Friday, July 9, 2010

Next Kool Event.

Ok semalam aku telah pergi ke satu event yang sangat kool, dan korang boleh baca ulasan aku pasal event tu kat sini. Dan sekarang aku nak ajak korang pergi satu lagi event yang sama kool macam event semalam.
Iklan dikopipes daripada Facebook Event.
aukus
Baru-baru ini Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sekali lagi menjadi perhatian umum apabila empat mahasiswa jurusan Sains Politik UKM bakal dikenakan tindakan disiplin di bawah akta tersebut kerana didakwa melibatkan diri dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Mereka telah dituduh melanggar Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang mahasiswa dari menyatakan sokongan atau simpati terhadap mana-mana parti politik.

Walaupun semakin banyak perhatian diberikan terhadap kes tersebut, pemahaman tentang latar belakang, fungsi, keberkesanan dan impak sebenar AUKU masih menjadi persoalan serta tanda tanya dikalangan mahasiswa dan juga masyarakat umum.

Siri ketiga "AUKU Public Lecture Series" akan melihat kesan serta impak sebenar AUKU terhadap hak dan kebebasan mahasiswa dari sudut pandangan aktivis mahasiswa sendiri.

Penceramah:

1. SHAZNI MUNIR (Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, SMM)

2. YAP HENG LUNG (Sekretariat Malaysian Youth and Students Democratic Movement, DEMA)

3. HILMAN IDHAM (Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen, KAMI & salah seorang mahasiswa UKM4)

Moderator:
FAHMI REZA (Penyelidik sejarah gerakan mahasiswa)
...................................
AUKU Public Lecture Series (3):

AUKU & HAK MAHASISWA
Tarikh: Khamis, 15 Julai 2010
Masa: 8:30 malam
Tempat: Auditorium KLSCAH (KL & Selangor Chinese Assembly Hall), Jalan Maharajalela, KL (berdekatan Stesen Monorel Maharajalela)
MASUK PERCUMA!
...................................
Public lecture ini adalah siri ketiga dari "AUKU Public Lecture Series" anjuran KLSCAH Youth, DEMA dan Malaysiakini.
Jom sama-sama jadi kool. Yeah~

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails