Saturday, July 10, 2010

Selamat Datang Budak U Baru :)

Nota: sebelum kamu teruskan membaca, aku ingin jelaskan bahawa aku bukanlah siapa-siapa. Aku bukan lagi budak cemerlang atas kertas seperti yang kamu boleh baca dalam entri Tentang Aku, tetapi aku adalah budak U yang telah 2 sem berturut-turut mendapat pointer bawah 2, mendapat kemurungan sehingga tak ambik exam sem lepas, dan kini digantung tak bertali apabila permohonan untuk tukar kursus masih tiada respon (walaupun amat hampir pasti telah diluluskan) dan cubaan untuk mendaftar sebagai pelajar tahun 3 di fakulti lama tidak berjaya kerana lambakan hutang melampau dengan UM. Jika kamu berpendapat tulisan loser seperti aku tidak layak dibaca, sila tekan Alt + F4 sekarang.

umlogo

Aku rasa masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat datang kepada budak segar UM yang baru masuk minggu lepas. Korang semua pun baru settle menjalani Minggu Haluan Siswa semalam kan? Semoga korang dapat mengamalkan ilmu-ilmu demonstrasi yang diajar kepada kamu. (Aku hairan kenapa UM sering menentang demonstrasi sedangkan mereka yang mendidik pelajar mereka untuk berdemo sejak hari pertama lagi)

Selamat datang ke dunia baru.

Aku rasa tak perlulah aku mengucapkan tahniah dan syabas serta apa-apa lagi ucapan meraikan korang, sebab korang pun mesti dah bosan mendengarnya.

Aku terus kepada tujuan akulah. Ini bukan tulisan sempena minggu orientasi untuk korang. Ini adalah tulisan “DIS-ORIENTASI”. Buat pertama kali dalam hidup korang, aku ingin mengajak korang supaya melepaskan segala tali-tali yang telah lama sekian diikat pada hidung korang. Korang telah terlalu lama diberitahu untuk membuat itu dan membuat ini. Mungkin 18, 19, bahkan mungkin ada yang telah lebih 20 tahun hidup dengan fikiran orang-orang yang lebih tua.

Tapi aku rasa bila dah tiba saat korang bergelar budak U, sudah tiba masa untuk kamu hidup dengan pemikiran kamu sendiri.

Bak kata Azmi Sharom, lebih kuranglah maksudnya, “Fasa Universiti adalah masa paling kritikal dalam hidup manusia untuk dia membina falsafah dan prinsip diri.”

Sekiranya pada saat dan ketika ini kamu gagal mencari IDEA untuk kamu pegang sebagai PRINSIP HIDUP, maka selama-lamanya kamu akan menjadi manusia lalang. Kamu akan terhoyong-hayang mengikut arah angin bertiup, tapi kamu sendiri tiada tapak yang teguh untuk berpijak. Last-last bila ada angin kencang sikit, kamu terbang hilang entah ke mana.

Maka, dalam mencari arah mana ko nak direct-kan hidup ko, ko perlulah berani mencuba segala apa yang ko bakal jumpa dalam hidup ko sebagai budak U kelak.

Aku tak ingin mencadangkan apa-apa nama persatuan atau event yang perlu korang join kat U. Sebab aku dan ko berbeza. Kita datang dari latar belakang yang sangat berlainan. Dan selama aku dan ko hidup berbelas-belas tahun kat dunia ni, pengalaman yang kita tempuh telah membina diri kita seperti yang kita jadi pada hari ini.

Ko dan aku masing-masing akan ada kecenderungan dan minat yang berbeza. Maka ko explore-lah benda yang ko minat itu semaksimum mungkin. Gunakan tenaga anak muda korang untuk mengumpul sebanyak mungkin pengalaman di alam U ini, dalam benda yang ko minat itu.

Tapi jangan pula semata-mata disebabkan larangan dan sekatan daripada pihak-pihak tertentu, maka ko meninggalkan apa yang sepatutnya ko buat untuk memenuhi keperluan perkembangan diri ko itu.

Siapa mereka untuk melarang ko? Siapa mereka untuk memberitahu apa yang tak boleh korang buat?

Korang dah bergelar budak U. Sedar tak korang bahawa korang adalah golongan yang diharapkan untuk meneruskan keharmonian dan kemakmuran negara di masa akan datang? Korang adalah cream of the cream. Rakyat dah melabur berjuta-juta untuk subsidi korang (terutama budak IPTA), dan korang adalah harapan diorang untuk menjadikan negara ini lebih baik di masa akan datang.

Setelah apa yang diorang laburkan untuk korang, adakah korang rasa mereka akan mengharapkan pada anak-anak muda lain yang tak masuk U, yang lebih ramai daripada korang berpeleseran di luar sana, untuk menjadi peneraju negara di masa depan?

Aku bukan nak memperkecilkan budal-budak yang tak masuk U. Sedangkan kalau ko lihat sendiri kini, budak-budak yang tak masuk U ni lah yang lebih mendominasi dalam menentukan corak hidup anak muda negara kini. Budak-budak U sendiri terpengaruh dengan budaya yang diasaskan di jalanan, di luar U, oleh budak-budak yang tak masuk U.

Apakah ini?

Bukankah yang sepatutnya menjadi “trend-setter” itu ialah korang, budak U? Apa guna masuk U kalau akhirnya kamu hanya mampu menjadi pekerja industri yang mencari sesuap nasi hanya untuk diri sendiri dan keluarga kamu, sedangkan kamu tiada jasa kepada masyarakat?

Korang ditanggung belajar oleh rakyat, bukan untuk korang membela nasib diri korang dan keluarga sahaja, tetapi untuk membela nasib rakyat kembali secara seluruhnya.

Tapi aku ingin ingatkan korang satu perkara.

Untuk menjadi budak U yang mampu berjasa kepada rakyat dan negara bukanlah mudah.

Dengan sistem pendidikan kini yang bermatlamat menjadikan kamu robot-robot industri, serta kekangan daripada orang-orang kaki kerajaan yang merasakan kerajaan mereka dapat hidup selama-lamanya di alam ini untuk terus mentadbir negara, maka kamu akan menghadapi satu cabaran yang amat dahsyat sekiranya kamu ingin mencuba sesuatu yang bertentangan dengan apa yang mereka mahukan.

Kamu akan ditekan dengan keperluan akademik kamu, yang terlalu memandang gred dan skil menghafal kamu. Sedangkan pada akhirnya, pencapaian akademik yang tinggi hanyalah bermakna korang berjaya menjawab soalan dalam exam dengan baik. Tidak lebih dari itu.

Kamu juga akan ditekan dengan peraturan Universiti yang aku sendiri tidak pasti kenapa mereka gubal. Mereka bercerita tentang Universiti bertaraf dunia, tetapi mereka melayan kamu, budak U macam melayan budak sekolah menengah. Apa mereka bermimpi di siang hari?

Aku bukanlah ingin mengajak korang untuk menjadi rebel, atau budak jahat. Jauh sekali nak timbulkan huru-hara dalam kampus.

Sebaliknya aku hanya ingin kamu tahu bahawa kamu mempunyai hak untuk BEBAS dalam kampus kamu. U ini kamu yang punya, dan kamu yang tentukan apa yang kamu ingin belajar daripada U ini.

U adalah sebuah tempat di mana kamu belajar mengenal dunia, sebelum kamu keluar ke dunia sebenar untuk melakarnya. Di sini sepatutnya kamu bebas berkenalan dengan apa sahaja idea, membaca apa sahaja buku, berforum dan berdebat tentang apa sahaja isu, meluah apa saja yang kamu rasa, sebelum akhirnya kamu memilih dan menyaring idea-idea apakah yang akan kamu pegang sepanjang hidup kamu.

Dan beritahu aku, budak U? Adakah sekiranya kamu diberi kebebasan sebegini, kamu akan menyalahgunakan kebebasan tersebut?

Aku pasti kamu cukup pintar untuk menggunakan kebebasan tersebut, sebab kamu budak U.

Tapi, kenapa pakcik-pakcik yang “merajai” kita di atas sana terlalu sukar untuk memberikan kita sedikit kepercayaan? Kenapa mereka masih merasakan kita masih belum matang untuk berbicara tentang itu dan ini? Kenapa mereka masih terlalu takut untuk memberikan kita ruang untuk kita mengecapi pengalaman yang sepatutnya kita tempuh sebagai budak U?

Dan akhirnya, mereka mengharapkan kita untuk menggantikan mereka, apabila mereka masuk kubur kelak. Mereka nak anak cucu mereka jadi satay ke?

Sudahlah.

Aku dah bosan berbicara. Cuma aku harap, kamu semua budak U baru, atau yang lama juga, tahu nilai sebenar diri kamu. Kenalilah diri korang, supaya korang tahu apa yang sepatutnya korang lakukan, demi menjadikan negara dan dunia ini tempat yang lebih baik daripada sekarang.

Sekurang-kurangnya janganlah jadi seperti aku.

Kerana kamu sebenarnya semua bukanlah budak U, tapi nama sebenar kamu semua ialah MAHA-SISWA.

 

 

 

Sekian.

p/s: tulisan aku hanyalah berdasarkan apa yang aku rasa. Aku juga bukan budak U yang hebat. Tapi aku bebas berbicara, bukan? Budak U pertama yang aku tujukan tulisan ini tidak lain adalah diri aku juga, sebab Aku-lah Budak U (A.B.U).

p/p/s: kepada pakcik-pakcik yang selama ini menjaga aku, aku ingin terangkan bahawa, harga yang perlu kamu bayar untuk melihat kami menjadi insan yang akan menjadikan negara dan dunia ini tempat yang lebih baik adalah KEBEBASAN.

Mahal sangat ke?

3 comments:

  1. aku hanye mampu berpikir sejenak bace entry ni +_+

    ReplyDelete
  2. berfikir sejenak je? kenapa tak 2-3-4-5 jenak? hoho~

    ReplyDelete
  3. ko tlh buat aq sedar bhw slama ni aq dah sia2kn hrpn rkyt n dah bazirkn duit dorg...aq lupe duit dorg la yg subsidize aq slama ni bukn stakat mak ayah aq jek...sob2...huhuhuhu..

    aq akan bgkit spt ko...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails