Sunday, July 11, 2010

Pelik Hujung Minggu #2

Maaf sekiranya entri aku di pagi hujung minggu ni tidak membawa sebarang manfaat untuk korang. Aku bosan, so aku menulis lah. Lantak aku lah kan, ini blog aku.

Tq kerana melawat, BTW.

fared ayam 

Ini gambar analisis trafik blog aku mengikut nuffnang. Dan ini rekod untuk hari ini. Tiba-tiba nama Fared Ayam menjadi satu kata-kunci yang membawa pengunjung ke blog aku. Aku try la search google, oh rupa-rupanya blog aku berada kat senarai teratas (di page kedua Google je haha).

Siapakah ayam bernama Fared itu? Jujur cakap, aku pun tak kenal dan tak tahu nak mendefinisikan siapa beliau sebenarnya.

Setakat kenal rupa jer la. Tu pun sebab aku sering terlihat muka dia.

Kat facebook ada.

Dia pun ada dalam filem Gadoh.

Dan hari tu aku dengar dia melabon secara live dekat FORKUSTIK. Sekerusi dengan Isham Rais, Hasmi Hasyim, Nurul Izzah (woohh), dan sape-sorang-lagi-brader-aku-tak-ingat-nama-maaf.

Antara kata-kata ayam ini kat forum tu yang aku masih ingat sampai sekarang ialah (ceh ayat surat rasmi betul):

1. “Semua orang pernah jadi poseur, tapi masalahnya bila ko jadi poseur sampai ke tua!”

2. “Awek-awek selalu tanya aku, “Eh Ayam ko layan indie tak? Indie ape ko layan ea?” Aku nak tanya dorang balik, indie tu ape? Apa korang ingat indie tu macam budak-budak yang pakai smart-smart, sikat rambut rapat tutup dahi, hujung minggu pergi shuffle kat BB? Tu poseur beb.”

Dan paling aku hangin bila dia sound my beloved Beeha sebab Beeha cakap, “Kadang-kadang kita kena buat lagu cinta jugak kan, nanti orang cakap pulak, apalah minah ni syok sendiri.” – masa tu Beeha perform. My cinta-pandang-pertama insiden. Hahah.

Hari tu masa aku naik keta api daripada Kelantan turun KL sorang diri, dijodohkan aku bertemu dengan 2 orang makhluk SisiSeni, Pok Chek ngan Along yang merempat atas keta api. (Tiket abis, dorang lompat keta api secara haram sebab nak pegi UiTM uruskan hal tukar kos dorang)

Entah memang dah nak jodoh aku untuk jumpa diorang atas tren kan? So, kitorang pun sembang-sembang, dan ada la terbukak cerita pasal si ayam ni.

Testimoni dorang, “Ayam ialah seorang yang sangat easy-going. Papehal ko mintak tolong mesti dia tolong punye. Cuma satu je, dia selalu takde kredit, sebab takde duit nak topap. Tapi kalo pergi mana-mana naik kereta boleh jek.”

Ayat diorang bikin aku pun rasa nak kenal si ayam ini. Sebab masa aku jumpa dia kat FORKUSTIK tu, dia emo habes beb. Aku ingat dia ni garang ke hape. Haha.

Tapi mungkin kalau korang ni manusia Malaysia normal, aku yakin 1st impresi korang terhadap Ayam ini adalah, PELIKNYA DIA INI.

Sebab rupanya begini.

ayam Kat kiri tu lah Fared Ayam. Sebelah dia Hasmi. Ni masa FORKUSTIK. Gambar aku pow kat Google.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails