Sunday, July 4, 2010

Aku Seorang Poseur

poseur

Orang main gitar, ko nak main jugak – lepas enam bulan, ko tahu main kord basic je. Apekes? Bile nak maju ni?

Orang main lompat-lompat bangunan, lari sana lari sini, panjat tembok terjun guling-guling, kau tengok dan rasa ia kool. Ko rasa ko suka, lepas tu ko join, pergi la turun berpakko-pakko jugak. Lepas setengah tahun, apa kau mampu buat? Dah pandai vault? Monkey? Kong jauh sekali. Lazy vault pun tak lepas. Apekes?


Lepas tu ko terjumpe pasal grunge. Konon nak layan grunge. Taknak sikat rambut, pakai baju selekeh, tak peduli apa nak jadi kat tepi-tepi-sekeliling ko, melalui hidup dengan penuh selamber tanpa memikirkan apa-apa. Layan muzik keras-keras tapi aku nak tanya ko, ko faham ke apa diorang menyanyi tu? Tak. Ko tak faham kan? Aku tau la pasal ko ngan aku ada satu otak yang sama.

Ko memang poseur sejati ah!

Wei, jadi poseur tak salah. Bukankah pabile ko lahir dulu, ko adalah manusia kecil yang jahil segala tentang dunia? Bagaimana ko belajar? Ko meniru. Masa tu, mak ayah ko adalah influence utama ko. Ko belajar berjalan, berlari, bercakap, memupuk sikap dan peribadi, semuanya dengan meniru orang tua yang menjaga ko. Atau mungkin TV yang dihadapkan kepada ko sejak ko kecil.

Tapi, bak kata seekor ayam bernama Fared, “Kita semua pernah jadi poseur, masalahnya adalah apabila korang poseur sampai ke tua!”

Ya, sepatutnya apabila tiba masa ko dah boleh berfikir dan membuat keputusan sendiri, ko sepatutnya berhenti menjadi poseur. Sebelum ko ikut sape-sape saja yang ko rasa kool, ko kena tahu, apekah makna di sebalik perbuatan mereka itu.

Ko kena mengikut dengan faham. Bukan sebab orang yang ko tiru tu kacak atau jambu dan diminati ramai makhluk, maka ko pun nak jadi macam dia. Itu poseur nama dia. Ko kena jadi seseorang, dan orang itu adalah DIRI KO SENDIRI!

Cari pegangan untuk ko genggam, dan hidup dengan pegangan ko itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Ehem, aku kat sini. Kat atas sana adalah tulisan separuh emo, aku jugak yang tulis, tapi diproses oleh bahagian otak aku yang lain.

Aku mengaku aku memang seorang poseur. Aku senang untuk terpengaruh dengan pelbagai benda yang aku rasakan kool jika aku mampu melakukannya.

Aku jumpa benda A, aku minat, lepas tu aku cuba buat. Lepas tu aku nampak benda B pulak, aku minat, aku cuba buat. Benda A aku tinggal. Kemudian datang benda C, dan kitaran berterusan. Itulah masalah bila ko jadi poseur. Benda yang ko buat semua bukan dari hati. Ko akan jadi takde passion, buat satu benda tu separuh jalan, dan ko cepat berpuas hati, walopun pencapaian ko tu hanya setakat peringkat bawah sikit daripada amatur.

“Ko pura-pura suka padahal hati ko tak berapa suka pun”

Aku sedar, sepatutnya bila dah sampai peringkat ini, aku mesti mempunyai jati diri. Aku kena ada sikap, dan prinsip sendiri, dan aku mesti berpegang kepadanya. Aku mesti ada cita-cita. Aku mesti faham kenapa aku hidup di dunia, dan apa yang aku nak capai dalam hidup aku ni, sebelum aku mati

Tapi malang untuk aku kerana semua yang aku sebut kat atas ni, tak ada pada diri aku. Aku masih mencari-cari hala tuju dan arah hidup aku. Mungkin sebab itulah aku kekal poseur sampai sekarang, dan akibatnya, hidup aku sebenarnya dah lama beku, walaupun banyak benda aku dah cuba.

Aku tak pernah kisah pun pasal benda ni sebelum ni. Tapi melihatkan kepada umur aku yang sudah semakin tua, (aku 21 ok, dah makin tua la tu), persoalan-persoalan yang kelihatan agak tua mula bermain dalam kepala otak aku. Dan semua soalan-soalan tu aku rasa aku tak mampu jawab.

“Perlu ke aku putuskan untuk fokus kepada satu benda yang aku minat, kemudian buat benda tu sampailah aku berjaya? Tapi masalahnya aku rasa aku ni punya minat yang banyak. Dan aku tak reti nak beza, antara semua minat aku itu, yang mana PALING aku suka”

“Rasa tanggung jawab kepada orang selain diri aku, macam mak ayah aku, family aku tu, akan datang sendiri ke? Atau aku kena pupuk? Normalkah aku yang sudah berumur 21 tapi masih tiada rasa terbeban dengan family aku?”

“Kalau korang dah buat satu keputusan untuk jangka masa panjang, korang tak rasa rugi ke melepaskan benda-benda yang lain yang korang rasa korang suka jugak?”


Korang terer kan? Ape kate tolong jawab untuk aku?

5 comments:

  1. http://aslamarif.blogspot.com/2010/07/kejayaan-yang-sebenar.html

    aku kongsikan sedikit dari blog rakan sekolah ku dulu....


    bagi seorang muslim, kita sebenarnya kesuntukan masa.... kecuali untuk menghimpun segala kekuatan dan mewarisikannya...


    pernah dengar teori "terjun dalam kolam buaya"?

    bagaimana bila seseorang yang terjun dalam kolam buaya? apa orientasi pemikirannya ketika itu dan apa yang dilakukannya?

    berenang sepenuh tenaga atau dimakan buaya....

    lalu pada ketika itu juga segala keupayaannya muncul secara luar biasa...




    so, sekarang fasal transisi kehidupan kita, siapa kita hari esok, hari ini menentukan... selepas dari fasal ini, itulah kita sampai mati

    ReplyDelete
  2. tapi aku rasa manusia itu akan sentiasa berubah-rubah (bermusang-musang?) sepanjang masa dalam kehidupan. Tak begitu? Sebab aku begitu, tak tau la deme guane.

    ReplyDelete
  3. sumtime human following animal too~

    ReplyDelete
  4. "fasal transisi kehidupan:siapa kita hari esok,hari ini menentukan..."

    huhuhhuu...aq suke statement berbaur motivasi itu...

    lau diimbas kmbali detik2 lalu..aq mgalami kesan yg agak mndlm gak dlm transisi hidup...bnyk dugaan yg aq lalui tatkala period tu...dan at the end mmbntuk pribadi aq yg baru...(tringat lak pasal transition element time blaja chemistry dlu2..huhuuhu)

    "hitam putih kehidupan, sendiri yg menentukan"

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails