Wednesday, July 28, 2010

Sekadar Perkembangan Diri

Dua tiga hari ni aku tak sempat update blog, sebab jadual hidup yang semakin padat dari hari ke hari. (haha ye ye je aku tipu korang)

Ok bile dah start jadi budak kos baru secara rasmi, maka aku kena la jadi budak yang ikut jadual. Takde main-main dah, walopun kadang-kadang ikut jadual ni buat aku jadi tensen, sebab rasa macam tak membawa apa-apa erti kepada perkembangan intelek aku, tapi sistem dah tetapkan begitu, apa boleh buat. Ikut je lah. Haih.

2 minggu ini, banyak masa aku dihabiskan dalam LRT, bas Rapid dan duit juga banyak telah dilaburkan kepada pakcik teksi. Tu antara punca aku tak dapat nak update blog, tak sempat. Bayangkan, 4 jam sehari dibuang dalam pengangkutan.

Maka aku menetapkan pikiran untuk mencari penempatan tetap yang lebih dekat dengan UM.

Hari tu aku terpikir kolej 12, memang selesa, tapi aku terpikir 18 kali jugak sebab yuran yang agak mahal. Dan kebetulan seorang kawan (senior sebenarnya) mempelawa aku masuk ke rumah bujang diorang.

So, sekarang ni aku dah berpindah ke rumah baru, di Seksyen 17, PJ, baru jejak kaki tadi jam 8 malam.

Mungkin sementara, mungkin kekal. Tengoklah dulu seminggu dua ni macam mana.

Kos baru, baru 2 minggu aku follow, OK la. Setakat ni masih tak tensen lagi, walopun seminggu ada 2 lab, dan due date untuk satu lab hanya 2-4 hari. Peh fak engine pun tak macam ni, dah la boleh pakai komputer, leh copy paste. Haha. Fakulti Sains ni tak menghargai teknologi kan?

Tapi paling best setakat ni, masa lab ah. Walopun aku daftar lambat, dan semua lab aku kena buat single-single, tapi entah macam mana aku boleh jadi terer lak dalam lab. Siap pegi ajar orang lain lagi. Haha.

Bukan tu jer, aku rasa macam diri aku ni seorang gadis cun yang sedang di-orat oleh lelaki-lelaki gatal. Ok maksudnya aku rasa aku kena ngorat. Hahahahaha.

Tak ah, kawan-kawan baru sumer kool beb. Diorang suka cakap pakai beb, beb. Tapi aku tak suke korang panggil aku hot, pasal aku tak hot, beb, aku kool okeh.

Okeh dah ngantuk. Ada lab repot kena submit esok.

Tidor dulu, bangun pagi kang buat. Yeah~

 

p/s: ada orang suh aku update sal event Dialog Mahasiswa 3 Generasi kat CHAI sabtu lepas, aku akan tulis jugak, insya Allah, tapi bukan dalam 2, 3 hari ni lah. Maaf jika korang menunggu.

p/p/s: aku dah rasa apa yang aku pernah rasa dulu, fizik rok! yeah~

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails