Thursday, July 8, 2010

Jurnal Pelari Bebas Malas #1 : Pengenalan

Cuba bayangkan kehidupan manusia zaman dulu kala, pada masa tiada lagi kenderaan seperti motor, kereta, dan basikal.

Pada masa lebih awal daripada tamadun, ketika manusia masih lagi hidup nomad dan berpindah randah. Pada zaman generasi terawal manusia. Senang kata bayangkan kehidupan anak cucu Adam la.

Ok, aku pun tak tawu apa gaya kehidupan pada zaman itu, namun berdasarkan pemikiran logik aku, yang aku rasa korang semua pun boleh terima, pada masa itu manusia amat memanipulasikan seluruh anggota tubuh badan mereka.

Setiap hari, apabila bukakan mata, untuk makan mereka perlu bergerak. Kalau nak makan binatang, diorang kena main kejar-kejar dulu. Kalau nak makan buah, kena panjat pokok. Tu belum cerita kena kejar singa harimau gajah segala. Pendek kata, hidup diorang memang aktif ah. Mereka bergerak untuk terus hidup.

Dan apabila manusia mula berkembang dan semakin pandai menggunakan akal, lama-kelamaan hidup menjadi semakin mudah dan ringkas. Adanya kenderaan untuk memudahkan pergerakan, dan manusia tidak perlu lagi untuk pergi berlari melompat berguling untuk mencari makan. Hanya perlu ada duit dan pergi ke pasar. Semudah itu.

Sehingga kini, hidup menjadi terlalu mudah, sehingga kadang-kadang kita tidak perlu keluar rumah langsung untuk hidup. Segala-galanya di hujung jari.

Tapi di sebalik semua kemudahan dan kesenangan itu, timbul satu masalah baru, yang mungkin pada zaman datuk nenek moyang kita tidak pernah membayangkannya.

Manusia mati kerana gemuk!

Hari ini, berapa ramai manusia yang mati disebabkan masalah yang berpunca daripada gaya hidup kurang sihat mereka ini? Sakit jantung, obesiti, diabetes, darah tinggi, semua puncanya daripada pemakanan dan gaya hidup yang tak stabil.

Manusia zaman sekarang sudah melupakan fungsi sebenar tubuh, dan menganggap kepandaian otak untuk skor dalam peperiksaan awam, serta menipu pelanggan untuk keuntungan adalah satu kewajipan utama. Sedangkan mereka lupa, otak juga perlukan makanan, oksigen. Dan untuk bagi otak kenyang, badan perlu aktif.

Namun ada juga manusia generasi sekarang yang mula sedar akan kepentingan untuk memiliki badan yang sihat dan cargas, atau mungkin body yang cantik macam model semata-mata. Ini dapat dilihat dengan kewujudan industri gym yang mencanak timbul bak cendawan lepas hujan.

Lalu aku tergelak, melihat ada manusia sanggup berhabis untuk pergi menguatkan tubuh di gym. Padahal untuk menjadikan tubuh lebih sihat dan cargas adalah amalan asas dalam hidup manusia. Mungkin nenek moyang zaman dulu pun tak pernah terlintas untuk bukak pusat senaman, sebab seluruh hidup mereka, mereka bersenam.

OK, berhenti kejap. Apa tujuan aku menulis, sedangkan aku juga termasuk dalam kategori manusia overweight?

Sebenarnya entri ini untuk diri aku, bukan untuk korang. Aku ingin mengajak diri aku yang makin melebar ini untuk kembali kepada asal usul kehidupan aku selaku manusia. Kembali aktif!

Tapi disebabkan masalah ketiadaan bakat dalam sukan seperti bola, dan ketiadaan duit untuk membeli peralatan-peralatan sukan bagi sukan yang kebanyakannya memerlukan engkau ber-alat untuk main, maka aku telah memilih untuk kembali kepada asas.

Back to basic!

Dan aku ingin memperkenalkan kepada korang, satu sukan yang akan mengajar korang tentang cara-cara untuk bergerak.

 

 

“LE PARKOUR”

 

Sekian untuk seketika. Nantikan perjalanan aku selaku seorang “Pelari Bebas Termalas” di bumi Malaysia.

3 comments:

  1. dh mcm jackie chan je akak tgk..hehe..kagums!!

    ReplyDelete
  2. waahh shantexs!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails