Saturday, July 10, 2010

Jurnal Pelari Bebas Malas #2: Origin

Peace. Masa itu aku baru berumur belasan tahun. Berapa umurku yang sebenar, aku tidak pasti. Ketika itu aku ada seorang jiran yang sangat kool. Walaupun dia sudah berusia mencecah 30-an ketika itu, namun jiwanya tetap muda.

Aku dan adik-beradikku sering bertandang ke rumah dia, walaupun sering kali juga dimarahi oleh nenek aku, sebab bila kami pergi sana, kami akan ralit. Sehingga berjam-jam lamanya.

Macam mana aku boleh tak mabuk, ketika itu di rumah aku yang ada untuk menghiburkan jiwa kanak-kanak baru membesar macam aku hanyalah sebuah TV. Sedangkan di rumah jiran aku itu, dia ada video-game. Masa tu pakai “tape” lagi, tapi tetap melekakan.

Kemudian dia upgrade, daripada game ala-ala Atari, menjadi Play-Station, dan tak lama kemudian, menjadi Play-Station 2 pula. Senang kata rumah jiran aku itu adalah tempat aku berpoya-poya lah ketika zaman kanak-kanak dulu.

Dan pada suatu hari, dia memasang satu filem yang telah memberi kesan pada aku, sehingga kini.

“YAMAKASI”
Aku tak tahu apa magis cerita itu, tapi bagi aku, pada ketika itu, dan hingga kini, filem itu adalah antara filem yang paling melekat dalam memori yang pernah aku tonton. Mereka adalah hero aku pada masa itu.

Bukan sebab jalan cerita dia, tapi aku lebih tertarik kepada aksi-aksi melompat berguling lintang yang mereka lakukan. Kerana ia nampak real, dan sememangnya aksi-aksi itu real. 

Mungkin pada ketika itu, apabila aku sedar yang aku juga mampu buat apa yang mereka buat, maka aku terus ingin mencuba. Tapi sebagai kanak-kanak belasan tahun, apa sangat yang mampu aku buat, selain panjat pokok dan terjun balik.

Kemudian masa berlalu, dan berlalu, dan berlalu, tapi aku masih tidak lupa akan apa yang aku suka itu. Perasaan itu masih melekat dalam jiwa aku. Aku masih ingin berlari bebas seperti mereka.

Kadang-kadang, apabila aku bosan – tak tahu nak buat apa ketika melayari internet, aku akan cuba-cuba meng-Google YAMAKASI untuk ditonton. Pada masa tiada Youtube, hasilnya amat mengecewakan. Yang ada hanyalah gambar-gambar kaku untuk aku tonton bagi melepaskan rindu.

Aku mula tahu yang nama perlakuan melompat-lompat mereka itu ialah “le Parkour”, ketika aku bersekolah menengah, tak silap aku melalui majalah Utopia. Diorang buat satu artikel yang sangat pendek tentang '”le Parkour”, cara baru untuk bersiar-siar di kota, yang dimulakan di Perancis.

Dan apabila Zint membuat cerita 2Dudes dalam majalah Gempak. Dia menggabungkan scene graffiti dan le Parkour dan dimasukkan dalam cerita dia. Street Monkey, ingatkah kamu?

Ketika aku membaca cerita itu, hati aku melompat-lompat girang, aku berkata, inilah Yamakasi, yang aku pernah suka, dan masih suka sehingga kini. Tapi aku hairan, apabila aku membuka cerita perihal Yamakasi dengan teman-teman, mereka tidak tahu. Hmmm.

Dan ketika zaman ledakan Friendster suatu masa lalu, perasaan cinta terhadap parkour masih wujud dalam diri aku, sehingga aku menggunakan latar belakang parkour sebagai layout aku.

Dan masa terus berlalu. Sekali-sekala apabila aku melayari alam maya, aku akan menonton aksi-aksi parkour di YouTube. Di situlah aku berkenalan dengan nama-nama seperti David Belle. Tapi kini baru aku tahu, rupa-rupanya dia adalah pengasas parkour.

Ditakdirkan pada suatu malam di sebuah Cyber Cafe kat Setapak, pada hujung tahun lepas, aku sekali lagi berasa rindu terhadap le parkour. Lalu aku sekali lagi menonton aksi-aksi parkour yang ada dalam youtube. Tapi entah macam mana tiba-tiba otak aku terdetik untuk menaip “parkour Malaysia” – cis kenapa lambat sangat aku terpikir kan? – dan terpampanglah beratus-ratus video yang beratur untuk aku tonton.

Melalui satu daripada video itu, aku tahu, bahawa komuniti parkour telah lama wujud di Malaysia. Sudah hampir 2 tahun ketika aku baru berkenalan dengan mereka. Dan mereka sememangnya boleh-tahan-jugak, itu 1st impression aku (haha sebab aku compare dengan matsaleh punya video, diorang AWESOME, so korang boleh tahan-lah).

Tapi masa tu aku tak ambik port lagi. Aku cuma tahu diorang ada satu website, tapi aku tak jenguk lagi.

2,3 hari lepas tu, entah apa cerita, aku cakap kat mak aku, “Mak, nak parkour-lah.”

“Parkour tu apa?”

“Err….haha…” aku mati idea nak cerita.

Tapi keajaiban terjadi pada malam hari, ketika menonton Majalah 3. Tiba-tiba si pengacara yang cute-mute itu berkata, antara paparan menarik malam ini, parkour.

What the……..?

Aku tak tau nak cakap, terus aku excited panggil mak aku, cakap kat dia, “Hah, ni lah parkour!”

(Mak aku bantai gelak kat aku. Aku nak join parkour? Nak melompat-lompat macam diorang tu? Aku? Yang badan dah macam tong gas ni? Haha. Tapi mak aku cakap, suka hati lah – haha)

Tiba-tiba aku rasa macam aku baru mendapat petanda. Baru bape hari aku duk usya pasal parkour Malaysia kat YouTube, tiba-tiba aku nampak kat TV pulak. Sumpah aku tak tau diorang nak keluar TV. Tiba-tiba aku terasa mereka macam memanggil-manggil aku, suruh aku join diorang.

Malam lepas tu jugak, aku pergi CC, bukak internet, cari balik video diorang, dan terus masuk website diorang. Aku register jadi member, kenalkan diri, dan….


Dan apa?


Haha….


Aku nak cakap bersambung boleh?


Lantak aku ah kan, cerita aku.


Ok-lah,




bersambung…dot…dot…dot…

p/s: pesal aku rasa tulisan aku dah makin jiwang ni hah? Adoi.

p/p/s: Layari laman sesawang parkour Malaysia anda. Klik http://pkmy.tk/

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails