Sunday, July 11, 2010

Aku Akan Tua Jugak

Pendek saja. Sekadar meluah rasa. Kepada siapa? Tiada siapa-siapa, tapi jika mahu terasa, silakan saja.

Aku masih muda. Maka, biarkanlah aku dengan muda aku. Jangan sekali-kali cuba nak suruh aku menjadi tua. Aku nak jadi muda yang ada otak, tak sama dengan muda yang tua.

Matang itu bukan pada baju kemeja digosok tajam, seluar slack licin, blazer hitam, rambut berkilat dan berbahasa mengikut standard KBSM. Itu bosan. Matang itu pada isi apa yang diluahkan.

Biarkan aku terus muda. Kurang ajar? Terburu-buru? Pendek akal? Berani mati? Itu semua sikap anak muda. Biarkan aku terus begini.

Kerana muda hanya sekali. Dan aku hanya paling bertenaga ketika muda ini. Inilah masa untuk aku menggila, mencuba semua yang aku mahu.

Eh, kamu juga masih muda? Kenapa mahu berlagak tua? Macamlah kamu tiada "nafsu muda" untuk dipenuhkan. Bebaskanlah dirimu.

Bebas bukan bererti tidak terbatas. Bebas ertinya tidak tunduk pada kata-kata mereka. Mereka ingat kamu bodoh, sebab itu mereka tidak percaya. Kamu bodohkah? Percayalah pada diri kamu. Kamu pintar. Kamu punya otak. Kamu tidak akan terbabas dalam bebas, bukan?

Raikanlah jiwa muda kamu itu.

Biarkan aku terus begini.

Kerana satu hari nanti, aku akan tua jua. Apabila tiba masa, jasad tidak akan mampu lagi mengikut kemahuan jiwa muda.

Biarkanlah aku terus begini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails