Wednesday, July 14, 2010

Rasis Itu Ada Dalam Darah Aku

Pagi tadi masa aku duk tunggu bas dari stesen LRT Universiti nak masuk UM, tiba-tiba ada segerombolan remaja lelaki dan perempuan berkulit hitam pun turut sama menunggu bas. Kalau suratkhabar Melayu negara ni panggil diorang “Pak Tam”, Mastika lak panggil diorang “Awang Hitam”. Kalau awek diorang, ntah, “Mek Hitam” kot. Hurm.

Tiba-tiba ada satu rasa pelik timbul dalam hati aku. Kalau rasa itu adalah pelik atau hairan atau janggal sebab tak faham dengan apa yang diorang duk sembang, itu ok kot. Tapi apa yang aku rasa ini adalah sesuatu yang buruk. Aku benci. Meluat.

Serius. Aku pun tak tahu dari mana rasa ini datang, adakah disebabkan warna kulit mereka, atau kerana percakapan mereka, atau saiz badan mereka, ataupun kerana bilangan mereka yang agak ramai pada waktu itu, membuatkan aku rasa kurang selesa lantas membenci.

Dan bila aku renungkan kembali, memang sering terjadi, aku sering mempunyai pandangan sebegini terhadap bangsa dan pendatang asing. Kadang-kadanag apabila melihat tukang sapu LRT berwajah Bangladesh, ataupun ketika berebut dengan pekerja-pekerja Indon untuk naik bas dari dalam UM di waktu puncak.

Aku tahu, rasa ini dinamakan rasis. Dan rasis ini sifatnya busuk, lebih busuk dari tahi.

Aku tahu, aku tak sepatutnya berasa begini. Tapi rasa ini memang wujud dalam darah aku. Aku tak perlu paksa diri, rasa ini datang sendiri.

Cuma yang aku tak tahu, adakah rasa ini datang kerana aku memang dilahirkan dengan mewarisi genetik rasis datuk nenek moyang aku, ataupun kerana aku dibesarkan dalam masyarakat yang budayanya mengamalkan rasism.

Celakalah rasism.

Celakalah juga aku selagi aku berperasaan begini.

Manusia semua sama. Apa kau nak beza-bezakan?

2 comments:

  1. well, it's a defense mechanism to be wary and suspicious of people who look different. it's a product of the development of the human race. we would nvr have gotten far without learning how to be careful amongst strangers.

    but in this day and age, we live in an increasingly small world. it's no longer a matter of which country ur from, because we are all villagers in one big billage now :) it's something in us we have to defeat :)

    ReplyDelete
  2. Saya ingat masa kecil dulu, saya selalu temankan Oma bersihkan taman bunga dia, dan saya selalu cabut dan buang banyak macam bunga kerana saya pikir itu rumput (tak guna), kemudian Oma dengan sabar jelaskan, bahwa; semua yang saya cabut dan buang itu adalah bunga walaupun bentuknya macam rumput tapi sangat berguna untuk melindungi bunga besar macam mawar atau tulip dari serangan serangga . Setelah tahu apa guna bunga yang macam rumput tadi, sayapun jadi berhati-hati dan tidak merusaknya lagi atau mencabutnya.

    Abu juga kena kenal mereka, Kerana sudah jadi sifat banyak manusia, selalu anggap buruk sesuatu yang mereka tak kenal. maksud saya, Abu tak kena sapa atau berkawan kat mereka, kerana erti kenal tak selalu bermakna kena berkawan atau kena tersenyum jika jumpa mereka, tapi Abu kena pelajari apa guna mereka untuk Negara Malaysia.

    Contoh: Orang yang berkulit hitam (bangsa Tamil atau Bangladesh?), yang bersihkan toilet atau bersihkan ruang pesawat di Airport, dimata Abu - mereka tak guna, tapi jika sedar, tanpa mereka kursi, ruangan pesawat serta toilet di Airport akan kotor, jika kotor, turis pasti malas datang bahkan transitpun mereka tak sudi, jika demikian pengendali di Airport tak boleh bayar tax, pemasukan negara akan berkurang, jika demikian, negara pun tak boleh beli buku-buku sekolah atau bangun sekolah, jika itu terjadi maka rakyat Malaysiapun yang kena susah terutama budak-budak yang harus sekolah.

    Contoh lagi; satu keluarga pakai pembantu dari Indonesia, Abu pasti tak buang mase pikirkan ape guna pembantu itu selain kerjakan semua pekerjaan rumah dari A-Z. Tapi kalau sedar sikit sahaje, pasti tahu guna pembantu itu relative besar, kerana jika pembantu tak ada mungkin yang boleh kerja hanya seorang sahaje (suami), ini bermakna pendapatan keluarga jadi sikit, tapi kerana ada pembantu, mereka berdua (suami dan istri) boleh kerja, pendapatan pun double, kerana double, keluarga inipun boleh belanja banyak, pemilik store pun boleh bayar tax pada pemerintah, pemerintah boleh bangun Hospital, boleh bangun jalan, semua itu untuk kemakmuran rakyat Malaysia. Saya tahu Malaysia tidak hanya andalkan tax Kerana Malaysia ada minyak, gas dan lain-lain, tapi jika itu habis pasti andalkan tax.

    Racist itu berbagai macam, tapi yang sering saya jumpai adalah kerana mereka tak kenal atau kerana ikut-ikut orang tua mereka.

    Pada suatu hari ada mahasiswa dari China, yang saya suruh duduk kat mahasiswa Jepun, tapi dia menolak, saya tanya kenapa? Dia jawab saya benci orang Jepun, saya tanya; kenapa, dia jawab; tak tahu saya benci kerana keluarga saya pun juga benci orang Jepun. Masa itu saya berkata; jika kita benci orang, itu harus ada alasan yang sehat, tak boleh ikut-ikut sahaje, ada lagi mahasiswa Jepun tak mahu duduk kat Mahasiswa Rusia, mahasiswa turki tak mahu duduk kat mahasiswa Greece… pening kepala saya masa itu, macam kat kindergarten.

    Abu maaf eh? Saya tak bermaksud mengajar, saya hanya tuliskan experience, kerana saya pikir mungkin itu boleh jadi renungan untuk kurangkan perasaan racist, saya pikir amat di sayangkan jika seorang Abu (hensem, pintar, cemerlang dan impian menantu makcik-makcik. *hehehe* ) memiliki hati yang racist. Kerana racist adalah racun. Jerman pernah hancur kerana pemerintahnya racist, tapi yang lebih berbahaya lagi adalah jika rakyat suatu Negara yang racist, saya hanya berdoa semoga tidak banyak rakyat Malaysia yang berhati racist, kerana ini benar-benar hal yang menakutkan. Ok Abu, salam damai selalu dari Ulrike.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails