UM. Aku bukan budak baik! LOL~ Cerita ringkasnya, aku telah melanggar satu peraturan UM, dan telah kantoi melakukannya, lalu aku pun didakwa atas kesalahan itu di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Kena prosiding beb, masuk mahkamah U lak, korang penah rasa ke?

Apakah kesalahan aku? Simple je, aku bakar asrama. Hoho gengster tak? OK sekali lagi aku melawak tak jadi, aku tak buat apa-apa yang melukakan manusia mahupun haiwan OK, yang terluka hanyalah hati dan jiwa beberapa insan di bumi UM ini. Aku jadi pengarah satu program persatuan aku, dan telah menjemput seorang mamat yang telah menimbulkan rasa panas di kerusi peringkat pentadbiran. Sape mamat tu? Meh aku perkenalkan.

Haa, ni lah ruper die? Kacak? OK TQ aku lagi kacak. Kenal tak? Beliau merupakan seorang ADUN negeri Selangor, DUN Seri Setia, orang PKR ni kalo tak tau, dan aku telah jemput beliau untuk bagi ucapan perasmian sempena satu program persatuan aku. Dan akibatnya? Aku telah didakwa atas kesalahan di bawah peraturan bla3 (ko ingat aku nak hafal ke?) yang berbunyi lebih kurang "Ko tak boleh benarkan selain ahli join dalam aktiviti persatuan ngko!"

Dan beliau dengan rasa tanggung jawab telah mengeluarkan kenyataan media sempena pendakwaan yang dilakukan ke atas aku ini.


Masa melalui tempoh menjadi OKT (orang kena tuduh) ni, hidup aku memang best! Macam star je rasa. Aku tak sangka lak, kes budak U kena dakwa pun boleh menarik minat media-media dari luar sana :). Tiap-tiap kali bila aku kena prosiding, memang ramai ah reporter datang, dan aku pun tiap-tiap kali jugak akan melayan soalan mereka umpama artis ahli politik. Tak dilupakan jugak kehadiran rakan-rakan persatuan dan rakan-rakan penjahat yang hadir semata-mata nak bagi sokongan moral terhadap aku. Korang memang jahat lah! (Fakta: Bukan aku sorang je kena tuduh, ada lagi 7 orang geng penyamun, jugak dituduh atas kesalahan sama)

Paling besh~dapat jumpe Nurul Izzah secara live dan dekat! (wee beliau santek woo) Jumpa dalam satu bilik meeting, di sebuah rumah MB Selangor dekat-dekat area PJ. Beliau wakil Nik Nazmi nak support aku dan penjahat-penjahat ini sebab Nik Nazmi ntah pegi oversea kot time tu.

Dipendekkan cerita, setelah 3 kali perbicaraan ditangguh atas sebab-sebab ntahapahapantah, keputusan akhir adalah aku didapati tidak bersalah, dan tuduhan digugurkan. Beb, peraturan memang camcheebo, ape jadah tak bagi orang lain join aktiviti persatuan, abes tu kalo persatuan nak buat konsert terbuka (atau: ceramah terbuka) pun haramlah! (alah HEP cakap jer la korang dakwa aku sebab jemput orang PKR. Cube aku jemput orang UMNO, mesti korang akan bagi anugerah dekat aku, kan?)
Kalaulah korang berminat untuk membaca laporan penuh kes ini versi akhbar malaysiakini, kat sini aku bagi link:

Bantah siswa UM dikenakan tindakan
Perbicaraan 8 aktivis UM ditangguh lagi
8 siswa UM akhirnya tidak bersalah

OK sekian artikel versi poyo-poyo. Korang pun cubalah Google nama korang sendiri. Manataw korang pun ada cerita menarik untuk dikongsi bersama, kan?

Dan aku tinggalkan korang dengan notakaki untuk korang tengok sendiri, kalo korang minatlah~

Radiant Thinker

ash (Abu Ubaidah) | MySpace

Persama - OMK2005

The Malaysian Bar - Search

niknazmi.com

------------------------------------------------------------------------------------------------

semalam (1 Julai) ialah hari yang indah durian runtuh buatku

-dapat menyaksikan bagaimana KABEL mampu memudahkan segala urusan

-aku telah berusaha mengubah masa depan, harap-harap ia benar-benar berubah

-berjumpa lelaki yang amat-amat-amat-amat-amat-amat pemurah. Semoga rezekimu dipermurah!

-aku redeem BlueBear Celcom "Beargentina"! Woooh~

-dapat henfon baru! Tq awek adik aku. Ko memang cun ah!

SEMOGA HARI_HARI DURIAN RUNTUH! AMIN~




5 comments:

  1. Lu mmg otai beb.
    Pandai ye ko msk OMK tu.
    www.affanruslan.com

    ReplyDelete
  2. Tuduhan digugurkan itu adakah bermakna sudah menang atau apa? Jika menang, ini bermakna selepas ini tiada masalah lagi untuk menjemput ahli politik untuk bertandang ke program mahasiswa. Hal ini diabsahkan oleh kes korang di mahkamah. Dalam mahkamah, kes-kes lepas dijadikan rujukan untuk kes-kes yang mendatang.

    ReplyDelete
  3. salam. wahhhh! ku tak pernah cuba lagi. agak2 keluar blog ku jee kot. miahahah. entah! :)

    ReplyDelete
  4. @ affan ruslan : terer dapat masuk jer, tapi tak terer lagi sebab tak menang. dulu memang nak menang sangat, nak terbang ke luar negara di zaman remaja. T T

    @ Saifuddin Amran : tak tahu lah dah boleh bawak ahli politik ke belum. Sebab peraturan yg ak langgar tu bukan sebab bawa ahli politik, tp sebab membenarkan selain daripada ahli join aktiviti persatuan. (walopun itu hanya alasan dorang, act mmg sebab dia ahli politik PR pown).

    Dan aku pun tak berapa pasti bagaimana kes ini boleh dijadikan rujukan di masa akan datang. Sebab sepanjang melalui tempoh prosiding, rasa macam pelaksanaan prosiding tu just sbg melepaskan batoh di tangga, bukan sungguh2 pon. Nah penuhkan KPI, barangkali?

    Aku tak rasa standard mahkamah UM ni disanjung macam mahkamah luar lagi. Diorang kan layan kita cam budak-budak?

    @nur su'aidah: bak nama penoh! nak google :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails