Sunday, July 18, 2010

Aku Memang Bukan Shopa-Holik, Tapi Aku Buku-Holik, Walaupun Bukan Seorang Ulat Buku!

Pagi Jumaat yang indah hari itu, aku mendapat satu khabar gembira, pabila mendapat tahu yang duit biasiswa JPA aku masih di-bank-in oleh pihak JPA. Walaupun kalo ikut perjanjian, kalo tukar kos, memang takleh dapat dah, tapi mungkin sebab aku ni genius  tak bagitaw diorang lagi aku tukar kos, maka sem ni dapat lagi. Sem depan? Wallahu’alam.

So, bila dah dapat duit tu, mula lah rasa nak kuar bejalan-jalan. Hoho.

Dan semalam (Sabtu) aku dan kawan aku pon kuar lah, tapi takde pegi mana pon, KLCC jek, tu pon tak taw nak buat apa. Pegi dulu, baru plan nak buat ape.

Sampai KLCC, dah Asar, pegi solat dulu. Dah solat, nampak pejabat pos, pegi masuk, register sebagai pengundi :D. Aku dah mendaftar, anda bila lagi. Haha. Semangat seyh pasal harga barang naik. Haha.

Image0480

ini gambar salinan Borang Pendaftaran Pemilih. Kejap je, pegi post office bawak IC je. Sila pegi ye :D

Lepas tu, jalan-jalan tanpa arah tuju. Pergi TGV, kunun nak tengok muvee, peh bapak panjang queue. Usya citer, takde yang bekenan, walopun dengar-dengar “Inception” macam kool giler. Entah, next time kot, ngan awek. Hak3.

Kemudian, masuk Kinokuniya (kino) , usya alat tulis pasal gadjet aku sem ni takde lagi, walopun dah bukak sem, hahaha. Tapi Kino standard ar barang mahal, search buku Catcher In The Rye tulisan J.D Salinger, dah out of stock. Ces hari tu aku usya ade lagi 2,3 bijik, ni mesti dah kena rembat ni. Pasal buku tu tak layak untuk dijual. Sangat ironi jika membeli buku itu. Hahaha.

Sebelum kuar Kino, aku sempat amik dorang punya zine pamplet bulanan yang free, dalam tu ada promot dorang punya buku-buku “Gems of The Month”, ie buku-buku yang korang leh dapat 20 persen diskaun dengan syarat kena angkat gak satu barang lain.

Lepas tu, pegi Petrosains, tapi sebab dah lewat, tak masuk la, bikin rugi je. Masuk kedai barang cendera-hati, usya-usya, aku geram gak dengan model kayu dinosour dorang tuh. Haha. Nak angkat ke tak? Tak. Keluar tangan kosong lagi.

Then, pegi mamam KFC. Try barang baru, Pocketful Toasted ape ntah. Berdasarkan tag-line diorang, “taste the unexpected”, memang banyak la rasa-rasa tak terjangka bila korang makan benda alah itu. Rasa berubah-ubah dengan setiap gigitan. Tak caye korang try la pegi test sendiri.

Lepas tu Maghrib, masa tunggu Maghrib tu aku usya la balik pamplet dari Kino tu, dan aku tertarik pada satu judul buku yang dorang promot. Bukan buku actually, manga sebenarnya, dan di-translate ke bahasa Inggeris. Solanin tajuknye.

Pastu aku cakap kat member aku, “Pas semayang naik Kino jom. Aku nak beli ah buku ni. Cambest jek” (sbenarnya kitorang kecek Klate, tapi malas nak tulis lam slang klate, nanti ko tak paham lak)

image get this, sangat kool.

So, after Maghrib, kitorang naik balik, dan amik buku Solanin itu. Sebagai syarat untuk dapat diskaun, aku angkat majalah Utopia sebijik. Tu pun sebab aku tertarik kat gambar awek bimbo-looking kat cover diorang, pasal citer Lukisan Hati The Movie, adapted from a local comic. Tapi pesal aku tak penah tau ar? Hurm.

Lepas tu, balik. Tengok, aku dah jalan KLCC beberapa jam, tapi takde satu barang pon aku angkat kecuali sebijik buku, nyatalah aku ini bukan shopaholik kan?

Hahaha.

Sedikit gambar.

image image image image image image

gambar pow-ed daripada SINI

Sekian.

 

p/s: Malam itu aku pergi lak uptown Danau Kota ngan adik aku, pegi jalan kaki je seyh. Tapi lepas tawaf 18 round, pon balik tangan kosong gak. Nasib baik aku angkat satu helai baju, sebagai pemuas hati la sebab dah jalan jauh tu. Hahaha.

p/p/s: eh lupa nak cakap, aku ada timbang berat, dan result-nyer? Turun 2 kg lagi, wooohooo. Jadi 72 kg.

p/p/p/s: SOLANIN sangat kool! Sumpah tak menyesal beli. Nanti aku review.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails