Sunday, July 11, 2010

Aku Buang Malu dan Harga Diri yang Murah Ini, Mintak Simpati dari Korang yang Mulia.

(nota: ini merupakan entri yang paling tak malu pernah aku tulis. Aku telah menonjolkan segala kelemahan dan kekurangan diri. Dan aku juga menundukkan kepala meminta simpati daripada kamu. Tapi, apakah sebenarnya nilai harga diri itu? Siapa yang meletakkannya? Aku malu, tapi aku cuba menahan malu, demi sesuatu yang lebih besar)

 

Esok merupakan hari pertama bagi semester baru untuk budak-budak 1st degree UM. Ramai kawan-kawan aku yang akan bergelar pelajar tahun akhir. Aku pulak, sepatutnya esok merupakan hari pertama aku menjadi pelajar tahun 3 di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya.

Sepatutnya lah.

Tapi memang selalu terjadi, apa yang sepatutnya jadi, tak menjadi, bukan?

Begitulah dengan aku sekarang, aku sedang berhadapan dengan fasa roda berputar atas jalan tidak rata dalam hidup aku sekarang. Segala-galanya berkocak. Kacau-bilau.

Aku tak tahu sama ada kamu akan hairan apabila membaca. Terutama korang-korang yang kenal aku masa sekolah dulu. Mungkin ada yang panggil ini sebagai karma. Balasan benda buruk yang aku buat dulu. Tapi, ayat poyo sikit, aku rasa aku tak pernah buat jahat dengan orang. Ok buat dosa mungkin ada, tapi seringkali itu hanya dosa peribadi, orang luar tak terlibat. Eh mungkin ada jugak lah kot, orang lain terlibat, ampunkan aku, Ok?

Tapi aku tak mahu meletakkan salah ini atas siapa-siapa. Bagi aku, apa yang terjadi kepada aku sekarang, dosanya bermula daripada aku. Aku yang salah. Aku yang malas.

Atau mungkin kerana aku terlalu genius sehingga sistem sekarang tidak mampu menerima aku? Haha.

Apa yang jadi?

Biar aku cerita apa masalah aku. Ada 2 benda besar sekarang.

MASALAH 1:

Aku adalah pelajar yang super-gagal. Semester pertama pointer aku 2.14, kedua merudum 2.00 dan sem 3 menjadi 1.64. Dua semester berturut-turut aku mendapat status “Di Bawah Pemerhatian”. Ikut peraturan UM, kalau aku dapat status “Di Bawah Pemerhatian” itu sebanyak 3 kali berturut-turut, maka aku akan ditendang keluar. Itu yang aku faham.

Maka, bagaimanakah prestasi aku sem lepas?

Sama celaka jugak, mungkin lebih celaka berbanding yang lalu. Dan akhirnya ketika exam tiba, aku mendapat MC selama 2 minggu berturut-turut sebab masalah kemurungan. Mat saleh cakap “depression”.

Aku terselamat, sebab kalau aku ambik exam jugak, konfem dapat pointer yang lebih rendah, dan otomatik status budak U aku akan ditarik.

Dan ketika cuti, aku mengambil keputusan untuk membuat permohonan tukar kos, pergi ke tempat yang aku rasakan lebih sesuai dengan jiwa aku. Aku mintak tukar ke fakulti sains. Dapat sokongan ketua jabatan dan dekan, dan aku hantar melalui SKR UM.

Bab ni aku nak emo sikit. Ini bukan salah aku. Ini salah SKR yang melambat-lambatkan proses permohonan aku.

Aku bukan tak follow-up diorang, tapi paling last aku tanya, lepas hampir sebulan aku hantar surat tu, jawapan SKR ialah “Status masih dalam proses. Sedang menunggu jawapan fakulti sains”. Masa tu ada dalam 3 minggu lagi UM nak bukak.

Minggu lepas tu rezeki aku baik. Dengan murah hatinya seorang saudara yang mempunyai kenalan di fakulti Sains (kabel ah senang faham) mengajak aku pergi jumpa sendiri orang-orang penting di fakulti Sains. Untuk mengkonfemkan tempat aku.

Dan orang-orang di fakulti Sains amat senang meluluskan. Tapi aku berasa amat aneh apabila diorang cakap surat aku yang kononnya sudah di-forward-kan oleh SKR kepada fakulti Sains untuk dijawab, sebenarnya tak sampai-sampai lagi. WTH??

Dah ah, aku tak nak marah sudah. Bila orang fak Sains pun dah setuju nak terima aku, diorang cakap nanti diorang akan maklumkan kepada SKR, dan insya Allah aku akan diterima masuk. Cuma tunggu call daripada SKR lah.

Masalah: Sampai sekarang aku tak dapat panggilan SKR. Esok sem dah bukak wei!

 

 

MASALAH 2:

Hari tu bila aku tanya SKR, kalau permohonan aku tak sempat diproses sebelum bukak sem, apa aku nak buat? Kakak tu jawab, awak register dulu kat fakulti lama awak.

Malangnya, apabila aku cuba nak register, ini yang keluar.

36639_137950852885046_100000103961242_375045_395735_n

Aku mengaku memang aku banyak hutang. Tu ada bukti tuh.

Apa jadi dengan biasiswa JPA aku? Haha, korang toksah tanyalah. Korang cuma ingat satu jek, semua orang ada hidup yang berbeza, dan setiap kita ada keutamaan yang berbeza-beza dalam hidup.

Mungkin korang meletakkan yuran sebagai perkara utama untuk korang setel. Tapi aku, aku ada keutamaan aku sendiri, yang perlu aku jaga, kalau tak hidup akan jadi macam bernafas dalam plastik. Lemas.

Jangan risau, aku tak perlukan kata-kata penguat semangat daripada korang. Serius. Aku amat tenang sekarang. Cuma malu sikit tu ada lah kot.

Mungkin ini efek aku telan ubat penenang tu kot. Aku jadi tak kisah terhadap masalah. Haha.

Tapi dalam ketenangan, aku juga berusaha mengumpul wang dalam pelbagai cara. So, jika kamu benar-benar simpati dan nak menolong, aku tak perlukan kata-kata semangat. Aku hanya perlukan duit.

Haha. Ini bukan lawak. Ini serius.

 

Sekian.

 

p/s: hinalah aku, aku memang layak dihina.

p/p/s: jika benar ingin tolong aku, talian tak bebas kredit 0132965413.

3 comments:

  1. aidi-safuan.blogspot.comJuly 11, 2010 at 2:14 PM

    so how? tak leh register gak?

    ReplyDelete
  2. tak dapat ah. takpe sok aku pegi UM gegar sama itu SKR. hoho.

    ReplyDelete
  3. mmg betol 3 kali berturut2 bawah pemerhatian kene dismissed. aku pernah alami...

    pasal skr pun sama. aku rasa gak. pas aku kena dismissed, dean office suruh wat surat rayuan derang nak wat mesyuarat tok pelajar2 bermasalah. alhamdullilah rayuan aku di lulus kan.

    cuma malang nya xda feedback dr skr. sampai lah aku masuk um balek, tok sport science pakai sport intake... interview bagai semua.

    sebualan aku kat sport science, skr telefon. drg cakap drg baru nak meeting case aku. and mitak aku wat surah tarik balek rayuan.

    wtf kan !!! tp tiap yg berlaku tue ada hikmah nya. allah xkan duga umat-nya kalau umat nya tue tak dapat harungi.

    semoga ko tetap kuat dan tabah dengan segala dugaan yg di hadapi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails